Sunday, July 29, 2012

To My Dearest Future Husband..


Very adorable!~
^_^

p/s: I'm still learning about patience from Asiyah, about loyalty from Khadijah, about purity from Maryam, about sincerity from A'ishah, and about steadfastness from Fatimah~ ;-)

Tuesday, July 24, 2012

See you in 2 years!~ \ ^_^ /

Pic credits to: @iamsom

Encik Kyujong dah masuk army. Jadi kita jumpa 2 tahun nanti!~ 
All the best! ^_^

p/s: "Anywhere is paradise; it's up to you." - Author Unknown

Monday, July 23, 2012

Jom renovate!~ ^_^



Muhasabah utk hari ni. 
  • Anda dah check hati anda hari ni? 
  • Ada rasa dengki atau iri hati dengan kelebihan orang lain? 
  • Ada rasa sakit sebab tak puas hati bila orang lain lebih berjaya dari anda? 
  • Ada rasa terluka sebab soalan2 yang anda rasa tak patut diajukan untuk anda?
  • Ada rasa nak marah sebab anda tak dpt capai apa yg anda inginkan?
  • Ada rasa geram bila anda tak mampu hidup seperti orang lain?
  • Ada rasa menyampah bila tengok orang lain hidup bahagia tak seperti anda?
Kalau jawapan bagi salah satu dari soalan di atas adalah 'Ya', dah sampai masanya untuk kita renovate hati kita. Renovate ke arah kebaikan. Tanamkan sifat redha & bersyukur dengan kurniaan Tuhan adalah lebih baik. Fahami konsep rezeki, kerana rezeki setiap orang adalah berbeza. Mungkin dulu2 org tu dah hidup susah, sekarang Allah bagi dia hidup senang atas usaha dia. So, kenapa nak iri hati? It's fair & square. Allah Maha Adil dalam pentadbirannya. Tak perlu nak persoal kenapa jadi begitu & begini.. ;-) We're not in their shoes, jadi kita tak tau apa ujian yg dia hadapi untuk berjaya seperti sekarang. Yang penting, perbaiki diri sendiri terutamanya hubungan dengan Dia. Sebab selalunya kalau hubungan dengan Dia terjaga, insyaAllah hubungan sesama insan pun jadi baik secara semulajadi. ^_^ Bak kata Cik Jimah,

"Kalau hati ikhlas dlm melakukan sesuatu maka Allah akan mudahkan urusan dan murahkan rezeki kita."

Very true!~ :-)

Entri ini reminder utk diri sendiri. Kalau ada yang terasa, sorry laa yer.. :-p Niat saya menulis adalah utk motivasi diri.

Satu lagi. Teruskan bersangka baik dengan Allah & sesama manusia. Terlalu banyak syakwasangka boleh meruntuhkan silaturahim. *peace yo!* ;-)

p/s: Usaha selagi boleh. Bergantung harap hanya pada-Nya. Ikhlaskan hati~ Chaiyo!!~

Sunday, July 22, 2012

2 Ramadhan yg bahagia... :-)

Alhamdulillah..hari ni dah 2 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Kerana Ramadhan dah bermula, saya pun dah start memasang target untuk Ramadhan ni. Target apa? No no bukan target untuk diet & sebagainya.. Tapi target utk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari sebelum2 ni, insyaAllah.. ^_^

Saya masih dalam proses refleksi diri. Dan saya masih dlm proses belajar. :-) Belajar tentang kekuatan diri, belajar tentang hal-hal ketuhanan, hal-hal kekeluargaan, senang cakap tentang hidup sebenarnya.. Yerp, sekarang ni saya suka sangat buat observation. Hehehhe... Bukan skodeng yer, tapi belajar dengan melihat kehidupan orang lain. Walaupun kehidupan setiap org tak sama, tapi selalunya sy akan dpt conclusion yg sama. If you want something, you have to sacrifice something. Ahaks!~ Fitrah alam kan? ;-)

Bahagia tu subjektif. Tiap2 orang lain definisi bahagianya. Cuma apa yg saya nak cakap kat sini, buat masa ni, saya bahagia hidup single. Ahaks!~ Saja jer nak org semua tahu sbb saya tau ramai jer yg concern ngan saya ni.. Tapi percayalah, buat masa ni saya memang tak ready utk jadi isteri mahupun ibu lagi. Saya tak ready utk sacrifice apa2 yg saya ada sekarang ni. InsyaAllah satu hari nanti, saya yakin Dia akan pertemukan saya dengan jodoh saya bila masa yang sesuai tiba. Only when the right time comes.. :-)

Sebelum ditakdirkan saya berumahtangga, saya dah nekad nak baiki diri dahulu. Banyak sgt kelemahan saya yg belum lagi saya atasi. Sebab tu saya rasa salah satu punca saya masih belum dipertemukan jodoh.. ^_^ Kerana saya mahukan jodoh yg terbaik, saya kena jadi yang terbaik dahulu. Jadi, bulan Ramadhan ni adalah turning point utk saya. Please pray for me. I want to become a better servant for Him. :-)

Indeed, time will heal everything... And yes, I'm not yet fully healed though 1 year has passed..

But don't worry, I AM moving forwards.. Cautiously~ :-)

~ Rindu dgn view ini dari tingkat 2 Masjidil-Haram ~

p/s: Hati saya hanya milik Dia~ ^_^

Thursday, July 19, 2012

It's approaching! :-)


Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, insyaAllah..
^_^

p/s: Reshuffle. Recharge!

Monday, July 16, 2012

.:: Unbelievable Bangkok Final Part ::.

First of all, sesiapa yg berpuasa hari ni, selamat berpuasa! :-) Ramadhan dah dekat, jadi mmg saya agak excited nak jumpa encik Ramadhan ni..heheheh... Excited sbb seingat saya tahun lepas, sy almost penuhkan kuota tarawih (minus waktu uzur). Jadi harap sgt tahun ni, sy dpt ulang rekod yg sama.. InsyaAllah.. ^_^

Hari ni nak habiskan stori holiday di Bangkok. Hari ke-3 di Bangkok, saya & friends awal-awal pagi lagi dah naik tren kat Stesen Hua Lamphong untuk ke Ayutthaya. Apa yg menarik di Ayutthaya? Ayutthaya ni sebenarnya satu kerajaan Siam purba dari tahun 1300++ sampailaa 1700++. Jadi kat sini banyak tinggalan-tinggalan bangunan bersejarah terutamanya temple2 yg wujud ikut dinasti masing-masing. Tak dpt imagine Ayutthaya ni camana? Silalah tgk video kat bawah ni.. :))



Journey ke Ayutthaya ni dari Bangkok ambik masa sejam setengah dgn tren. Sampai jer kat Ayutthaya, kitorang sewa basikal utk ronda2 area sini. Tapi yg tak bestnya adalah....sesi mengangkut basikal ke dalam bot utk seberang sungai!!~ =)) very meletihkan!!! Hohohoho... Energy kitorang terus hilang separuh lepas naik/turun tangga mengangkut basikal itu... Sabar jer laa... Tak per, experience tu yg penting! :))

Makin menambahkan sakit hati adalah...elok2 jer kitorang sampai seberang sana, ada rupanya kedai sewa basikal jugak...wkakakakakkak!! Terasa sungguh hampeh ok... =)) Oh, kami ni memang manusia yang sukakan cabaran, jadi rasakan! Start dari situ, nekad utk cari satu lagi jalan lain yg tak melibatkan kena naik bot utk seberang sungai nak balik nanti. Nak tak nak, wajib cari jambatan!! :)) Diulangi, JAMBATAN!!

Ok, mari kembali fikirkan memori2 indah. Sebaik sampai jer kat seberang jeti, kami pun start berbasikal menuju ke Wat Mahathat. Wat Mahathat ni ada satu figure Buddha yang fames sebab kepala Buddha tu dikelilingi akar pokok.. Nak tgk gambar tu camana, silalah google yer.. :-p Anyway, below is the pic that we managed to snap at Wat Mahathat..

~ Wat Mahathat ~

Kat sebelah Wat Mahathat, ada Wat Ratchaburana. Sejarah pasal wat-wat ni saya tak berapa tahu..jadi kalau nak info lanjut, rajin2 laa google & baca history.. Ada banyak website pasal Ayutthaya ni..ahaks!~ :-p

~ Wat Ratchaburana ~

Next station, Wat Thammikarat. 

~ Wat Thammikarat ~

Lepas hampir2 sesat berbasikal, kami sampai area Wat Phra Si Sanphet. Kat sini Kak Jah dah start feeling2 kat Jepun..ahhahahha!! =))

~ Konvoi berbasikal kami ~

Tengah jalan-jalan, terjumpa pulak tempat makan halal. Jadi, apa lagi kan? Pucuk dicita ulam mendatang..hehehhehe.. Kami pun mula laa makan ayam panggang, nasi pulut & somtam kat situ.. Nyum nyum~

 ~ Nasi pulut + ayam panggang ~

~ Somtam ~

Masa tengah makan-makan ni, kitorang sembang2 dgn sorang government servant ni tanya direction nak balik ke railway station dgn menaiki JAMBATAN. =)) Jadi kebetulan jugak ada sorang tour guide tgh makan kat situ, maka dapatlaa direction secara specific. Alhamdulillah... :-) Part paling touching saya rasa masa naik balik basikal nak mula perjalanan, encik government servant ni ucap "Selamat Jalan" dlm bahasa Melayu & lambai kat kami. Ok, sgt rasa girang sebenarnya!~ ^_^ Bersyukur sbb Allah bagi peluang jalan2 kat negara org & rasa bangga jadi anak Malaysia berjiwa merdeka ni..ehheheheh.. Betul tak Cik Wanie? :))

Ok, masa tu dah pukul 12.30. Tengah kayuh basikal bersungguh2 sbb nak kejar tren pukul 1 lebih, tetiba pulak terjumpa Wat Som. Hahhahaha!! Sempat lagi kami bergambar yer.. :))

~ Wat Som ~

Settle bergambar kat Wat Som, terus pecut bawak basikal lalu kawasan bandar Ayutthaya yg moden, lalu depan hospital, universiti etc. Jalan raya memang sibuk, tapi alhamdulillah kereta2 semua bagi jalan kat kami ni..hehehehhe.. Maybe sbb teruja tgk 5 gadis bertudung mengayuh basikal dengan bersungguh2 kot..wkakakakka!! =)) Ok, sampai kat pangkal jambatan, nasib baik tak silap naik jambatan sbb ada 3 kat situ. Kami sepatutnya ambik jambatan yang tengah2 kalau ikut cakap tour guide yg bagi direction tu. Alhamdulillah lepas settle konflik nyaris2 silap naik jambatan tu, kami cross lalu jambatan yg betul & sampai kat railway station just in time. Dan nasib baik jugak tren kami delay yer.. Masa tu saya tgk jam dah pukul 1.15. :)) Oh, pengalaman~ Mana nak cari pengalaman camni kat negara sendiri kan?

Percayalah saya kena sunburnt agak dahsyat kat tangan yer gara2 berbasikal tengah2 panas. :)) Tapi memang saya puas hati sbb lama tak berbasikal & dpt peluang camni dlm hidup. ;-) Dalam pukul 1.40, kami naik tren balik ke Bangkok & rehat2 kat hotel sampai petang. 

Dah puas rehat, kami bergerak pulak ke MBK Center utk buat final shopping & dinner. Restoran kat MBK tempat kami dinner ni Yana Restaurant. Saya makan nasi goreng daging & dessert water chestnut. ^_^

 ~ Yana's special fried rice with beef ~

~ Water chestnut + coconut milk ~

Lepas settle dinner & shopping, kami balik ke hotel utk packing2 since keesokan tu dah nak balik ke tanah air. :-) 

Final day di Bangkok, saya & Cik Wanie bertolak pagi ke Suvarnabhumi Airport sbb flight kami awal daripada 3 lagi rakan kami. Rakan kami yg tiga lagi menyusul petang tu. Diorang sempat jalan2 naik bot di Sg. Chao Phraya sblm bertolak ke airport.

 ~ Suvarnabhumi Bangkok Airport ~

~ AK 835 ready to depart to KL ~

Overall, saya happy dengan holiday di Bangkok walaupun kesihatan saya tak berada dlm keadaan optimum (gara-gara sakit mulut yg menyebabkan saya jadi super pendiam) =)) Alhamdulillah balik tanah air, ulcers saya dah hilang..hehehehhe... Maybe Allah tak nak saya super excited sgt kat Bangkok sebenarnya.. ;-) He knows the best about His servants..

Ok, habis sudah stori pasal holiday di Bangkok. InsyaAllah satu hari nanti akan pegi lagi ke sana..atau maybe ke tempat2 lain pulak..hehehehhe.. We'll see.. ;-) Till then, thank you for reading!~ Ahaks!

p/s: "Kepada para pelancong, selamat datang ke Malaysia. Buat warga Malaysia, selamat pulang ke tanah air.." ucap ketua pramugara AK 835 sebaik landing di LCCT. Yerp, tiada negara yang seindah negara sendiri.. ;-)

Sunday, July 15, 2012

.:: Unbelievable Bangkok Part II ::.

Wohooo...lambat sungguh nak update part II ni. Kesnya minggu lepas saya super duper laa bz ngan event IT Week kat kolej. Anyway, alhamdulillah semua berjalan lancar dan hari ni baru laa ada masa nak update hal-ehwal holiday kat Bangkok hari tu..ahaks!~ Maaf yer, buat yg setia menanti.. I tak berniat nak main2 kan hati u all..wkakakaka!! =)) *mood sengal ala2 selebriti*

Ok, jom sambung pasal hari kedua kat Bangkok. Hari kedua ni kami berlima dah ada tentatif awal2 lagi since kami dah ambik pakej dgn tourist guide utk bawak jalan2 one whole day. Ke mana? Mula2 di pagi hari, kami dah dibawa ke Maeklong Train Market yang fames itu.. Bagi yg tak tahu, market di Maeklong ni terletak kat landasan keretapi & peniaga2 kat situ tiap2 kali kalau train lalu, akan clearkan kawasan landasan & once train dah habis lalu, landasan tu digunakan balik utk ruang berniaga ibarat cam tak der apa2 pun yg berlaku..hehehehhe.. Itulah keunikan Maeklong Train Market yer adik-adik.. :)) Kalau nak info lanjut, silalah google & tgk video kat YouTube pasal Maeklong ni.. ;-)

 ~ 10 minit sblm tren lalu, org ramai still jual-beli seperti biasa ~

~ Saat2 tren lalu.. Pic credits to: Kak Jah ~

Lepas settle visit Maeklong, kami berlima pergi pulak ke Damnoen Saduak Floating Market. Tp sblm tu kami ada singgah kejap kat satu wat ni, malangnya I tak ingat laa pulak nama wat tu.. :)) Takper, kita teruskan jer laa stori pasal floating market ni jer ok..ahaks!~ Orite, Damnoen Saduak Floating Market ni adalah pasar terapung yang paling fames kat Thailand sebenarnya. Kat Thailand ni, ada beratus-ratus floating market tp Damnoen Saduak di yang paling top & jadi tarikan tourist. Cumanya, barang-barang kat sini mahal dari biasa..biasalaa tempat pelancongan kan.. ;-) Anyway, kami ronda2 area market ni dgn bot & sungai yg kami lalu adalah Sungai Mekong. Ehems, belajar Geografi sket. Form 2 dulu ada belajar kan pasal sungai2 ni? :))

~ Jom naik bot! ~

~ Beg2 di floating market ~

~ Singgah kat Coconut Sugar Farm ~

Kami jugak sempat ronda2 area perkampungan tepi sungai kat sini. Unik. That's the right word.. ;-) Oh ya, lupa nak cakap yg area floating market & perkampungan ni pernah masuk movie James Bond & Bangkok Dangerous yer.. ;-)

~ Ronda area perkampungan ~

Settle jalan2 kat floating market, kami balik semula ke bandar Bangkok & makan tengah hari pulak kat Touch Cafe. Sampai sana semua dah lapar gila2 & Cik Wanie pun menunjukkan kepakaran memasak tom yam. Nyum nyum~ Overall, memang kenyang & puas hati.. ^_^

~ Tom Yam air tangan Cik Wanie ~

~ Our lunch! ~

Lepas lunch, bermulalah pulak perjalanan kami ke Channel 7 utk tgk Muay Thai!~ Hoo yeah!! :)) Percayalah, kami masuk tv hari tu...wkakakak!! Rasa macam VIP sebab duduk kat seat VIP & masuk/kuar kat laluan boxers.. :-p Oh, silalah jeles!! =))

~ Channel 7 ~

~ Muay Thai boxers ~

Almost 1 hour tgk Muay Thai, kitorang gerak pulak ke Chinatown & naik bot kat Sungai Chao Phraya ke Wat Arun: Temple of the Dawn. Magnificent!~ ^_^

~ Kami di Wat Arun ~

Balik dari Wat Arun, makan2 ringan kat Zam Zam Cafe. Tourist guide kami, Anwar belanja makan sate daging & meatball yg super duper sedap!! Hohohoho... TT____TT Sampai skrang teringat2 rasa yg super delicious itu..

 ~ Sate daging ~

~ Meatballs ~

Itulah penutupnya tour kami dengan tourist guide. Then kami berlima balik hotel & jalan2 pulak area PatPong Night Market yg tak jauh sgt dgn hotel.. Apa yg ada kat night market ni? Wakakkka!!~ Macam-macam ada!~ :-p Shows pun banyak! Tp yang tak kuat iman, silalah jgn ke sini yer.. =))

 ~ Barang2 di PatPong Night market ~

~ Welcome to PatPong Night Bazaar ~

Alhamdulillah...settle sudah aktiviti kami hari ke-2 di Bangkok.. Nanti2 saya sambung Part III pulak ok.. Mau ke kelas dulu nih...daaaaa!!~ ^_^

p/s: Sengih sorang2 teringat silap naik turun escalator MRT..hahahahhaha!! =))

Saturday, July 7, 2012

.:: Unbelievable Bangkok Part I ::.

Alhamdulillah..selesai sudah holiday bersama-sama team ChEe-kYe di Bangkok selama 5 hari.. ;-) Sebenarnya, planning utk holiday ni dah lama.. 6 bulan!! Awal-awalnya, saya berbelah bagi nak join memandangkan dulu saya sibuk dengan persiapan ke Tanah Suci & tak boleh decide selagi tak settle umrah. Then balik dari umrah Februari lepas, terus saya buat keputusan untuk join trip ke Bangkok nih!~ ^_^ Sebab saya fikir, bila lagi kan nak jalan2 dengan kawan-kawan? Tambah2 status saya yg single & available nih, selagi tak ada komitmen, baiklah saya pegi travel..ahaks!~ :-p Banyak berjalan, luas pemandangan.. Yerp, very true indeed!

Trip saya ke Bangkok bermula sejak 28 Jun lepas di mana memerlukan saya terbang ke KL dahulu untuk bertemu dgn rakan2 seangkatan. Then pd 29hb barulah kami bertolak ke Butterworth utk berlepas ke Bangkok dengan train. Yes, kami naik train ke Bangkok! :)) 22 jam jer perjalanan, tak lama pun..wkakakakak!! 1st time laa saya naik tren dalam hidup utk perjalanan jarak jauh nih... Tapi memang pengalaman yg tak leh lupa sampai bila-bila..heheheh.. ;-)

 ~ Tiket tren ~

~ Seat yg ditukar jadi katil di waktu mlm ~

Kami bertolak dalam pukul 3.30 waktu M'sia & sampai di Bangkok pukul 12.00 sana. Sampai jer kat sana, terus naik MRT ke Stesen Sam Yan untuk check-in hotel. Hotel kami namanya Take A Nap. A very cosy hotel indeed.. ;-) 

 ~ Our hotel ~

~ My room with Cik Wanie ~

Rehat sekejap kat hotel, terus jer kami ke Chatuchak Weekend Market yang terkenal kat Bangkok ni.. Kenapa terkenal? Sebabnya Chatuchak market ni bukak masa weekend jer, dan market ni sgt2 laaaaa luas..kalo tak silap ada almost 15000 shops! ;-) Jadi, sgt laa sesuai nak shopping souvenirs etc.

~ Chatuchak Market ~

Lepas jer shopping, kami bergerak pulak ke Siam Discovery utk ke Madame Tussauds. Maka bermulalah episod kegilaan kami...wkakakakka!! =)) Biasalah, kat negara sendiri tak leh jadi segila ni...arakian malanglah patung-patung lilin di Madame Tussauds Bangkok itu gara2 kami.. :))

 ~ With Gandhi ~

 ~ With Her Majesty Queen ~

~ With Oprah ~

Lepas lebih sejam kat Madame Tussauds, kami ke MBK Center pulak untuk makan malam di foodcourt. Then, terus balik hotel utk tidur. Maka tamatlah hari pertama kami di Bangkok.. ;-) Nantikan kemunculan Part II nanti ok? Till then, daaaa~ ^_^

p/s: "Travel makes one modest, you see what a tiny place you occupy in the world." - Gustave Flaubert