Sunday, December 23, 2012

My Type~


You Fall for the Guy or Girl Next Door Type
You think that people make love too complicated, and what you want in a partner happens to be pretty simple.
You're content with someone who's nice, attractive, honest, and normal. So how come that's so hard to find?

You are fairly traditional, and you value security in relationships more than most people. It's important for you to find someone loyal.
When you find the right person, you don't expect much from him or her. You're just happy to be together.

p/s: Kes kes kes.... =))


Monday, December 17, 2012

Misunderstood.


Pernah anda melalui situasi yang buat orang salah faham dengan diri anda? Saya selalu jer..hahahha! Dan saya malas ambik port sgt sebab saya malas nak explain banyak-banyak, unless bila melibatkan maruah diri. Yerp, time tu haruslah defend sehebat-hebatnya! :))

Saya dan misunderstood ni dah cam adik-beradik kot. Yerp, tak semua orang boleh faham kita ni camana. Tambah-tambah apa yang saya lalui, orang lain tak lalui. :) So they'll never understand. Tapi of course, saya tak salahkan orang yang tak memahami ni, sbb diorang mmg tak akan paham pun! So tak payahlah justify bersungguh-sungguh sgt.. They just can't get the picture! Hahaha.. :)) #notetoself

Saya rasa ramai yang misunderstood dengan free-spirited woman sebenarnya. Ada jer yang orang cop perempuan terlebih independent, perasan bagus, terlebih pandai etc. Salah ker kalau seseorang perempuan tu independent, berjaya dalam career & tak mengharapkan duit gaji orang lain? Erm..confusing. Yerp, masyarakat mmg terlalu suka menilai. Yang paling saya tak tahan, ada jugak yang post kat FB dengan status-status mengejek andartu, bini no.2, single mother, barren woman etc. Hehehhe.. Typical Malaysians I might say. Cetek sungguh pemikiran. :-p

Daripada anda mencari kesalahan org, it's better to look at yourself first. Since Allah hasn't give you the tests to increase your imaan, it's good to start making a reflection before it's too late. Put yourself in that person's shoes. Then you can get a clearer picture. :-) Don't take things for granted. If things did not luckily happen to you, it doesn't mean it will never happen to you beb! Be grateful and stop judging yer.. ^_^ Ujian & dugaan setiap orang ni lain-lain. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

Jom muhasabah diri! Abaikan mereka yang tak memahami..ahaks!~

p/s: Live to please the Creator not the creation. ^_^

Monday, December 10, 2012

Merepek VI

Kisah benar di tahun 2006..

Kejadian berlaku di dalam sebuah kereta dipandu oleh seorang gadis (Gadis I), dan bertemankan dua orang sahabatnya Gadis II dan Gadis III.

Mereka bertiga berbual-bual tentang lesen kereta & kepentingan untuk seorang wanita mempunyai lesen kereta.

Gadis II memberi pendapatnya.

"Aku rasa penting kena ada lesen kereta sebabnya untuk masa depan kan. Manalah tau kot tiba-tiba gaduh dengan laki ker, tengah-tengah malam..tak derla aku balik rumah mak bapak aku dengan basikal ker..teksi ker.."

Gadis I menyampuk.

"Ha betul! Tau tak per!!"

Gadis III yang berada di belakang hanya tersenyum, geli hati.

Hanya wanita-wanita independent sahaja yang memahami.. :))

p/s: We have become not a melting pot but a beautiful mosaic. Different people, different beliefs, different yearnings, different hopes, different dreams. - Jimmy Carter

Wednesday, December 5, 2012

December : It's all about obsession!~ ^_^

"I'm going on an adventure!" - Bilbo Baggins

  • I've been waiting for 8 long years for The Hobbit to be shown since Return of The King
  • I've been mesmerized by its' trailer since December last year.
  • Yes, I'm one of millions of LOTR fan. :-)
  • I could be starting to make personal DVD collection of The Hobbit trilogy, just like what I had done with LOTR. :-p
  • And of course I'll be looking forward to the extended editions!! :))
  • InsyaAllah, I'll be in KL with my fellow LOTR fans at the end of this year!
  • Cheers!!~ ^_^

p/s: "Mithrandir, why the halfling?" - Galadriel.

Sunday, November 25, 2012

"To educate"


Masa saya darjah 4, ustazah saya, Ustazah Rashidah pernah nasihat saya & kawan-kawan sekelas saya.

"Kalau minat mengajar, jangan jadi cikgu. Tapi jadi pensyarah."

Hehehe.. Itu teori dulu2. Sekarang saya rasa tak ada beza pun jadi cikgu atau pensyarah, beban kerja sama sahaja. Tapi secara jujur, saya respect pada mereka yang jadi cikgu sebab bukan senang nak mendidik mereka yang bawah umur untuk berjaya ke peringkat lepas sekolah. Hanya yang betul-betul penyabar saja boleh jadi cikgu, especially yang mengajar sekolah rendah. Dan kalau bukan kerana cikgu2 saya di sekolah rendah & menengah dulu, saya takkan jadi seperti sekarang. ^_^ Terima kasih cikgu2 semua!

Saya memilih bidang pendidikan bukan kerana suka-suka. Tapi kerana saya minat mengajar & suka share ilmu yg saya ada. Instead of being labelled as a lecturer, I prefer to be labelled as an educator. :-) Tak semua orang mampu jadi pendidik yang baik. Dan saya pun masih belajar untuk jadi seorang pendidik. Sometimes, tiap2 hari datang ofis terlupa tujuan sebenar bekerja. Huhuhuh... Yer, manusia mudah lupa. Perlu muhasabah diri banyak2 lagi.. TT______TT

Dan jangan lupa, jadi ibu atau bapa pun adalah seorang pendidik. ^_^

p/s: "If you give me rice, I’ll eat today; if you teach me how to grow rice, I’ll eat every day." - Mahatma Gandhi

Thursday, November 22, 2012

Yes, I'm a vacationer :)




In shaa Allah Januari 2013..
^_^
Motivasi awal tahun.

p/s: Definitely me. A vacationer.. :-)

Monday, November 12, 2012

Choose To Be Healthy :-)

Hari tu saya ada post status di FB tentang pendapat saya yang orang chubby akan jadi gorgeous bila kurus dengan tiba-tiba, jauh lagi gorgeous dari yang semulajadi kurus. Mungkin sebab kita selalu tgk org yg kurus, jadi kalau dia stay kurus pun kita rasa biasa jer.. Tapi kalau dengan org chubby, bila tiba-tiba kurus adalah.. WOW! ;-) Sama la jugak kot kalau dari org kurus, tetiba jadi chubby sikit pun akan jadi WOW jugak..hahahah!! Oh yer, buat kawan2 saya yg lama tak jumpa saya, sy mmg dah chubby sket skrang ni..nak banding ngan dulu..oh no saya sudah tidak kurus kering lagi...heheheheh...

Saya dari dulu suka tgk The Biggest Loser. Kiranya untuk motivasi diri jugak sebenarnya, supaya maintain fit. Orang kurus tak semestinya sihat, especially kalau yang tak pernah exercise..huhuhu.. In fact skrang pun saya sangat takut kalau2 berat badan tiba-tiba naik mendadak lebih dari BMI. Jadi, makan pun kena beringat..especially bagi saya yang memang gila makan fast food nih.. -_-

By the way, ini gambar-gambar K-Pop idols yang satu ketika dulu sgt laa chubby & bertukar jadi super gorgeous after losing weights. My favourite, of course lahhh Encik TOP!!~ ^_^


~ Ryeowook (Super Junior) Dulu ~

~ Ryeowook Sekarang ~

----------------------------------------------------------------

 ~ Changmin (2AM) Dulu ~

~ Changmin Sekarang ~
 
----------------------------------------------------------------
Last but not least...my lovely TOP~ :-p

 ~ TOP (Big Bang) Dulu ~

~ TOP Sekarang ~

Wohohohoho...super hotness!~ *_* Ok, sesapa yang terasa nak turun berat badan secara sihat..silalah guna tools ni yer:

1. Calculate BMI kat sini: http://www.freedieting.com/tools/bmi_calculator.htm

2. Calculate calorie harian yang anda perlukan & target berat badan yg anda nak: http://caloriecount.about.com/cc/calories-goal.php

3. Check kalori utk setiap makanan: http://kelabdiet.motionforum.net/t5-senarai-kalori-makanan

4. Kawal pemakanan & exercise secara sihat!!

5. See the end-result.

Selamat mencuba & good luck yer!~ ^_^

p/s: "He who has health, has hope; and he who has hope, has everything." - Arabian Proverb

Saturday, November 10, 2012

Merepek V


Semalam mimpi encik ini.. Gara2 menonton Running Man smlm..

Encik bawak kereta dgn machonya. Dan saya si sebelah.

Bahagiaaaaa!~

I think I love you lah, encik! Ahaks!~

XD XD XD

p/s: Catch me! ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 5, 2012

Uhuks~


TT_____TT

p/s: Good luck to all SPM 2012 candidates!~ ^_^

Friday, November 2, 2012

Hingga hujung nyawa..

Dah bulan November. :-)

Seminggu dua ni agak melancholy. Sejak dpt tahu pemergian anak saudara sepupu saya yg kemalangan di Sg.Yu pada sehari sblm Aidiladha, saya rasa agak blur sebenarnya. Banyak benda bermain di fikiran. Teringat kali terakhir berjumpa allahyarham di airport P.Chepa semasa kami sekeluarga ingin menunaikan umrah. Jumpa pun kebetulan, dan dia menegur kami sekeluarga. Seorang yang sangat baik. :-) Dan berani sy mengatakan allahyarham seorang anak lelaki yg baik buat kedua2 ibubapanya. Di usia yg sgt muda, 22 tahun, sudah banyak dia berjasa dlm keluarga.

Pagi td menziarah keluarga allahyarham, alhamdulillah kekuatan masih utuh dlm diri mereka. Redha adalah kunci kekuatan. :-) Subhanallah..

Saya x rapat dgn allahyarham, tp saya ada kenangan tersendiri dgnnya. Masih teringat semasa majlis mkn mlm di Hotel Renaissance 3 tahun dulu, allahyarham yg serve makanan utk meja kami. Yer, di usia yg sgt muda dah pandai berdikari, cari duit sendiri. Sehinggalah ke hujung hayatnya, sangat murah rezeki Semoga Allah menempatkannya di kalangan org2 yg beriman.. Amin.. ^_^

Al-Fatihah..

p/s: Segala di dunia adalah pinjaman dariNya..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 29, 2012

I likeeee....


Encik Jun berfutsal dalam hujan!~ I likeeee... <3

Pic credits: Pluto0606

p/s: He.Must.Do.Sports.

Monday, October 22, 2012

"Dah tu yang dia suka!"



Rindu dengan cerita ni. Pernah obses satu ketika dulu, dan sampai skrang pun saya masih suka tgk part2 tertentu utk hilangkan stress saya...ahhahaha.. :))

Watak Hwang Tae-Kyung ni memang sangat laa rasa dekat dgn diri saya. Sebab dia ego, garang, cynical, suka buat hal sendiri. Tapi hakikatnya dalam ego2 tu dia clumsy, ada inferior sikit2 & yang paling penting, hati dia baik. ^_^ Orang nampak dia kejam, tapi dia baik sebenarnya..ahaks! :-p Dan yer, kualiti2 lelaki camni laa yang boleh buat orang perempuan tertarik! Hahahaha.. 

Saya pernah tanya Cik Paten. Kenapa Mi Nam suka kat Tae-Kyung? Bukan kat Shin Woo yang sangat gentleman tu? Cik Paten balas:

"Dah tu yang dia suka!"

Hahahhaha!! Sangat logik! =)) Orang perempuan ni, kalau dah suka..dia tak kira dah apa pun..semua keburukan lelaki tu dia buat2 tak nampak jer... Janji dia suka! Yes, as simple as that. Dia suka! :)) Unless that guy ada buat kesalahan besar yg dia tak boleh dia maafkan, so goodbye la kan. :-p Tapi selagi dia suka, dia suka lah! Hehehhe..

Konfiden! Tu la kekuatan watak Tae-Kyung. Sangat konfiden sebenarnya. :) Yer, saya suka lelaki yang konfiden..hahahha.. Apakah tetiba ni? =))

Dah, dah. Ini semua akibat saya lapar. Huhuhuhu... Maafkan saya.. TT_______TT

p/s: Butter rice di Southern Fried Chicken zaman kampus adalah heaven!! Huwaarghhh!! Rindu!! :((


Saturday, October 20, 2012

Effort counts!



Make efforts. Not excuses.

p/s: Be a winner, please. ;-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 17, 2012

Sangat....sangat....

Semenjak dua menjak ni, rasa sangat unstable. Exhausted. Letih. Mentally tired. Schedule agak kucar-kacir. Rasa insecure & celaru.

Semua ni ujian.

Dan saya sahut ujian ini kerana Dia.

Please pray for me.

:-)

Thank you.

~ Totally for Him. Forgive me, ya Allah ~

p/s: I miss Baitullah.. :-(

Sunday, October 14, 2012

Penenang Qalbu~



Dia ada. Dan sentiasa ada. :-)

p/s: "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." [Surah Qaf : 16]

Thursday, October 11, 2012

Thank you!~ Gomapda~ ^_^

~ A gift from mama ~

Alhamdulillah berganjak ke satu angka baru lagi. :)) Bersyukur sebab masih bernafas di muka bumi Allah ini.. Dengan apa yang Allah kurniakan pada saya selama 28 tahun ini, hanya sembah & sujud padaNya saja yang boleh saya tunaikan. Syukran! Subhanallah, Allah Maha Besar. ^_^

Just to share something, kalau dulu2 saya selalu merancang semua benda tiap2 tahun & pastikan ianya tercapai, tapi sekarang saya lebih suka go with the flow. ;-) Serius. Tak sakit kepala, tak migrain..heheheh.. Sebelum2 ni, hidup saya penuh dengan target..tapi sejak setahun dua ni..tidak lagi. Sebab sebaik atau sehebat mana pun manusia merancang, rancangan Allah juga yg terbaik.. Alhamdulillah.. ^_^

No regrets. Serius. Setiap apa yang Allah tarik semula, dia gantikan dengan yang lebih baik.. Itu janji Allah. Jadi saya tak menyesal langsung dengan semua keputusan yang saya buat sebelum ini. Setiap ilham yang baik itu diturunkan oleh Allah & dibantu oleh utusan-utusanNya iaitu malaikat.. ;-) Dan kalau dikenangkan balik rancangan2 yang Allah aturkan buat saya bg menggantikan apa yang telah saya hilang, saya akan rasa sebak sebab rancanganNya terlalu hebat berbanding segala yang lain. Kuasa Dia sangat-sangat besar. Dan yang paling penting, saya tak putus asa. :-)

Rancangan Allah yang paling saya tak expect adalah mendapat panggilanNya ke Tanah Suci. Saya tak pernah terfikir seumur hidup saya yg saya akan menunaikan umrah di usia 20-an. Jahilnya saya ketika itu kerana lebih berminat utk menjejakkan kaki ke negara2 lain berbanding rumahNya. Tapi Allah bantu saya, Dia ubah pemikiran saya 360 darjah. Yerp, totally upside down! Macam saya cakap tadi, kuasa Dia sangat-sangat besar. ^_^ Thank you, Allah. Sekarang, boleh dikatakan setiap hari saya rindukan Baitullah..

Kerana saya sekarang sudah berusia 28 tahun, saya cuma ada satu wish sahaja iaitu utk menjadi hambaNya yang lebih baik & matang dari sebelum2 ini. Amin... ^_^

Dan terima kasih jugak buat semua yang wish & mendoakan saya.. You've made my day.. ;-)

Thank you! Thank you! Thank you! Ngeeeeee~

p/s: Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. [Surah Al-'Anfal : 24]

Tuesday, October 9, 2012

Wah wah... ^_^


Counting!! Counting!!
\^_^/

p/s: I want dark chocolate please!! :))

Thursday, October 4, 2012

To Be Someone's Bride or Someone's Wife?

~ Interesting points from Aku Cinta Masalah by Mohd Daniel Lim Abdullah ~

Dapat khabar berita ada seorang lagi rakan saya berpisah dengan suaminya lepas bertahun-tahun kahwin & ada anak. Erm..dugaan masing-masing. 

Cumanya saya rasa bagi wanita yang masih bujang & ada keinginan utk berkahwin, kena tanya diri sendiri dulu sama ada betul2 bersedia atau tidak untuk menjadi seorang isteri dan ibu? Sebabnya, selalu perempuan ni excited kalau cakap bab nak kahwin sebab berangan prepare macam-macam utk majlis kenduri instead of fikir kehidupan selepas kahwin. Bila dah habis honeymoon phase, baru terfikir tentang realiti kehidupan. So, apa-apa pun, setiap usaha kena disudahkan dengan tawakal. Sebab hanya Allah saja yg tahu apa yg terbaik buat kita. Dia Maha Mengetahui. ^_^

Manusia jadi lebih matang berdasarkan ujian & pengalaman.

p/s: Usaha. Doa. Tawakal. :-)

Monday, October 1, 2012

Hello October~


Live for the present. Remain hopeful for the future.
^_^

p/s: Krabi = Januari?

Tuesday, September 25, 2012

The Hobbit: An Unexpected Journey 2nd Trailer



Ok, excited mcm ngan apa dah nihh... Adusss!! Disember, cepat laa datang sayang..
TT_____________TT

p/s: Saya adalah generasi filem bersiri..ahaks! =))

Monday, September 24, 2012

Fun Day It Was~ ;-)

~ Memorable Perhentian Islands ~

Akhirnya berjaya jugak jejak kaki ke P.Perhentian buat kali ke-2. Alhamdulillah... ^_^ Cuaca weekend lepas sangat cantik, tak hujan, tak ribut, tapi sangat panas! Sangat bertuah sebenarnya sbb sekarang di pantai timur ni dah start musim tengkujuh. ;-)

Kalau dulu saya ke Perhentian bersama trip dgn colleagues mama saya, kali ni saya pergi sekeluarga + jiran seorang. Hehehhe.. :-p Pengisian aktiviti 2 hari kat sana adalah snorkeling di Pulau Perhentian Besar, ronda2 pulau sambil bg makan ikan, tgk kawasan penyu mendarat & bertelur, tawaf satu Pulau Perhentian Kecil dan jalan-jalan kawasan kampung & pantai. Overall, puas hati walaupun penat..hehehhe... Yerp, it was fun indeed. :-)

Happy dpt tgk air laut biru kehijauan yg jernih. Happy dpt tgk ikan2 colourful berenang-renang depan mata. Happy dpt tgk terumbu karang warna-warni. Happy dpt berenang sekali dengan penyu besar. Happy jugak dpt tgk ikan yu. Ahaks!~ :))

Tak dpt nak stori banyak-banyak, tengok jer la gambar-gambar ni yer.. Oh, no. Saya tak edit gambar2 ni. Apa yg anda lihat adalah yg sebenar-benarnya..hehehhe.. ;-)

 ~ Bot-bot di P.Perhentian Kecil ~

 ~ Ikan! ~

 ~ Sunrise di Perhentian ~

 ~ Ikan-ikan yg lapar ~

~ Long Beach P.Perhentian Kecil ~

~ Bot & ikan ~

p/s: I live to travel. I travel to live. ^_^

Monday, September 17, 2012

Merepek IV



Disebabkan semalam saya mimpi Howie-D memimpin tangan saya dan menyanyi-nyanyi lagu ini dengan girang, maka saya nobatkan lagu ini sebagai lagu tema saya utk hari ini.. :))

Lagu ni sgt banyak kenangan. Lagu di kala nak UPSR..hahahaha!! :))

p/s: Masih jatuh cinta dgn suara Brian Littrell.. :-p

Saturday, September 15, 2012

Thursday, September 13, 2012

Psy is cool!~ :)




Hari tu tengok video Psy muncul dlm Ellen DeGeneres Show dengan Cik Paten. Rasa bangga dengan Psy.. ^_^ Saya sebenarnya bukan peminat yg terkesan dgn fenomena Oppa Gangnam Style, sbb saya kenal Psy sebelum ni lagi. Cumanya saya tak la ambik perkembangan sangat sebagaimana saya ambik tau tentang SS501, Super Junior & Big Bang. :)) But yes, I know who Psy is.

Zaman dia tak fames, Psy ada pengikut dia sendiri. Lagu2 dia banyak tumpu pada pop & funky tunes sbb Psy punya expertise ialah menari. :)) So, Oppa Gangnam Style ni memang adalah Psy..heheheh.. Dan siapa sangka Psy boleh jadi worldstar gara-gara ni. Dah rezeki dia jadi terkenal satu dunia, so please embrace it. ;-)

Dan henti-hentilah buat tohmahan merepek gara-gara Oppa Gangnam Style ni. Anda boleh cakap macam-macam, tapi anda tak tahu journey yg Psy lalui untuk jadi macam hari ni. Cuba analisa dari perspektif berbeza. Kalau banyak fikir negatif, maka negatiflah jadinya kan. ;-)

Dlm banyak2 lagu Psy, saya suka lagu It's Art ni. Kalau rajin, silalah dengar & tgk video di atas. Mungkin persepsi anda terhadap Psy akan berubah, atau mungkin tak pun. But still, boleh bagi idea baru pada anda siapa Psy sebenarnya. ;-) Yang penting, Psy jadi diri sendiri & tak tiru siapa2. Tak perlu jadi macam idol2 lain yg kena ada pakej, comel etc utk tarik perhatian fans.

Finally, ayat akhir saya adalah: Ingat senang ker nak jadi entertainer??? Grrrrr~

p/s: Lumrah alam. Ada yg minat, ada yg anti. But who cares anyway? :-)

Sunday, September 9, 2012

Wednesday, September 5, 2012

Zzzzzzz....

Currently, I feel like this.


Please..
Wake me up when September ends~

p/s: I need sunblock!! Sunblock!! :))

Saturday, September 1, 2012

I miss...


I miss this view. Went there in August 2010, after making one of the most important decisions in my life then. :-) Being determined was my strong trait, until an event occurred which had changed my whole perspective of life. Life wasn't easy as I had expected. And since the event, my confidence level isn't the way it was used to be. I have changed to a totally different person. Yet I remain optimistic. ;-) It is all because of Him. I'm glad He's always with me and He picked me up when I was supposed to be devastated. He's the Almighty after all. ^_^

I wish to be there again this year by Allah's will. Hoping it could cure all the worries and the uncertainties that have clouded my minds for months now. Travelling is a therapy. My way of therapy. ^_^

p/s: Oh rindunya pada sea breeze~ Hehehehe... :))

Tuesday, August 28, 2012

Once again...


Once again, Dia menegur saya. ^_^ Bersyukur kerana Dia memberi perhatian.

Not feeling very well. But I'll recover soon, insyaAllah. Please pray for my physical and mental well-being. Thank you.

p/s: Longing for a long vacation.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 27, 2012

.:: Ain't No Fun ::.




1st time dengar lagu ni dulu saya tak berapa suka. Tapi bila banyak kali dengar & faham lirik dia, saya jadi suka! :)) And btw, it's Big Bang's personal favourite song dari album Alive. Sebab diorang cipta lagu ni masa tengah heartless & sedar2 jer jadi lagu..ehheheh.. Yer, org2 kreatif memang mcm tu.. :-p

Enjoice!~

p/s: Final exam start hari ni. Good luck to all my students!! ^_^

Wednesday, August 22, 2012

There's always 2 sides of a story... ;-)

Hajat di hati nk berehat dr arena blogging selama seminggu..tp nampaknya tertewas jugak sebab bidang penulisan ni mmg dah sebati dlm hidup sy..hehehe.. Nak kata byk benda nk mengarang tu x jugak, tp ada sikit2 ilham nk dikongsikan bersama.. ;-)

Time2 raya ni byk cerita keluar bila ramai2 berkumpul. Selalunya pasal nostalgia, kisah dulu2 tak kira org tua ker muda mesti suka berbual pasal hal lama2. Sometimes, it's good to reminisce about the good old days..but at several moments, it's better to just let them go.. ^_^ Benda2 yg lama kalau terlalu kerap diungkit balik takut jd berkudis.. Maybe dari asal berniat baik, tp last2 boleh jd makin parah. Redha adalah jalan terbaik utk mengekalkan silatulrahim.. Setiap yg berlaku adalah ketentuanNya. ;-)

Kadang2 apa yg anda lihat atau dengar mungkin tidak seperti yg anda fikirkan. Manusia mmg dicipta untuk cepat melatah, terutamanya bila emosi menguasai diri. Cepat marah, cepat mencerca, cepat menuduh itu & ini, cepat bersyakwasangka. Sbb tu kalau ikut pesanan Rasulullah, jika kita sedang marah dlm keadaan berdiri, kita kena cepat2 duduk. Kalau marah dlm keadaan duduk, kena berbaring utk tenangkan jiwa semula. Tp antara yg plg disyorkan utk menyejukkan jiwa adalah berwuduk. ^_^ Membuat keputusan atau berckp dlm keadaan marah hanya akan mburukkan keadaan. Dan selalunya, kata2 yg keluar semasa tgh marah tu x menggambarkan niat hati yg sebenar pun. Tp disebabkan ego sebab dh terlepas cakap, bermulalah episod sengketa dan dendam.. Sampai terlupa hampir semua kebaikan yg pernah berlaku satu ketika dulu. Sebab apa? Ego. ;-) masing2 nk buktikan diri sendiri yg betul. Ada ketikanya, tak semua keadaan mesti wujud 1 org sj yg betul dan 1 org sj yg salah. Ada masanya dua2 pihak betul, atau sebenarnya dua2 pihak salah, cuma kita saja x sedar sbb terasa kita sentiasa di pihak yg benar. ;-)

Well, there's always 2 sides of a story. And only Allah knows the truth behind it and why it was meant to happen. ^_^ Terimalah saja qada' dan qadarNya..

Sekarang hari baik, bulan baik. Lupakan cerita lama. Kita bukak buku baru. Hidup kita ni pun singkat sj sebenarnya. ;-)

p/s: Life is colourful, just like my kek batik..hahahaha! :))

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 18, 2012

Merepek III


Saya tgh prepare skema jawapan utk minggu raya ni. In case ada org tanya sy bila nk kawen, beginilah jawapannya:

"Lepas The Hobbit habis tayang.."

Boleh? =))

p/s: Satu hal lak nk xplain The Hobbit tu apa..aisyhhh!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Daripada saya sekeluarga..

Sempena Syawal yang hampir tiba, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam. Mohon diampunkan segala kesalahan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maafkan saya kalau ada yg terasa hati dengan penulisan2 saya sebelum ini & terkasar bahasa. Segala yang baik adalah dari Allah, dan segala yg tidak baik adalah dari saya sendiri..

Mungkin saya akan berehat dari arena blogging buat seketika..bukan sebulan mahupun setahun..tapi mungkin seminggu dua..ahaks!~ Rasanya mmg akan sibuk sepanjang minggu raya nanti. InsyaAllah ada kelapangan nanti saya update ;-)

Ramadhan membuatkan saya rindu pada mereka yang telah tiada. Syawal pula pasti akan buatkan saya teringatkan semua kenangan indah bersama mereka satu ketika dahulu. Semoga mereka tenang di sana & sentiasa dicucuri rahmat-Nya..amin... Al-Fatihah.

Yang masih bernafas perlu teruskan kehidupan. Terus kejar kejayaan di dunia & akhirat, insyaAllah.. ;-)

Buat perantau2, selamat pulang ke kampung halaman & pandulah dengan selamat.. ^_^

Sekali lagi, Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga. Maaf zahir & batin..

Kad di bawah khas untuk anda.. ;-)


p/s: Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,  takbir,  tahmid dan taqdis." - (Riwayat Abu Nu'aim)

Monday, August 13, 2012

Kad Raya di 24 Ramadhan~


Thanks, encik!~ ^_^
Pesanan penaja anda point ke-3 tu nak highlight sket boleh?
Ahaks!!~

p/s: Saya prefer kad raya dari sms raya.. Effort beb, effort!! :))

Thursday, August 9, 2012

~ Merepek II ~


*gulp*
Oh my puasa!!
:-p

p/s: Karam di lautan boleh diredah, karam di hati camana pulak??! :))

Wednesday, August 8, 2012

~ Merepek I ~


"Ok, Cik Safra jgn risau..payment kami dah dapat..cuma tak update dekat sistem... Yang kat sistem tu data yg lama.."

Oh hobi saya mmg suka risau pun, encik customer-support Celcom!~ =)) 
Eh btw, suara encik dlm phone best lah!~ ahakss!! :-p

p/s: Tetiba dpt idea nak karang novela~ =))

Monday, August 6, 2012

.:: 10 Steps Towards Happiness ::.


p/s: Find your own happiness. Don't expect other people to make you happy. :-)

Sunday, July 29, 2012

To My Dearest Future Husband..


Very adorable!~
^_^

p/s: I'm still learning about patience from Asiyah, about loyalty from Khadijah, about purity from Maryam, about sincerity from A'ishah, and about steadfastness from Fatimah~ ;-)

Tuesday, July 24, 2012

See you in 2 years!~ \ ^_^ /

Pic credits to: @iamsom

Encik Kyujong dah masuk army. Jadi kita jumpa 2 tahun nanti!~ 
All the best! ^_^

p/s: "Anywhere is paradise; it's up to you." - Author Unknown

Monday, July 23, 2012

Jom renovate!~ ^_^



Muhasabah utk hari ni. 
  • Anda dah check hati anda hari ni? 
  • Ada rasa dengki atau iri hati dengan kelebihan orang lain? 
  • Ada rasa sakit sebab tak puas hati bila orang lain lebih berjaya dari anda? 
  • Ada rasa terluka sebab soalan2 yang anda rasa tak patut diajukan untuk anda?
  • Ada rasa nak marah sebab anda tak dpt capai apa yg anda inginkan?
  • Ada rasa geram bila anda tak mampu hidup seperti orang lain?
  • Ada rasa menyampah bila tengok orang lain hidup bahagia tak seperti anda?
Kalau jawapan bagi salah satu dari soalan di atas adalah 'Ya', dah sampai masanya untuk kita renovate hati kita. Renovate ke arah kebaikan. Tanamkan sifat redha & bersyukur dengan kurniaan Tuhan adalah lebih baik. Fahami konsep rezeki, kerana rezeki setiap orang adalah berbeza. Mungkin dulu2 org tu dah hidup susah, sekarang Allah bagi dia hidup senang atas usaha dia. So, kenapa nak iri hati? It's fair & square. Allah Maha Adil dalam pentadbirannya. Tak perlu nak persoal kenapa jadi begitu & begini.. ;-) We're not in their shoes, jadi kita tak tau apa ujian yg dia hadapi untuk berjaya seperti sekarang. Yang penting, perbaiki diri sendiri terutamanya hubungan dengan Dia. Sebab selalunya kalau hubungan dengan Dia terjaga, insyaAllah hubungan sesama insan pun jadi baik secara semulajadi. ^_^ Bak kata Cik Jimah,

"Kalau hati ikhlas dlm melakukan sesuatu maka Allah akan mudahkan urusan dan murahkan rezeki kita."

Very true!~ :-)

Entri ini reminder utk diri sendiri. Kalau ada yang terasa, sorry laa yer.. :-p Niat saya menulis adalah utk motivasi diri.

Satu lagi. Teruskan bersangka baik dengan Allah & sesama manusia. Terlalu banyak syakwasangka boleh meruntuhkan silaturahim. *peace yo!* ;-)

p/s: Usaha selagi boleh. Bergantung harap hanya pada-Nya. Ikhlaskan hati~ Chaiyo!!~

Sunday, July 22, 2012

2 Ramadhan yg bahagia... :-)

Alhamdulillah..hari ni dah 2 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Kerana Ramadhan dah bermula, saya pun dah start memasang target untuk Ramadhan ni. Target apa? No no bukan target untuk diet & sebagainya.. Tapi target utk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sebelum2 ni, insyaAllah.. ^_^

Saya masih dalam proses refleksi diri. Dan saya masih dlm proses belajar. :-) Belajar tentang kekuatan diri, belajar tentang hal-hal ketuhanan, hal-hal kekeluargaan, senang cakap tentang hidup sebenarnya.. Yerp, sekarang ni saya suka sangat buat observation. Hehehhe... Bukan skodeng yer, tapi belajar dengan melihat kehidupan orang lain. Walaupun kehidupan setiap org tak sama, tapi selalunya sy akan dpt conclusion yg sama. If you want something, you have to sacrifice something. Ahaks!~ Fitrah alam kan? ;-)

Bahagia tu subjektif. Tiap2 orang lain definisi bahagianya. Cuma apa yg saya nak cakap kat sini, buat masa ni, saya bahagia hidup single. Ahaks!~ Saja jer nak org semua tahu sbb saya tau ramai jer yg concern ngan saya ni.. Tapi percayalah, buat masa ni saya memang tak ready utk jadi isteri mahupun ibu lagi. Saya tak ready utk sacrifice apa2 yg saya ada sekarang ni. InsyaAllah satu hari nanti, saya yakin Dia akan pertemukan saya dengan jodoh saya bila masa yang sesuai tiba. Only when the right time comes.. :-)

Sebelum ditakdirkan saya berumahtangga, saya dah nekad nak baiki diri dahulu. Banyak sgt kelemahan saya yg belum lagi saya atasi. Sebab tu saya rasa salah satu punca saya masih belum dipertemukan jodoh.. ^_^ Kerana saya mahukan jodoh yg terbaik, saya kena jadi yang terbaik dahulu. Jadi, bulan Ramadhan ni adalah turning point utk saya. Please pray for me. I want to become a better servant for Him. :-)

Indeed, time will heal everything... And yes, I'm not yet fully healed though 1 year has passed..

But don't worry, I AM moving forwards.. Cautiously~ :-)

~ Rindu dgn view ini dari tingkat 2 Masjidil-Haram ~

p/s: Hati saya hanya milik Dia~ ^_^

Thursday, July 19, 2012

It's approaching! :-)


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, insyaAllah..
^_^

p/s: Reshuffle. Recharge!

Monday, July 16, 2012

.:: Unbelievable Bangkok Final Part ::.

First of all, sesiapa yg berpuasa hari ni, selamat berpuasa! :-) Ramadhan dah dekat, jadi mmg saya agak excited nak jumpa encik Ramadhan ni..heheheh... Excited sbb seingat saya tahun lepas, sy almost penuhkan kuota tarawih (minus waktu uzur). Jadi harap sgt tahun ni, sy dpt ulang rekod yg sama.. InsyaAllah.. ^_^

Hari ni nak habiskan stori holiday di Bangkok. Hari ke-3 di Bangkok, saya & friends awal-awal pagi lagi dah naik tren kat Stesen Hua Lamphong untuk ke Ayutthaya. Apa yg menarik di Ayutthaya? Ayutthaya ni sebenarnya satu kerajaan Siam purba dari tahun 1300++ sampailaa 1700++. Jadi kat sini banyak tinggalan-tinggalan bangunan bersejarah terutamanya temple2 yg wujud ikut dinasti masing-masing. Tak dpt imagine Ayutthaya ni camana? Silalah tgk video kat bawah ni.. :))



Journey ke Ayutthaya ni dari Bangkok ambik masa sejam setengah dgn tren. Sampai jer kat Ayutthaya, kitorang sewa basikal utk ronda2 area sini. Tapi yg tak bestnya adalah....sesi mengangkut basikal ke dalam bot utk seberang sungai!!~ =)) very meletihkan!!! Hohohoho... Energy kitorang terus hilang separuh lepas naik/turun tangga mengangkut basikal itu... Sabar jer laa... Tak per, experience tu yg penting! :))

Makin menambahkan sakit hati adalah...elok2 jer kitorang sampai seberang sana, ada rupanya kedai sewa basikal jugak...wkakakakakkak!! Terasa sungguh hampeh ok... =)) Oh, kami ni memang manusia yang sukakan cabaran, jadi rasakan! Start dari situ, nekad utk cari satu lagi jalan lain yg tak melibatkan kena naik bot utk seberang sungai nak balik nanti. Nak tak nak, wajib cari jambatan!! :)) Diulangi, JAMBATAN!!

Ok, mari kembali fikirkan memori2 indah. Sebaik sampai jer kat seberang jeti, kami pun start berbasikal menuju ke Wat Mahathat. Wat Mahathat ni ada satu figure Buddha yang fames sebab kepala Buddha tu dikelilingi akar pokok.. Nak tgk gambar tu camana, silalah google yer.. :-p Anyway, below is the pic that we managed to snap at Wat Mahathat..

~ Wat Mahathat ~

Kat sebelah Wat Mahathat, ada Wat Ratchaburana. Sejarah pasal wat-wat ni saya tak berapa tahu..jadi kalau nak info lanjut, rajin2 laa google & baca history.. Ada banyak website pasal Ayutthaya ni..ahaks!~ :-p

~ Wat Ratchaburana ~

Next station, Wat Thammikarat. 

~ Wat Thammikarat ~

Lepas hampir2 sesat berbasikal, kami sampai area Wat Phra Si Sanphet. Kat sini Kak Jah dah start feeling2 kat Jepun..ahhahahha!! =))

~ Konvoi berbasikal kami ~

Tengah jalan-jalan, terjumpa pulak tempat makan halal. Jadi, apa lagi kan? Pucuk dicita ulam mendatang..hehehhehe.. Kami pun mula laa makan ayam panggang, nasi pulut & somtam kat situ.. Nyum nyum~

 ~ Nasi pulut + ayam panggang ~

~ Somtam ~

Masa tengah makan-makan ni, kitorang sembang2 dgn sorang government servant ni tanya direction nak balik ke railway station dgn menaiki JAMBATAN. =)) Jadi kebetulan jugak ada sorang tour guide tgh makan kat situ, maka dapatlaa direction secara specific. Alhamdulillah... :-) Part paling touching saya rasa masa naik balik basikal nak mula perjalanan, encik government servant ni ucap "Selamat Jalan" dlm bahasa Melayu & lambai kat kami. Ok, sgt rasa girang sebenarnya!~ ^_^ Bersyukur sbb Allah bagi peluang jalan2 kat negara org & rasa bangga jadi anak Malaysia berjiwa merdeka ni..ehheheheh.. Betul tak Cik Wanie? :))

Ok, masa tu dah pukul 12.30. Tengah kayuh basikal bersungguh2 sbb nak kejar tren pukul 1 lebih, tetiba pulak terjumpa Wat Som. Hahhahaha!! Sempat lagi kami bergambar yer.. :))

~ Wat Som ~

Settle bergambar kat Wat Som, terus pecut bawak basikal lalu kawasan bandar Ayutthaya yg moden, lalu depan hospital, universiti etc. Jalan raya memang sibuk, tapi alhamdulillah kereta2 semua bagi jalan kat kami ni..hehehehhe.. Maybe sbb teruja tgk 5 gadis bertudung mengayuh basikal dengan bersungguh2 kot..wkakakakka!! =)) Ok, sampai kat pangkal jambatan, nasib baik tak silap naik jambatan sbb ada 3 kat situ. Kami sepatutnya ambik jambatan yang tengah2 kalau ikut cakap tour guide yg bagi direction tu. Alhamdulillah lepas settle konflik nyaris2 silap naik jambatan tu, kami cross lalu jambatan yg betul & sampai kat railway station just in time. Dan nasib baik jugak tren kami delay yer.. Masa tu saya tgk jam dah pukul 1.15. :)) Oh, pengalaman~ Mana nak cari pengalaman camni kat negara sendiri kan?

Percayalah saya kena sunburnt agak dahsyat kat tangan yer gara2 berbasikal tengah2 panas. :)) Tapi memang saya puas hati sbb lama tak berbasikal & dpt peluang camni dlm hidup. ;-) Dalam pukul 1.40, kami naik tren balik ke Bangkok & rehat2 kat hotel sampai petang. 

Dah puas rehat, kami bergerak pulak ke MBK Center utk buat final shopping & dinner. Restoran kat MBK tempat kami dinner ni Yana Restaurant. Saya makan nasi goreng daging & dessert water chestnut. ^_^

 ~ Yana's special fried rice with beef ~

~ Water chestnut + coconut milk ~

Lepas settle dinner & shopping, kami balik ke hotel utk packing2 since keesokan tu dah nak balik ke tanah air. :-) 

Final day di Bangkok, saya & Cik Wanie bertolak pagi ke Suvarnabhumi Airport sbb flight kami awal daripada 3 lagi rakan kami. Rakan kami yg tiga lagi menyusul petang tu. Diorang sempat jalan2 naik bot di Sg. Chao Phraya sblm bertolak ke airport.

 ~ Suvarnabhumi Bangkok Airport ~

~ AK 835 ready to depart to KL ~

Overall, saya happy dengan holiday di Bangkok walaupun kesihatan saya tak berada dlm keadaan optimum (gara-gara sakit mulut yg menyebabkan saya jadi super pendiam) =)) Alhamdulillah balik tanah air, ulcers saya dah hilang..hehehehhe... Maybe Allah tak nak saya super excited sgt kat Bangkok sebenarnya.. ;-) He knows the best about His servants..

Ok, habis sudah stori pasal holiday di Bangkok. InsyaAllah satu hari nanti akan pegi lagi ke sana..atau maybe ke tempat2 lain pulak..hehehehhe.. We'll see.. ;-) Till then, thank you for reading!~ Ahaks!

p/s: "Kepada para pelancong, selamat datang ke Malaysia. Buat warga Malaysia, selamat pulang ke tanah air.." ucap ketua pramugara AK 835 sebaik landing di LCCT. Yerp, tiada negara yang seindah negara sendiri.. ;-)