Monday, February 27, 2012

An Unforgettable Journey~

Syukur alhamdulillah selesai sudah urusan umrah & ziarah saya sekeluarga selama hampir dua minggu. Pengalaman yg takkan saya lupa sehingga ke akhir hayat saya, insyaAllah. Tujuan saya menulis bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman & sedikit tips bagi mereka yg belum pernah ke Tanah Suci. Diharap penulisan ini dpt memberi manfaat kepada semua, insyaAllah.. :-)

Bermula dari 14 Februari lepas, kami sekeluarga ke Colombo, Sri Lanka utk transit flight ke Jeddah. Berniat ihram di dalam kapal terbang (sebelum Miqat Qarnul Manazil), selama 6 jam perjalanan kami akhirnya tiba di Jeddah pada pukul 7 mlm (local time). Selepas selesai urusan imigresen etc., kami start naik bas menuju ke Makkah Al-Mukarramah sekitar pukul 9.15 mlm & tiba di sana dlm pukul 12 pagi. Check-in di hotel, kami disambut mutawwif utk mengerjakan umrah pertama di Masjidil Haram.

Pertama kali menyusuri masuk ke Masjidil Haram melalui King Abdul Aziz gate (Babusalam), hati saya berdebar-debar untuk melihat Kaabah. Saya sejujurnya sgt takut kalau-kalau tak nampak Kaabah sebab saya pernah terbaca artikel dari pengalaman2 jemaah terdahulu ada jemaah yg ditarik rahmatnya dari melihat Kaabah akibat dosanya yg terdahulu. Jadi sebaik masuk ke dalam masjid dan terus menuju ke hadapan, akhirnya terdampar Kaabah di hadapan mata saya. Tanpa dipaksa-paksa, air mata saya mengalir sebab melihat Kaabah merupakan satu rahmat dari-Nya. Sgt tak percaya kiblat yg selama ini menjadi direction bagi solat-solat seumur hidup ada di depan mata. Allahuakbar! Dan mata saya tak tertumpu kepada yang lain selain Kaabah sepanjang mlm tu.. ^_^

~ Gambar Baitullah ni ditangkap sblm kami memulakan tawaf umrah pertama ;-) ~

Mutawwif mengetuai kami mengerjakan tawaf umrah & kemudian sae'i di Bukit Safa ke Bukit Marwah. Akhirnya sekitar pukul 5 pagi, kami bertahalul (menggunting sekurang2nya 3 helai rambut) & selesai sudah umrah pertama kami. Syukur, alhamdulillah.. :-) Memandangkan waktu subuh dah hampir, kami terus ambil tempat di masjid utk bersolat jemaah dan sejujurnya kami sgt mengantuk sbb tak sempat tidur dalam flight dan bas sebelumnya. Tersengguk jugaklaa sementara tunggu azan subuh tu..hehehehe... Habis solat, balik ke hotel, breakfast & tidur sampailaa ke waktu solat zohor pukul 12.35. Honestly, saya suka sgt solat jemaah di masjid sbb rasa tenang & bersemangat. Suasana ribuan org berpusu-pusu ke masjid utk bersolat tak saya temui di Malaysia, mungkin kecuali utk solat Jumaat. Tapi apapun, perasaan tu tetap tak sama, percayalah..ehehehhe..

Rasanya tak perlulah saya tulis panjang-lebar sgt aktiviti kami sekeluarga secara terperinci. Cumanya saya nak share pengalaman saya pertama kali dalam hidup bersolat jenazah & solat jumaat. Semuanya sgt indah. Dan tahukah anda yg Masjidil Haram tak ada waktu haram utk bersolat? Jadi mmg satu kelebihan utk buat banyak solat sunat di masjid selagi termampu.. ^_^ Indah kan rahmat dari Allah? Maka sesiapa yg ada peluang ke Makkah, tunaikanlah solat sunat sebanyak yg boleh..

Utk ziarah di Makkah, kami dibawa ke tempat2 bersejarah seperti Maulud Nabi, Masjid Jin, Perkuburan Ma'ala, ladang ternakan unta, Jabal Rahmah, Mina etc. Antara Miqat tempat utk berihram/niat umrah di Miqat Hudaibiyah, Miqat Jaaranah & Miqat Tana'im.

 ~ Ladang ternakan unta ~

~ Miqat Jaaranah ~

Selama seminggu di Makkah, memang saya rasa sangat seronok. Cuaca pun alhamdulillah ok, kami bersyukur sbb masih sempat rasa musim sejuk di Makkah.. ^_^ Kesihatan pun mmg sgt baik, jadi bersyukur sgt. Cumanya, masa di Madinah disebabkan sejuk sgt, kesihatan kami pun merudum..semua kena selsema & batuk..huhuhu..

Di Madinah, selain Masjid Nabawi, kami berziarah ke Kebun Kurma, Pasar Tamar, Masjid Quba, Bukit Uhud etc. Memang kena bersabar sgt dengan cuaca di Madinah. Kalau Makkah sejuk, Madinah lagi sejuk. Kalau Makkah panas, Madinah lagi panas. Even Rasulullah dulu pun pernah pesan kena banyak bersabar di Madinah.. ^_^

 ~ Masjid Nabawi ~

 ~ Bukit Uhud ~

Apapun, pengalaman 12 hari 10 malam di Makkah & Madinah memang takkan dilupakan sampai bila-bila.. Harap sangat satu hari nanti dapat jejak kaki ke sana lagi.. Perasaan rindu pada Baitullah dah mula wujud lepas tawaf wida' lagi.. Hanya yang pernah melaluinya saja yg tahu.. TT_____TT

Ok, sekadar nak share tips bagi mereka yg teringin ke Tanah Suci. Persediaan yg paling penting ialah dari segi niat. Pastikan niat anda ke Tanah Suci adalah untuk beribadat & bukannya perkara-perkara lain. InsyaAllah Dia akan mudahkan segalanya bagi anda.. ;-) Kalau niat lain contohnya sebab nak shopping ker, holiday ker etc., harap dpt betulkan balik fokus.. Sebab di Tanah Suci ni dugaan & ujian adalah mengikut kadar iman masing-masing.. ;-) Dan kata-kata kat sana memang boleh jadi doa & senang sgt tertunai.. That's why kena hati-hati bila bercakap & fikir dlm hati.. ^_^ Maka, sblm ke Tanah Suci kena buat preparation dari segi mental, fizikal & yang paling penting, rohani. Banyakkan bersolat sunat dari rumah lagi & doa byk2 mintak Allah mudahkan segala urusan.. Kalau dari segi wang ringgit, utk elakkan kena curi, better buka akaun bank Al-Rajhi di Malaysia sbb nanti boleh withdraw kat mesin ATM Makkah & Madinah. Tak payah bawak cash banyak2. Thanks a lot buat Cik Lily Wanie for this useful tips! Sangat-sangat berharga tips ni.. ;-)

Saya tahu ramai yang mengagak tujuan utama saya ke Tanah Suci mungkin kerana untuk berdoa tentang jodoh..hehehe.. Tapi hakikatnya, itu bukan tujuan utama saya sbb perkara paling utama yg saya dambakan adalah ketenangan jiwa. ^_^ Saya ke Tanah Suci utk berdoa & meminta dari-Nya agar dapat merawat hati saya & pulihkan semangat saya kerana Dia Maha Penyembuh. Hanya Dia yang mampu rawat hati saya. :-) Selain tu, saya doakan agar dimurahkan rezeki dari segala segi bukan sekadar untuk diri sendiri tapi buat semua ahli keluarga, saudara-mara & sahabat-sahabat saya. Tak adil doa utk diri sendiri jer. Selagi boleh tolong, kita tolong ikut keupayaan kita.. ;-) Yang penting, doa yang terbaik kerana Dia Maha Mendengar & Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat di hati..

p/s: Teringin ke Masjid Al-Aqsa pula..insyaAllah.. ;-)

2 comments:

Cik Lily said...

no problem dear. sharing is caring. alhamdulillah , awk selamat pergi , sampai sana and balik sini. and happy dgr citer2 awak.

yup , mmg org igt kita gi sana nk doa pasal jodoh..but yg tahu niat n doa kita kat sana is only HIM. kan?

take care dear ! (:

Libra Dolce said...

tu la dear, jodoh tu one of them..tapi bukan major point..ramai org silap anggap kat kita ni..kita pun bukannya tahap desperate lagi nak kawen kan..ehehhe..

cam saya byk mintak Dia tolong sembuhkan apa2 yg perlu since byk lagi benda penting yg kita kena buat dlm hidup ni, tul tak? ;-)

and yerp, only He knows what's in our heart & mind.. ^_^