Saturday, April 30, 2011

.:: The Royal Wedding ::.

~ Duke & Duchess of Cambridge ~


Kelmarin sepanjang hari saya duduk depan TV, bukak channel 700 (SkyNews) kat Astro dari pukul 1 tengah hari sampai laa ke pukul 9 malam..hahahaha.. Semuanya semata-mata The Royal Wedding William & Kate.. ^_^ Honestly, saya sangat-sangat suka couple ni. Pada saya, diorang sangat humble, tak kecoh2 & low-profile. Sedap jer mata memandang..hehehehhe...

Perkara-perkara yang saya suka sepanjang wedding diorang:

  • Seronok tengok guests yang hadir, termasuklah DYMM Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri Agong.. ;-)
  • Sangat suka bila tgk Prince William & Prince Harry on the way dari Clarance House ke Westminster Abbey~ Saya sengih tak hingatt!!!! :)) They looked sooooo handsome!!
  • Carole Middleton, ibu Kate Middleton sungguhlaa lawa... Cara pemakaian dia pada saya similar dengan Lady Di dulu2...huhuhuhu... Elegant!
  • Baju Kate Middleton sungguh exquisite!! Dan beliau sendiri sungguh laaa lawa... 
  • Kate makeup sendiri... Dia cakap sebab mahu Prince William bila pandang, kenal itu adalah dia...Auw~~ Nice job Kate!!
  • Suka bila tgk Prince Harry menyakat Prince William masa Kate dah ada kat belakang...ahaks!~
  • Saya suka sangat eye-contact antara William & Kate!!!! Sungguh natural & nampak sangat diorang memang in love... <3 <3 <3
  • Yer, mereka rajin curi-curi pandang & jeling-jeling... Ngeeee~~
  • Mula-mula naik kereta kuda, nampak William tanya Kate: "Are you happy?" Huwaarghhhh!!!~ 
  • Atas kereta kuda, saya perasan William genggam & tepuk2 tangan Kate for comfort & tangan satu lagi lambai2 kat audience.. Romantik ok!! ^_^

Ok, all the best to both of them!! Royal Wedding semalam sememangnya modern fairytale... Proud to witness the wedding of century!!~

p/s: Mesti lagi best kalau Lady Di ada sekali... *sigh*

Wednesday, April 27, 2011

Lepas gian....

Finally!!!~ Selepas beberapa hari hidup rasa tak tenteram, hari ni dah settle!! =)) Sebabnya saya dah booking semua yg perlu, yakni tiket fanmeeting ke Jang Keun Suk 2011 CRI Show In Malaysia!!!! ^_^ Oh yeahh!! Maaf, saya nak lepas gian lepas berhempas-pulas prepare utk wedding saya...ngeeee~~ Tambah2 saya tak sure bila lagi leh turun KL, so nak ambik kesempatan yg ada...hehehehe.. Jutaan terima kasih & kasih sayang buat ayahanda yg sudi meminjamkan kad kredit gara-gara online-booking tak terima direct debit!! Nanti anakanda2 bayar cash kat ayahanda yer...heheheh.. Dan terima kasih buat Cik Fatin Citakky yang kuheret sekali dengan jayanya... =))

Buat peminat JGS, kalau anda berminat ke CRI Show, sila ke website: http://www.rhythm-land.com/ dan http://redtix.airasia.com/Events/JangKeunSuk/ untuk book tiket anda dengan segera!

Kalau cancel camana? Ahaks!~ Tak kisah, buleh buat macam tahun lepas..ganti turun KL utk shopping!!!! Wakakakakaka~~ Backup plan ok? :-p

Ok, nak rehat & kembali fokus...*peaceful mode*~

~ Hoping to see your smiles & to hear your laughs ~

p/s: Mari menghafal lagu encik JGS mulai hari ni~ :-p

Monday, April 18, 2011

Scandalous~~

Ketepi!!! Ketepiiiii~~~ (nada Ucop Wilcha). Ahaks!~ Ya, ketepi semua oppa & shillang-shillangku sekalian. Tau kenapa? Sebab anda semua busy & tak menghiraukan saya beberapa minggu ni, maka saya nekad untuk berskandal..wkakakakak.. :)) Skandal ngan saper?? Skandal dgn beliau di bawah ni...



Yer, encik Jang Geun Suk yang jelita!! Muahahahhaha... Telah 2 minggu saya bermaraton drama Marry Me Mary & You're Beautiful demi mendekatkan diri dengan encik JGS. So, dgn ini saya mengaku dialah skandal saya selama ni... =)) So, jgn jeles yer encik2 sekalian.. I still love all of you no matter what.. :-p

p/s: Ok, penyakit obses menyerang lagi.... TT_____TT

Thursday, April 14, 2011

This is why I love them...

Aksi pukul 2 pagi...


p/s: Ni baru bertiga... Kalo berlima mesti out of control!!~ :))

Saturday, April 9, 2011

Bila Kyuhyun accident lagi... T____T

Kelmarin 8hb April, dpt berita encik Kyuhyun accident..tapi nasib baik tak serius..cumanya sedikit lebam... Encik Kyuhyun, next time tolong drive elok-elok yer... Kalo nak tukar lane, make sure tgk side mirror & rear-view mirror.. Takder laa nak langgar ngan truck kan...huhuhuh... Fans anda adalah fobia dengan bulan April ok??!! TT____TT

Kalau anda adalah peminat SuJu, mesti anda tahu tentang kejadian April 2007. Akibat accident pada 19 April, encik Kyuhyun duduk dalam ICU seminggu & stay dlm hospital dekat 3 bulan. Hati fans mana tak berkecai bila dpt tahu dia eksiden lagi...huhuhuhu... Tapi takperla, since dia cam tau2 fans dia panik dia sempat tweet "I'm sorry, I'm sorry" kelmarin... Adoilaa encik Kyuhyun~~

Agak-agak dia takut dak nak drive lagi pasni?? :-p

~ Si abang & adik yg pernah accident dengan dahsyatnya ~

p/s: Bagi kat saya jer laa Hyundai Sonata tuhh...Biar saya bawak.. wakakakakakk~~ :))

Tuesday, April 5, 2011

Everything about K-Pop: What? Why? How?

Alert!! Entri yang panjang!!

Hari ni saya nak stori 100% pasal K-Pop, tentang camana saya boleh terjebak dan pendapat saya secara peribadi. Mungkin ramai yang tak tahu kenapa peminat K-Pop minat sangat dgn group atau artis dari Korea. So dlm entri ni saya nak reveal semua (kalau boleh...hehehehhe) setakat termampu.. :))

Mula2, saya nak cerita camana saya leh terjebak dengan dunia K-Pop. Thanks to Kak Jah kerana memperkenalkan saya pada satu rancangan dipanggil We Got Married pada tahun 2008. ;-) Sebelum tu, honestly saya cakap yang saya tak pernah langsung berminat dengan sebarang drama dari Korea seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart dan sebagainya. Bukan setakat tak berminat, memang sungguh-sungguh tak suka & saya anggap cerita Korea masa tu lembab, tak best & tak setanding dengan drama2 Jepun. Yer, saya suka menonton J-dorama dulu. So camana saya tetiba boleh minat K-Pop kan kalau dulu saya benci?

Ok, saya tgk link yang Kak Jah bagi, title program tu We Got Married. Kak Jah sungguh2 minat someone yang dipanggil Kim Hyun Joong masa tu & Hyun Joong ada dalam We Got Married. We Got Married ni bukan drama yer, tapi satu variety show yang menggambarkan fake marriage antara celebrity couple yang bukan couple sebenar ni. Klik link kat atas tu utk tau lebih lanjut tentang We Got Married. Awal2 memang rasa weird tgk show ni sbb diorang tinggal sama2 & kena berlakon mcm pasangan suami isteri. Tinggal bersama kat sini di bilik asing-asing ok walaupun serumah..hehehehe.. ;-) Couple2 ni kena accomplish mission yang diberi kat diorang & dari situ baru kita dpt tgk perkembangan, contohnya camana diorang bekerjasama, krisis personaliti etc. Lama-lama bila saya tgk saya dah start develop rasa suka sebabnya saya dpt tgk yg org2 Korea ni ada satu sikap yang TELUS. Diorang sangat jujur, cakap straight forward & tak pandai nak kontrol macho ker etc. Itulah sikap cool yg sebenar & sebab tu saya suka! ^_^

Dari We Got Married, saya start explore. Dari situ saya kenal SS501, Super Junior, Big Bang dan ramai lagi. Saya minat SS501 lepas kenal Hyun Joong dalam We Got Married (walaupun ramai yg start kenal Hyun Joong dari drama Boys Over Flower). Saya kenal Super Junior through Cik Jamie & Cik Yan, cumanya saya start serius minat SuJu angkara Cik Fatin yang masa cuti sem dok sogok saya dengan show Exploring Human Body.. :)) Saya minat Big Bang gara-gara Cik Jamie dok suruh saya tgk parody drama-drama yang Big Bang buat. Memang bab2 parody saya tabik kat Big Bang!! :))

Ok, kenapa saya minat band-band ni semua? Cam saya cakap awal2 tadi, org Korea ada sikap telus, berterus-terang, tak kontrol macho, gila-gila etc. Diorang suka tunjukkan diri diorang yang sebenar instead of hiding their true personality. Kenapa saya yakin diorang tunjuk diri diorang sebenar? Kalau anda tengok program-program diorang (bukan sekadar music video), anda akan faham sendiri. Tengok rancangan Exploring Human Body pun dah cukup untuk buat org paham kenapa ramai sangat yang minat Super Junior yang gila-gila & sengal tu.. :)) Samalah jugak dengan SS501 & band2 lain. Disebabkan personaliti diorang, sebab tu peminat K-Pop selalu rasa dekat dengan idola masing2.

Apa yang membezakan band K-Pop dengan band2 lain? Saya nak stori sket yang di Korea, proses untuk menjadi artis di sana sungguh2 laa berbeza dari negara kita or negara2 lain. Percaya atau tak, untuk seseorang artis Korea nak muncul, dia kena lalui proses training sejak dari bangku sekolah? Maknanya, kalau dia plan nak join industri hiburan di tahun 2011, dia kena start training dengan management company 3-5 tahun sebelum tu lagi, dlm kes ni tahun 2006. Diorang tak ada istilah artis mi segera ok?? ^_^ Training kat sini bukan sekadar menyanyi & menari, tapi jugak personality development & segala-galanya tentang entertainment industry. Sebab tu kalau anda tgk performance diorang even baru jer debut sebagai artis dah nampak macam professional. Sebab diorang dah training bertahun-tahun!!! Peminat-peminat K-Pop tahu hal ni dan sebab tulaa ramai yang jadi protective pada idola diorang, sbb diorang tahu penat lelah yang idola diorang dah lalui. Bukan senang diorang nak sukses macam sekarang. So boleh nampak perbezaan artis2 K-Pop dengan yang lain? ;-)

Peminat K-Pop bukan sekadar minat kecomelan artis-artis, tapi yang paling penting kejujuran & kesungguhan diorang dlm industri hiburan. Kalau tak, takkanlah satu dunia skrang ni dah terkena tempias gelombang Hallyu (Korea)? :)) Artis K-Pop sangat-sangat determined ok? Sakit tekak, demam or baru lepas surgery pun still boleh perform. Then menyanyi & menari 3 jam non-stop masa konsert, bukan semua org mampu buat macam tu. Kalau kat negara kita ni, rasanya Allahyarham Sudirman saja yang dpt capai tahap camtu. Bukan niat saya nak condemn artis negara sendiri, tapi saya rasa banyak yang artis kita kena belajar sebenarnya.

Bukan setakat menanyi, menari, berlakon, artis2 K-Pop ni banyak sgt talent sebenarnya! Jadi deejay, jadi MC, jadi duta produk, senang cakap flexible!! :)) Then, dlm sibuk2 dlm industri hiburan, diorang semua sebenarnya student universiti jugak ok?? So, seimbanglah kan? Ada jer artis K-Pop yg ada Master's degree tapi dlm masa yg sama jadi top actor kat Korea. Paling-paling koman, diorang semua ada Bachelor's degree!! Maka pada saya, patutnya artis-artis kita jadikan diorang sebagai contoh utk berjaya dlm macam2 bidang. Yang penting, kena bersungguh!!! That's the key.

Pada yang selama ni berfikiran sempit tentang dunia K-Pop, harap2 lepas ni dptlah gambaran sebenar yer. Ahaks!~ Saya bukan K-Pop fanatic, tapi saya dah 3 tahun terjebak dengan gelombang ni dan masih belum tenggelam sebenarnya. Hahahaha... :))

p/s: Jadi diri sendiri lebih baik daripada cuba nak tiru org lain.. Tiru-meniru ni tak cool lahhh!! ^_^