Sunday, April 29, 2012

No Violence Please!!~



Saya tak minat politik & saya tak sokong mana-mana pihak. Tapi saya benci pada keganasan. Tak kesahlah mana-mana pihak pun yang start dulu, tapi tolonglaa elakkan keganasan. Menzalimi orang yang tak berdosa adalah satu kesalahan. Dia Maha Mengetahui. Sekian, terima kasih.

"Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu. Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun." [Surah Al-Jathiyah : 21-22]

p/s: Mendoakan yang terbaik buat Malaysia..

Sunday, April 22, 2012

Oh no kamu~

Di suatu majlis keraian, seorang gadis dan ibunya sedang menikmati juadah. Kemudian mereka didatangi oleh seorang makcik yang cuba berbual-bual mesra.

Makcik    : Eh, dengar kata anak ada nak kenduri hari tu.

Ibu           : Ooo.. Tak jadi.

Gadis       : Tak ada jodoh, makcik.. (sambil tersenyum)

Makcik    : Laa..ye ker... Kalau tahu, leh satukan dengan ********** (anaknya) dulu..

Gadis itu hanya tersenyum. Di dalam hatinya..

"Huhuhu..makcik ni, ********** kan dah kahwin bertahun-tahun dah.. Kalau dengar kat menantu dia camana... Cucu pun dah ada.."

TT________TT

p/s: Saya tak mahu jadi nombor 2. Lebih rela jadi nombor 1. =))


"Please hold on to me.." ;-)

Sunday, April 15, 2012

Kata Abah...

"Walaupun kerja gaji sikit, tapi kalau kita suka dengan kerja kita, teruskan. Buat sesuatu yang boleh buat kita happy. Kalau gaji banyak, tapi kita tak suka kerja kita, pun tak bahagia jugak. Gaji RM5000 pun kalau tak happy, tak jadi apa jugak. Keberkatan tu yang penting.. Bak kata Ustaz Don, rezeki ni bukan dari segi wang ringgit jer, tapi dari segi kesihatan, ketenangan hati, kebahagiaan keluarga, macam-macam lagi.."

^_^

Thanks Abah for the wonderful advice. I'm blessed to have a father like you... The greatest father ever indeed! Alhamdulillah... ;-)

Moral of the story: Ok, mari cari menantu macam Ustaz Don kat abah sekarang!! Hahahhahahhah!! =)) =))

p/s: Yang berkaliber sahaja... Yang berkaliber sahaja!! :-p

Thursday, April 12, 2012

Kisah seorang ibu yg suspicious.. :))

Hari 1

Ibu : Telefon siapa bunyi ni? (sebaik mendengar bunyi incoming SMS dari bilik si gadis)

Gadis: Along! Jap.. (berlari-lari mengambil handphone di atas rak bilik lalu membalas sms tersebut)

Hari 2

Bunyi incoming SMS muncul di handphone si gadis. Si gadis yang tadi berada di hadapan laptop bingkas bangun dan mengambil handphone nya. Dia tersenyum.

Ibu : Along sms ngan siapa ni?

Gadis : Erkkk... Mama jangan risau laa..tak der sapa pun!! Huhuhuhu...

Ibu : ...........

Hari 3

Di restoran makanan western... Si gadis terfikir untuk melayari facebook sementara menunggu makanan tiba. Dia mengeluarkan handphone dari begnya.

Ibu : Siapa sms along? (dengan pandangan sinis)

Gadis : Huh??? Orang nak check facebook laahhh!! Mana ada orang contact pun... (Si gadis menunjukkan skrin hp bukti sedang melayari facebook kepada ibunya)

TT_________TT

Adoilaaaa~ Letih!! =))

p/s: Ibu-ibu memang SANGAT concern okkk... :)) hehheheheh...

p/p/s: Yer, mmg dah lama tak berSMS & bergayut.. Dekat setahun dah!! Ahaks!~ :-p

Monday, April 9, 2012

Still Standing~ ^_^

Alhamdulillah... Masih bernafas. Masih boleh mencari rezeki. Masih boleh merasakan nikmat yang Dia berikan. Walaupun ada ujian2 yg kadang2 membuatkan jatuh terdampar, namun alhamdulillah Dia kembali membangunkan saya. Telah dikatakan, Dia Maha Besar.. ^_^ Kenapa nak sibuk bergantung dgn org lain kan? Ahaks!~

Sekarang agak sibuk membantu memajukan bisnes kecil-kecilan family. Semuanya berpunca dari Cik Fatin yang sgt minat nak buat online business. Disebabkan beliau ada banyak masa terluang di rumah, jadi kami sekeluarga serahkan pada dia utk manage. Alhamdulillah setakat ni memang sangat mendapat sambutan.. ^_^ Jadi bagi mereka yg belum Like page kami di FB, dijemput Like yer..hehehehe..especially bagi kaum perempuan yang suka pada kain-kain pasang, batik, & tudung-tudung bawal dari Kelantan.. Makin banyak anda beli, makin banyak diskaun leh dapat.. ;-) Jadi, jemput klik link ni:


Yer, sila jgn gelak bila melihat model tudung bawal dlm page di atas. :)) Saya sebenarnya telah di'paksa-rela'kan.. Apapun, I'm happy to being able to help my sis.. ^_^ Lepas ni, sila sponsor alatan2 makeup Estee Lauder yang baru utk saya yer..wakkakakak!! =))

Hati saya dah ok. Please take note. ^_^

Now, I'm living my life with no worries..hehehehe.. Oh ya, selera makan saya dah kembali normal selepas beberapa minggu ni.. :-p


p/s: "When you believe in a thing, believe in it all the way, implicitly and unquestionable." - Walt Disney

Wednesday, April 4, 2012

5 org kesayangan saya..


Kasihku tak pernah berubah.
Dari 2008, kini & selamanya.. :))

One day, they'll make a comeback & they'll make it BIG!!
*fingers crossed*
^_^

p/s: Merekalah pencetus aura k-pop dalam hidup saya..ngeeee~
p/p/s: Saya hanya suka group yg senior & berkaliber sahaja.. :-p

Monday, April 2, 2012

HambaMu~


Honestly, saya sangat suka lagu ni. Pembakar semangat di kala kesunyian, kesedihan & kekeliruan. Walaupun saya tak minat Mawi & Akhil Hayy, tapi saya suka lagu ni. Lagu yg tegas, tentang hambaNya menyerah diri pada Dia, meminta agar Dia tunjukkan jalan yang benar sehingga ke destinasi terakhir. ^_^ Konsep penyerahan total yg memang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai hambaNya. Yang penting, usaha, cekalkan hati & berserah pada Dia untuk tentukan yang terbaik. ;-) Dia Maha Pentadbir segala urusan & Dia sentiasa ada di arasyNya memerhatikan tiap2 yang ada di muka bumi. Jadi, bagi yg sedang melalui masalah, tak perlulah bersedih hati sebab Dia sedang memerhatikan anda & sedang aturkan yang terbaik buat anda. Cuma anda saja yang tak sedar.. So, don't worry, be happy! Dia sentiasa ada dengan anda.. :-)

p/s: Masih sebak bila teringat tentang tawaf wida'.. :-( Ya, Allah.. Aku mohon padaMu agar Kau murahkan rezekiku & ahli keluargaku agar kami dapat lagi menziarah rumahMu, ya Allah..  Sesungguhnya Engkau saja yang mengetahui perasaan rinduku pada Baitullah.. Permudahkanlah urusan kami dan tabahkanlah hati kami dalam mengharungi kehidupan ini, ya Allah.. Amin ya rabbal 'alamin...