Thursday, March 29, 2012

Dunia yg sementara...

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. "
[Surah Al-Hadid : Ayat 20-21]
Source: Quran.com

 ~ Ilmu pelita hidup ;-) ~

Monday, March 26, 2012

Lelaki idaman sekeluarga~ :))

Si ibu suka yang macam ni...


Si ayah mungkin suka yang begini...


Si adik nak abang ipar yang camni...


Diri sendiri suka yang camni..


Tapi rasanya, end up dengan yang macam ni...


Hahahhahahahha!! Ok, sekian entri merepek untuk kali ini. =)) Entri ini tiada kena-mengena dengan yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia.. :-p

Pesanan Penaja: Fatin, jgn marah!!!!!~ XD XD XD

p/s: Imaginasi melampau~^^

Sunday, March 25, 2012

Checklist Untuk Diri Sendiri!~

Dearest Safra,
  • Kurangkan pengambilan kalori seharian. Average dalam 1500kcal dah cukup yer.. :)
  • Elakkan dari makan junk food seperti Twisties dan sebagainya. Sila kunyah buah-buahan mulai sekarang.
  • Kurangkan makan fast food. Maksimum 2 kali saja sebulan yer.. Ahaks!~
  • Banyakkan minum air masak daripada air-air manis.. Takpun minum air zam zam & doa mintak kesihatan yang terbaik..insyaAllah sihat! :)
  • Makan nasi 2 kali sehari jer ok...
  • Kalau nak makan nasi waktu malam pun, kurangkan dari pengambilan biasa... ;-)
  • Banyakkan minuman air panas daripada minuman berais utk elakkan perut yg boroi!!
  • Exercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.. Paling koman kena buat sit-up yer..
  • Jogging adalah cara paling mudah utk hilang berat badan.. Jadi jogginglah selalu..ngeeee~ ^_^
  • Jangan exercise berlebihan! Allah tak suka pada hamba-Nya yg menzalimi diri sendiri.. ;-)
  • Akhir sekali, "NO PAIN, NO GAIN" bebeh!~ :))
 Yes, we can!! ^_^

p/s: "He who has health, has hope; and he who has hope, has everything." - Arabian Proverb

    Wednesday, March 21, 2012

    Hello encik K~

    ~ Encik Frank Abagnale Jr. ~

    There..there... Encik Kyuhyun is back for another musical, Catch Me If You Can. Watak beliau adalah sebagai seorang kasanova bernama Frank Abagnale Jr. Ahaks!~ Sangatlah sesuai saya rasa dengan penampilan & confidence-level beliau sekarang..ehhehehe.. Yer, encik saya dah dewasa & makin matang. Pesanan penaja: Sila jgn bagi ramai noona anda heartbroken yer.. :-p

    Watch the preview here:


    p/s: Seoul. 2013. InsyaAllah. ^_^

    Monday, March 19, 2012

    Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit~^^

    Tadi saja check baki pinjaman pelajaran saya di sistem online MARA. Alhamdulillah, tak ada tunggakan. Sejak bekerja hampir 4 tahun, sy tak pernah miss bayar tiap-tiap bulan. Jadi bila kira-kira balik, dah lebih RM7k saya bayar..ngeeee~ Maknanya, hutang untuk pinjaman degree (after conversion) dah selesai. Sekarang nak settle yang Master's pulak. Satu pencapaian yang menakjubkan! (Boleh tak nak bangga kat diri sendiri?) Ahaks!! =)) Ini hanya motivasi untuk diri sendiri yer..sila jgn salah faham.. :-p

    Betul kata org2 tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. ;-) Mohler selesaikan hutang yer.. Hutang ngan Allah.. Hutang sesama manusia, hutang-hutang yang nampak, yang terlindung & lain-lain lagi.. hehehehhe... Hutang perasaan camana pulak ek? Ahaks!!~ =))
    p/s: Salah satu requirement untuk perform umrah adalah menyelesaikan hutang. ^_^ Pastikan juga anda tidak di'blacklist' oleh PTPTN atau MARA yer.. ;-)

    Saturday, March 17, 2012

    .:: My Fashion Idol ::.



    Siapa lagi kalau bukan Encik Hwang Tae Kyung??! Ahaks! :)) Diulangi, Hwang Tae Kyung, bukan Jang Geun Suk. Walaupun Encik JGS yang melakonkan watak HTK dalam You're Beautiful, tapi mereka berdua adalah dua insan yg berbeza. ;-) Encik JGS lebih santai, lebih wild, lebih carefree. Encik HTK ni serius, terkawal & tegas. Super-dominant. Jadi pemakaian dia pun samalah macam ciri-ciri di atas. Edgy. Sbb tu saya suka. ^_^

    p/s: Saya suka yg edgy rupanya.. Oh, duniawi~ :))

    Thursday, March 15, 2012

    Oh!~


    Marilah naik tren sekarang jugak!
    Ahaks!~
    :))

    p/s: Just to travel is rather boring, but to travel with a purpose is educational and exciting. 
    - Sargent Shriver

    Wednesday, March 14, 2012

    Tanah yang penuh keberkatan... ;-)


    Dah sebulan rupanya peristiwa saya mengerjakan umrah di Makkah Al-Mukarramah. Rasa baru sangat jer berlalu, tapi sebenarnya masa berjalan lagi pantas dari yg difikirkan..huhuhuh.. Sejak balik Malaysia, ada banyak sangat perubahan yg saya kena lalui, selain daripada jetlag etc. Perubahan yang saya nak saya cakap kat sini dari segi kehidupan saya hari2 & semangat saya yang sangat lain berbanding dulu. ^_^

    Sebelum saya ke Makkah, secara jujurnya saya berada dalam kekusutan. Banyak sangat perkara buat saya celaru, tambah2 bila banyak sangat perkara yang saya lalui dalam masa hampir setahun ni. Tapi alhamdulillah, Dia tak benarkan saya sesat, tak benarkan saya menyimpang dari jalan yang disediakan. Dan saya bersyukur sangat sebab terpilih menjadi tetamu-Nya. Ibarat dialu-alukan, kedatangan & urusan saya sekeluarga ke Tanah Suci telah dipermudahkan oleh-Nya. Percayalah, tak semua orang berpeluang mendapat jemputan dari-Nya. Ramai orang mencuba utk ke sana, tapi tak semuanya mendapat peluang tersebut. Kita hanya boleh berusaha, tapi yang menentukan semuanya adalah Dia. Dan alhamdulillah, Dia mudahkan semuanya bagi kami sekeluarga.. :-)

    Masih teringat lagi saat-saat tiba di Tanah Suci. Pertama kali melihat Masjidil Haram, saya sangat terpegun. Pertama kali menjejakkan kaki di Masjidil Haram pula, terus terasa kelainannya, apatah lagi bila ternampak Baitullah di hadapan mata. Bila ditakdirkan untuk melihat Kaabah, terus menusuk ke hati saya yang Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang pada hamba-hamba-Nya, cuma kita sebagai hamba-Nya saja yang tak sedar hakikat ini. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku akibat kelalaianku, kebodohanku, kealpaanku dan kezaliman diriku sendiri.. Amin...

    Semasa berada di Masjidil Haram, terasa diri ni sangat sangat kerdil berbanding keagungan Allah yang Maha Esa. Siapa sangka, sepanjang saya di Makkah, Allah berikan kekuatan fizikal, mental & rohani kepada kami sekeluarga untuk menjalankan ibadah dengan lancar. Dan siapa lagi yang dapat memakbulkan doa-doa kami setiap kali kami meneguk air zam-zam di masjid, meminta agar Dia mudahkan segala urusan & mengekalkan wuduk kami sepanjang kami di berada masjid? Semuanya adalah Dia. Dia yang Maha Besar, yang Maha Penyayang. Sejahat manapun hamba-hambaNya, pintu taubat sentiasa terbuka & Dia sangat pemurah dan bersedia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Maka nikmat Allah yang mana lagi hendak kamu dustakan? ^_^ Persoalan ini memang sentiasa berlegar-legar di kepala saya sepanjang saya berada di sana, mengajar saya untuk sentiasa bersyukur. Alhamdulillah Dia telah buka pintu hati saya untuk sentasa redha & bersyukur.

    Di Tanah Suci, banyakkan berdoa & meminta dari Allah dengan ikhlas. Makin kita banyak berdoa, makin Dia suka. Cumanya, perlu doa yang baik-baik sahaja. Dia sangat dekat dengan kita daripada yang kita fikirkan.. ;-) Yang anda fikir dalam hati pun Dia tahu.. Dia Maha Penyayang..saya suka ulang sifat Allah yang ini.. Dia Maha Penyayang.. ^_^ Sangat terkesan di hati saya bila Dia makbulkan segala keinginan saya di sana. Dia memang Maha Mengetahui, memberi nikmat secara kita sedar atau tak sedar. Besar sangat kuasa Dia, besar sangat..percayalah.. ^_^

    Balik dari Makkah, kepala saya & hati saya terasa ringan. Tak tahu nak explain macam mana, tapi memang ringanlah. :)) Rasa macam diformat seperti yang saya inginkan..heheheheh... Dia dah makbulkan keinginan saya..saya akhirnya dapat semangat baru untuk teruskan kehidupan.. Sangat-sangat bersyukur.. ^_^ Mungkin kerana itulah Allah menjemput saya ke sana...untuk rasa sendiri keagungan-Nya, untuk fahami sendiri kebesaran-Nya & untuk fahami sendiri konsep penyerahan total pada-Nya. Serahkan segalanya pada Dia untuk uruskan hal-hal yang di luar bidang kawalan kita... ^_^ Dia Maha Pentadbir segala urusan & Dia Maha Pemberi Rahmat... Terima kasih, Ya Allah kerana menyayangi diri ini walaupun diri ini sering hanyut dalam kehidupan yang sementara ini.. Syukur, alhamdulillah.. ^_^

    Statement terakhir: Tiada tempat sehebat & setenang Masjidil Haram di dunia ini... ^_^

    ~ Bukit Safa penuh kenangan.. Hanya saya & Dia saja yang tahu apa yg telah berlaku di sini.. :-) ~

    p/s: Akan berusaha menunaikan haji pula, insyaAllah.. Berharap sangat dapat menjadi Hajjah Muda, amin..... ^_^

    Sunday, March 11, 2012

    Ingat jodoh ni leh trial & error ker? -_-

    Ahaks!~ Saja buat kontroversi sket ngan title entri camni. :)) Ekceli, ada satu semangat atau perasaan yg membuak2 untuk mengarang pasal hal qada' & qadar ni..sekadar utk share pendapat saya.. Jadi kalau anda tak bersetuju dgn saya, saya tak kisah pun sbb tiap2 org ada pendirian masing2..so who cares anyway? =))

    Ada ramai org ingat hal2 jodoh ni boleh dirancang, ditentukan sendiri..nak kriteria yg camana, nak org yg kerja apa, nak anak org besar ker, nak kahwin tahun bila etc. Tapi tahukah anda yg di saat kita di usia 4 bulan dalam kandungan ibu kita, malaikat dah tulis siap2 nama kita, rezeki, kerja, jodoh dgn siapa, cerai atau tak, anak ke berapa, ajal bila & semuanya yg ada kaitan dgn diri sendiri. Senang cakap, biodata kitalah. Dan sebenarnya, perlu jugak anda tahu..jika ditakdirkan jodoh kita tu meninggal sebelum bertemu dengan kita..maknanya jodoh kita memang tak ada di dunia, tapi di akhirat.. ^_^ Bukankah tu rahmat dari Allah jugak? Jadi, bg yg tak kahwin lagi tu tak perlulah nak bersedih hati guling2 sbb Allah dah tentukan awal2 siapa yg terbaik buat kita.

    Then bagi wanita2 yang tak ditakdirkan utk berumah tangga atau mmg hidup solo di dunia ni akibat daripada teraniaya atau kerana ketidakadilan di dunia, insyaAllah Allah angkat darjat mereka sebagai bidadari yang paling cantik di syurga. See? Indah kan rahmat dari Dia? ;-) Jadi, selagi masih hidup ni, teruskan jerlah kehidupan, berbakti pada keluarga, masyarakat & dunia luar yang lebih memerlukan khidmat anda. Tak payah nak serabut2 fikir pasal lelaki. Zaman sekarang ni perempuan kena belajar independent, sayang diri sendiri dulu sblm nak sayang orang lain. Selagi belum sampai masa untuk sacrifice, tak perlulah sacrifice utk lelaki terutamanya yang sedang kapel/tunang tu. Tak semestinya bf/gf/tunang anda tu confirm jodoh anda. Unless kalau dah kahwin, tu memang bermakna anda berjodoh & bolehlah kalo nak sacrifice apa2 pun. ^_^

    Dan tak semua wanita yang lanjut usia tak berkahwin tu mengelak untuk kahwin sebenarnya. Saya rasa ramai jer yang berkeinginan untuk berkahwin, tapi mungkin tak berpeluang atau ada history masing-masing. Bila seseorang wanita tu berjaya dlm karier, ada harta banyak etc., kalau dia tak berkahwin bukan bermaksud dia memilih untuk terus single, tapi mungkin tak jumpa lelaki yang boleh terima keadaan dia. Saya rasa tak ramai lelaki yang berani ambil risiko untuk kahwin dengan perempuan yang lebih hebat dari mereka, tul dak? Hehehehe.. Jadi, jgn salahkan perempuan tu, tak adil. Mungkin hidup single lebih sesuai untuk dia. Mungkin dia dah usaha sehabis upaya, tapi tak ditakdirkan untuk berumah tangga. Jadi, semua ni aturan siapa kan? Semuanya Dia. Manusia hanya boleh merancang, tapi Allah yang tentukan semua. ^_^

    Memilih? Of course perempuan berhak memilih siapa yang terbaik untuk jadi ketua keluarga. Kahwin ni bukan setakat nak bermanja-manjaan, tapi satu tanggangjawab bukan dalam 1 keluarga jer, tapi 3 keluarga ok.. Keluarga sendiri, keluarga belah perempuan, keluarga belah lelaki. Jadi jgn berangan kalo dah kahwin tu dpt hidup sendiri-sendiri ngan pasangan anda jer..ehhehehe.. Salah yer konsep tu. Perkahwinan bukan maksud kahwin dengan pasangan kita jer, tapi dengan keluarga dia sekali. Jadi, kena fikir masak2 sblm berkahwin. Benarkah anda telah bersedia? Kalau dah memang bersedia, tunggu apa lagi kan.. :)) Dan satu lagi, tak perlulah berkahwin hanya kerana kawan2 anda dah berkahwin sbb yang menanggung suka dukanya adalah anda. Kahwinlah bila masa yg sesuai dah tiba. Usaha & tawakal, serahkan segalanya pada Dia once dah buat keputusan.. ;-)

    Sblm habis, sebagai peringatan.. Bagi mereka yang dah berkahwin, tak perlulah nak rendah-rendahkan atau lekehkan orang yang tak berkahwin lagi yer.. Sebab Allah dah tentukan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Plus, darjat wanita yg tak berpeluang kahwin akibat ketidakadilan di dunia jauh lebih hebat dari mereka yang dah berkahwin.. Maka, jgn jeles yer.. :-p Tak semestinya wanita yang tak kahwin tu tak hidup happy, maybe jauh lagi happy dari mereka yg dah berkahwin. Yang penting, wanita yg single tu tak putus asa dengan hidup dia & terus berusaha majukan hidup dia. And of course, doa yang berterusan pada Dia sebab Dia saja yang Maha Mengetahui & Dialah Maha Pentadbir segala urusan.. ^_^

    p/s: Belajarlah hormat-menghormati.. Kita semua adalah hamba-Nya.. :-)

    ~ Mau jadi cam mereka berdua ni..ahaks!! ~

    Saturday, March 10, 2012

    Piawaiannya makin tinggi.. :-p

    Kisah perbualan antara seorang anak gadis & ibunya...

    Anak : Ishh...panaslaa Malaysia nih..rasa nak duduk Makkah jer.. Jomla Ma, kita pindah Makkah..

    Ibu : Heheheheh...

    Anak : Kena cari laki orang sana..baru boleh dok sana...heheheheh...

    Ibu : Suruh Muhammad la tolong cari. Mintak cari yang macam dia jugak.. Suka senyum, manis jer... (Ternyata si ibu memang sgt laa meminati encik mutawwif bernama Muhammad ni..)

    Anak : Hahahhahah... Ok jugak dapat Al-Hafiz nih..boleh jugak along belajar hafal Quran..

    Ibu : ^_^

    Moral of the story : Ok, piawaian si ibu nampaknya makin tinggi yer...hahahahahhah!! =))

    Note : Nasib baik encik Muhammad tu dah kahwin..kalo tak confirm ada yg pegi meminang jadi menantu terus..hahahahha!! :))

    p/s: Masih belum tiba masanya... ;-)

    Thursday, March 8, 2012

    Love your parents~ ^_^

    p/s: I'm not busy growing up, yet I love my parents...heheheheh.. :-p

    Tuesday, March 6, 2012

    .:: Lie To Me review ::.


    Dalam banyak-banyak drama Korea, drama Lie To Me satu-satunya yang boleh buat saya tersenyum lebar hingga ke telinga..hehehehe.. Cerita ni dah lama saya tengok dari tahun lepas lagi, tapi mlm ni baru ada mood nak review. :))

    Bagi yg tak pernah tgk, cerita Lie To Me ni mengisahkan Gong Ah-Jong, seorang perempuan yg bekerja sbg pegawai kerajaan & umur hampir 30-an tapi belum berkahwin. Disebabkan sakit hati dengan kawan baiknya yg dulu rampas senior yg dia minat, dia terpaksa tipu pada kawan baik dia yang dia dah berkahwin. Tanpa disedari penipuan dia tu lama2 jadi buah mulut orang yang sangka dia dah kahwin dengan Hyun Ki-Jun, seorang presiden World Hotel yang sangat kacak, bergaya..senang cakap The Most Eligible Bachelor kat Korea. ^_^ Then, problem arise daripada tak ada apa-apa, terus jadi kucar-kacir. Ah-Jong ni seorang yang clumsy & kelam-kabut tapi sangat honest & naif jugak. Ki-Jun ni pulak sangat serius, ada obsessive compulsive disorder & sangat organized. Awal-awal kenal memang diorang selalu bergaduh & Ki-Jun pernah nak saman Ah-Jong atas tuduhan menipu. Tapi in the end, dia tak saman sebab Ah-Jong ada tolong dia utk deal dengan presiden hotel dari China. Jadi masing-masing ada kepentingan & diorang pun buat kontrak untuk perkahwinan yang palsu nih..heheheh.. Maka bermulalah episod suka-duka diorang.. ;-)

    Ah-Jong & Ki-Jun ni masing-masing ada history gagal dlm 1st love diorang. Ki-Jun pernah bertunang, tapi putus sbb tak mahu berebut dengan adik dia, Sang-Hee yg minat jugak pada ex dia, Yun Joo. Lepas putus tunang tu, Yun Joo bawak diri ke Paris. 3 tahun kemudian baru dia balik Seoul & harap balik utk sambung relationship dgn Ki-Jun. Mula2 memang Ki-Jun konfius, tapi in the end dia decide utk move on dengan life baru dia. Tambahan pulak dia dah mula ada hati pada Ah-Jong. ;-)

    Saya suka drama ni sebab pada saya drama ni agak realistik. Then pelakon2 dia memang best & pandai bawak character masing2. Banyak scene lawak & bersahaja dlm drama ni. ^_^ Saya suka character Ah-Jong yang gila-gila & berjaya buat Ki-Jun yang serius bertukar jadi gila jugak..hahahahha.. Senang cakap, cerita ni adalah tentang kisah cinta orang-orang matang & jadi tak matang bila bercinta.. Memang sangat comel! =)) Jadi bagi peminat genre romantic comedy cam saya ni, sangatlaa saya saran tengok cerita ni..ehhehehhe.. Dijamin best!! ngeeee~ ^_^

    ~ Antara scene yg comel ;-) ~

    p/s: 
    Ki-Jun's aunt: "What's so good about her? She's only an ordinary public officer with a plain family background."
    Ki-Jun: "She is ordinary. That's why I like her."

    Well said. ^_^

    Sunday, March 4, 2012

    Let's create our own miracles, shall we? ;-)


    Masih men'delete' semua yang tidak diperlukan lagi.
    Masih merangka cita-cita & impian.
    Masih berdoa yang terbaik pada-Nya.
    Masih menyusun atur masa yang ada.

    ^_^

    p/s: Dia tahu apa yang telah saya lalui. Dia telah menjemput saya sebagai tetamu-Nya. Dia telah membuka mata & hati saya tentang kehidupan yang fana. Dan Dia minta saya serahkan segala-galanya pada-Nya. Jadi, hati saya sedikit ringan walaupun parutnya masih kekal. Dia tahu apa yg terbaik buat saya dan Dia kekal sebagai penjaga hati yg setia.. ;-)

    p/p/s: "So which of the favors of your Lord would you deny?" [Ar-Rahman:13]

    Friday, March 2, 2012

    Wajah penyejuk jiwa~^^


    Pic credits: KBSWorldTwitter
    Hatiku gugur lagi...ahaks!!~
    :))

    p/s: Hujan lebat di hari Jumaat..alhamdulillah... ^_^