Saturday, July 7, 2012

.:: Unbelievable Bangkok Part I ::.

Alhamdulillah..selesai sudah holiday bersama-sama team ChEe-kYe di Bangkok selama 5 hari.. ;-) Sebenarnya, planning utk holiday ni dah lama.. 6 bulan!! Awal-awalnya, saya berbelah bagi nak join memandangkan dulu saya sibuk dengan persiapan ke Tanah Suci & tak boleh decide selagi tak settle umrah. Then balik dari umrah Februari lepas, terus saya buat keputusan untuk join trip ke Bangkok nih!~ ^_^ Sebab saya fikir, bila lagi kan nak jalan2 dengan kawan-kawan? Tambah2 status saya yg single & available nih, selagi tak ada komitmen, baiklah saya pegi travel..ahaks!~ :-p Banyak berjalan, luas pemandangan.. Yerp, very true indeed!

Trip saya ke Bangkok bermula sejak 28 Jun lepas di mana memerlukan saya terbang ke KL dahulu untuk bertemu dgn rakan2 seangkatan. Then pd 29hb barulah kami bertolak ke Butterworth utk berlepas ke Bangkok dengan train. Yes, kami naik train ke Bangkok! :)) 22 jam jer perjalanan, tak lama pun..wkakakakak!! 1st time laa saya naik tren dalam hidup utk perjalanan jarak jauh nih... Tapi memang pengalaman yg tak leh lupa sampai bila-bila..heheheh.. ;-)

 ~ Tiket tren ~

~ Seat yg ditukar jadi katil di waktu mlm ~

Kami bertolak dalam pukul 3.30 waktu M'sia & sampai di Bangkok pukul 12.00 sana. Sampai jer kat sana, terus naik MRT ke Stesen Sam Yan untuk check-in hotel. Hotel kami namanya Take A Nap. A very cosy hotel indeed.. ;-) 

 ~ Our hotel ~

~ My room with Cik Wanie ~

Rehat sekejap kat hotel, terus jer kami ke Chatuchak Weekend Market yang terkenal kat Bangkok ni.. Kenapa terkenal? Sebabnya Chatuchak market ni bukak masa weekend jer, dan market ni sgt2 laaaaa luas..kalo tak silap ada almost 15000 shops! ;-) Jadi, sgt laa sesuai nak shopping souvenirs etc.

~ Chatuchak Market ~

Lepas jer shopping, kami bergerak pulak ke Siam Discovery utk ke Madame Tussauds. Maka bermulalah episod kegilaan kami...wkakakakka!! =)) Biasalah, kat negara sendiri tak leh jadi segila ni...arakian malanglah patung-patung lilin di Madame Tussauds Bangkok itu gara2 kami.. :))

 ~ With Gandhi ~

 ~ With Her Majesty Queen ~

~ With Oprah ~

Lepas lebih sejam kat Madame Tussauds, kami ke MBK Center pulak untuk makan malam di foodcourt. Then, terus balik hotel utk tidur. Maka tamatlah hari pertama kami di Bangkok.. ;-) Nantikan kemunculan Part II nanti ok? Till then, daaaa~ ^_^

p/s: "Travel makes one modest, you see what a tiny place you occupy in the world." - Gustave Flaubert


2 comments:

Poist-en Ivy said...

salam.. i am planning to visit bangkok.. tapi mcm kekurangan info mcm mana nak move about dalam bangkok tu.. would you mind sharing tentang mcm mana uols plan ur itenary (mana nak pegi, dengan apa nak pegi) semua? ke uols amik memana pakej? appreciate your reply.. or u could just email me kat : ctm.zainal@yahoo.com

Libra Dolce said...

Wsalam...sis boleh ke website Lynn di http://zlynn17.blogspot.com/ utk discuss travel plan etc.

Harap membantu.. :)