Friday, December 30, 2011

Perginya Seorang Wanita Yang Hebat...

Tanggal 28hb Disember lepas, moyang saya yg tersayang telah pulang ke rahmatullah selepas bertarung selama lebih 5 tahun dengan sakit tua. Bermula dari peristiwa beliau terjatuh beberapa kali, terlantar seketika tetapi kemudian dapat kembali berjalan kerana ketabahannya (walaupun seketika), akhirnya di akhir tahun 2011 beliau pergi untuk selama-lamanya.

Arwah Tokwan yang saya kenal adalah seorang wanita yang sangat sangat tabah. Walaupun khudratnya makin hilang sejak dia terjatuh di tahun 2006 dulu, dia selagi boleh berusaha untuk tunjukkan dia seorang yg kuat. Dia cuba buktikan dia dpt kembali berjalan dan menghesot dan tak mahu susahkan anak cucunya. Dengan ingatan yang kuat, dia buktikan yg dia masih gagah untuk terus hidup di muka bumi. Saya masih ingat selorohnya tahun lepas yg dia mahu ke kenduri kahwin saya nanti walaupun sebagai tukang cuci pinggan..ehhehehe.. Tokwan sgt pandai ambik hati anak cucu & cicitnya. Cuma saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi keinginan Tokwan yang ingin menghadiri majlis perkahwinan saya. Apapun yg berlaku insyaAllah saya tak akan lupa semua jasa & pengorbanan Tokwan kerana Tokwan sentiasa di hati kami.. :-)

Masih teringat-ingat kenangan membesar dengannya. Saya menemaninya ke kedai runcit, masjid, dia dengan bangga bercakap pada org kampung saya cicitnya. Mungkin kerana saya adalah cicit sulung, jadi saya sedikit istimewa. Saya juga masih ingat semasa di Kulim masa abah mama pergi kerja, dia datang ke Kulim menemani cicit-cicitnya di rumah, memasak untuk saya & Fatin. Saya teman Tokwan beli ikan di lori ikan di Taman Bersatu & dia sangat peramah dengan jiran2 yang baru dikenalinya. Itulah Tokwan. Peramah & suka berkawan. Dia tak takut untuk bertanya, sebab itu kami sekeluarga tak risau kalau bawanya berjalan-jalan. Sedangkan di airport pun dia boleh survive seorang diri, apatah lagi di tempat-tempat lain. ^_^

Cuma di pertengahan tahun 2011, kesihatannya mendadak menurun. Dia langsung tak dapat bangun atau duduk, hanya mampu terlantar. Ingatannya juga makin hilang. Kalau dulu tiap kali mendengar nama 'Diyana' atau 'Fatin', mesti dia gembira & ada masanya hingga mengalir air mata. Mungkin dia gembira tiap kali kami menjenguk. Di hujung nyawanya, dia sudah tak boleh berkata-kata & tak dpt mendengar. Kami sekeluarga sudah akur & redha. Mungkin waktunya telah hampir tiba. Tokwan juga telah lama bertarung dengan kesakitannya. Hanya solat hajat & doa saja yg dapat kami panjatkan pada Allah untuk memudahkan segalanya. Alhamdulillah, Tokwan pergi dengan tenang pada pukul 10.30 malam ketika tidur. Maka benarlah kata-kata Allah, setiap yg datang dari-Nya akan pergi menghadap-Nya kembali bila sampai waktu yang ditetapkan. Allah Maha Besar. Semoga Dia memberi ketenangan dan mencucuri rahmat ke-atas Tok Wan dan ahli-ahli keluarga kami yang terdahulu.. Aminn...

Kerana dia sangat mengasihi cucu-cucu & cicit-cicitnya, pemergiannya sangat-sangat dirasai oleh kami. Rezeki arwah dimandikan oleh orang-orang yg menyayanginya sebagai membalas jasanya untuk kali terakhir. Terima kasih Tokwan untuk segala-galanya. Terima kasih Tokwan kerana menjaga Mama sejak kecil. InsyaAllah kami akan sentiasa mengingati Tokwan.. Semoga Tokwan tenang di sana.. Al-Fatihah..


p/s: The truth is from your Lord, so never be among the doubters. [Al-Baqarah:147]

Wednesday, December 28, 2011

Confession Time

I'm not looking for someone to heal my broken heart,
I'm looking for someone whom I can build my new life with..
^_^

Are you the one? Ahaks!~

~  I know you're looking for me, encik JGS..hahahahhaha!! ~

Picture credits to : RhythmLand

p/s: Mengapa hati ini masih tertarik pada yg berkarektor seperti Hwang Tae Kyung? Yg kurus, tinggi & berkarisma.. Hati oh hati =)) ~

Friday, December 23, 2011

I'm back to Middle Earth~


Baru-baru ni trailer The Hobbit baru keluar OFFICIALLY. Saya selaku peminat LOTR yg satu ketika dahulu sgtlah fanatik cubalah menonton dengan perasaan plain. But guess what, sebaik jer saya tekan button play kat YouTube tu, terus saya rasa semacam. Tambah2 bila tgk Bilbo, Frodo & Gandalf muncul awal2 trailer, terus rasa 'zaaappp' ke hati saya. Ok, have to admit something. SAYA RINDU MIDDLE EARTH SEBENARNYA!!!~ TT________TT

OMG, dah lama saya tinggalkan dunia Middle Earth. Senang cakap, lepas jer Return Of The King akhir tahun 2003 dulu, makin lama makin kurang obsesi saya. Final step obsession saya adalah dgn membeli DVD Extended Edition utk trilogi tu and that was in 2004 I guess. Jadi sekarang, di akhir tahun 2011, finally my obsession is back after watching The Hobbit trailer!!!~ Yeeehaaaa!!~ Boleh tak nak rasa bersyukur? Hihihihi...sebab saya rasa saya dah jumpa balik diri saya.. :)) Baru terasa kembali berfokus.. Alhamdulillah... Ahaks!~

Kalau dulu zaman MMU seingat saya, tiap2 tahun ada jer aim nak tgk wayang apa dengan CheE-kYe clan. Tapi dua series yang WAJIB tgk of course Harry Potter & LOTR. :)) Bak kata Cik Yen, generasi kamilah yang membuatkan wayang kat Melaka tu maju. Kalau tahun 2003/2004 dulu ada satu cinema jer kat Mahkota Parade, skrang dah bercambah2!!~ Hahahah.. Huwargh! Serius rindu zaman remaja tu. Eh, skrang pun masih remaja jugak kan?? :-p Selagi tak kahwin, selagi tu Cheekye adalah remaja. Ngeh ngeh~ :))

The Hobbit will be aired on 14th December 2012. Setahun lagi yer, kawan-kawan. Jadi dlm masa setahun ni, saya dah mula merangka2 plan. Of course, as I said before, my obsession is back! :)) Ok, langkah pertama (selepas Februari ni insyaAllah) ialah nak beli buku The Hobbit. Then, ambik perkembangan dgn Peter Jackson new masterpiece nih..hehehehhe.. Buat yg tak tahu, The Hobbit ni akan jadi 2 filem. Yg first ni dipanggil The Hobbit: An Unexpected Journey. Yg second The Hobbit: There And Back Again.. ;-)

Kelmarin chat dgn Cik Yen, well biasalah bila dua peminat fanatik berbual, sah2 mcm teori & harapan yg keluar..hahahahha... Selaku peminat Faramir & Eowyn, sah2 kami mahukan wedding scene yg sepatutnya ada dlm ROTK dulu!!~ Hahahah... Teringat lagi kata-kata Cik Yen, 
"Entah2 Peter Jackson memang dah lama simpan scene tu utk the hobbit ni tak.."
wakakakakak~ Biasalah, kami ni peminat yg suka mengharap.. Honestly, saya pun kalau boleh nak Peter Jackson tunjuk jugak sikit epilog diorang kat 4th Age, lepas King Elessar jadi King of Gondor. Ahaks~ tu personal wish jer yer..tapi kalo betul2 ada mmg sgt seronok laaa!!! :))

Ok, cukup sampai di sini. Apapun, sgt happy sebab ada jugak perkembangan The Hobbit. Ngeee~ Can't wait for 14th December 2012 to come!!~ Mari mula buat plan yer, kawan-kawan..

p/s: Kena cari encik husband yg minat LOTR jugak kot nanti..Anyone? Ahaks!~

Wednesday, December 21, 2011

Like The Birds - FT Island


Like The Birds (English Translation)
credits to: pop!gasa

The cars racing through the open space
And the people shined by the setting sun

The cars racing on the highway
This street in the heart of the city crowded with busy footsteps
Between the densely packed buildings like trees in a forest
The billiant neon signs
I want to fly above this city today - come on

As I look at the birds flying
I want to follow them and fly as well
Freely underneath the blue sky
I want to follow them

I want to fly in the sky today
I want to touch the clouds
Uh yes I wanna touch the cloud
Because they are lower than the sky
If only if the tips of my fingers can touch the tip of the cloud

Even if I want to leave this stuffy city
I cannot go

I want to get out of this frustrating routine
Let's get out out - I want to get out of here now
Above the sky, I feel like there will be something for me
Like the birds in the sky, let's fly to the sky - fly high

Fly - spread your wings, look only to the sky
If you have courage, you can do it


p/s: Always hoping to fly & experience new things in life~^^ one day, insyaAllah~

Sunday, December 18, 2011

Reorganize. Reshuffle.

Semangat baru. Sempena Januari 2012 yang semakin hampir. Saya nak reorganize. Nak reshuffle. Buang yang mana tak perlu, susun semula mana-mana yang perlu. ^_^

~ Sebelum~

~ Selepas ~

Selain dari partition kat ofis saya ni, byk lagi benda yang saya kena reorganize & reshuffle. Secara jujurnya, mentally pun saya kena reorganize & reshuffle. ;-) Haruslah susun balik priority. The things that have happened in the past should be remained in the past. Harap2 yang dah saya buang tu, tak payahlah nak muncul balik yer. Anda tak layak untuk muncul dlm hidup saya lagi. ^_^ 

My current priority? Masih ke sini... ^_^

~ InsyaAllah ;-) ~

p/s: Cinta baru saya - makan!!~ nyum nyum~ =))

Thursday, December 15, 2011

Girl (Spacecowboy ver.) - Kim Hyung Jun


One word to describe him - HOT!!~
He might look so skinny but actually he's at his best condition!
Just look at the muscles..
*gulp*
O_o

Ok, that's it. Need to refocus!~ :))
Dear Hyung Jun, you're always in my heart..
^_^

p/s: Erm...I think I have to start exercising again.. -_-

Saturday, December 10, 2011

14 Muharram 1433H

Kalau ikut pengiraan kalendar hijrah, hari ini bday saya. Alhamdulillah.. ^_^ Harap-harapnya saya semakin matang. Hari ni jugak tak salah saya gerhana bulan penuh berlaku. So, what a rare occurance on my birthday.. Mungkin berlaku sekali seumur hidup di harijadi saya.. ;-) Therefore, let's cherish every moment and be thankful for each treasure given by Him.. Jgn lupa solat sunat gerhana bulan yer.. :-)

Hadiah dari diri sendiri untuk diri sendiri hari ini:
  • New haircut :)
  • New brown sandal (yg beli baru2 ni jadi makin besar, wajib bagi pada cik Fatin yg berkaki gajah itu..wakkakak!! :-p)
  • Mandi dgn scrub badan lavender baru..ngeh ngeh~^^
p/s: Berat badan saya dah naik 1kg!!! Finally after 5 months...hohohoho... Apa tandanya yer? :-p

Friday, December 9, 2011

Salam Jumaat~

"Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula)." [As-Saffat : 11]

Bila baca ayat di atas, baru saya faham tujuan Allah menciptakan manusia dengan tanah liat. Supaya senang diubah & diciptakan semula. Maknanya, manusia boleh dibentuk & diubah-ubah, contohnya daripada hodoh menjadi cantik dan vice versa. Tapi sebenarnya maksud ayat di atas lebih bertumpukan pada hati & sikap seseorang manusia. Daripada berkelakuan baik, boleh menjadi buruk, dan kemudian boleh bertukar menjadi baik kembali. Dan seterusnya, seterusnya. Semuanya atas keizinan-Nya. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun & Maha Menentukan.. ^_^ Yang penting, kita sebagai hambaNya kena sentiasa mengawal hati & nafsu dan jgn terikut-ikut dengan bisikan syaitan. Berusahalah selagi boleh! :-)


p/s: Peringatan ini adalah lebih untuk diri sendiri... :-|

Sunday, December 4, 2011

Honestly...

Honestly, I hate weekends. Seriously. Weekends buat saya lemah dan saya tak suka dengan keadaan itu. Saya lebih prefer weekdays yang mana saya rasa sangat energetic di ofis & menyibukkan diri dengan macam2 kerja. I love my work. ^_^

Saya seorang yg suka pada hasil akhir utk setiap tugasan. Jadi bila saya di ofis, saya seronok bila tgk output bagi kerja2 saya, contohnya assignment students yang siap dimarking, scoresheet yg siap diisi, soalan2 kuiz yang siap diprint etc. Saya enjoy kerja saya. Walaupun gaji saya tak semantap rakan2 saya di IPTA, saya happy dengan environment kerja saya. ^_^

Weekends adalah membosankan pada saya. Mungkin kerana saya jarang keluar rumah, jadi saya rasa boring dengan weekends. How I wish to spend my weekends with my lovely friends who're mostly in KL..*sigh* Well, that's the drawback of staying here in Kota Bharu, terpisah dengan kawan-kawan. Tapi apapun saya bersyukur sebab ada ketikanya saya masih berpeluang ke KL walaupun tak kerap. ^_^

Ok, tetiba terfikir nak ke Sunway Lagoon. Apakah?? Hahahahaha!! =))

~ Us at Sunway Lagoon, 2006 ~

p/s: Erm......

Friday, December 2, 2011

Late autumn~


If you're wondering how I really feel right now, this song has the answer that you're looking for.
Perfect song. Perfect feeling. Perfect time.
:-)

p/s: Welcome back, December~^^ I'm still longing for February~ *sigh*

Wednesday, November 30, 2011

Mudakah saya? =))

Pernah satu hari, saya teman mama pegi Pasar Siti Khadijah. Masa tu dah lewat petang. Motifnya nak beli ikan tenggiri utk abah. Jalan punya jalan, jumpa jugak sorang pakcik ni yang memang jual ikan tenggiri. Ok, mari ikuti dialog perbualan antara kami:

Pakcik: Adik ambiklaa semua ni, kira RM 10 semua. (offer dgn telur ikan sekali)

Mama: Tok sir la, pokcik. Nak ikan jah.


Pakcik tadi pun mula balut ikan elok2 & masukkan dalam plastik. Sambil anak matanya melirik pada saya.

Pakcik: Ni anak yang nombor berapa ni?

Mama memandang saya.

Mama: Sulung.

Pakcik: Ooh.. Mengaji IPTA ko IPTS?

Saya terkebil-kebil dan memandang mama.

Saya: Kerja dah pakcik...

Pakcik: Oohh..molek jugak kalau kijo pun.. Kijo pun tak po, sambung belajar lagi pun tak po.. (sambil tersenyum)

Saya: ......... (masih berfikir)

Kami selesai berurus niaga dengan pakcik tadi sebaik dia menghulurkan plastik kepada mama. Saya dan mama berjalan meninggalkan tempat kejadian.

Saya: Along nampak macam budak baru lepas SPM ker? Ker pakcik tu ingat lepas SPM Along terus kerja?

Mama: Hahahahhaha... Ntahlah~

Saya: Ikut pakciklah pakcik... :)) (rasa gelihati sampai masuk dalam kereta)

Ok, utk pengetahuan semua, saya pakai t-shirt kuning & seluar jeans jer. Tapi tudung saya warna oren corak2!! Adakah saya kelihatan terlalu ceria sampai org ingat saya baru lepas SPM??

Pakcik, saya dah ada Masters lah pakcik!! =)) =))

Sunday, November 27, 2011

Hijrah~

Salam Maal Hijrah 1433. Azam saya hanyalah untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini & memperbanyakkan amalan kepada-Nya, insyaAllah~ ^_^


p/s: Smile & the world smiles with you~ ^_^

Wednesday, November 23, 2011

.:: Nur Kasih ::.



No, no, it's not about the TV series nor the movie. I just love this song for its touching lyrics and the soul it carries. ^_^ It's my mom who is the biggest fan of Nur Kasih drama, not me ok..ehhehehe...

Well, this song reminds me of something..or someone. I could still remember that someone had nicknamed me as 'Nur Kasih'. I found it as quite funny at first, but yet I appreciated that someone's thought. Ermm..that was in last year when I had no idea on why that someone particularly named me as 'Nur Kasih'. :-)

And right now, today..I finally understand the reasons behind this. Seems like the lost puzzle piece has been found to complete the mystery. It's between me, that someone and The Almighty, who's always watching from above. Alhamdulillah, I'm glad for being chosen by Him to be guided towards His lights. Syukran.. ^_^

"And Allah makes clear to you the verses, and Allah is Knowing and Wise." [An-Nur:18]

p/s: Still learning...and not quitting... ^_^

Saturday, November 19, 2011

Finally....


Finally you're mine!!~ 
Welcome to the realm of Lady of Mirkwood where you'll be loved and taken care of~
Hopefully you will love me as well...hehehehe...
^_^

p/s: Tak kenal maka tak cinta..ewaahhhh!! =))

Tuesday, November 15, 2011

Friday, November 11, 2011

.:: Book ::.

"Sebaik-baik kawan bersembang ialah buku - La Tahzan." :-)
Rumah saya mmg dipenuhi dengan buku. Ada yang dibeli sendiri, ada yg dihadiahkan dari orang lain, ada juga yg dpt free. Tapi sebenarnya, tak semua buku-buku ni dibaca habis. Ada pun sungguhlaa sikit.. TT____TT Rugi kan? Dulu saya nak baca habis satu buku setahun pun susah. Tapi sekarang, alhamdulillah rajin betul membaca..hehehehhe.. ^_^ Well, it's never too late to start on something..hihihihi..

Cita-cita saya sekarang utk habiskan buku-buku berikut:
  • Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim
  • Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah - Ridzwan Bakar
  • La Tahzan - Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
  • Last but not least the most important... The Holy Quran~^^
Erm..saya tak der dateline untuk habiskan baca semua buku-buku ni. Tapi saya still harap dpt teruskan baca sampai ke penghujung selagi termampu, insyaAllah.. Ilmu pelita hidup.. Jadi membaca sangatlah sesuai dengan orang yg cam saya ni, yg tak beberapa nak berjimba sgt & hanya keluar rumah bila perlu saja.. Ahaks!~ Bunyi cam lonely semacam jer kan? Hahahhaha... Biar lonely janji masa terisi okehhh.. :-p

 ~ Reading is cool yo! ~

Bak kata pepatah Arab, "Book: A garden carried in a pocket". Jadi, marilah kita membaca yer kawan-kawan.. ;-)

p/s: Sedang meneliti ayat 216, Surah Al-Baqarah.. :-)

Thursday, November 10, 2011

I need this!!~

Brown sandal dah beli, tetiba white sandal beta pulak yg rosak.. Maka misi seterusnya adalah mencari white sandal yer.. Ahaks!~
^_^

p/s: Mood swing dah tiba~ *sobs~ TT_____TT

Sunday, November 6, 2011

.:: Salam Aidiladha ::.


Selamat memperbanyakkan amal ibadat & meraikan kemenangan atas kebesaran-Nya.. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya, insyaAllah~^^

p/s: Pengorbanan itu lebih indah jika disertai dengan keikhlasan & pengorbanan yang paling bermakna adalah semata-mata kerana-Nya.. Allahuakbar! ^_^

Friday, November 4, 2011

.:: A Study of Memory ::.

Bila adik & kakak bergabung tenaga, maka jadilah begini...


Huhuhuhuhuhuhu... *speechless*
TT________TT
Wajib bagi standing ovation sebenarnya...
Cho Kyuhyun & Cho Ahra daebak!!!

p/s: Kyuhyun, your voice melts my heart again...uhuks~

Thursday, November 3, 2011

Wah, encik TOP!!!~ O_o


OMG.. Hensemnya anda!!!~ *gulp*

p/s: Hari ni bday encik YS - happy birthday!!. Esok bday encik TOP - happy birthday jugak!! hehehehe..

Tuesday, November 1, 2011

Bila gaji masuk.... :-p

Macam2 jer rasa nak beli!!~ Ahaks!! Berikut adalah senarai kehendak hati.. Ehemmmss!
:-p

  • External hard disk - 1TB


  • Samsung Tab 8.9



  • Brown sandal


  • Yellow blouse
  • Tudung Alya Sarah


  • Baju kurung siap

  • Blue comforter set

Wahhhh!!! Cam byk jer kan? Tapi selalunya, tak der maknanya nak beli semua ni sekaligus!! =)) Kadang-kadang beli salah satu jer, tak pun dua, tak pun tak beli langsung!! Ahaks!~ Well, mood saya ni berubah-ubah, jadi jgn hairan laa kalo tiba-tiba tgk saya beli benda lain yg tak ada dlm senarai di atas (friendly reminder buat encik bakal husband :-p)

p/s: Fokus kewangan utama masih tetap pada Tanah Suci, insyaAllah~ ^_^

Tuesday, October 25, 2011

List down! List down!! :))

1. Saya rasa cam ada banyak benda nak mengarang (banyak ker???)
2. Ok, kita mulakan dengan Bismillah... ^_^
3. Disusuli dengan Alhamdulillah atas segala limpahan kurniaan nikmat dari-Nya.. ^_^
4. Saya rasa sungguh lega sebab dah habis mengajar Corporate Training - Microsoft Excel 2010 Level 3. Ngeee~~
5. Saya sakit belakang sbb berdiri lama & mengadap laptop lama sgt!!! TT______TT
6. Sandal coklat kesayangan saya dah macam nak rosak. *sobs*~
7. Rasa nak kena beli sandal baru..hehehehe..
8. Rasa nak shopping itu ini tapi selalunya mesti tak terbeli jugak.. :))
9. Tiba-tiba terfikir nak beli Tab! Tapi tengah cari motif??? =)) =))
10. 27hb ni genap 3 tahun berada di alam kerjaya!! Wahhh!! :))
11. Saya masih sayangkan encik Kyuhyun...serta encik Hyungjun..hahahahah!!
12. Encik Jang Keun Suk, boleh berhenti merokok tak? Uhuks!~ :-(
13. "Seronok tak hidup tak tenang sekarang? Tu laaa..siapa suruh aniaya org, kan dah dapat balasan!!" Allahuakbar!!
14. Mari berpantun: "Siakap, senohong, gelama, ikan duri. Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri!" Oh yes, pencuri duit! Pencuri tenaga! Pencuri masa! Pencuri hati??!! Durhhhh~~ What the??!
15. Lambat lagi ker Februari? Huhuhuhuhuh.....
16. Truth hurts, but life must goes on... :-)
17. Where is my bakal encik husband??? Boleh berkenalan?? =)) =))
18. Ok, harus concentrate pada coming mid-term test... Soalan tak siap lagi!!!
19. Tengah dengar lagu-lagu Suju...
20. SS501 is forever~ ^_^
21. Lagu Lucky Guy encik Hyunjoong leader agak cooooool lah!! :))
22. Saya masih tertarik dengan lelaki kurus & tinggi..ahaks!!!!! =)) =))
23. Surah An-Nisa dah start...(akhirnya!!! ouch!~)
24. Cepatnya dah akhir bulan!! 0_o
25. Lapar laaa pulak.... Rasa nak makan Mambo Fries Marrybrown jerkkk....
26. Raya haji dah dekat....
27. Bila agaknya boleh jejak kaki di Tanah Suci? InsyaAllah!! ^_^
28. Suka betul menonton Ustaz Don sekarang ni!! Wakakkakak!!
29. Tahu tak minggu ni Jom Heboh kat Kota Bharu? :))
30. Perlu ker nak defrag laptop nih???
31. Hope is a dream that never sleeps... ^_^
32. Lama tak exercise!!!! Huhuhuhu...
33. Hampir sasau tgk encik Kyuhyun exercise pelvic thrust kat Star King semalam... Aigooo~ *_*
34. Lagu Bonamana dah setahun lebih rupanya... :))
35. Cinta pada Allah lebih indah... ;-)
36. Niga animyeon andwae~ Neo eobsin nan andwae~ :))
37. S.E.O.U.L
38. I love you. You love kat I tak?? Hahhahahah!! =))
39. Donghae ni tetap comel jerkkk....huhuhuhu...
40. Ok, mari berhenti merepek. Goodbye!

~ Sedang gila baca buku sekarang!! Ahaks!! ~

Sunday, October 16, 2011

Hanya Peringatan.. ^_^


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan pada kami sekeluarga untuk terus hidup sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. ^_^ Hari ni saya tergerak hati untuk mengarang sesuatu yang dah lama bermain di fikiran saya, iaitu tentang golongan yang munafik. Wahh!! Serius kan bunyinya? :)) Tapi percayalah, ini yang saya nak cakap di hari ini. Silalah bersiap-sedia ya? :-p

Ok, entri hari ni sekadar peringatan sebenarnya bagi mereka yang pernah menzalimi orang lain dengan sengaja. Kalau anda rajin membaca & menganalisa Al-Quran, anda akan rajin jumpa dengan kata-kata Allah tentang golongan yang munafik, yakni yang hipokrit. Depan-depan baik, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. ^_^ Depan-depan pijak semut pun tak mati, belakang-belakang dok mengata & berbohong suka hati. Adakah anda golongan yang disebut tadi? Tepuk dada, tanya hati. :-)

Ayat yang terpapar kat atas adalah dari Surah Al-Munafiqun, ayat ke-6. Saya saja copy & paste di sini untuk renungan semua & berharap sgt pada mereka yang terasa diri mereka pernah menzalimi orang lain, bertaubatlah... Sampai bila-bila pun hidup anda tak akan tenang & anda akan selalu hidup dalam kegelisahan kerana pernah berbuat jahat. Mungkin anda rasa dosa anda tak seberapa, tapi percayalah, balasan Allah boleh datang pada bila-bila masa tak kira kecil atau besar. Dia yang Maha Menentukan & Maha Melewatkan. Maknanya, kalau tak sekarang, mungkin Dia akan balas di masa akan datang. ^_^

Pada mereka yang sering berbohong, insaf-insaflah. Pembohongan anda akan terbongkar pada bila-bila masa kerana orang yang teraniaya akan terus berdoa & meminta padaNya. Kasihanilah pada orang yang telah anda zalimi, tak kiralah samada pada ahli keluarga anda, saudara-mara, teman sepejabat, teman baik, ex-boyfriend, ex-girlfriend dan lain-lain lagi. :)) Anda boleh terus berbohong di dunia, tapi anda tak boleh menipu di akhirat semasa hari perhitungan. Ingat-ingatlah, ajal sentiasa mendekati kita dan kalau anda tak segera bertaubat, anda tahu di mana kediaman anda nanti..

Seperti saya cakapkan tadi, entri ini hanya untuk peringatan. Saya bukanlah seorang pendakwah bebas, tapi sekadar hamba-Nya yang suka nasihat-menasihati. ^_^ Saya tak layak nak judge sesiapa, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui dan saya langsung tidak tahu-menahu akan rahsia-Nya. Saya hanya mampu berdoa agar kita semua ditunjukkan pada jalan yang lurus dan terus dilindungi oleh-Nya daripada sebarang kejahatan yang ada di dunia ini. Amin.... ^_^

p/s: Marilah terus berbakti pada ibu bapa selagi mereka masih ada.. InsyaAllah hidup bahagia di dunia & akhirat.. :-)

Thursday, October 13, 2011

There's always a reason to make me smile~^^


Special thanks to my lovely students for the superb cake!~
I really appreciate it..
^_^

p/s: Baru sedar dah lama tak senyum lebar... Ngeeeee~~ Alhamdulillah..

Monday, October 10, 2011

Alhamdulillah.. :-)

Alhamdulillah... Hari ini 10 Oktober, maka genaplah hari kelahiran saya di muka bumi-Nya yang ke 27 tahun.. :-) Syukur kepada Allah kerana telah memberi saya peluang untuk hidup sebagai hamba-Nya sejak 14 Muharram 1405H. Terima kasih juga buat ibunda saya yang bertarung nyawa melahirkan saya 27 tahun yg lepas.. ^_^ Hanya Allah yang dapat membalas jasa mama...

Terima kasih buat semua yang telah wish & mendoakan yang terbaik untuk saya.. Semoga kita semua diberkati oleh-Nya insyaAllah.. Secara peribadi, saya benar-benar berharap birthday saya pada tahun ini akan menandakan kematangan saya untuk terus mengharungi hidup ini.. Tahun 2011 adalah tahun yang paling besar dugannya untuk saya & keluarga. Tapi insyaAllah dengan petunjuk dan bimbingan dari-Nya, kami sekeluarga akan terus menongkah arus selagi hayat dikandung badan.. ^_^ Kerana Dialah kami menjadi semakin kuat dan dekat pada-Nya.. Alhamdulillah...

Satu hari nanti, saya yakin Dia akan memudahkan segalanya.. Sekarang pun saya telah dapat rasakan, alhamdulillah.. Dia Maha Mengetahui dan rahsia-Nya sangat sangat indah, saya pasti.. ^_^

Once again, thanks to all for the birthday wishes and may Allah bless us always~ Semoga kita semua dimurahkan rezeki & mendapat keberkatan-Nya insyaAllah... :-)

~ Let's choose to be happy always! ^_^ *peace* ~

p/s: Konvo Cik Fatin Citakky semalam sungguh deja-vu!~ O_o

Wednesday, October 5, 2011

.:: The Daybreak ::.

Say, "I seek refuge in the Lord of daybreak

From the evil of that which He created

And from the evil of darkness when it settles

And from the evil of the blowers in knots

And from the evil of an envier when he envies."


Source: Quran.com

p/s: "And We have put before them a barrier and behind them a barrier and covered them, so they do not see." [Ya-Sin: 9] Ameen...

Saturday, October 1, 2011

I'm Always Daddy's Little Girl~ ^_^


"To a father growing old nothing is dearer than a daughter." - Euripides

p/s: I'm always daddy's little girl. So if you want to claim my heart, you have to claim his heart first.. ^_^

p/p/s: Along loves you, Abah!~ :-) Thank you for always being my guardian angel..

Tuesday, September 27, 2011

I'm SERIOUSLY in love with Kuching~

 ~ The famous cat and us ~

Ahakss!!~ Lama tak mengarang kat blog. Hari ni akan cuba yg terbaik walaupun kepala saya sedikit terganggu dengan serangan migraine dari pagi tadi..huwarghh! Saya tak suka makan ubat, tapi terpaksa jugak ditelan demi memastikan kestabilan kepala saya ni.. TT____TT

Apapun, berbalik pada topik asal. Saya baru jer balik dari holiday di Kuching utk 3 hari 2 mlm. Saya, Fatin & sepupu kami, Zua bertolak ke sana 23hb, dan balik Semenanjung 25hb. Sepanjang kat sana, aktiviti kitorang FULL!!!~ Tapi seriously enjoy setiap aktiviti tambah2 saya & Fatin tak pernah sampai ke Kuching. Bak kata Fatin, udara Borneo ni lain sikit. ^_^

Saya ni...tiap kali jer jejak kaki kat Borneo mesti automatik lengguk cakap berubah! Hahahhaha!! Slang saya sampai sana actually lebih pada Sabahan, maybe sbb saya byk kali pi Sabah. Terpengaruh ok! Tapi salah lokasi :)) Hahahahah.. Apapun, tak susah nak communicate kat Kuching ni sbb diorang sangat faham Bahasa Melayu. :) Kita 1 Malaysia okkk...hehehe..

Aktiviti hari pertama di Kuching sebaik sampai sana around 1.30 ptg, check in di Hotel 360 Xpress City Center & kitorang lepak2 rumah mak sedara kazen kitorang sampai malam. Kiranya beraya di sanalah sbb Syawal tak habis lagi..ehhehhe.. Then, makan malam di Kubah Ria Foodcourt di Tebingan Sg. Sarawak. Makan aper? Tadaaa!! Nasi ayam penyet yang sungguh-sungguh sedap!! Jatuh cinta terus & terasa bahagia jer masa makan..hahahah.. Licin ok I makan!! :))

~ Nasi ayam penyet + sambal belacan & ulam yg sungguh sedap! ~

Ok, lepas makan2 kitorang ambik angin di area Waterfront & tangkap gambar suasana malam yg tenang..heheheh.. Then terus kitorang balik hotel & tido untuk aktiviti esoknya pulak.. ;-)

Aktiviti hari ke-2: Ke Sarawak Cultural Village & Sightseeing in Kuching. Ok, buat pengetahuan semua, saya booking aktiviti2 ni via Internet di AsiaWebDirect (sila klik link utk tgk details). Sebab saya tak tahu travel agency di sana, jadi saya booking jer online 3 minggu lepas. Overall, mmg saya puas hati sbb sangat senang nak buat tempahan as long as ada credit card details.. ;-)

Jadi pukul 9 pagi kitorang ke cultural village di Santubong dgn sorang tourist guide yg super duper best!! Heheheh.. Encik tourist guide ni very sempoi & suka jer nak membuli kitorang yang sgt naif & dungu nihh..hahahahha.. Huwargh!~ Sampai hati.. :(( Mentang-mentanglah kitorang ni pelancong kann..ehhehehe.. Tapi apapun, kitorang appreciate jasa beliau yg mesra jer layan kitorang ni sampai ke petang.. ^_^

~ Dah sampai kat Sarawak Cultural Village ~

~ Kami & Etnik Bidayuh ~

~ Kami dan Abang Iban di rumah panjang..hehehe.. ~

Di cultural village, kitorang melawat 7 buah rumah kaum etnik di Sarawak: Rumah Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Memang enjoy sgt!! Tambah-tambah kitorang dipaksa oleh encik tourist guide utk naik/turun tangga horror semua rumah yg tinggi2 nihh..hahahahha.. Nak tgk horror camana? Sila refer gambar-gambar berikut:

~ Tangga Rumah Orang Ulu ~

~ Tangga Rumah Melanau ~

Habis jer melawat rumah-rumah kat sana, kitorang pergi pulak ke dewan untuk tengok cultural show. Memang mantap & best! ^_^ Persembahan memang terbaik, tambah2 penari-penari sangat sporting & pandai buat lawak especially abang-abang Dayak Laut/Iban nih... :))

~ Abang yg sebelah kanan tu super cute okk!!! :)) ~

Habis jer aktiviti kat cultural village, encik tourist guide bawak kitorang balik ke bandar Kuching. Mula-mula kitorang dibawa ke kilang kek lapis Dayang Salhah yg fames itu.. Maka sempatlah kitorang tgk proses pembuatan kek & memborong dengan sesuka hatinya..hehehehe..

~ Aneka rasa kek lapis utk dicuba ~

Settle borong kek lapis, kitorang pergi lunch di Aroma Cafe. Kat sana, saya pekena laksa Sarawak yg best!! First time makan saya jatuh cinta lagi.. Ahaks!!~ :))

~ The ultimate Laksa Sarawak ~

Lepas makan, kitorang ronda-ronda bandar & singgah pulak ke kilang pasu. Pasu-pasu ni memang hand-made, langsung tak guna acuan. Jadi memang sungguhlah kagum tambah-tambah bila lepas diukir.. ^_^

~ Cantik kan? :) ~

Lepas kilang pasu, kitorang ke kilang Bird Nest SianPao yg ada jual produk-produk negeri Sarawak. Antara barangan yg ada contohnya gula-gula pepper, t-shirt, beg, sarang burung etc. Habis visit, kitorang pun balik ke hotel untuk rehat-rehat. Tamat sudah tour kami bersama encik tourist guide..heheheh.. Ada rezeki, kita jumpa lagi yer, encik? Hahahhaha!! =)) Lepas rehat, kitorang makan mlm di Hartz Chicken Buffet di Sarawak Plaza, sponsored by Umi & Uncle.. Thanks ya! ^_^ Makan kat sini ada limit hingga 2 jam & bebas makan apa saja, tapi dengan syarat tak membazir. Kalau tak, kena charge yer.. ;-)

Hari ke-3, kitorang ambik kesempatan jalan-jalan di area Waterfront. Fatin jumpa ex-skoolmate dia & kitorang pun semua bersama-sama ambik angin & naik perahu tambang menyeberang sungai..heheheh.. 

~ Saya & Bangunan Dewan Undangan Negeri di Waterfront ~

~ Naik perahu yg best..hehehe.. ~

Balik dari Waterfront, kitorang balik hotel utk check-out & terus ke airport untuk pulang ke Semenanjung. Overall, saya sangat berpuas hati dgn holiday kali ni. Alhamdulillah segala urusan kami telah dipermudahkan oleh-Nya. Thank you, Allah~ Saya rasa saya pulang ke Semenanjung dengan semangat baru dan perspektif baru. ^_^  Saya takkan lupakan pengalaman ni sampai bila-bila, insyaAllah.. 

Kalau anda nak tgk gambar-gambar lain sepanjang kitorang kat sana, sila klik SINI. :)

Untuk baca review dari Cik Fatin, silalah baca entri INI dan INI. :))

p/s: Loving each day~^^

Thursday, September 22, 2011

.:: Searching for Peace of Mind ::.

~ InsyaAllah akan tiba di sini esok :-) ~

Dah tiba masanya untuk saya pergi berehat. Telah 3 bulan mental dan rohani saya berada dalam keadaan terumbang-ambing. Saya perlukan perspektif baru dan jiwa baru. Dengan erti kata lain, saya nak format 'heartdisk' saya. :)) Ya, heartdisk saya dah lama berada dalam keadaan kritikal, tapi Yang Maha Esa telah menyelamatkan ia. Thank you Allah. I'm trying to find my inner-self back after going through lots of difficult phases in my life. I'm trying to keep myself back on track, and insyaAllah I'll be back with the peace of mind I'm looking for. I won't give up for sure, for I believe all things happened for a reason. Allah gave us rain and lightnings before he gave us the rainbow. ^_^ Glory to Him for giving me strength to overcome these difficulties. He knows the best while I'm just His ignorant servant. He is The Greatest for sure.

Dear friends, please pray the best for my physical, mental and spiritual condition. :-) Thank you for being very supportive since the start. I'm very thankful to know all of you. May Allah bless you.

p/s: Each day is a gift~ ^_^

Wednesday, September 21, 2011

Muhasabah time~ :-)


p/s: Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah . That is better for you, if you only knew. [At-Taubah:41]

Monday, September 19, 2011

He is The Light, indeed~


Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allah guides to His light whom He wills. And Allah presents examples for the people, and Allah is Knowing of all things. [An-Nur : 35]

Source: Quran.com

p/s: "Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." - Albert Einstein

Tuesday, September 13, 2011

They are whom I admire~ ^_^


~ Encik JGS yg suka menari shuffle di mana saja ~
Credits to TreeJtwitter
serta...


~ Encik Hyungjun yg pemurah dgn fans ~

p/s: Crazy + generous guys are hot! Ahaks~ ^_^

Monday, September 12, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Kak Jah cakap.... :-p


Saya tak habis lagi baca buku ni. Saya stuck selepas tinggal lagi 1/5 untuk dibaca. Kak Jah yg dtg umah hari tu bagitau, "Awak habis baca nanti dpt laa tu jodoh.." =)) aminnnnnnn..... Hahahahahah~~ Jah, saya baca lepas balik Kuching nanti laar.. Tak nak jumpa jodoh kat sana, jauh sgt!!!! =)) =))

p/s: Too many things to read!! TT______TT

p/p/s: Nak husband yg boleh jaga saya sblm abah & mama pegi haji tahun depan boleh? Uhuks~

Monday, September 5, 2011

My B-day Wishlist...ngeh ngeh~~

Disebabkan 10 Oktober hampir tiba (walaupun sebulan lebih lagi.. :-p), saya nak buat wishlist. Semoga dimakbulkan oleh Yang Maha Esa, insyaAllah.. ;-)

1. Saya mahu ehemmsss baru!! =))

~ Ya, andalah yg saya maksudkan!! wakkakak!! =)) ~

2. Saya mahu kumpul duit untuk ke Tanah Suci =D


3. Saya nak habiskan baca Surah Al-Maidah & terjemahannya sekali ;-)


4. Saya nak kehidupan baru..ahaks!~ :))



5. Saya nak terus usaha mencari kebahagiaan..ngee~~ ^_^



Aminnnn.......

p/s: Ketabahan mendamai keresahan.... ;-)

Friday, September 2, 2011

Kami mahukan suami yang.....

 ~ Tiga CheEkYe di Aidilfitri ~

Ahaks!~ Salam Syawal! Kita masih dalam mood beraya. Alhamdulillah tahun ni dipertemukan lagi dengan Syawal. Raya ke-2 lepas, dua sahabat saya: Cik Yen dan Kak Jah datang ke rumah. Seronok sgt dpt sembang2 dari perkara yg berilmiah hinggalah ke merepek meraban..hahahahah.. Kalau dah namanya kawan baik, sah2 semua benda leh sembang jerkk.. Lompatan dari satu topik ke topik2 yang lain tu mmg dah jadi kebiasaan kann.. :))

Tapi dalam banyak2 topik, ada satu yg saya nak sgt highlight hari ni. Topiknya ialah ciri-ciri suami pilihan.. Ahaks!~ Yer, ini topik serius yer! Jadi mari baca bersama-sama.. :-p

Ciri pertama: BERIMAN
Beriman kat sini bukan bermakna seorang lelaki itu perlu bertahajjud tiap2 malam dan beribadat 24 jam, tapi beriman di sini maksudnya ada pegangan agama yang mantap. Bukan sekadar solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan. Ada ramai jer yg solat & berpuasa, tapi jiwanya kosong. Kenapa suami beriman menjadi pilihan? Sebabnya lelaki yg berimanlah yang dapat membimbing seorang isteri. Lelaki yg beriman tak akan menganiaya wanita, malah dibimbingnya seorang wanita itu untuk menjadi isteri solehah. Jadi, pesanan peribadi saya buat lelaki di luar sana, jika terjemahan Al-Fatihah pun tak tahu tapi mendambakan seorang wanita yang sempurna, silalah belajar banyak lagi yer untuk kukuhkan iman anda.. ^_^

Ciri kedua: SEKUFU
Sekufu kat sini tak bermaksud kena sama taraf pekerjaan, darjat, gaji, harta etc. Tapi sekufu di sini ialah berada dalam tahap pemikiran yang sama. Contohnya tak kiralah sama ada seseorang itu ada Masters ataupun Sijil jer, tapi kalau semangat untuk belajar dan terus maju dlm hidup tu ada pada kedua-duanya, maka sekufulah mereka. Sebab apa? Sebab mereka berada on the same page. Masing-masing sekufu dlm pemikiran, walaupun taraf tak sama. ;-) Kalau sekadar sekufu dari segi duniawi saja, salahlah konsep tu. Sekufu iman pun penting jugak yer.. ^_^

Ciri ketiga: TERIMA SEADA-ADANYA
Yer, ini selalu jadi masalah besar. Seorang lelaki perlu menerima sifat yang ada pada wanita itu seada-adanya kalau betul dia sayang pada wanita tersebut. Tak ada orang yg sempurna dalam hidup ni dan masing-masing cuba perbaiki diri masing-masing untuk jadi yang lebih baik. Jadi, kalau dah ada terdetik perasaan tak puas hati dengan ciri-ciri yang ada pada wanita itu, maka senang cakap anda tak boleh pun terima dia seada-adanya. Senang cakap, tak serasi!! Oleh itu, carilah wanita yang ada ciri-ciri yang ada suka dan jangan suka-suka hati nak mintak wanita tersebut ubah itu dan ini mengikut kehendak anda. Itu tak ikhlas namanya. Perlu difahami Allah dah cipta setiap orang itu unik dengan perangainya tersendiri. Jadi, belajarlah untuk menerima. Daripada anda mengubah diri orang lain, baik anda ubah diri sendiri dahulu.. :))

Ciri keempat: MEMAHAMI
Jika seseorang wanita itu ada hobinya tersendiri, tak salah kalau dibiarkan wanita itu meneruskan hobi & minatnya selagi ianya tidak memberi keburukan. Kalau semua benda nak larang, pusing-pusing akan makan hati jugak akhirnya. Bukan susah pun sebenarnya nak faham seorang wanita, kalau anda boleh bagi ruang untuk dia buat benda yg dia suka, maka akan gembiralah wanita tersebut. :)) Kalau laki itu ada hobi yg sama, lagilah dia seronok..hahahah.. Maka, be considerate dan cubalah belajar memahami wanita yer terutamanya ketika wanita itu tgh alami mood swing.. :-p

Ciri kelima: TAK MEROKOK
Ini sebenarnya ciri personal saya yer. Saya mmg tak suka orang merokok. Sebab saya dibesarkan dalam environment keluarga yang tidak merokok, jadi lelaki perokok mmg saya susah sikit nak terima. Jika dia sanggup berhenti lain cerita. Tak payahlah saya stori bahaya merokok dan sebagainya, sebab semua orang dah sedia maklum kan. Hanya kehendak diri sendiri saja sama ada nak atau tak. Kenapa saya tak suka? Sebab saya pentingkan keadaan zuriat-zuriat yang akan saya lahirkan nanti. Saya tak mahu mereka lahir untuk mengenali kepulan-kepulan asap merbahaya dari ayah mereka.. Sungguh kesian kat anak-anak saya nanti.. ^_^

Cukuplah entri untuk hari ni. Karang dah jadi artikel pulak..hahahha.. Btw, maaf zahir batin kalau ada yang terasa dengan entri kali ini. Saya tak bermaksud apa-apa, hanya sekadar berkongsi pendapat daripada perbincangan dengan rakan-rakan saya hari tu.. ;-)

p/s: Panggilan ofis sudah hampir kedengaran... TT____TT

Monday, August 29, 2011

Syawal tiba lagi...



Di kesempatan ini, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog saya. Maaf zahir dan batin untuk segala kekasaran & kekhilafan saya. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya, insyaAllah... ^_^

p/s: Tahun ni insyaAllah akan cuba penuhi jemputan open house..ngeeee~~

Friday, August 26, 2011

Amboi encikkk!!~


(Pic credits: allkpop)
Encik JGS yg chartered private jet. Ko ada?? =))

Senang sket kan nak balik beraya..wkakakakakak!!

p/s: Saya suka laki ambitious.. :-p