Monday, February 13, 2012

Selamat Tinggal Malaysia~ ^_^

Masanya dah tiba utk kami sekeluarga menyambut seruan Allah sebagai tetamuNya. Malam ini insyaAllah kami ke KLIA dan pagi esok bertolak ke Colombo, Sri Lanka utk transit flight ke Jeddah. Kenapa Colombo? Mesti ramai yg tertanya-tanya kan.. Kalau nak tahu, Colombo adalah tempat di mana Nabi Adam A.S mula2 turun ke bumi dari syurga. Jadi simboliknya ialah, mungkin kami perlu rasa pengalaman yg baginda rasa sebagai hamba Allah yang mencari keredhaan-Nya selepas melakukan dosa-dosa terdahulu. :-) Kemudian dari Jeddah nanti kami terus ke Makkah utk mengerjakan umrah. 21hb nanti baru kami ke Madinah, insyaAllah.. ^_^

Doakan perjalanan kami sekeluarga, ok? :-) Semoga kami selamat pergi dan pulang. InsyaAllah kami akan doakan kesejahteraan anda semua jugak.. Mohon ampun & maaf untuk segala kesalahan.. Terima kasih banyak2.. ^_^

~ Lambaian Kaabah memangil-manggil ~

p/s: Terima kasih, ya Allah kerana memilih kami sebagai tetamu-Mu.. "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

0 comments: