Friday, December 30, 2011

Perginya Seorang Wanita Yang Hebat...

Tanggal 28hb Disember lepas, moyang saya yg tersayang telah pulang ke rahmatullah selepas bertarung selama lebih 5 tahun dengan sakit tua. Bermula dari peristiwa beliau terjatuh beberapa kali, terlantar seketika tetapi kemudian dapat kembali berjalan kerana ketabahannya (walaupun seketika), akhirnya di akhir tahun 2011 beliau pergi untuk selama-lamanya.

Arwah Tokwan yang saya kenal adalah seorang wanita yang sangat sangat tabah. Walaupun khudratnya makin hilang sejak dia terjatuh di tahun 2006 dulu, dia selagi boleh berusaha untuk tunjukkan dia seorang yg kuat. Dia cuba buktikan dia dpt kembali berjalan dan menghesot dan tak mahu susahkan anak cucunya. Dengan ingatan yang kuat, dia buktikan yg dia masih gagah untuk terus hidup di muka bumi. Saya masih ingat selorohnya tahun lepas yg dia mahu ke kenduri kahwin saya nanti walaupun sebagai tukang cuci pinggan..ehhehehe.. Tokwan sgt pandai ambik hati anak cucu & cicitnya. Cuma saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi keinginan Tokwan yang ingin menghadiri majlis perkahwinan saya. Apapun yg berlaku insyaAllah saya tak akan lupa semua jasa & pengorbanan Tokwan kerana Tokwan sentiasa di hati kami.. :-)

Masih teringat-ingat kenangan membesar dengannya. Saya menemaninya ke kedai runcit, masjid, dia dengan bangga bercakap pada org kampung saya cicitnya. Mungkin kerana saya adalah cicit sulung, jadi saya sedikit istimewa. Saya juga masih ingat semasa di Kulim masa abah mama pergi kerja, dia datang ke Kulim menemani cicit-cicitnya di rumah, memasak untuk saya & Fatin. Saya teman Tokwan beli ikan di lori ikan di Taman Bersatu & dia sangat peramah dengan jiran2 yang baru dikenalinya. Itulah Tokwan. Peramah & suka berkawan. Dia tak takut untuk bertanya, sebab itu kami sekeluarga tak risau kalau bawanya berjalan-jalan. Sedangkan di airport pun dia boleh survive seorang diri, apatah lagi di tempat-tempat lain. ^_^

Cuma di pertengahan tahun 2011, kesihatannya mendadak menurun. Dia langsung tak dapat bangun atau duduk, hanya mampu terlantar. Ingatannya juga makin hilang. Kalau dulu tiap kali mendengar nama 'Diyana' atau 'Fatin', mesti dia gembira & ada masanya hingga mengalir air mata. Mungkin dia gembira tiap kali kami menjenguk. Di hujung nyawanya, dia sudah tak boleh berkata-kata & tak dpt mendengar. Kami sekeluarga sudah akur & redha. Mungkin waktunya telah hampir tiba. Tokwan juga telah lama bertarung dengan kesakitannya. Hanya solat hajat & doa saja yg dapat kami panjatkan pada Allah untuk memudahkan segalanya. Alhamdulillah, Tokwan pergi dengan tenang pada pukul 10.30 malam ketika tidur. Maka benarlah kata-kata Allah, setiap yg datang dari-Nya akan pergi menghadap-Nya kembali bila sampai waktu yang ditetapkan. Allah Maha Besar. Semoga Dia memberi ketenangan dan mencucuri rahmat ke-atas Tok Wan dan ahli-ahli keluarga kami yang terdahulu.. Aminn...

Kerana dia sangat mengasihi cucu-cucu & cicit-cicitnya, pemergiannya sangat-sangat dirasai oleh kami. Rezeki arwah dimandikan oleh orang-orang yg menyayanginya sebagai membalas jasanya untuk kali terakhir. Terima kasih Tokwan untuk segala-galanya. Terima kasih Tokwan kerana menjaga Mama sejak kecil. InsyaAllah kami akan sentiasa mengingati Tokwan.. Semoga Tokwan tenang di sana.. Al-Fatihah..


p/s: The truth is from your Lord, so never be among the doubters. [Al-Baqarah:147]

Wednesday, December 28, 2011

Confession Time

I'm not looking for someone to heal my broken heart,
I'm looking for someone whom I can build my new life with..
^_^

Are you the one? Ahaks!~

~  I know you're looking for me, encik JGS..hahahahhaha!! ~

Picture credits to : RhythmLand

p/s: Mengapa hati ini masih tertarik pada yg berkarektor seperti Hwang Tae Kyung? Yg kurus, tinggi & berkarisma.. Hati oh hati =)) ~

Friday, December 23, 2011

I'm back to Middle Earth~


Baru-baru ni trailer The Hobbit baru keluar OFFICIALLY. Saya selaku peminat LOTR yg satu ketika dahulu sgtlah fanatik cubalah menonton dengan perasaan plain. But guess what, sebaik jer saya tekan button play kat YouTube tu, terus saya rasa semacam. Tambah2 bila tgk Bilbo, Frodo & Gandalf muncul awal2 trailer, terus rasa 'zaaappp' ke hati saya. Ok, have to admit something. SAYA RINDU MIDDLE EARTH SEBENARNYA!!!~ TT________TT

OMG, dah lama saya tinggalkan dunia Middle Earth. Senang cakap, lepas jer Return Of The King akhir tahun 2003 dulu, makin lama makin kurang obsesi saya. Final step obsession saya adalah dgn membeli DVD Extended Edition utk trilogi tu and that was in 2004 I guess. Jadi sekarang, di akhir tahun 2011, finally my obsession is back after watching The Hobbit trailer!!!~ Yeeehaaaa!!~ Boleh tak nak rasa bersyukur? Hihihihi...sebab saya rasa saya dah jumpa balik diri saya.. :)) Baru terasa kembali berfokus.. Alhamdulillah... Ahaks!~

Kalau dulu zaman MMU seingat saya, tiap2 tahun ada jer aim nak tgk wayang apa dengan CheE-kYe clan. Tapi dua series yang WAJIB tgk of course Harry Potter & LOTR. :)) Bak kata Cik Yen, generasi kamilah yang membuatkan wayang kat Melaka tu maju. Kalau tahun 2003/2004 dulu ada satu cinema jer kat Mahkota Parade, skrang dah bercambah2!!~ Hahahah.. Huwargh! Serius rindu zaman remaja tu. Eh, skrang pun masih remaja jugak kan?? :-p Selagi tak kahwin, selagi tu Cheekye adalah remaja. Ngeh ngeh~ :))

The Hobbit will be aired on 14th December 2012. Setahun lagi yer, kawan-kawan. Jadi dlm masa setahun ni, saya dah mula merangka2 plan. Of course, as I said before, my obsession is back! :)) Ok, langkah pertama (selepas Februari ni insyaAllah) ialah nak beli buku The Hobbit. Then, ambik perkembangan dgn Peter Jackson new masterpiece nih..hehehehhe.. Buat yg tak tahu, The Hobbit ni akan jadi 2 filem. Yg first ni dipanggil The Hobbit: An Unexpected Journey. Yg second The Hobbit: There And Back Again.. ;-)

Kelmarin chat dgn Cik Yen, well biasalah bila dua peminat fanatik berbual, sah2 mcm teori & harapan yg keluar..hahahahha... Selaku peminat Faramir & Eowyn, sah2 kami mahukan wedding scene yg sepatutnya ada dlm ROTK dulu!!~ Hahahah... Teringat lagi kata-kata Cik Yen, 
"Entah2 Peter Jackson memang dah lama simpan scene tu utk the hobbit ni tak.."
wakakakakak~ Biasalah, kami ni peminat yg suka mengharap.. Honestly, saya pun kalau boleh nak Peter Jackson tunjuk jugak sikit epilog diorang kat 4th Age, lepas King Elessar jadi King of Gondor. Ahaks~ tu personal wish jer yer..tapi kalo betul2 ada mmg sgt seronok laaa!!! :))

Ok, cukup sampai di sini. Apapun, sgt happy sebab ada jugak perkembangan The Hobbit. Ngeee~ Can't wait for 14th December 2012 to come!!~ Mari mula buat plan yer, kawan-kawan..

p/s: Kena cari encik husband yg minat LOTR jugak kot nanti..Anyone? Ahaks!~

Wednesday, December 21, 2011

Like The Birds - FT Island


Like The Birds (English Translation)
credits to: pop!gasa

The cars racing through the open space
And the people shined by the setting sun

The cars racing on the highway
This street in the heart of the city crowded with busy footsteps
Between the densely packed buildings like trees in a forest
The billiant neon signs
I want to fly above this city today - come on

As I look at the birds flying
I want to follow them and fly as well
Freely underneath the blue sky
I want to follow them

I want to fly in the sky today
I want to touch the clouds
Uh yes I wanna touch the cloud
Because they are lower than the sky
If only if the tips of my fingers can touch the tip of the cloud

Even if I want to leave this stuffy city
I cannot go

I want to get out of this frustrating routine
Let's get out out - I want to get out of here now
Above the sky, I feel like there will be something for me
Like the birds in the sky, let's fly to the sky - fly high

Fly - spread your wings, look only to the sky
If you have courage, you can do it


p/s: Always hoping to fly & experience new things in life~^^ one day, insyaAllah~

Sunday, December 18, 2011

Reorganize. Reshuffle.

Semangat baru. Sempena Januari 2012 yang semakin hampir. Saya nak reorganize. Nak reshuffle. Buang yang mana tak perlu, susun semula mana-mana yang perlu. ^_^

~ Sebelum~

~ Selepas ~

Selain dari partition kat ofis saya ni, byk lagi benda yang saya kena reorganize & reshuffle. Secara jujurnya, mentally pun saya kena reorganize & reshuffle. ;-) Haruslah susun balik priority. The things that have happened in the past should be remained in the past. Harap2 yang dah saya buang tu, tak payahlah nak muncul balik yer. Anda tak layak untuk muncul dlm hidup saya lagi. ^_^ 

My current priority? Masih ke sini... ^_^

~ InsyaAllah ;-) ~

p/s: Cinta baru saya - makan!!~ nyum nyum~ =))

Thursday, December 15, 2011

Girl (Spacecowboy ver.) - Kim Hyung Jun


One word to describe him - HOT!!~
He might look so skinny but actually he's at his best condition!
Just look at the muscles..
*gulp*
O_o

Ok, that's it. Need to refocus!~ :))
Dear Hyung Jun, you're always in my heart..
^_^

p/s: Erm...I think I have to start exercising again.. -_-

Saturday, December 10, 2011

14 Muharram 1433H

Kalau ikut pengiraan kalendar hijrah, hari ini bday saya. Alhamdulillah.. ^_^ Harap-harapnya saya semakin matang. Hari ni jugak tak salah saya gerhana bulan penuh berlaku. So, what a rare occurance on my birthday.. Mungkin berlaku sekali seumur hidup di harijadi saya.. ;-) Therefore, let's cherish every moment and be thankful for each treasure given by Him.. Jgn lupa solat sunat gerhana bulan yer.. :-)

Hadiah dari diri sendiri untuk diri sendiri hari ini:
  • New haircut :)
  • New brown sandal (yg beli baru2 ni jadi makin besar, wajib bagi pada cik Fatin yg berkaki gajah itu..wakkakak!! :-p)
  • Mandi dgn scrub badan lavender baru..ngeh ngeh~^^
p/s: Berat badan saya dah naik 1kg!!! Finally after 5 months...hohohoho... Apa tandanya yer? :-p

Friday, December 9, 2011

Salam Jumaat~

"Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula)." [As-Saffat : 11]

Bila baca ayat di atas, baru saya faham tujuan Allah menciptakan manusia dengan tanah liat. Supaya senang diubah & diciptakan semula. Maknanya, manusia boleh dibentuk & diubah-ubah, contohnya daripada hodoh menjadi cantik dan vice versa. Tapi sebenarnya maksud ayat di atas lebih bertumpukan pada hati & sikap seseorang manusia. Daripada berkelakuan baik, boleh menjadi buruk, dan kemudian boleh bertukar menjadi baik kembali. Dan seterusnya, seterusnya. Semuanya atas keizinan-Nya. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun & Maha Menentukan.. ^_^ Yang penting, kita sebagai hambaNya kena sentiasa mengawal hati & nafsu dan jgn terikut-ikut dengan bisikan syaitan. Berusahalah selagi boleh! :-)


p/s: Peringatan ini adalah lebih untuk diri sendiri... :-|

Sunday, December 4, 2011

Honestly...

Honestly, I hate weekends. Seriously. Weekends buat saya lemah dan saya tak suka dengan keadaan itu. Saya lebih prefer weekdays yang mana saya rasa sangat energetic di ofis & menyibukkan diri dengan macam2 kerja. I love my work. ^_^

Saya seorang yg suka pada hasil akhir utk setiap tugasan. Jadi bila saya di ofis, saya seronok bila tgk output bagi kerja2 saya, contohnya assignment students yang siap dimarking, scoresheet yg siap diisi, soalan2 kuiz yang siap diprint etc. Saya enjoy kerja saya. Walaupun gaji saya tak semantap rakan2 saya di IPTA, saya happy dengan environment kerja saya. ^_^

Weekends adalah membosankan pada saya. Mungkin kerana saya jarang keluar rumah, jadi saya rasa boring dengan weekends. How I wish to spend my weekends with my lovely friends who're mostly in KL..*sigh* Well, that's the drawback of staying here in Kota Bharu, terpisah dengan kawan-kawan. Tapi apapun saya bersyukur sebab ada ketikanya saya masih berpeluang ke KL walaupun tak kerap. ^_^

Ok, tetiba terfikir nak ke Sunway Lagoon. Apakah?? Hahahahaha!! =))

~ Us at Sunway Lagoon, 2006 ~

p/s: Erm......

Friday, December 2, 2011

Late autumn~


If you're wondering how I really feel right now, this song has the answer that you're looking for.
Perfect song. Perfect feeling. Perfect time.
:-)

p/s: Welcome back, December~^^ I'm still longing for February~ *sigh*