Friday, January 18, 2013

.:: Colourful Krabi Part 1 ::.


Alhamdulillah..hari ni baru saya sihat untuk mengarang pasal holiday ke Krabi. Yerp, saya ke Krabi last weekend bersama adik & bestie saya Wanie utk 3 hari 2 malam. ^_^ A short holiday, but full of memories.. First trip utk tahun 2013 - success!~

Kami memulakan trip kami pada pagi 11hb dengan menaiki flight pertama ke Krabi pukul 7.15 am. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit dan alhamdulillah kami selamat mendarat di Krabi International Airport pukul 7.30 am waktu tempatan. Yerp, kami sampai sana di pagi-pagi buta lagi..hahahha.. Best sebenarnya! Sebab ada banyak masa menghayati Krabi yg permai ini.. ^_^ Sebaik sampai di airport, disambut oleh driver hotel tempat kami menginap, kami naik van menuju ke hotel kami di Aonang.

~ Our van ~

Lebih kurang 40 minit di dalam van, akhirnya kami tiba di Aonang Princeville Resort. Hotel kami betul2 terletak bertentangan dgn Aonang Beach di main road. So, lokasinya mmg sangat strategik, di pusat tumpuan pelancong. Dekat dengan restoran, souvenir shops, stalls, night market, dan yg penting, pantai! ^_^ Masa mula-mula sampai, turun dari van terus rasa suasana yang lain. Kalau area di luar hotel agak sibuk dengan pelancong etc., di hotel ni rasa sangatlah tenang. Senang cakap, macam little paradise in a hectic world..hihihi.. ;-) So, check-in hotel & staff inform yang kitorang dapat upgrade free ke Family Room. Wahh! Rezeki..hihihihi..

~ Our room ~

~ View dari dalam bilik ~

Lepas check-in, kami rehat2 tido kejap sampailah waktu lunch baru keluar cari restoran. Kat Krabi ni restoran makanan halal sangat banyak, so tak payah risau. ;-) Pusing-pusing kejap, finally decide makan kat Thai Food Seafoods restaurant. Menu lunch: Tomyam seafood, chicken + asparagus, chicken + cashew nut & sotong celup tepung. Overall, memang best!~ ^_^

~ Coconut milkshake & chocolate milkshake ~

~ Sotong celup tepung yg super sedap! ~

Habis makan-makan, sambung jalan-jalan di sepanjang Walking Street yang penuh dengan kedai2 souvenir, kedai baju, restoran, tourists center, 7 Eleven etc. Untuk hari 1st ni, kami decide tak nak shopping lagi, sekadar survey2 dulu.. ^_^ 
 ~ Walking Street ~
Then, cross jalan utk tengok pantai Aonang & snap some pictures.. :)

~ Aonang Beach ~

~ Nice view ^_^ ~

Puas jalan-jalan, balik hotel & rehat. Oh lupa nak cakap, hotel Aonang Princeville ni ada Free Wi-Fi. So, sangat laa best yer utk upload2 gambar..hehehe.. :-p Then, around 7 pm, kitorang turun ke restoran hotel (White Orchid Restaurant) utk dinner. Yerp, dinner termasuk dlm pakej kami untuk dua malam. So nak tak nak kena makan!! :)) Saya tak ingat sangat nama2 dish yang diorang serve, tp senang cakap ada 5/6 jenis lauk yang diorang hidang. Yang saya ingat ada nasi, tomyam, udang celup tepung, kerabu, sayur goreng kicap dan gulai ayam?? Hehehhe.. Disebabkan terlalu byk, maka kami gagal habiskan walaupun semuanya sedap-sedap belaka..huhuhuh.. Seriously sedih. TT____TT Tapi nasib baik waitress tu memahami, dia tak marah2 pun.. :)) Sebagai pencuci mulut, diorang serve buah-buahan ni.. Yang ni, kami berjaya habiskan.. :-p

~ Fruits ~

Lepas dinner, naik bilik & terus tido. Kononnya nak keluar kejap, tapi last2 decide terus tido..hahahha! :-p Kena tido awal sebab esok pagi tu dah ada trip ke Phi Phi Islands pukul 8 pagi. Maka tamatlah sudah hari pertama di Krabi. For next entry, saya akan stori pasal trip ke Phi Phi Islands & conclude our holiday. *peace* ^_^

 ** Lupa update: Pakej kitorang termasuk massage. Jadi sempat cuba oil massage di hotel utk 1 jam sebelum dinner. Best!!~ ^_^ [23/1/2012]
p/s: Nama gelaran untuk Krabi ialah - "Emerald of Andaman" yer adik-adik.. ;-)

2 comments:

Akid said...

macam mana booking hotel princeville resort ni? berapa rates dia satu malam?

Libra Dolce said...

boleh google di website: http://www.aonangprinceville.com/index.html

rate bergantung pada bilik & musim. Boleh emel terus ke rsvn@aonangprinceville.com atau
aonangprinceville@yahoo.com

Harap membantu. :)