Monday, May 30, 2011

Tempat jatuh lagi dikenang...^_^

Jumaat-Ahad lepas, saya berada di tanah kelahiran, tempat membesar, tempat suka-duka saya selama 20 tahun sejak lahir.. Jadi, mmg agak excited sebab dekat 5 tahun tak jejak kaki dan trip yg pendek ni banyak buat saya terimbas nostalgia dulu2..hehehehe..

Saat saya jejak kaki di airport Penang dan menghirup udara kat sana, saya rasa lain. Lain dalam erti kata...yang comfortable. Tak taulaa sebab apa, tapi memang rasa comfortable..~^^ Awal-awal sblm bertolak saya expect saya akan rasa awkward masa sampai sana, tapi sangkaan saya salah. Seriously, saya rasa comfortable. Bukan nak cakap bukan-bukan, tapi mungkin jiwa saya baru rasa complete sbb dulu masa dapat tahu kena pindah, separuh jiwa saya telah terbang..hahahahha.. Agaknya masa turun baru-baru ni saya dapat jiwa saya balik.. :))

Ok, haruslah saya akui banyak yang telah berubah nak banding dulu2. Tapi ada banyak jugak yang tak berubah. Saya tak kisah pasal perubahan sebab semua benda mmg akan berubah jugak..wahhaha.. Perubahan yang baik apa salahnya kan? :))

Kalau nak cakap pasal kenangan, mmg confirm berhari-hari pun tak habis. Cumanya saya akui hati saya sedikit terusik masa nampak sekolah, supermarket yg selalu pergi dulu2, rumah cikgu piano, restoran kegemaran family dan macam2 lagilah. Kalau dulu pagi2 saya dihantar ke rumah arwah pengasuh saya selama bertahun-tahun, sekarang saya duduk di rumah tersebut dalam versi yg grown-up..hahahaha... =)) Masa mula-mula masuk rumah & dapat duduk kat bilik depan, saya & Fatin gelak. Sebabnya, masa kecik2 dulu, bilik tulaa yang paling dilarang masuk!! Arwah Tok Chik sungguh2 marah kalau masuk bilik depan tu.. Tapi siapa sangka last2 kami dua org dpt tido kat bilik tu lagi..adusss... :-p Mungkin anda tertanya-tanya berapa lama saya diasuh oleh arwah Tok Chik, senang cakap selepas mama saya habis pantang sampailaa saya ke sekolah menengah.. So, kiralah sendiri berapa tahun yer saya membesar di rumah tu...ehhehehe.. :-p

Sebenarnya tujuan utama saya pulang ke sana ialah utk attend majlis akad nikah rakan baik saya masa sekolah, Emylia. Disebabkan saya tak dpt attend majlis kenduri, jadi dpt attend majlis akad nikah pun rasa dah ok. Saya & Emylia berkawan dari sekolah rendah, sekolah menengah & sampailah sekarang. Jadi, congratulations buat beliau & husband, semoga bahagia selalu dalam melayari alam rumah tangga...^_^

InsyaAllah ada jodoh & rezeki, saya turun Kulim/Penang lagi.. ;-) Jiwa saya masih tak berubah, dulu kini & selamanya..Ahaks!~

p/s: Nasi daging merah Restoran Pokok Manggis masih rasa sama... ^_^

Wednesday, May 25, 2011

Cooo coooo~~

Ok, baru sedar lama tak update blog. Minggu lepas bz dengan students yang tgh final exam. Minggu ni sibuk marking paper & consultation students utk saki-baki projek yg tak habis. Tapi alhamdulillah hari ni dah settle semua.. ^_^ Maka sekarang tunggu bukak sem baru 6 Jun nanti..ngeee~~

Saya baru jer mononton filem Korea: Baby & Me lakonan encik JGS. Yer maaf, saya terlewat lagi..hahahahha.. Tak tau kenapa hari ni terasa nak tgk sesuatu yg comel, yg menyejukkan hati, jiwa & raga.. :)) Start dari teringat gambar2 encik JGS photoshoot dgn baby hari tu, hari ni saya gagahkan diri cari balik gambar2 comel tersebut...ouch!~ Resultnya adalah: I'm melting~~~~ =)) Sila bgtau saya sapa tak cair tgk gambar2 kat bawah ni:




Hahahhaha...adoilaa, otak jadi makin tak center rasanya.. :)) Harap2 Jumaat ni masa turun Kulim, lepas hidu udara kat sana dpt kasi ketenangan hendaknya...hahahaha.. ^_^ Oh ya, weekend ni insyaAllah saya berada di Kulim utk attend akad nikah kawan baik saya kat skool dulu, Emylia.. Then the next weekend, saya akan terbang ke KL untuk fanmeeting encik JGS (coooo~~ cooo~~) dan kenduri sepupu saya di Seremban. Biasalah, musim cuti sekolah adalah musim kenduri yer... :))

Till then, goodbye!~ ^_^

p/s: Baby talk is fun!~ Let's googoogaga doo doo didie~~ =))

Thursday, May 12, 2011

Apakah Aspiration Anda?

Hari ni saya saja nak kongsi pendapat saya. Dan saya tak kesah kalau anda setuju dengan saya ataupun tidak. Hanya sekadar nak nyatakan pendapat dan harap-harap since kita semua ni dah besar panjang, dapat respect pendapat masing-masing, ok? ^_^ So, here goes...

Anda pernah main The Sims? Kalau anda pernah main The Sims 2, anda akan kenal personaliti2 yang anda boleh set untuk sims anda. Bila sims tu meningkat remaja, ada beberapa choice yang diberikan pada anda tentang Life Aspiration seseorang sims yg anda cipta. Antaranya ialah Family Aspiration, Money Aspiration, Pleasure Aspiration, Romance Aspiration dan Knowledge Aspiration. Bila anda dah set aspiration untuk sims anda, maka sims anda akan mempunyai keinginan harian atau aktiviti berkaitan berdasarkan aspiration tersebut. Contohnya, kalo anda set sims anda kepada Knowledge Aspiration, sims anda akan secara automatik mempunyai keinginan seperti menambah skills, baca buku, main chess dan sebagainya. Itulah keinginan dia sehari-hari, yakni mahu tambah knowledge dia sbb kita dah set dia sebagai Knowledge Aspiration. Pastu, cita-cita dia pun nak jadi Doctor, Medical Assistant atau apa2 karier yang sesuai.

Kenapa saya nak cerita pasal Aspiration ni sebenarnya? Ok, saya nak tekankan kat sini yang kita sebagai manusia biasa memang sama jer dengan situasi The Sims ni. Ada orang mempunyai Family Aspiration, yg mana dlm apa2 hal akan utamakan family dahulu. Bila dah utamakan family, maknanya aktiviti harian dia adalah untuk bersama keluarga, membesarkan family ker etc. Ada pulak orang yang Money Aspiration, maknanya sentiasa nak buat sesuatu yang mengukuhkan kewangan dia. Lain pulak cerita dengan orang yang ada Pleasure Aspiration ngan Romance Aspiration. So, senang cakap manusia ni berbeza-beza dan ada kehendak yg berlainan.

Jadi saya nak tekankan kat sini adalah tidak afdhal untuk seseorang itu membandingkan dirinya dengan orang lain sebab keinginan dan situasi masing-masing adalah berbeza. Mungkin ada orang lebih suka hidup dalam comfort zone daripada mengambil risiko, jadi kalau anda adalah org yg suka ambik risiko janganlah nak lekehkan orang yg suka hidup dlm comfort zone ni. Sama jugak kesnya ngan org career-oriented, tak perlulah nak pertikai keputusan seseorang yang sacrifice hidup dia demi family. Sebab anda dan dia tidak sama. Anda lain. Dia lain. Tak payah nak berdengki kalau tengok orang lain hidup enjoy, tapi anda tak. The most important key is: RESPECT EACH OTHER!! Ada faham??? :))

Ok, itu jer pendapat saya. Harap-harap lepas ni masing-masing silalah buat muhasabah diri & fikir apa sebenarnya aspirasi anda dalam hidup. Apa yang anda mahu sebenarnya? ^_^ Hidup ni ada banyak pilihan, anda yang berhak menentukan. Jadi kalau dah buat pilihan, silalah jangan merungut pulak. Semua yang berlaku ada hikmah & belajar untuk terima takdir.. Kadang-kadang tak semestinya kita akan dapat apa yg kita nak. So, learn from our mistakes & experiences. ;-) Ini pesanan utk diri sendiri jugak sebenarnya..hahahahha.. =))

p/s: Bersyukur adalah lebih baik kerana Allah knows the best... ^_^

Tuesday, May 3, 2011

Exercise untuk kesihatan!~ ^_^

Ahaks!~ Saya memang gila exercise sekarang. Sebenarnya, saya start exercise dari bulan Februari lepas sebabnya masa tu saya terkejut dengan berat badan sendiri!! Naik mendadak!! Saja nak share, dulu-dulu masa saya mula-mula masuk MMU, berat saya dlm 43kg jer.. Itu di tahun 2002 ok. Lepas tu sepanjang hidup kat kampus dengan bersaksikan oleh rakan-rakan Cheekye, berat badan saya naik dan naik hinggalah ke 47kg dlm 4 tahun!! :)) Ok, habis sudah kisah berat di MMU.

Sekarang kat UiTM pulak masa buat Master. Dari 47kg, berat saya naik ke 50kg dlm 2 tahun! Yer, saya sangat happy sebabnya mmg dah lama sangat saya teringin nak dapatkan berat 50kg. Pada saya, kalau kurang daripada tu maka orang akan assume saya sangat kurus!! Cuba tanya kawan-kawan saya, sedara-mara saya dari zaman saya kecik dulu..semua akan cakap saya kurus kering!! Betul tak?? That's why lepas jer saya habis sekolah, saya nekad untuk naikkan berat badan..hehehehe... Tambah-tambah masa saya warded kat hospital dulu, doktor check darah saya & cakap kolestrol dlm badan saya terlalu rendah. So, I WAS allowed to eat lots of fats!!! :)) Pizza? Fried chicken? Cheese? Semua saya bedal time tu! :))

Ok, sekarang cerita pasal zaman bekerjaya. Ahaks!~ Oleh kerana saya kerap makan sebab duduk bersama family tercinta & kerana menetap di syurga makanan negeri pantai timur ni, maka tak hairanlah kalau berat saya yang dari 50kg dah naik sampai 53kg!!! Apakah 2 tahun kerja di KB naik 3kg??? OMG, saya memang terkejut tak hengat masa timbang bulan Januari lepas. 53kg adalah berat mama saya ok!!! :)) Mana boleh berat anak ngan mak sama kannnn...hahahahha.. Jadi saya dapat wake up call. Start dari bulan Februari , saya mula exercise. Exercise ala2 pilates yg ringan-ringan dulu. Ya ampun...saya still ingat habis satu badan sakit sehari lepas exercise.. Tapi, kena kuatkan semangat. Saya bukan berniat nak kurus macam dulu, tapi saya exercise untuk stay fit dan sihat! Senang cakap, nak ada stamina! Tak der laa asyik2 letih kan.. ;-)

Kat ofis kerja dari kul 9 sampai 6 petang. Duduk jer dalam aircond, tak banyak buat aktiviti. So, camana berat tak naik kan? Sebab tak aktif!! That's why saya nekad untuk terus exercise, biar pun result lambat. Prinsip saya, kalau berat nak turun pun biarlah dengan cara yang sihat. Dan satu-satunya cara yang sihat adalah bersenam!! ^_^ Jadi alhamdulillah, hampir 3 bulan saya exercise, berat badan saya dah turun 2kg.. Ngeee~~ Plus, badan saya rasa lebih ringan & cepat berpeluh. Yer, org yg kerap exercise akan cepat bakar kalori sebab muscle2 bekerja walaupun masa duduk diam. Oh ya, percaya atau tak bahagian2 tertentu kat badan saya dah kurang 1 inci dari zaman sebelum bersenam..hehehehhe... Jgn jeles okkk!! :-p

Kalau dulu nak buat sit-up sekali dua dah semput..sekarang 20 sit-up sekaligus dah tak der masalah..hehehehe..Sebab muscle dah ada sikit kan.. Yer, kalau sebelum ni badan saya rasa lembik2, sekarang dapat rasa sedikit pejal..ahaks!!~ Saya sukalah!! =)) =))

Jadi nasihat saya, marilah kita exercise untuk kesihatan yg mantap!! Tapi ada satu lagi exercise terbaik untuk kita semua, bersolat! Bersolat saja dah bakar kalori, kalau solat yg khusyuk lagi banyak kalori terbakar ok!! Hehehe.. Tak percaya? Try laa dulu! ;-) It helps to be physically & mentally healthy.. Serius!



p/s: Main badminton 30 minit, dpt bakar sampai 200 kalori ok..hehehehe.. Mohler berbadminton pulakk... :))