Tuesday, September 27, 2011

I'm SERIOUSLY in love with Kuching~

 ~ The famous cat and us ~

Ahakss!!~ Lama tak mengarang kat blog. Hari ni akan cuba yg terbaik walaupun kepala saya sedikit terganggu dengan serangan migraine dari pagi tadi..huwarghh! Saya tak suka makan ubat, tapi terpaksa jugak ditelan demi memastikan kestabilan kepala saya ni.. TT____TT

Apapun, berbalik pada topik asal. Saya baru jer balik dari holiday di Kuching utk 3 hari 2 mlm. Saya, Fatin & sepupu kami, Zua bertolak ke sana 23hb, dan balik Semenanjung 25hb. Sepanjang kat sana, aktiviti kitorang FULL!!!~ Tapi seriously enjoy setiap aktiviti tambah2 saya & Fatin tak pernah sampai ke Kuching. Bak kata Fatin, udara Borneo ni lain sikit. ^_^

Saya ni...tiap kali jer jejak kaki kat Borneo mesti automatik lengguk cakap berubah! Hahahhaha!! Slang saya sampai sana actually lebih pada Sabahan, maybe sbb saya byk kali pi Sabah. Terpengaruh ok! Tapi salah lokasi :)) Hahahahah.. Apapun, tak susah nak communicate kat Kuching ni sbb diorang sangat faham Bahasa Melayu. :) Kita 1 Malaysia okkk...hehehe..

Aktiviti hari pertama di Kuching sebaik sampai sana around 1.30 ptg, check in di Hotel 360 Xpress City Center & kitorang lepak2 rumah mak sedara kazen kitorang sampai malam. Kiranya beraya di sanalah sbb Syawal tak habis lagi..ehhehhe.. Then, makan malam di Kubah Ria Foodcourt di Tebingan Sg. Sarawak. Makan aper? Tadaaa!! Nasi ayam penyet yang sungguh-sungguh sedap!! Jatuh cinta terus & terasa bahagia jer masa makan..hahahah.. Licin ok I makan!! :))

~ Nasi ayam penyet + sambal belacan & ulam yg sungguh sedap! ~

Ok, lepas makan2 kitorang ambik angin di area Waterfront & tangkap gambar suasana malam yg tenang..heheheh.. Then terus kitorang balik hotel & tido untuk aktiviti esoknya pulak.. ;-)

Aktiviti hari ke-2: Ke Sarawak Cultural Village & Sightseeing in Kuching. Ok, buat pengetahuan semua, saya booking aktiviti2 ni via Internet di AsiaWebDirect (sila klik link utk tgk details). Sebab saya tak tahu travel agency di sana, jadi saya booking jer online 3 minggu lepas. Overall, mmg saya puas hati sbb sangat senang nak buat tempahan as long as ada credit card details.. ;-)

Jadi pukul 9 pagi kitorang ke cultural village di Santubong dgn sorang tourist guide yg super duper best!! Heheheh.. Encik tourist guide ni very sempoi & suka jer nak membuli kitorang yang sgt naif & dungu nihh..hahahahha.. Huwargh!~ Sampai hati.. :(( Mentang-mentanglah kitorang ni pelancong kann..ehhehehe.. Tapi apapun, kitorang appreciate jasa beliau yg mesra jer layan kitorang ni sampai ke petang.. ^_^

~ Dah sampai kat Sarawak Cultural Village ~

~ Kami & Etnik Bidayuh ~

~ Kami dan Abang Iban di rumah panjang..hehehe.. ~

Di cultural village, kitorang melawat 7 buah rumah kaum etnik di Sarawak: Rumah Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Memang enjoy sgt!! Tambah-tambah kitorang dipaksa oleh encik tourist guide utk naik/turun tangga horror semua rumah yg tinggi2 nihh..hahahahha.. Nak tgk horror camana? Sila refer gambar-gambar berikut:

~ Tangga Rumah Orang Ulu ~

~ Tangga Rumah Melanau ~

Habis jer melawat rumah-rumah kat sana, kitorang pergi pulak ke dewan untuk tengok cultural show. Memang mantap & best! ^_^ Persembahan memang terbaik, tambah2 penari-penari sangat sporting & pandai buat lawak especially abang-abang Dayak Laut/Iban nih... :))

~ Abang yg sebelah kanan tu super cute okk!!! :)) ~

Habis jer aktiviti kat cultural village, encik tourist guide bawak kitorang balik ke bandar Kuching. Mula-mula kitorang dibawa ke kilang kek lapis Dayang Salhah yg fames itu.. Maka sempatlah kitorang tgk proses pembuatan kek & memborong dengan sesuka hatinya..hehehehe..

~ Aneka rasa kek lapis utk dicuba ~

Settle borong kek lapis, kitorang pergi lunch di Aroma Cafe. Kat sana, saya pekena laksa Sarawak yg best!! First time makan saya jatuh cinta lagi.. Ahaks!!~ :))

~ The ultimate Laksa Sarawak ~

Lepas makan, kitorang ronda-ronda bandar & singgah pulak ke kilang pasu. Pasu-pasu ni memang hand-made, langsung tak guna acuan. Jadi memang sungguhlah kagum tambah-tambah bila lepas diukir.. ^_^

~ Cantik kan? :) ~

Lepas kilang pasu, kitorang ke kilang Bird Nest SianPao yg ada jual produk-produk negeri Sarawak. Antara barangan yg ada contohnya gula-gula pepper, t-shirt, beg, sarang burung etc. Habis visit, kitorang pun balik ke hotel untuk rehat-rehat. Tamat sudah tour kami bersama encik tourist guide..heheheh.. Ada rezeki, kita jumpa lagi yer, encik? Hahahhaha!! =)) Lepas rehat, kitorang makan mlm di Hartz Chicken Buffet di Sarawak Plaza, sponsored by Umi & Uncle.. Thanks ya! ^_^ Makan kat sini ada limit hingga 2 jam & bebas makan apa saja, tapi dengan syarat tak membazir. Kalau tak, kena charge yer.. ;-)

Hari ke-3, kitorang ambik kesempatan jalan-jalan di area Waterfront. Fatin jumpa ex-skoolmate dia & kitorang pun semua bersama-sama ambik angin & naik perahu tambang menyeberang sungai..heheheh.. 

~ Saya & Bangunan Dewan Undangan Negeri di Waterfront ~

~ Naik perahu yg best..hehehe.. ~

Balik dari Waterfront, kitorang balik hotel utk check-out & terus ke airport untuk pulang ke Semenanjung. Overall, saya sangat berpuas hati dgn holiday kali ni. Alhamdulillah segala urusan kami telah dipermudahkan oleh-Nya. Thank you, Allah~ Saya rasa saya pulang ke Semenanjung dengan semangat baru dan perspektif baru. ^_^  Saya takkan lupakan pengalaman ni sampai bila-bila, insyaAllah.. 

Kalau anda nak tgk gambar-gambar lain sepanjang kitorang kat sana, sila klik SINI. :)

Untuk baca review dari Cik Fatin, silalah baca entri INI dan INI. :))

p/s: Loving each day~^^

Thursday, September 22, 2011

.:: Searching for Peace of Mind ::.

~ InsyaAllah akan tiba di sini esok :-) ~

Dah tiba masanya untuk saya pergi berehat. Telah 3 bulan mental dan rohani saya berada dalam keadaan terumbang-ambing. Saya perlukan perspektif baru dan jiwa baru. Dengan erti kata lain, saya nak format 'heartdisk' saya. :)) Ya, heartdisk saya dah lama berada dalam keadaan kritikal, tapi Yang Maha Esa telah menyelamatkan ia. Thank you Allah. I'm trying to find my inner-self back after going through lots of difficult phases in my life. I'm trying to keep myself back on track, and insyaAllah I'll be back with the peace of mind I'm looking for. I won't give up for sure, for I believe all things happened for a reason. Allah gave us rain and lightnings before he gave us the rainbow. ^_^ Glory to Him for giving me strength to overcome these difficulties. He knows the best while I'm just His ignorant servant. He is The Greatest for sure.

Dear friends, please pray the best for my physical, mental and spiritual condition. :-) Thank you for being very supportive since the start. I'm very thankful to know all of you. May Allah bless you.

p/s: Each day is a gift~ ^_^

Wednesday, September 21, 2011

Muhasabah time~ :-)


p/s: Go forth, whether light or heavy, and strive with your wealth and your lives in the cause of Allah . That is better for you, if you only knew. [At-Taubah:41]

Monday, September 19, 2011

He is The Light, indeed~


Allah is the Light of the heavens and the earth. The example of His light is like a niche within which is a lamp, the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allah guides to His light whom He wills. And Allah presents examples for the people, and Allah is Knowing of all things. [An-Nur : 35]

Source: Quran.com

p/s: "Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." - Albert Einstein

Tuesday, September 13, 2011

They are whom I admire~ ^_^


~ Encik JGS yg suka menari shuffle di mana saja ~
Credits to TreeJtwitter
serta...


~ Encik Hyungjun yg pemurah dgn fans ~

p/s: Crazy + generous guys are hot! Ahaks~ ^_^

Monday, September 12, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Kak Jah cakap.... :-p


Saya tak habis lagi baca buku ni. Saya stuck selepas tinggal lagi 1/5 untuk dibaca. Kak Jah yg dtg umah hari tu bagitau, "Awak habis baca nanti dpt laa tu jodoh.." =)) aminnnnnnn..... Hahahahahah~~ Jah, saya baca lepas balik Kuching nanti laar.. Tak nak jumpa jodoh kat sana, jauh sgt!!!! =)) =))

p/s: Too many things to read!! TT______TT

p/p/s: Nak husband yg boleh jaga saya sblm abah & mama pegi haji tahun depan boleh? Uhuks~

Monday, September 5, 2011

My B-day Wishlist...ngeh ngeh~~

Disebabkan 10 Oktober hampir tiba (walaupun sebulan lebih lagi.. :-p), saya nak buat wishlist. Semoga dimakbulkan oleh Yang Maha Esa, insyaAllah.. ;-)

1. Saya mahu ehemmsss baru!! =))

~ Ya, andalah yg saya maksudkan!! wakkakak!! =)) ~

2. Saya mahu kumpul duit untuk ke Tanah Suci =D


3. Saya nak habiskan baca Surah Al-Maidah & terjemahannya sekali ;-)


4. Saya nak kehidupan baru..ahaks!~ :))



5. Saya nak terus usaha mencari kebahagiaan..ngee~~ ^_^



Aminnnn.......

p/s: Ketabahan mendamai keresahan.... ;-)

Friday, September 2, 2011

Kami mahukan suami yang.....

 ~ Tiga CheEkYe di Aidilfitri ~

Ahaks!~ Salam Syawal! Kita masih dalam mood beraya. Alhamdulillah tahun ni dipertemukan lagi dengan Syawal. Raya ke-2 lepas, dua sahabat saya: Cik Yen dan Kak Jah datang ke rumah. Seronok sgt dpt sembang2 dari perkara yg berilmiah hinggalah ke merepek meraban..hahahahah.. Kalau dah namanya kawan baik, sah2 semua benda leh sembang jerkk.. Lompatan dari satu topik ke topik2 yang lain tu mmg dah jadi kebiasaan kann.. :))

Tapi dalam banyak2 topik, ada satu yg saya nak sgt highlight hari ni. Topiknya ialah ciri-ciri suami pilihan.. Ahaks!~ Yer, ini topik serius yer! Jadi mari baca bersama-sama.. :-p

Ciri pertama: BERIMAN
Beriman kat sini bukan bermakna seorang lelaki itu perlu bertahajjud tiap2 malam dan beribadat 24 jam, tapi beriman di sini maksudnya ada pegangan agama yang mantap. Bukan sekadar solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan. Ada ramai jer yg solat & berpuasa, tapi jiwanya kosong. Kenapa suami beriman menjadi pilihan? Sebabnya lelaki yg berimanlah yang dapat membimbing seorang isteri. Lelaki yg beriman tak akan menganiaya wanita, malah dibimbingnya seorang wanita itu untuk menjadi isteri solehah. Jadi, pesanan peribadi saya buat lelaki di luar sana, jika terjemahan Al-Fatihah pun tak tahu tapi mendambakan seorang wanita yang sempurna, silalah belajar banyak lagi yer untuk kukuhkan iman anda.. ^_^

Ciri kedua: SEKUFU
Sekufu kat sini tak bermaksud kena sama taraf pekerjaan, darjat, gaji, harta etc. Tapi sekufu di sini ialah berada dalam tahap pemikiran yang sama. Contohnya tak kiralah sama ada seseorang itu ada Masters ataupun Sijil jer, tapi kalau semangat untuk belajar dan terus maju dlm hidup tu ada pada kedua-duanya, maka sekufulah mereka. Sebab apa? Sebab mereka berada on the same page. Masing-masing sekufu dlm pemikiran, walaupun taraf tak sama. ;-) Kalau sekadar sekufu dari segi duniawi saja, salahlah konsep tu. Sekufu iman pun penting jugak yer.. ^_^

Ciri ketiga: TERIMA SEADA-ADANYA
Yer, ini selalu jadi masalah besar. Seorang lelaki perlu menerima sifat yang ada pada wanita itu seada-adanya kalau betul dia sayang pada wanita tersebut. Tak ada orang yg sempurna dalam hidup ni dan masing-masing cuba perbaiki diri masing-masing untuk jadi yang lebih baik. Jadi, kalau dah ada terdetik perasaan tak puas hati dengan ciri-ciri yang ada pada wanita itu, maka senang cakap anda tak boleh pun terima dia seada-adanya. Senang cakap, tak serasi!! Oleh itu, carilah wanita yang ada ciri-ciri yang ada suka dan jangan suka-suka hati nak mintak wanita tersebut ubah itu dan ini mengikut kehendak anda. Itu tak ikhlas namanya. Perlu difahami Allah dah cipta setiap orang itu unik dengan perangainya tersendiri. Jadi, belajarlah untuk menerima. Daripada anda mengubah diri orang lain, baik anda ubah diri sendiri dahulu.. :))

Ciri keempat: MEMAHAMI
Jika seseorang wanita itu ada hobinya tersendiri, tak salah kalau dibiarkan wanita itu meneruskan hobi & minatnya selagi ianya tidak memberi keburukan. Kalau semua benda nak larang, pusing-pusing akan makan hati jugak akhirnya. Bukan susah pun sebenarnya nak faham seorang wanita, kalau anda boleh bagi ruang untuk dia buat benda yg dia suka, maka akan gembiralah wanita tersebut. :)) Kalau laki itu ada hobi yg sama, lagilah dia seronok..hahahah.. Maka, be considerate dan cubalah belajar memahami wanita yer terutamanya ketika wanita itu tgh alami mood swing.. :-p

Ciri kelima: TAK MEROKOK
Ini sebenarnya ciri personal saya yer. Saya mmg tak suka orang merokok. Sebab saya dibesarkan dalam environment keluarga yang tidak merokok, jadi lelaki perokok mmg saya susah sikit nak terima. Jika dia sanggup berhenti lain cerita. Tak payahlah saya stori bahaya merokok dan sebagainya, sebab semua orang dah sedia maklum kan. Hanya kehendak diri sendiri saja sama ada nak atau tak. Kenapa saya tak suka? Sebab saya pentingkan keadaan zuriat-zuriat yang akan saya lahirkan nanti. Saya tak mahu mereka lahir untuk mengenali kepulan-kepulan asap merbahaya dari ayah mereka.. Sungguh kesian kat anak-anak saya nanti.. ^_^

Cukuplah entri untuk hari ni. Karang dah jadi artikel pulak..hahahha.. Btw, maaf zahir batin kalau ada yang terasa dengan entri kali ini. Saya tak bermaksud apa-apa, hanya sekadar berkongsi pendapat daripada perbincangan dengan rakan-rakan saya hari tu.. ;-)

p/s: Panggilan ofis sudah hampir kedengaran... TT____TT