Wednesday, May 30, 2012

Mungkin kerana hormon... -_-

Minggu ni saya rasa antara minggu yang paling mencabar utk saya... Terasa cepat emosional, depress, nak marah etc. Tambah pulak dengan sakit belakang (mungkin angkara memakai hi-heels & menggalas beg laptop selama lebih 3 tahun).. TT____TT Saya memang rasa sgt tak stabil secara fizikal, mental & emosi. Tapi alhamdulillah..rohani saya masih unggul!! ^_^ Kerana Dia sentiasa sayangkan saya...dan kerana Dialah saya masih dapat bertabah hingga hari ini...

Dah pernah saya cakap dulu, saya memilih utk tidak meroyan. Jadi entri hari ni, saya takkan meroyan (selagi boleh) !

Saya letih sebenarnya. Letih dengan mereka yang tak faham kondisi saya. Tapi saya selalu tanamkan dalam hati & fikiran, mereka ini adalah mereka yang tak melalui apa yang saya lalui. Sebab itu mereka tak faham. Memang saya marah, stress dengan soalan yg sama ditanya berulang-kali, tapi saya sabar jer selagi termampu. Saya asalnya adalah seorang yg optimist, tapi akibat pertanyaan2 yang tak sepatutnya, saya boleh bertukar menjadi seorang pessimist! Huhuhuh.. Jadi anda-anda sekalian, silalah jangan tukarkan kondisi saya ini kepada mode pessimist ibarat anda menekan butang di remote control TV anda yer.. :)) Saya lebih suka kepada mode pemarah daripada mode depression. Kerana kalau saya marah, saya boleh jalankan kerja2 sy dengan penuh semangat! Tapi kalau saya depress, saya memang akan jadi hopeless sepanjang hari. TT____TT

Manusia memang mcm tu. Suka tanya soalan tanpa mengira perasaan org yang ditanya. =)) Saya tak suka menagih simpati, saya hanya mahukan empati anda jer..huhuhuhu.. ;-) Jangan kerana anda ingat saya seorang yang tough, saya boleh disoal dengan soalan2 yang dahsyat! Hohohoho...ketabahan saya ni ada limitnya jugak.. -_- Saya pun tak mintak keadaan saya jadi macam ni, tapi Allah dah tentukan segalanya buat saya. Bukan saya tak usaha, tapi memang Dia masih belum izinkan lagi..

Saya rasa bukan saya sorang jer lalui situasi camni. Lain orang lain masalah, tapi masih hadapi situasi yang sama cam saya, betul tak? Cam contoh, kalau sorang tu tak kahwin lagi.. Orang akan tanya tak jumpa lagi ker calon? Kalau yg tak ada anak lagi, orang tanya pulak tak ikhtiar ker? Kalau tak ada anak lelaki lagi, orang tanya bila nak ada? Hahahhahah... Adoilaa manusia! =)) Siapalah anda sebagai seorang penyoal untuk judge keadaan seseorang tu kerana dia tak memiliki apa yang anda miliki? Bab2 jodoh, anak, rezeki, kerja etc bukan urusan manusia, tapi semua ketentuan dari Dia. Manusia ni hanya boleh merancang & usaha, tapi yang tentukan semua adalah Dia.

Dulu-dulu, saya pernah ada perasaan pelik kenapa seorang tu tak kerja2 lagi dan saya pernah conclude yang org tu tak cukup usaha. Hohohoho..teruk kan saya dulu? Saya dulu selalu fikir yang semua kejayaan ni adalah dari usaha kita semata2. Tapi sekarang ni, fikiran saya dah bertukar 100% lepas saya ditimpa dugaan besar tahun lepas. See? Manusia hanya akan sedar bila something jadi pada dia, baru dia tahu apa yang orang lain lalui. ^_^ Perasaan riak walaupun sekelumit dalam hati tak membawa bahagia langsung pun.. That's just my 2 cents. Ngeeee~ Pengalaman mematangkan seseorang. Sangat betul. Thank you Allah for guiding me to the right path. You saved me from being an arrogant person. Alhamdulillah.. Dia tahu apa yang terbaik utk saya.. ;-)

Wahhh!! Panjangnya entri hari ni..heheheheh... Alang-alang ada masa nak menulis kan.. :-p Well, saya tak minta apa2 pun dari anda semua kecuali empati anda & doa yang terbaik buat saya. Saya masih menangani keadaan saya ni dengan cara saya sendiri. My way!! I did it myyyyyy wayyyyy~~ Hahhahahah!! Kan dah meroyan lagu Frank Sinatra! =)) RIP mister...

Anda-anda sekalian, jangan risau keadaan saya yer... Dan jangan simpati berlebihan pada saya. Saya tak suka! :-p Yang over-concern pun, please stay away~ Lalalalalala~ :-p


~ Please put yourself in my super cute shoes!! Mampu?? =)) ~

p/s: Akhirnya memakai kasut ke ofis buat kali pertama di tahun ini!~ ahaks!~ =)) [gara-gara sakit belakang]

Monday, May 28, 2012

My 2012 Travel Plans ;-)

June

~ Land of Smiles ~

September

 ~ Jesselton ~

November

~ Paris of Java ~

p/s: Doakan semuanya dipermudahkan..aminnn... ^_^

Saturday, May 26, 2012

Sunday, May 20, 2012

One phase at a time~ ^_^

First of all, good luck to all my students who're having final exams this week. ^_^ Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang..amin..

Hidup ni ada banyak fasa. Setiap fasa tu ada ujian yang tersendiri. Masa dalam fasa baby dulu, kita lalui ujian untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak. Bila dah jadi kanak-kanak, masuk pulak fasa persekolahan. Lepas tu jadi remaja, masuk universiti, graduate, post-graduate, kerja, kahwin bla bla bla.. :)) Ok, apa yg saya nak cakap kat sini ialah semua orang melalui peringkat kehidupan ni dengan cara yang berbeza. Maksudnya, setiap orang ada ujian & dugaan yang perlu dihadapi sepanjang kehidupan. Cumanya, kaedah & pendekatan adalah hak masing-masing. ^_^ Jika memilih untuk depress, maka jadilah depress. Jika memilih utk terus positif, maka positiflah kan. ;-) Semuanya di tangan anda..

Satu jer yang perlu kita muhasabah diri. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Anda adalah unik. ^_^ Jadilah diri sendiri, tak perlu terlalu nak impress orang lain. Kalau nak berubah, berubahlah kerana Allah..bukan berubah utk orang lain.. ^_^ Ini utk mengelakkan kekecewaan yang melampau in the future..ahaks!~ Nak berkorban pun, ada hadnya.. ;-) Yang penting, kena sayang juga diri sendiri..berkorban pun berpada-pada..hehehehe... Selagi tak masuk ke fasa yang seterusnya, teruslah berusaha perbaiki diri untuk masa depan yang penuh keberkatan, insyaAllah.. ^_^

Motif penulisan saya di hari Ahad yang indah ni adalah untuk motivasi diri sendiri yang terpaksa bekerja tatkala kerajaan negeri Kelantan dah isytihar cuti, tapi kami tak dapat cuti hari ni!! Huwaarghhh!!~ Apa-apa jerlahhh... -_-

p/s: Masih dalam fasa terapi diri~^^

~ Perfect quote! =)) ~

Saturday, May 12, 2012

Meroyan? Jangan!!~

Saya memilih untuk tidak meroyan. Anda bagaimana? Hehehehe... Ada yang tahu apa yg telah saya lalui. Ada jugak yang tak tahu apa yg telah saya lalui, dan ramai jugak yg konfius dengan tingkah laku saya. Maybe ada yg anggap saya heartless. Tapi hakikatnya, saya bukan heartless, tapi saya suka melawan perasaan saya. Mungkin sebab saya anak sulung, jadi bab2 kawal perasaan ni dah jadi sebati dalam hidup..ehhehehe.. Dia Maha Mengetahui. ^_^

Saya perhatikan ramai yang suka lepas perasaan kat FB, Twitter etc especially bila putus cinta, gaduh atau salah faham ngan bf/gf/tunang/suami/isteri... Erm... Pada hemat saya, sangatlah tak sihat cara ni. Pertama, bukan boleh menyelesaikan masalah pun, tapi mengeruhkan keadaan lagi ada. Masalah peribadi adalah peribadi. Jadi, meluahkan perasaan di laman web sosial bukan caranya utk menagih simpati etc. Kedua, instead of simpati yg anda cari, maybe bala yang menanti..huhuhuhu.. Nak nasihat sket boleh? Sila jadi orang yg matang yer.. :-) Jangan nanti orang lain yang jadi penonton ni bersorak bila dapat tau anda sedang bermasalah & of course laa ada yg suka cucuk2 tambahkan masalah lagi. Beware! Manusia ni ada macam2 jenis & tak semua orang baik seperti yg anda fikirkan... ;-)

Nak meroyan pasal kerja? Boleh jer. Nak meroyan pasal gadget? Boleh!! Nak meroyan pasal haiwan peliharaan anda? Silakan! Nak meroyan pasal politik? Lagilaa boleh! :)) Tapi..jgn meroyan pasal family, suami/isteri, tunang/bf/gf anda. Semua tu private life anda & teruskanlah jadikan ia PRIVATE!! Anda ingat anda sorang jer putus cinta? Erkk...perlu ker nak inform satu dunia beb? :-p Kalau nak meroyan, better meroyan pada yang sedang bersemayam di arasy sana. Dia lebih faham kondisi anda dari diri anda sendiri. ;-) Bergantung harap hanya pada Dia, bukan yang lain yer.. ^_^ Kalau nak teman utk kongsi masalah pun, private message laa kan...sms ker, tepon ker..bukan buat status kat FB~ Bikin kontroversi jer beb... Tak pasal2 jadi buah mulut org & fitnah..ish ish ish... :-p

Ok, cukuplah ceramah pada malam ni. Kan dah tak pasal2 meroyan di blog sendiri.. Hahhahaha.. Kita berjumpa di lain hari. =))

p/s: Bersabar itu lebih baik... ^_^

~ Cuba jadi cool mcm encik nihh.. :-p ~

Tuesday, May 8, 2012

Where is my future hubby?

Well, he is busy working & improving himself for our future together..ngeh ngeh~
^_^


p/s: Keje elok2 yer... ;-) [walaupun sy tak tahu siapa encik sebenarnya.. =))]

Friday, May 4, 2012

They are the reasons why I'm so into Facebook~^^



Who? Them! Iaitu mereka yang berada di dalam gambar di atas. :-) Mungkin rakan2 saya di FB perasan tiap2 kali saya post something, kebanyakannya saya akan tag nama-nama tertentu berulang-ulang kali. Jadi bagi anda yg tak tahu, nama-nama itu adalah mereka di dalam gambar ini. Mereka ini bukan sekadar sahabat baik saya, tapi mereka lebih kepada kakak/adik saya. ^_^

Kami mula berkenalan pada 2002 di MMU Melaka. Jadi kalau diikutkan, dah hampir 10 tahun kami bersahabat. Alhamdulillah, the bonds are getting stronger walaupun masing2 dah berkerjaya & berjumpa sekali sekala. Tp dgn adanya FB, saya tetap rasa dekat dgn mereka, mcm di zaman kampus dulu2... ;-) Actually macam-macam kisah suka duka kami lalui..kalau nak cerita kat sini memang takkan habis.. :)) Tapi apapun mmg bersyukur sbb kami masih keep in touch & tak pernah mengalah untuk terus bersahabat!  (even ada masanya rasa nak gaduh tarik2 rambut jugak!! :-p) Yang Maha Esa dah tetapkan pertemuan kami & kami harap ukhuwah kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. ^_^

p/s: Bersahabatlah kerana Allah.. ^_^

Wednesday, May 2, 2012

Anda bagaimana?



Saya memilih untuk bersabar. Anda bagaimana? ;-)

p/s: Counting days~^^