Thursday, December 26, 2013

Tick Tock ~^^

Counting for new year 2014 !~ ^_^ Banyak perancangan, insyaAllah.. Harapnya Dia tentukan yang terbaik..

Lama tak mengarang. Bz? Mungkin. Sejak balik dari Padang, banyak aktiviti di ofis & luar ofis. Apapun, bersyukur sebab berjalan lancar seperti dirancangkan..

Penamat untuk tahun 2013 yang saya nak highlight adalah gathering bersama CheeKye minggu lepas. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan tak jumpa, dpt juga sembang2 & update segala yang boleh diupdate..hehehe.. Walaupun sebenarnya hari2 chatting di FB atau Whatsapp, bertemu muka adalah lebih indah...ewahhh! XD

Oh, lupa cakap. SAYA DAH TENGOK THE HOBBIT : DESOLATION OF SMAUG!!~ Oh yeah!! :)) 10 stars saya bagi! Excited tgk Thranduil, ayahnya si Legolas..ahaks! Excited juga sbb menonton di Beanie Plex..hehehe... Ok, sekarang setia menanti untuk final The Hobbit tahun depan. Counting! Counting!! ;-)

Dan tiba-tiba saya rasa saya suka archery. Mungkin boleh jadikan sebagai hobi lepas ni... Doa-doakan.. =))

Tahun depan? InsyaAllah, untuk julung-julung kalinya akan menjejakkan kaki di sini.


Semoga semuanya berjalan lancar..ameeen... ^_^

p/s: Praying for the best... !

Tuesday, November 12, 2013

Unforgettable Trip : West Sumatra Part II

Ok, sambung cerita tentang trip kami sekeluarga ke Bukit Tinggi & Padang. :)

Hari ketiga, selepas breakfast di hotel, kami terus check-out untuk perjalanan ke Padang & bermalam di sana untuk 1 malam. Otw ke Padang, berhenti visit beberapa tempat pelancongan yang terkenal di Bukit Tinggi. Hentian pertama adalah di Panorama Ngarai Sianok & Lobang Jepang. Cuaca hari ketiga ni mendung & hujan renyai-renyai, jadi tak berhenti lama di sini, sekadar tangkap gambar sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ngarai Sianok & Lobang Jepang ni, silalah google sendiri ya..hehehhe...

~ Ngarai Sianok ~

~ Lobang Jepang ~

Lepas selesai, kami teruskan pula perjalanan ke Tasik/Danau Maninjau di Kelok 44. Perjalanan yang sangat mencabar sebab jalan bengkang-bengkok atau orang kat sini panggil kelok-kelok.. :)) Kelok 44 tu maksudnya, ada 44 kelok yang perlu dilalui untuk ke Danau Maninjau. View sini sangat superb!! Breathtaking! Walaupun kami hanya tengok tasik dari atas bukit, sangat mempesonakan.. :) Seperti Danau Singkarak, Danau Maninjau ni terhasil daripada letusan gunung berapi satu ketika dahulu..

~ Danau Maninjau ~

Selesai tangkap gambar & minum-minum di sini, perjalanan diteruskan ke Rumah Gadang pula, atau nama sekarangnya Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Kat sini, kami belajar tentang adat-adat & sejarah kaum Minangkabau yang sebelum ni tidak difahami. Alhamdulillah, banyak ilmu dapat kat sini especially tentang asal-usul Adat Temenggung & Adat Perpatih, suku kaum Minangkabau & cara hidup orang di sini. The truth is, we managed to decode some mysteries about our family roots & heritage.. Subhanallah.. ^_^ Sesiapa yang minat sejarah, tak rugi kalau singgah di Pusat Dokumentasi ni utk dengar penerangan & baca buku-buku di sini..

~ Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau ~
 
Habis visit Rumah Gadang, kami lunch di Rumah Makan Pak Datuk & teruskan perjalanan ke kota Padang. Otw, singgah ke satu kedai sulaman & shopping telekung. Malangnya tak ingat pula nama kedai nak share kat sini.. TT_____TT

Dalam hampir 2 jam perjalanan, akhirnya tiba di kota Padang. Tour guide bawa kami jalan-jalan sekitar bandar & shopping sikit di Plaza Andalas. Sebelum Maghrib, singgah makan di Pondok Makan Palanta Minang yang terletak di tepi pantai & makan nasi dan seafood sambil bersila. Overall, best! :-)

~ Plaza Andalas ~

~ Lautan Hindi (view dari restoran) ~

Lepas makan-makan, check-in di Hotel Aliga. Maka tamatlah hari ke-3 kami di sini. Esoknya, lepas breakfast & packing-packing, terus kami check-out hotel & ke airport. Pukul 2.30 ptg waktu tempatan, kami berlepas pulang ke tanah air, jadi tamatlah kisah percutian kami di Sumatera Barat.. ^_^
 
Overall, saya bersyukur dapat jejak kaki ke tempat asal-usul datuk moyang. Honestly, saya belajar banyak benda sepanjang di Padang & Bukit Tinggi. Terutamanya tentang cara hidup yang sederhana, tapi penuh keberkatan. :) Sikap bertolak-ansur terutamanya pemandu-pemandu kat sini, sangatlaaa mengkagumkan saya! Kadang-kadang buat saya terfikir, kenapa manusia bila hidup makin maju & makin mewah, sikap kemanusiaan jadi makin menipis.. Seharusnya, makin maju maka makin bertamadun. Sekadar renungan termasuk untuk diri sendiri.. :-)

Apa yang akan paling saya rindui kat sini? Haruslah pada sawah padi bertingkat-tingkat yang dah jadi panorama biasa di Bukit Tinggi.. Sangat jatuh cinta. <3 Dulu-dulu pernah terlintas nak ke Indonesia utk tgk sawah padi sebegini, alhamdulillah dapat juga.. ^_^

~ Sawah padi ~

Bagi yang berminat ke Bukit Tinggi & Padang, anda boleh hubungi Raun Sumatra untuk maklumat lanjut. Pakej yg ditawarkan sangat berbaloi & anda boleh request untuk duduk di hotel mengikut budget anda. ^_^ Saya personally recommend!

Buat tour guide/driver kami sepanjang 4 hari, Encik Zul, terima kasih banyak-banyak...jasamu dikenang hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. :-)

p/s: Tertumbuk biduk dibelokkan, tertumbuk kata difikiri - Buya Hamka

Unforgettable Trip : West Sumatra Part I

Alhamdulillah.. Baru berpeluang mengarang tentang trip ke Sumatera Barat, atau lebih spesifik: Bukit Tinggi & Padang, Indonesia. :) Kami sekeluarga berlepas pada Isnin 4 November & pulang ke tanah air pada Khamis 7 November. So, percutian 4 hari 3 malam yang padat tapi sangat memorable! ^_^

Kami berangkat ke Padang dengan AirAsia dari LCCT pukul 2.00 petang, dan sampai di Minangkabau International Airport pukul 2.00 waktu tempatan. Flight sejam saja, lebih kurang flight KL-KB..hehe.. Sebaik tiba di airport, melalui inspection yang macam-macam (dari boarding pass utk return flight sampaila ke beg TT_____TT), dan akhirnya selesai dengan jayanya 30 minit kemudian. Keluar dari balai ketibaan, terpapar nama beta yang dipegang oleh salah seorang tour guide, Encik Zul. Disambut dengan senyuman, kami sekeluarga terus menaiki van & lunch di Rumah Makan Lamun Ombak tidak jauh dari situ.

Perjalanan kami utk hari pertama adalah terus ke Bukit Tinggi. Jadi otw ke sana, singgah beberapa tempat antaranya Air Terjun Lembah Anai, kedai kain sulaman Putri Minang dan Sulam & Bordir Oke.

 ~ Air Terjun Lembah Anai ~

 ~ Sulam & Bordir Putri Minang ~

~ Sulam & Bordir Oke ~

Ok, rasa rugi tak sapu muka dgn air terjun tu, sebab kalau ikut legend, sekali sapu boleh awet muda beberapa hari .. Ahaks!! :)) Ok, tiap kali berhenti di kedai kain sulam, diakui shopping jugak sikit-sikit, tidak secara ekstrem..hehehe.. No worries! :-p

Settle shopping, hari dah senja. So kitorang terus makan malam di Rumah Makan Gon Raya di Bukit Tinggi. From my experience, makanan-makanan sepanjang kami kat Bukit Tinggi adalah superb!! Semuanya sedap-sedap belaka.. ^_^ Ok, lepas habis dinner kami check-in di Hotel Pusako yang akan jadi tempat penginapan kami selama 2 malam di Bukit Tinggi. Maka, tamatlah sudah hari pertama kami di sini. :-)

Hari kedua, lepas breakfast di hotel, seawal pukul 8 pagi waktu tempatan, kami terus bergerak ke Tasik Singkarak. Otw, sempat singgah di kedai sulaman Annisa, Pandai Sikek & berhenti beli kuih bika di tepi jalan.

 ~ Sulam & Bordir Annisa ~

Lepas berjalan lebih satu jam, akhirnya tiba di Tasik/Danau Singkarak yang sangat menenangkan.. ^_^ Tasik Singkarak ni terhasil dari letusan Gunung Merapi satu ketika dulu. View sini yang sangat mendamaikan, sejuk jer rasa hati ni..hihihihi.. Kami sempat minum2 kejap tepi tasik sebelum teruskan perjalanan ke Batu Sangkar yang terletaknya Istana Pagaruyung.

~ Danau Singkarak ~

Ok, lepas settle melawat tasik, perjalanan diteruskan ke Batu Sangkar. Destinasi seterusnya ni buat hati saya berkobar-kobar secara jujurnya. Dari saya kecil, saya ada dengar asal-usul keluarga belah ayahanda adalah dari Pagaruyung. Maka terasa sedikit touching bila nampak istana di depan mata. Bagai sireh pulang ke gagang? Mungkin. ^_^

~ Istano Basa Pagaruyung ~

Hampir sejam kami di sini, sempat beli souvenir sikit-sikit. Teruskan pula perjalanan ke Rumah Makan Pondok Flora untuk lunch. Best sangat lunch di sini, betul-betul di tengah sawah padi & di atas kolam ikan.. ^_^ So, kalau ada lebihan makanan tak habis, leh bagi kat ikan..hehehe... Dah kenyang, kami ke pusat pembuatan kopi & kerepek di Kiniko, Tanah Datar pula. View sini gorgeous! Garden dia ada macam-macam jenis tanaman & bunga.. So, sempat minum kopi di sini & beli serbuk kopi utk dibawa balik ke tanah air.

 ~ Rumah Makan Pondok Flora ~

 ~ Lauk-pauk ~

~ Air daun mulberry di Kiniko ~

Settle semua, kami balik semula ke Bukit Tinggi. Kali ni, kami berhenti di Jam Gadang & jalan-jalan area Pasar Atas. As usual, shopping sikit..hehehhe.. :))

 ~ Jam Gadang ~

~ Pasar Atas ~

Hari makin senja. Maka terus decide untuk dinner sebelum balik ke hotel. Kali ni, kami makan di Restoran Sederhana. Makanan tak sederhana, sebab masih banyak lauk-pauk..hehehhe.. Around pukul 8 malam, kami balik ke hotel. Rehat-rehat & packing barang sebab keesokannya akan bertolak ke Padang pula. Maka tamatlah hari kedua kami di Bukit Tinggi.

For next entry, saya akan stori hari ketiga & hari terakhir kami di sini, insyaAllah. ^_^

p/s: If people always said "Love needs no reason", as for me, it's "Travel needs no reason". But yes, it still needs love. ;-)

Saturday, November 2, 2013

Kalau. Jangan. Bila.

1. Kalau pernah hidup susah, jangan perkecilkan orang bila senang.

2. Kalau pernah jatuh sakit, jangan berlebih-lebihan bila sihat.

3. Kalau pernah rasa sedih, jangan lupa diri bila gembira.

4. Kalau pernah hidup miskin, jangan bongkak bila dah kaya.

5. Kalau pernah rasa takut, jangan takbur bila berani.

6. Kalau pernah rasa lapar, jangan merungut bila kenyang.

7. Kalau pernah hilang punca, jangan berlagak bila berfokus.

8. Kalau pernah makan hati, jangan berdendam bila bahagia.

9. Kalau pernah rasa serabut, jangan menekan bila tenang.

10. Kalau pernah rasa sempit, jangan ego bila lapang.

Manusia mudah lupa. Sekadar mengingatkan.. ^_^

p/s: InsyaAllah akan 'pulang' ke sini lusa.. ^_^

Tuesday, October 15, 2013

Kerana Dia.. :)

"Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati." [Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Pengalaman baru. Sangat bersyukur. ^_^

Perasaan yang hampir sama sebaik menunaikan umrah dahulu... Alhamdulillah..

Sekali lagi, Dia telah berjaya melembutkan hati saya..

Terima kasih, ya Allah.. :-)

 ~ Unta-unta di Hudaibiyah [Feb 2012] ~

p/s: Salam Aidiladha!

Saturday, October 12, 2013

One Year Wiser.. ;-)

Thank you. Thank you. Thank you for all the birthday wishes...

^_^

InsyaAllah, I'll be one year wiser. Doa-doakan..

Hoping for the best. Praying for the best.

Buat students tersayang, thank you for the surprise birthday party.


Sangat terharu! Sobs~

I'm happy. Really happy.

^_^

Again, thank you all!


p/s: Nak hadiah di atas boleh tak?? Ada sesiapa boleh tolong pos kat saya? =))

Wednesday, October 2, 2013

Isu ~

Banyak-banyak isu seminggu dua ni...

Isu ini yang paling hangat dibincangkan oleh CheeKye clan! :))


Legend utk segala boyband - Shinhwa.

Seperti yang beberapa rakan saya tahu, saya minat Shinhwa sebagai satu group. Sebab diorang idola bagi SS501. 15 tahun stay sebagai 1 group, sangat hebat! Group lain yang sebaya diorang dah lama berpecah, tapi diorang masih bertahan. Kenapa diorang boleh bertahan? 

Satu saja sebab. SETIA.

^_^

Macam mana nak setia? USAHA + KOMITMEN.

Dan ya, segalanya bermula dengan persahabatan yang tulus. Menerima kelebihan & kelemahan masing-masing.

Keep on rockin' Shinhwa! You're definitely DAEBAK!

p/s: CheeKye dah 11 tahun. Heheheh...

Saturday, September 21, 2013

Bila banyak sangat pilihan... *_*

Kepala pening...

Tapi hati berkobar-kobar!! :))

Penyakit orang kemaruk...

Ahaks!!

Senarai bertambah...

Tapi tak tahu yang mana satu akan dipilih...

Ermmm..... Ke manakah???

  • Padang, Indonesia
  • Bali, Indonesia
  • Krabi, Thailand (once again???)
  • Guangzhou, China
  • Guilin, China
  • Tokyo, Japan (next year kah?? ;-)
  • Seoul, Korea (mungkin next year jugak??)

Mari memilih secara berhemah! ^_^

p/s: Pilihan lebih menjurus kepada petempatan nenek moyang...heheheh...

~ Hoping to be here one day, insyaAllah ^_^ ~

Sunday, September 15, 2013

Ombak Rindu Versi Non-Fiction

 

Al-kisah sang jejaka memendam perasaan terhadap rakan sejawatannya hingga jatuh cinta. Walaupun telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang dikenalinya berbelas-belas tahun, namun perasaannya tidak dapat dikawal lagi. Tali pertunangan diputuskan hingga menyebabkan kemarahan keluarganya.

Sering berulang-alik & bersama-sama dengan rakan sejawatannya, menyulam bibit-bibit cinta sehari-hari. Akhirnya keluarga si wanita mula mendesak untuk dinikahkan segera. Maka bernikahlah sang jejaka dengan wanita pujaannya itu tanpa pengetahuan keluarganya, dan seorang temannya sebagai saksi.

Beberapa lama kemudian, sang jejaka jatuh cinta pula dengan seorang gadis di negeri tengah Semenanjung. Hubungan cinta mereka diketahui oleh ahli keluarga sang jejaka, lalu mereka mahu pernikahan yang halal dilaksanakan. Namun malangnya mereka tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka sebenarnya telah mempunyai isteri di negeri tempatnya bekerja.

Perkahwinan berlangsung. Pandai sungguh sang jejaka mensorokkan hal sebenar dari pengetahuan isteri keduanya & ahli keluarga kedua-dua pihak.

Isteri pertama mungkin tahu kedudukannya, sebab dia memang rela bermadu.

Hanya isteri kedua tak tahu kedudukannya yang sebenar. Mungkin menyangka dialah satu-satunya sang isteri bagi sang jejaka.

Kini isteri pertama telah pun melahirkan zuriat pertama hasil perkahwinan mereka.

Sang jejaka masih berkeputusan untuk mendiamkan diri walaupun dinasihatkan berkali-kali oleh temannya yang menjadi saksi pernikahannya dahulu.

Tak insaf-insaf lagi rupanya sang jejaka... Yang pasti, dia memang pengecut & tak berani berhadapan dengan keluarganya.

Apa agaknya yang akan berlaku?


Doakan yang terbaik. :)

p/s: Life is funny.

Thursday, September 12, 2013

Autumn.

Dah autumn. Kan?

Biarkan semua berguguran..

Dan terus reput & luput dari ingatan..

^_^

Dia ada.

Dia ada.


p/s: Beauty is someone with pride & strength to climb up after falling. :-)

Tuesday, August 27, 2013

From ordinary to extraordinary~


~ Wajah lesu kesayangan hamba :-p ~

Hari ni nak cerita tentang encik ni semata-mata. :)) Oh ini blog saya, maka suka hati betalah. Kalau tak suka, jangan baca! :)) Saya dah tepu dgn kerja. Serius. Jadi perlukan diversion. Dan selalunya arena ini yang berjaya. Yer, saya salah sorang peminat K-Pop, tapi saya bukan peringkat obses dengan segala-galanya. Hanya selected group, personalities & rancangan yang saya suka. Generasi saya yang minat K-Pop tak sama dengan generasi sekarang. Ramai generasi sekarang cepat sangat absorb semuanya & segala-galanya tentang K-Pop, tapi saya bukan org yg cepat minat something/someone. *Ok, statement ni kena highlight!! :-p* Saya minat yang extraordinary sahaja..hahahahha!

Kyuhyun salah seorang personaliti yang saya suka dari dulu. Tipu kalau looks don't attract at first sight! :)) Sangat menipu kalau tak tengok penampilan dulu..hehehhe.. Jadi saya akui, it starts with looks. Then it comes to his personality. Yerp, masa ni sudah mula capture minat saya..heheheh.. Ada certain traits encik ini yang buat saya suka, tapi mungkin orang lain tak suka. :) Normal lah kan? Kyuhyun ni kalau cakap bab nyanyi semua orang tahu suara dia mmg mantap.. Kalau dari segi personaliti, dia dulu sangat pendiam/pemalu. Suka bersendiri. Tapi bila compare dgn sekarang, dah sangat lain. Confidence level dia sekarang dah naik menggunung, yang saya memang sangat impress.. ;) Dari tak pandai menari, sekarang dah pandai menari.. Dari berlakon teater, sampailah jadi DJ & MC.. He keeps on growing. Hihihi..suka tgk perubahan positif ni. Just hoping dia masih down to earth & tak lupa diri. He works hard, itu for sure. Yer, saya suka yang hardworking. :-p *Highlight lagi*

Bukan senang ok nak jadi idol. Bukan senang-senang boleh jadi senang. Oh lupa, satu lagi saya suka encik ni sbb dia mmg budak pandai! =)) Ok, mungkin perkara biasa untuk orang lain, tapi saya suka orang yang bijak matematik..hahahahha! Dia dah nak sambung Masters, so good luck yer encik! ^_^

Ramai yang tak minat Kyuhyun sebab rasa dia evil. Tapi sebab dia evil lah saya suka..hahahah! :)) Bukan jahat sampai bunuh orang, tapi dia lebih pada kategori mulut laser & honest, which is susah diterima oleh segelintir orang. Naughty? Of course...apakah gunanya jadi lelaki kalau tak naughty kan? :-p Ahaks!~ 

Apa yang saya cerita ni tak bermaksud encik Kyu ni perfect yer. ;-) Dan tak bermaksud saya suka segala-galanya tentang dia..hehehe.. Jangan salah faham.. Dia adalah salah seorang personaliti yang saya admire dari mula2 saya kenal dunia K-Pop tahun 2009 lagi. And that's it. Tak der unsur-unsur pemujaan pun..Hahaha.. :))

Jadi sesiapa yang rasa-rasa ada kriteria seperti encik Kyuhyun di atas, bolehlah contact saya yer..hahahahha!! =))

p/s: Quick getaway this weekend, insyaAllah~ ^_^

Saturday, August 17, 2013

Puding Roti Butterscotch - Safra's Style ;-)

~ Puding roti butterscotch & custard sauce ~

Kelmarin tergerak hati nak buat puding roti dengan roti butterscotch sempena tetamu datang rumah. So ni 1st attempt saya. Cuba upload gambar di FB & ramai yang mintak resipi. Jadi hari ni saya ceritakan serba-sedikit apa yang perlu. Totally Safra's style!! Hehehe.. So, selamat mencuba! ^_^

Puding Roti Butterscotch

Bahan-bahan:
5 atau 6 keping roti butterscotch
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus (boleh letak lebih kalau nak manis)
2 biji telur gred B
Sedikit mentega (utk disapu pada roti & dulang)
1/2 camca esen vanila
Sedikit kismis atau chocolate chip

Caranya:
1. Sapu mentega pada roti & carik-carikkan.. (Boleh juga dipotong petak atau ikut kesukaan).
2. Susun roti di dalam loyang yang telah disapu mentega & selang-selikan dengan taburan kismis/chocolate chip. Ketepikan.
3. Campurkan adunan susu cair, gula, telur & esen vanila & kacau hingga sebati.
4. Masukkan bancuhan dalam loyang roti & biarkan selama 15 minit untuk biarkan roti kembang.
5. Panaskan microwave/oven 180c & bakar selama 25 minit.
6. Sejukkan & hidang. ^_^


Custard sauce

Bahan-bahan:
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 sudu besar gula halus (boleh letak lebih kalau nak manis)
1 sudu besar tepung kastad
1 camca esen vanila

Caranya:
1. Kacau air dengan tepung kastad hingga sebati.
2. Masukkan susu segar, gula dan esen vanila & kacau sebati.
3. Panaskan bancuhan dengan api sederhana & sentiasa kacau hingga pekat.
4. Tuangkan atas puding roti semasa dihidangkan

**Nota: Custard sauce ni jadi cepat pekat masa sejuk, jadi elok disediakan beberapa minit sebelum hidang. ^_^

p/s: Next target : Bingka cream crackers~^^

Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri~^^


Saya masih dalam mood raya. Jadi Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir batin.. ^_^ Gambar di atas adalah gambar tahun lepas.. Gambar yang tahun ni, tahun depan nanti saya upload. Hahaha! :)) [Ok stalker, sila tatap puas-puas :-p]

Dari raya pertama sampai kelmarin raya ke-7, rumah saya meriah dengan visitors.. Alhamdulillah.. ^_^ Saya dah kembali ke ofis, membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki yang halal..hehehhe... Final exam next week, jadi good luck utk semua students yg terlibat.. Chaiyo! :-)

Erm..macam-macam sgt isu semasa semenjak dua menjak ni.. Dari kes tembak-menembak sampailaa poligami. Ouch! :)) Ada orang pernah tanya pendapat saya tentang poligami. Honestly saying, saya penyokong poligami yang dilakukan dengan cara terhormat. Means that, poligami dengan keizinan / redha semua pihak & bukannya dgn cara sembunyi. Konsepnya mudah saja, segala dalam dunia ni adalah pinjaman dari Dia. Jadi tak wujud tentang hak mutlak / hakiki, sooner or later kita semua akan kembali pada Dia jugak. Dia Maha Penilai, so tak perlu nak anti-anti sgt ker apa.. ;-)

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab bersama. Bukannya tanggungjawab satu pihak saja. Sangat kecewa dengan mereka yang lepas tangan selepas berkahwin. Erm.. Kahwin kerana Allah atau benda lain? :-( Apapun, doakan yang baik-baik sahaja..

Saya tertarik dengan perihal rezeki. Ada orang anggap rezeki tu kemewahan duniawi semata-mata. Pangkat besar, gaji besar, kereta besar, rumah besar etc. Mungkin perlu belajar lebih mendalam konsep rezeki.. ;-) Manusia suka pada perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar..dengan mata hati selalu terlepas pandang.. Terlupa tentang kesihatan Allah beri, kebahagiaan rumah tangga, anak-anak soleh/solehah, ketenangan jiwa etc. Semoga kita sama-sama muhasabah diri.. :-)

Ok, dah start musim kenduri-kendara. Jadi selamat pengantin baru utk yang berkahwin ~^^

Sem baru akan bermula. Jadi berusahalah!!

p/s: Eczema oh eczema...aisyhhh!! TT______TT

Sunday, July 28, 2013

My Rambling (Version 6.0)

1. Lama tak mengarang. :)

2. Terlalu fokus tentang Ramadhan mungkin... Hahaha! :))

3. Hari ni bday mama. Happy birthday Mama! ^_^

4. Boleh pulak konfius sekarang tahun 2012 ker 2013. Apakah tandanya ni...erkkk... -_-

5. Sedikit emosi baca online newspaper hari ni. Pendapat saya begini saja, yang melukakan dengan yang dilukakan rasanya lain-lain.. Jadi hati-hati dalam percakapan sebab terlalu mudah untuk Allah jadikan ujian... ^_^

6. Ok, sesiapa yang tak ada tudung raya boleh check Promosi Aidilfitri kat sini!! Hihihi... ^_^ https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151470735916923.1073741851.102603916922&type=3

 
7. Hati saya meronta-ronta nak ke pulau...huhuhu... TT_________TT

8. Hari tu tengok video pengalaman seorang atheist convert kepada Islam. Perantaraan yang bantu membuka pintu hatinya ialah Al-Quran. Hanya kerana sepatah ayat, beliau memeluk Islam. Pengalaman beliau bertemu jawapan dalam Al-Quran, berdialog dengan Dia, pernah saya rasai. Yer, saya menangis tengok video tu. Subhanallah.. ^_^

9. But once again... Hidayah adalah urusanNya.. ^_^

10. Raya dah dekat!! Jom prepare apa yang patut..! Hehehe.. ;-)

p/s: Cookiessss.....cooookieeess.... :-p

Wednesday, July 10, 2013

It's here again.. ^_^


Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Jom tingkatkan amal ibadat..

^_^

Bersyukur untuk segala-galanya. 

Bersyukur pernah dipanggil Dia ke rumahNya. Training sepanjang di sana insyaAllah akan diaplikasikan di tanah air, tanpa mengira bulan & ketika..

Training yang paling terkesan pada saya ialah konsep total devotion & redha.

Bila hati redha, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.. Tak ada rasa diri sendiri sahaja yang betul. Tak ada rasa diri sendiri sahaja yang hebat..

^_^

p/s: He is Ar-Rahman and Ar-Rahim..

Friday, July 5, 2013

Masih...


Masih banyak rahsia hidup yang belum tersingkap..
Masih banyak ilmu yang belum diterokai..
Masih banyak keputusan yang belum dibuat..
Masih banyak persoalan yang belum terjawab..

Apa pun masihnya..
Kaki harus terus melangkah..
Jiwa harus terus diisi..
Ilmu harus terus dicari..

Destinasi akhir Dia menanti..

^_^

p/s: Live. Learn. Laugh. :))

Tuesday, June 25, 2013

Hanya untuk pencinta tudung bawal & kaftan... ;-)

Ok, nak promote sikit. Bagi peminat tudung bawal & kaftan batik khususnya, anda boleh cuci mata di page agen kami di Tudung Bawal & Kaftan Lovers.


Harga jualan adalah sama seperti di laman web IwansBerkat. Perbezaannya diuruskan oleh orang yang berlainan.. ^_^ Seperti biasa, harga jualan adalah sama dengan yang anda boleh dapati di bazar-bazar di Kota Bharu.. Jadi sangat jimat bagi mereka yang tak dapat travel ke KB..heheheh.. Hanya tambah kos penghantaran dengan PosLaju, insyaAllah sampai kepada anda dengan selamat.. ^_^

Jadi, apa tunggu lagi! Visit & Like page Tudung Bawal & Kaftan Lovers segera!! Produk berkualiti, insyaAllah anda berpuas hati.. ^_^

p/s: Countdown to Ramadhan!! ;-)

Saturday, June 8, 2013

Bila tak sihat... -_-

Ini boleh jadi ubat-ubatnya... 
(Attention: Applicable only to the writer)

  • Kadang-kadang bau kafein sahaja sudah boleh membahagiakan.. ^_^
  •  Good music helps me to relax.. ;-)

  • Diakui tidur adalah kaedah paling cepat untuk kembali sihat..

Tapi..
Saya rasa dia di bawah ini boleh jadi ubat paling mujarab serta-merta.
XD


Uhuks! Ini gambar lama. Encik, boleh jangan buat rambut macam ni lagi next time? Jantung saya tak cukup kuat sejak akhir-akhir ni...
-_-

p/s: Bitter + Sweet.

Monday, June 3, 2013

My Rambling (Version 5.0)

1. Asyik tulis, edit & delete entri kali ni. Aisyhh... -_-

2. Mungkin terasa penulisan terlalu beremosi. Jadi baik delete sebelum berlaku sebarang perkara yang tak diingini..

3. Jom serap positive vibe.. Fuhhhhhh~ ^_^

4. Induction Day untuk Sem Jun dah selesai.. Alhamdulillah... :)

5. Sudah bulan Jun rupanya.. Bila agaknya saya nak berhenti menghitung... *sigh*

6. Banyak soalan yang tak terjawab. Tapi saya rasa, jawapan terbaik ada pada Dia. Kunci kepada semua persoalan adalah sabar. :)

7. Hari tu cuba buat roti sendiri. Tapi misi gagal!! Kerana silap bancuhan..sobs~

8. Don't worry. Saya akan cuba lagi! ^_^

9. Saya tahu ada stalker sedang baca blog saya sekarang... Ahaks!! :-p

10. Sudah sampai di surah Al-Ahzab.. Syukur alhamdulillah...

p/s: Ramadhan sudah dekat... ;-)

~ XD ~

Thursday, May 23, 2013

Hijrah..!~


Terjumpa ini di FB. Tips yang sangat baik untuk mereka yang berniat untuk berhijrah. :) Hidayah itu milik Allah. Tapi ada ketikanya perlu ada 'paksaan' ke atas diri untuk mencari hidayahNya..
^_^

Ada sesetengah paksaan yang membawa kebaikan diri, insyaAllah. Hijrah ni ada macam-macam. Tak semestinya tentang aurat semata-mata. Tapi tentang keseluruhan cara hidup. Contohnya, kalau dah lama tak baca Al-Quran, kita cuba baca balik. Kalau dah lama tak tahajud, boleh start training balik bulan ni..

Apapun sekali lagi, hidayah itu milik Dia. :-)

p/s: Doa yang baik-baik.. Doa yang baik-baik.. ^_^

Sunday, May 12, 2013

Sebelum bertukar status...

Saya nak buat ini!


Temannya telah ada..
Tapi sedang mencari masa yang sesuai..
Hehehehe...

Tapi masih berangan...
Kalau encik bakal (yang halal) sanggup couple jump bersama..
Ahaks!~ Berangannnn!!!
=)) =))

p/s: You jump, I jump. Hahahahha!!

Friday, May 10, 2013

My Rambling (Version 4.0)

1. Salam Jumaat Mubarakah! :-)

2. Tinggal lebih kurang 1 minggu sebelum semester ni berakhir.. Sedang speed up semua yg belum selesai..! >_<

3. Alhamdulillah utk segala-galanya.. :-)

4. Oh tidak, saya masih belum bertunang. Hahahaha! Jgn buat spekulasi kerana calonnya pun x ada.. :))

5. Still learning... :-)

6. Selamat berpuasa bagi yang akan mula berpuasa! ^_^

7. Jaga akhlak sendiri lebih baik daripada menyibuk tentang akhlak org lain.. -_-

8. Learn to give and take.. ;-)

9. Tiada yg sempurna di dunia kerana manusia mmg x sempurna.. Berlapang dada lebih mendamaikan.. :-)

10. Idea dan implementasi adalah dua perkara yg berbeza, tapi saling memerlukan (kalau betul2 nakkan sesuatu). Ahaks! :))

p/s: Di mana saya dahulu? Di mana saya sekarang? ^_^ #selfreminder

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 30, 2013

Ada apa dalam handbag? :))

Terpanggil untuk reply entri Cik Lily tentang isi kandungan handbag. :)) Saya rasa ramai orang lelaki nak tahu kan, kenapa orang perempuan prefer handbag besar sampai boleh bawak masuk sayur/ikan bagai dalam tu..hahahah.. Tp kalau saya, bagi orang yang betul2 kenal saya laa kan... Pernah ker anda nampak saya bawak handbag besar? =)) Kalau bagpack besar tu logik..sbb kalau travel saya suka menggalas daripada memegang mahupun membimbit.. Tapi untuk handbag ni memang saya suka yang saiz sederhana. Sederhana yang padat! :-p

Ok, mari menjawab soalan. Berikut adalah item yang ada dalam handbag saya:
  • Purse - of course, yang ni wajib. Tak ada yang ni, apakah gunanya nak berhandbag kan? :)) Saya dari zaman kampus, prefer long purse. Dalam purse ada macam-macam dari kad2 hinggalah kertas-kertas resit etc.
  • Kunci - wajib laa kan..
  • Handphone - wajib jugakk! Sumber komunikasi saya.. :))
  • Compact powder - sbb ada cermin & untuk cover cela-cela di wajah..ewaahhh... =))
  • Lipbalm - super duper important untuk bibir saya!! Berganda-ganda lagi penting daripada lipstick..!~
  • Lipstick - hanya digunakan untuk masa-masa tertentu.. Sebab most of time saya hanya pakai lipbalm..
  • Tisu - dulu2 tak penting, sekarang saya rasa tisu sgt penting untuk segala-galanya! :))
  • Wet tissue - utk buang makeup sebelum solat.. ^_^ Btw, kalau anda perasan, saya hanya pakai compact powder & lipstick saja..tak wujud eyeshadow, blusher, mascara bagai :))
  • Painkiller - untuk hal-hal kecemasan..tiba-tiba sakit kepala ker, demam, period pain...penting!!
  • Menstrual pad - standby jugak utk kecemasan.. ;-)
  • Pen
  • Brooch
  • Travel perfume
  • MP4 player - bila bosan menunggu.. :-p
  • Oral aid - kerana saya sering kena ulcer...huhuhuhu...
  • Spectacles - Yer!! Percayalahh..saya pakai spek! Tapi hanya pada masa-masa tertentu, terutama masa sakit kepala.. ;-) utk betulkan fokus mata..
  • Sunglasses - hanya ada ketika travel & mengikut keadaan cuaca semasa.. :-p
Ermm...saya rasa itu jer.. Tapi yang special hari ni, ada ini dalam beg saya.. ^_^


Perangsang & motivasi dalam hidup.. Doa-doakan agar dipermudahkan-Nya..

Kesimpulannya, kenapa org perempuan suka bawak banyak benda..semuanya sebagai langkah berjaga-jaga..heheheh.. Prevention is better than cure.. ;-)

p/s: Ada apa dalam wallet anda pulak wahai encik lelaki? =))

Monday, April 29, 2013

New Obsession~ ^_^

Lama saya tak ambil tahu pasal We Got Married. Last saya tgk dulu masa ada Hyun Joong & HwangBo, tahun 2009. Lepas HJ & HB dah tak ada dlm WGM, memang terus tak ambil tahu sebab orang2 yang ada dlm tu dah tak menarik perhatian saya..ehhehehe.. :-p

Tapi, baru-baru ni disebabkan Channel One di Astro decide tayang WGM versi global, dan dapat tahu pulak ada Hongki FT Island sbg husband, terus laaaa terasa nak tgk balik..hehehehe.. Yerp! Kerana encik Hongki!! :)) Dan pasangannya ialah Fujii Mina dari Jepun. Comel sgtttt! ^_^ Macam couple HJ & HB sblm ni, diorang mewakili couple younger husband + older wife.

Dlm Global WGM ni, satu lagi pasangan Taecyeon 2PM & Emma dari Taiwan. Tapi honestly, saya lagi suka Hongki & Mina sebab nampak lagi natural. Biasalah, encik Hongki. Kecoh!! Kecoh yang comel.. Hahahaha.. :))

Ni sedutan dari episod 4. Hongki & Mina masak dinner sama-sama. Sblm dinner sempat pulak buat Gwiyomi. Hahahha.. Saya bukan peminat Gwiyomi, jadi saya hanya suka version diorang ni jer.. Yang lain-lain, I don't like!! Ahakss! :-p Episod 5 akan ditayang hari Jumaat nanti. Will be waiting for their wedding photoshoot..hihihihihi...

 

Apapun, saya still rindu original couple younger husband + older wife di bawah ni. Agak-agak diorang ni still keep in touch tak? Haishh.. WGM ni memang fantasi semata-mata.. sobs~ sobs~ :-(

~ HwangBo & Hyun Joong ~

Pic credits: RainAfterShine

Ehems..nak buat statements sket. Bila saya cerita pasal semua ni, tak bermaksud saya tak ambik tahu pasal hal politik negara yer.. :-p I might know more than you, ok! Ahaks!~

p/s: Barefoot Friends pun mungkin akan jadi obsesi saya...ermmm...we'll see...hehehhe.. :))

Wednesday, April 24, 2013

Masanya telah tiba!! :))


Masanya telah tiba!!
Masa untuk sihatkan badan & bersuka-ria! :))

Good luck buat semua yang terlibat esok!
Kita tengok siapa yg jadi juara!
;-)

p/s: Bertanding secara sihat.. ^_^

Sunday, April 21, 2013

Jiwang?

Nak jiwang biar bertempat, x boleh terlalu meluah sehingga timbulkan rasa meluat org sekeliling.. Bukan jeles, tp sekadar mengingatkan. :-) Saya juga wanita, pernah jadi remaja, pernah rasa bahagia dan kecewa kerana cinta manusia. Tapi pengalaman telah mengajar saya cinta pada manusia tak akan kekal pun jika tidak berlandaskan syariatNya. Saya bukan orang alim, memang x layak berbicara perihal agama. Tapi saya cuba membantu untuk beri perspektif baru buat gadis di luar sana yg terlalu mendambakan cinta lelaki. Jangan terlalu percaya dan bergantung harap pada seseorang yang belum lagi termaktub untuk kita. Sehebat manapun anda cuba pertahankan suatu hubungan, menangis berguling-guling pun, jika dia bukan yg tertulis oleh Allah untuk kita, maka bukanlah. :-) Ada sebab kenapa Allah x jadikan dia jodoh kita dan rahsia itu hanya Allah yang tahu. Paham adik-adik? Hehehehe..

Cintai Allah dulu sebelum yang lain-lain. Mak abah kita harap masuk 'U' untuk belajar, bukan untuk bercintan-cintun.. ^_^ Memang nampak orang kahwin tu seronok, tapi itu luaran jer dik.. 1000 juta rahsia sebenarnya yg tersirat di sebalik pasangan yg selalu tonjolkan kebahagiaan tu. Kalau x percaya, try tanya diorang betul2.. ;-) Tapi biasalah, time tgh angau semua benda nampak indah kan..yg x indah takkan ditonjolkan kat FB. Betul tak? :-P

Jaga pergaulan, jaga keperibadian, jaga kehormatan.

Semoga baik-baik semuanya, insyaAllah..

p/s: Trust Allah and He'll show you the way.. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 18, 2013

Kecoh!~


Sekarang ni letih tgk timeline FB, Twitter etc.
Tak kisahlah fanatik BN atau PR...
Sama jer bab bising-bising ni. :-p
2x5, 5x2.
Tapi kena ingat..
Bising macam mana pun anda di dunia cyber..
Kuasa terletak di tangan mereka di luar sana.
Iaitu SILENT MAJORITY.
^_^

Dan yer, saya salah seorang daripada silent majority. ;-)
Undi adalah rahsia.
Diam-diam sudahhhhh!!! Dohhh~
>_<
p/s: Finally Friday is just around the corner...alhamdulillah...

Monday, April 15, 2013

Bzzzzzztttt~ *_*


I'm terribly exhausted.
Have been working + travelling for 17 days without any breaks.

*_______________*

Please Allah, give me strength.. Ameeen...

p/s: Physically & mentally unstable. Forgive me.

Tuesday, April 9, 2013

~A Journey To The South~

Lebih kurang 2 bulan planning, akhirnya sukses jugak trip ke area selatan Semenanjung. Alhamdulillah.. ^_^ Ada history sebenarnya tempat-tempat yang saya & sahabat-sahabat plan nak pegi. Especially Melaka. Tempat naik turun saya..tempat saya belajar jadi manusia..tempat yang menjadikan siapa diri saya sekarang.. ;) Dan yang penting, tempat saya kenal sahabat-sahabat baik saya sejak 11 tahun yg lepas.. Siapa sangka ukhuwah kami utuh hingga sekarang? Alhamdulillah.. Kuasa Dia.. ^_^

Sebenarnya...saya ada fobia/trauma saya sendiri. Saya takut nak pegi jalan-jalan area selatan ni. Ada lah sebabnya.. :) Saya akan cuba mengelak selagi boleh termasuklah menjejakkan kaki ke Melaka.

Tapi...

Saya nekad kali ini untuk atasi fobia saya & decide untuk terus menjelajah sehinggalah ke Kota Singa. Hanya untuk kembalikan semangat saya yang hilang. ^_^ Takut, tapi harus atasi!! Utk cipta semula memori yang lebih indah, utk tidak sia-siakan peluang kedua yang Allah berikan pada saya.. :) It wasn't as hard as I thought it would be.. Alhamdulillah..

Ok, perjalanan saya bermula dari KB-KL melalui jalan udara pada Khamis malam & berteduh di MMU Cyberjaya utk satu malam..hehehehe.. :)) Kemudian Jumaat pagi, barulah saya & dua sahabat saya memulakan roadtrip menuju ke selatan. Pit-stop pertama adalah Melaka. Singgah kejap di MMU Melaka utk lihat perkembangan terbaru..selepas 7 tahun tinggalkan kampus..ada yg berubah & ada yg tak berubah.. ^_^ Masa kami menziarah, azan Zohor utk solat Jumaat tgh berkumandang. Serta-merta teringat kenangan dulu-dulu...hehehehe... Beautiful memories dgn kawan-kawan..

~ Rumah lama :-p ~

~ Saya pernah baring di jalan ini pd waktu mlm satu ketika dulu ~

 ~ The Historic Main Gate ~

Lepas settle lawat MMU, kami ke JJ Melaka untuk lunch. Yerp, JJ Melaka pernah jadi favourite port utk lepak2, makan2 & shopping tiap2 minggu di zaman kampus dulu..

Next, teruskan perjalanan ke Johor. Di sinilah bermulanya kekacauan perasaan saya. Tapi, saya simpan saja dalam hati. Sudah malas nak kenang apa-apa, buat serabut kepala..hehehehhe... Allah tahu apa yang saya fikirkan.. :) Saya hanya doa agar Dia berikan ketenangan jiwa.. Selepas beberapa siri silap keluar exit & u-turn & berGoogleMap, akhirnya kami check-in di Hotel Silka, JB pada pukul 6.30 ptg. Hahahahhaah! Yay! Percayalah..ni 1st time saya jejak kaki di Johor Bahru!! :)) Sangat excited ok sebab dah complete jelajah setiap ibu negeri di Malaysia. Tahniah untuk diri sendiri!!

Dinner kat hotel. Makanan sedap!! Nasi Goreng Sri Bahagia dalam ingatan..hehehehhe.. Lepas dinner, tido. Recharge tenaga untuk sepanjang hari di Universal Studios Singapore esok hari. ;-)

Pagi hari Sabtu, lepas breakfast di hotel terus kami dijemput driver bas untuk bertolak ke USS. Excited lagi sebab tak pernah sampai Singapore. :)) Hahahhaha..  First time jugak tgk bandar JB & merentasi Selat Tebrau. Tiba di USS dalam pukul 10.45 pagi, kami terus explore dengan gumbiranya..hehehhehe.. Gambar tak banyak sgt yg saya snap, sbb lebih banyak menghayati naik rides & shows.. :)) But still, to share some with you...here goes..

~ The Globe at USS entrance ~

 ~ The important map! ~

 ~ The performance at Mel's Drive-In ~

~ Sesame Street Performance at New York ~

 ~ The Hollywood Parade ~

Saya telah buat sesuatu yang tak ada dalam perancangan saya, iaitu naik roller-coaster. =)) Jadi, senang cakap once again saya telah mengatasi fear factor saya dengan jayanya. Cylon Battlestar Galactica telah beta tawan!! ^_^ Tapi saya suka ride Transformers & The Mummy. Jiwa saya telah terbang bersama-bersama & masih tertinggal di sana..hehehhe...

Dalam pukul 7 lebih, lepas selesai ronda2 USS, shopping souvenir & pukul 8 mlm balik semula ke JB. Keesokan hari, akhirnya kami pulang ke destinasi masing-masing. As a conclusion, short trip yang padat ini sgt memberi impak kepada saya. Saya rasa saya dah terjumpa semangat saya semula.. ^_^ Thank you, Allah for the blessing..

Terima kasih jugak buat sahabat saya Cik Lily & Cik Yen yang setia melayan karenah saya sepanjang trip ini.. You girls rock!! :)) InsyaAllah kita jumpa lagi this weekend..ahaks!~

p/s: Let's make it step by step.. ;-)