Monday, July 16, 2012

.:: Unbelievable Bangkok Final Part ::.

First of all, sesiapa yg berpuasa hari ni, selamat berpuasa! :-) Ramadhan dah dekat, jadi mmg saya agak excited nak jumpa encik Ramadhan ni..heheheh... Excited sbb seingat saya tahun lepas, sy almost penuhkan kuota tarawih (minus waktu uzur). Jadi harap sgt tahun ni, sy dpt ulang rekod yg sama.. InsyaAllah.. ^_^

Hari ni nak habiskan stori holiday di Bangkok. Hari ke-3 di Bangkok, saya & friends awal-awal pagi lagi dah naik tren kat Stesen Hua Lamphong untuk ke Ayutthaya. Apa yg menarik di Ayutthaya? Ayutthaya ni sebenarnya satu kerajaan Siam purba dari tahun 1300++ sampailaa 1700++. Jadi kat sini banyak tinggalan-tinggalan bangunan bersejarah terutamanya temple2 yg wujud ikut dinasti masing-masing. Tak dpt imagine Ayutthaya ni camana? Silalah tgk video kat bawah ni.. :))



Journey ke Ayutthaya ni dari Bangkok ambik masa sejam setengah dgn tren. Sampai jer kat Ayutthaya, kitorang sewa basikal utk ronda2 area sini. Tapi yg tak bestnya adalah....sesi mengangkut basikal ke dalam bot utk seberang sungai!!~ =)) very meletihkan!!! Hohohoho... Energy kitorang terus hilang separuh lepas naik/turun tangga mengangkut basikal itu... Sabar jer laa... Tak per, experience tu yg penting! :))

Makin menambahkan sakit hati adalah...elok2 jer kitorang sampai seberang sana, ada rupanya kedai sewa basikal jugak...wkakakakakkak!! Terasa sungguh hampeh ok... =)) Oh, kami ni memang manusia yang sukakan cabaran, jadi rasakan! Start dari situ, nekad utk cari satu lagi jalan lain yg tak melibatkan kena naik bot utk seberang sungai nak balik nanti. Nak tak nak, wajib cari jambatan!! :)) Diulangi, JAMBATAN!!

Ok, mari kembali fikirkan memori2 indah. Sebaik sampai jer kat seberang jeti, kami pun start berbasikal menuju ke Wat Mahathat. Wat Mahathat ni ada satu figure Buddha yang fames sebab kepala Buddha tu dikelilingi akar pokok.. Nak tgk gambar tu camana, silalah google yer.. :-p Anyway, below is the pic that we managed to snap at Wat Mahathat..

~ Wat Mahathat ~

Kat sebelah Wat Mahathat, ada Wat Ratchaburana. Sejarah pasal wat-wat ni saya tak berapa tahu..jadi kalau nak info lanjut, rajin2 laa google & baca history.. Ada banyak website pasal Ayutthaya ni..ahaks!~ :-p

~ Wat Ratchaburana ~

Next station, Wat Thammikarat. 

~ Wat Thammikarat ~

Lepas hampir2 sesat berbasikal, kami sampai area Wat Phra Si Sanphet. Kat sini Kak Jah dah start feeling2 kat Jepun..ahhahahha!! =))

~ Konvoi berbasikal kami ~

Tengah jalan-jalan, terjumpa pulak tempat makan halal. Jadi, apa lagi kan? Pucuk dicita ulam mendatang..hehehhehe.. Kami pun mula laa makan ayam panggang, nasi pulut & somtam kat situ.. Nyum nyum~

 ~ Nasi pulut + ayam panggang ~

~ Somtam ~

Masa tengah makan-makan ni, kitorang sembang2 dgn sorang government servant ni tanya direction nak balik ke railway station dgn menaiki JAMBATAN. =)) Jadi kebetulan jugak ada sorang tour guide tgh makan kat situ, maka dapatlaa direction secara specific. Alhamdulillah... :-) Part paling touching saya rasa masa naik balik basikal nak mula perjalanan, encik government servant ni ucap "Selamat Jalan" dlm bahasa Melayu & lambai kat kami. Ok, sgt rasa girang sebenarnya!~ ^_^ Bersyukur sbb Allah bagi peluang jalan2 kat negara org & rasa bangga jadi anak Malaysia berjiwa merdeka ni..ehheheheh.. Betul tak Cik Wanie? :))

Ok, masa tu dah pukul 12.30. Tengah kayuh basikal bersungguh2 sbb nak kejar tren pukul 1 lebih, tetiba pulak terjumpa Wat Som. Hahhahaha!! Sempat lagi kami bergambar yer.. :))

~ Wat Som ~

Settle bergambar kat Wat Som, terus pecut bawak basikal lalu kawasan bandar Ayutthaya yg moden, lalu depan hospital, universiti etc. Jalan raya memang sibuk, tapi alhamdulillah kereta2 semua bagi jalan kat kami ni..hehehehhe.. Maybe sbb teruja tgk 5 gadis bertudung mengayuh basikal dengan bersungguh2 kot..wkakakakka!! =)) Ok, sampai kat pangkal jambatan, nasib baik tak silap naik jambatan sbb ada 3 kat situ. Kami sepatutnya ambik jambatan yang tengah2 kalau ikut cakap tour guide yg bagi direction tu. Alhamdulillah lepas settle konflik nyaris2 silap naik jambatan tu, kami cross lalu jambatan yg betul & sampai kat railway station just in time. Dan nasib baik jugak tren kami delay yer.. Masa tu saya tgk jam dah pukul 1.15. :)) Oh, pengalaman~ Mana nak cari pengalaman camni kat negara sendiri kan?

Percayalah saya kena sunburnt agak dahsyat kat tangan yer gara2 berbasikal tengah2 panas. :)) Tapi memang saya puas hati sbb lama tak berbasikal & dpt peluang camni dlm hidup. ;-) Dalam pukul 1.40, kami naik tren balik ke Bangkok & rehat2 kat hotel sampai petang. 

Dah puas rehat, kami bergerak pulak ke MBK Center utk buat final shopping & dinner. Restoran kat MBK tempat kami dinner ni Yana Restaurant. Saya makan nasi goreng daging & dessert water chestnut. ^_^

 ~ Yana's special fried rice with beef ~

~ Water chestnut + coconut milk ~

Lepas settle dinner & shopping, kami balik ke hotel utk packing2 since keesokan tu dah nak balik ke tanah air. :-) 

Final day di Bangkok, saya & Cik Wanie bertolak pagi ke Suvarnabhumi Airport sbb flight kami awal daripada 3 lagi rakan kami. Rakan kami yg tiga lagi menyusul petang tu. Diorang sempat jalan2 naik bot di Sg. Chao Phraya sblm bertolak ke airport.

 ~ Suvarnabhumi Bangkok Airport ~

~ AK 835 ready to depart to KL ~

Overall, saya happy dengan holiday di Bangkok walaupun kesihatan saya tak berada dlm keadaan optimum (gara-gara sakit mulut yg menyebabkan saya jadi super pendiam) =)) Alhamdulillah balik tanah air, ulcers saya dah hilang..hehehehhe... Maybe Allah tak nak saya super excited sgt kat Bangkok sebenarnya.. ;-) He knows the best about His servants..

Ok, habis sudah stori pasal holiday di Bangkok. InsyaAllah satu hari nanti akan pegi lagi ke sana..atau maybe ke tempat2 lain pulak..hehehehhe.. We'll see.. ;-) Till then, thank you for reading!~ Ahaks!

p/s: "Kepada para pelancong, selamat datang ke Malaysia. Buat warga Malaysia, selamat pulang ke tanah air.." ucap ketua pramugara AK 835 sebaik landing di LCCT. Yerp, tiada negara yang seindah negara sendiri.. ;-)

2 comments:

CikLily12 said...

selamat jalan tu membuatkan saya rasa sangat bangga menjadi anak malaysia !

Libra Dolce said...

tu lah..kita merantau sebagai anak malaysia..mengharumkan nama negara di Ayutthaya? hahahha!! =))