Tuesday, March 22, 2011

Pernahkan anda mengira kalori makanan anda hari ini? ^_^


Semenjak dua menjak ni, saya amat determined untuk maintain berat badan saya.. Bukan apa, takut karang baju kawen jadi ketat pulak di hari kenduri..heheheh...maka saya meletakkan prinsip lebih baik mencegah daripada mengubati.. ^_^ Yang sebenarnya, berat badan saya kalau ikut BMI memang dah ideal. Sebab tu sekarang saya rancang untuk maintain sahaja.. Takpun, kurangkan sikit 2/3 kilogram lagi..insyaAllah.. :-p

Saya tak pernah berdiet!! Tapi kurang makan tu pernah. :-p Kalau zaman kampus dulu, saya mmg skip breakfast tapi combine terus ngan lunch. So, brunch lah kiranya. Start saya bekerja, saya kerap makan!! Hahahahha... Breakfast, lunch, minum petang, dinner, supper.. =)) Jadi tak payahlah heran kalau berat badan saya naik dengan hebatnya sejak2 kerja ni..heheheheh... Apapun beberapa bulan lepas, saya baru ada kesedaran untuk menjaga berat badan lepas2 saya timbang hari tu. Saya terkejut sebab berat naik mendadak tiba-tiba. Kira ala-ala wake up call laa jugak.. :)) Mungkin sebagai reminder supaya makan dalam keadaan berjaga-jaga..

Hari ni saya terjumpa satu website, tentang cara untuk mengira kalori berdasarkan berat badan terkini, berat badan yang disasarkan, umur & ketinggian. Maknanya berapa jumlah kalori yg anda perlu ambil setiap hari utk mencapai berat badan yg anda idamkan. Kalau anda nak try, sila ke Calorie Calculator ^_^ Saya ada terbaca artikel, untuk wanita perlukan sekurang-kurangnya 1200 kalori setiap hari untuk kekal sihat. Kalau kurang daripada tu mmg tak sihat.

So, kita sebagai rakyat Malaysia yg sangat-sangat terkenal ngan makanan berkalori tinggi, rajin-rajinlah refer Senarai Kalori Makanan ni yer. Macam contoh, kalau ikut calorie calculator, kalori yg saya perlukan untuk maintain berat badan ialah 1700 kalori seharian. Cuba banding dengan kalori makanan yang anda makan hari ni dari senarai tadi. Saya dah try & memang scary!! TT____TT Ouch!~ Antara makanan dlm senarai:
  • Nasi lemak = 400 kalori
  • Nasi goreng = 600 kalori
  • Ayam goreng (seketul) = 130 kalori
  • Cheese burger = 425 kalori

Cara nak burn kalori seperti biasa kena exercise!!! Kalau tak exercise pun, kena rajin2 buat kerja rumah: mengemas, bersih halaman, apa2lah yang boleh bagi badan berpeluh. Yer, berpeluh itu sihat yer... Tak macam kita yg keja ofis duduk dlm aircond 9 to 5..huhuhuhu.. :((

Maka, jomlah kita mulakan gaya hidup yang sihat... Nak start memang susah, tapi harus mencuba!! Ngeee~~ ^_^ insyaAllah...

p/s: Saya suka pasta carbonara...tapi harus beringat kalorinya yang setinggi 800.. TT_____TT huwaarghhh!! Kena makan sekali-sekala jer...

Saturday, March 19, 2011

Kisah Setahun Yang Lepas...

Genap setahun yang lepas, saya telah pergi ke konsert Super Junior Super Show 2 di Stadium Putra Bukit Jalil.. Itu adalah kisah 20 Mac 2010.. Esok, 19 Mac 2011 sekali lagi mereka akan melangsungkan konsert Super Show 3 di stadium yang sama... Saya dapat tahu tahun ni tiket lagi cepat habis dari tahun lepas.. Sebabnya makin ramai dah kenal dgn Super Junior, tambah2 bila stesen radio Malaysia pun rajin pasang lagu diorang.. ^_^

Tahun ni saya decide untuk tak pergi ke konsert. Seharusnya saya harus dahulukan perkara yang penting dahulu, iaitu event di bulan September nanti...huhuhuhu... Memang sedih, siapa tak sedih kan?? TT____TT Tapi nak buat camana, itu yang lebih penting. Kalau last year saya tak ada komitmen dan boleh spend duit sesuka hati saya, tahun ni saya wajib merancang perbelanjaan duit demi masa depan... Maka buat cik Fatin & semua ELF yang pergi ke konsert esok, have fun ok? Saya berani jamin konsert esok sangat2 menghiburkan!! Cumanya saya harap tak berlaku lagi insiden fans baling LED board kat Heechul cam yg jadi baru-baru ni... Kalo tak confirm mengamuk lagi si Cinderella itu..Hehehehe.. ;-)

Kalau nak baca entri saya tentang Super Show 2 tahun lepas, sila klik SINI.

Buat Encik Kyuhyun shillang, jgn sedih2 dengan ketiadaan saya yer..wkakakakakakak~~ =))

~ Kyuhyun on last year's concert ~

~ Souvenir yg dibaling Eeteuk & selamat disambut olehku last year ~
=))

p/s: >_<

Sunday, March 13, 2011

Wake Up Call

Hari Jumaat lepas kita dikejutkan dengan bencana gempa bumi & tsunami di Jepun. Lebih 50 negara dapat tsunami alert, khuatir kalau2 peristiwa tahun 2004 berulang. Alhamdulillah Malaysia tak berada di lingkaran pasifik, maka terselamat. Cuma paras air di kawasan pantai meningkat. Hujan pun turun lebat sekarang, mungkin kesan serba-sedikit daripada peristiwa yg berlaku. Apapun, doa masih tak putus-putus agar terselamat daripada segala musibah dan bencana...aminnn...

Masa tsunami tahun 2004 berlaku, ramai yg tak sedar atau ambil tahu tentang tsunami. Tapi sekarang alhamdulillah makin ramai pihak yang ambil serius, terutama negara-negara yang mendapat tsunami alert. Pihak berkuasa negara masing-masing mengambil langkah tegas, contohnya di Hawaii, Russia & Filipina, penduduk yang tinggal di persisiran pantai dipindahkan walaupun tidak tahu kemungkinan tsunami berlaku atau tak. Well, prevention is better than cure, dan saya memang setuju!! ^_^

Beberapa hari lepas dapat tahu ayah saudara saya, belah keluarga Pahang jatuh sakit & masih berada dalam keadaan tak sedar di Hospital Kuantan. Maka saya sangat-sangat mengharapkan semua utk mendoakan beliau sedar & cepat sembuh seperti sediakala.. Amin...

Dugaan dan musibah adalah ujian daripada Allah, untuk menguji sama ada kita sentiasa mengingati-Nya ataupun tidak. Mungkin dugaan yang berlaku adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu. Yang pastinya semua dugaan boleh menjadi titik perubahan dan satu 'wake up call' buat kita semua untuk muhasabah diri.. Kita hidup di dunia ni hanyalah untuk sementara.. Semoga kita semua dilindungi oleh limpahan rahmat-Nya dan sentiasa menjadi manusia yang lebih baik.. Amin...

p/s: Bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan oleh-Nya...

[Updated - 12.56am 14/3/2011] 


Al-Fatihah buat ayahanda saudara Wan Rozlan Bin Wan Abdullah yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 petang tadi.. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amin...

Sunday, March 6, 2011

Bila sengal sudah mari.....

Hai encik....


Encik cari saya ek??


Saya ada kat sini lah... Chak!!! ^_^


Encik baru senang hati yer?? Ngeeeee~~~


p/s: Masih sengal tak dpt pegi SS3.. TT_____TT Cik Fatin, sila tangkap gambar shillang saya banyak2 nanti...huhuhuhuh...(berlari masuk ke bilik sambil menangis bercucuran..)

Friday, March 4, 2011

.:: Girl - Kim Hyung Jun ::.

It's SS501 Hyung Jun's new single!~ Enjoice!! ^_^



p/s: Still waiting for the official MV to be released.. ;-)

[Updated - 7th March 2011] 






p/s: Gorgeous!!! Gorgeous!!! Gorgeous!!!! Congrats Jun Shillang!!!! ^_^

Tuesday, March 1, 2011

Alhamdulillah... Allahuakbar!

Syukur alhamdulillah... Kucing kesayangan kami sekeluarga, Jamie telah pulang ke rumah lepas 43 jam hilang.. Macam-macam usaha kami lakukan & doa kami tak putus-putus agar Jamie pulang ke rumah dengan selamat. Dia tak pernah keluar dari kawasan rumah sebelum ni, jadi kami sekeluarga sangat-sangatlaa risau kalau dia tak pandai cari jalan balik.. Mungkin dia kejar kucing lain or main-main dgn burung etc sampai tersesat. Sepanjang dia tak ada sangat-sangat rasa kehilangan. Rindu nak belai dia macam selalu. Mata kami semua dah bengkak sebab menangis siang malam, tapi doa kami tak putus-putus supaya semuanya selamat.

Semalam kami semua bersolat hajat & tak henti-henti membaca Surah Yaasin. Sebelum tu saya surf internet & terjumpa satu penulisan Dato' Dr. Harun Din di SINI. Kami amalkan sehari suntuk & terus berharap Jamie balik ke rumah dengan selamat. Ianya tentang Kaifiat BacaanYaasin utk Mengembalikan Barang yang Hilang.. Disertakan dengan tawakal, kami berdoa Jamie dapat dipulangkan.. Dan alhamdulillah, tepat sebelum azan subuh berkumandang tadi Jamie memanggil saya & Fatin di luar rumah. Allahuakbar, Allah Maha Besar... Syukur alhamdulillah usaha & doa kami dimakbulkan oleh-Nya..

Kami tak kisah jika ada sesiapa yg meminjam Jamie buat sementara, cuma kami harapkan Jamie pulang ke pangkuan kami dengan selamat. Jika benar ada yg meminjam Jamie, kami maafkan kesalahannya & kami tak berdendam. Kami ucapkan terima kasih sangat-sangat kerana telah memulangkan Jamie.. Jika benar Jamie telah tersesat, terima kasih ya Allah kerana telah menunjukkan jalan pulang kepadanya.. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Syukur, alhamdulillah semuanya dah selamat... :-)

p/s: Terima kasih buat semua yang telah mendoakan keselamatan Jamie.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.. :-)