Sunday, January 20, 2013

.:: Colourful Krabi Part 2 ::.

Ok, mari habiskan cerita Krabi. ^_^ Aktiviti hari ke-2 kitorang di Krabi (12/1) ialah ke Phi Phi Islands. Pagi-pagi lagi pukul 8.30, ada orang pick-up di hotel & bawak kitorang berkumpul di Nopparatara Beach untuk naik bot. Since trip ni ambik masa one whole day, maka wajiblah kami memakai losyen sunblock dengan secukupnya. :-p Then around 9.00 pagi, kitorang semua (plus tourists lain dlm 30 org) naik bot & bergerak ke destinasi pertama: Bamboo Island.

~ Bamboo Island ~

Bamboo Island ni memang cantik. Serius. Tour guide ada inform pada kitorang kalau nak berjemur ker mandi2, better kat sini sebab tak crowded macam pulau2 lain. So, apa lagi..haruslah kitorang main air dengan seronoknya. :)) Air memang sangat jernih. Pasir lak memang putih halus.. Ngeee~ Best! ^_^

Destinasi kedua ialah Phi Phi Leh. Otw ke sana, tour guides bagi kami makan buah-buahan..so, energy kitorang telah direcharge semula lepas main2 air sblm tu..ehheheh.. :)) Sampai kat Phi Phi Leh, rasa terpegun sangat sebab view memang gorgeous! Serius! Phi Phi Leh ni pulau Phi Phi kecil. Kalau pulau Phi Phi besar, nama dia Phi Phi Don. Phi Phi Leh ni tak ada hotel/perkampungan macam Phi Phi Don, hanya sebagai tempat snorkeling & diving.


~ Phi Phi Leh ~

Then, kitorang sempat ke Maya Bay. Maya Bay ni fames gara-gara filem The Beach pernah shooting kat situ. Bak kata tour guide, "Since The Beach, everything in the world comes here". =)) Yerp, semuanya gara-gara Leonardo Dicaprio..hehehhe.. Sangat laa ramai orang masa kami kat sini, maka saya ambik keputusan utk duduk dlm bot sahaja. Malas nak turun! Crowded! Huhuhu..

~ Maya Bay ~

Then, tak jauh dari Maya Bay beach, kitorang snorkeling utk 30 minit. 1st snorkeling spot ni biasa-biasa sahaja. ^_^ Yang cantik ialah di 2nd snorkeling spot: Shark Point. Kat sini memang best, sbb banyak terumbu karang & ikan-ikan yang mesra..hehehehhe.. Tapi, air laut masa ni agak bergelora..huhuhu.. Mencabar laa sikit.. ;-) Nama dia pun mencabar, tapi masa snorkeling kitorang tak jumpa shark pun... :-p

~ Snorkeling at Shark Point ~

Habis snorkeling, kitorang naik bot ke Phi Phi Don pulak untuk lunch & rehat-rehat. 2 jam kat sini untuk recharge tenaga.. ;-) Santai-santai, lepak-lepak menghayati keindahan alam.. Nice!~


~ Phi Phi Don ~

Around pukul 4, tour kitorang habis & balik ke Aonang. So balik hotel rehat-rehat & keluar shopping di Walking Street. Then, dinner pukul 7.00 mlm di hotel dan temanya ialah seafood. ^_^ 

 ~ Seafood platter ~

Lepas dinner, sambung jalan-jalan & shopping di night market. Night market ni sesuai untuk tourists beli souvenir, makan-makan kat gerai etc. Macam-macam benda cute ada..hihihihi.. ^_^

~ Pashmina ~

~ Cute shakers ~

~ Hand carved flower soaps ~

Lepas settle shopping, maka tamatlah hari ke-2 kami di Krabi. Keesokan pada 13/1, lepas breakfast & massage (this time saya try back & shoulder pulak.. :-p), kami check-out hotel & pulang ke tanah air. Overall, short holiday yang memorable. ^_^ Puas hati sangat dengan layanan & servis hotel, orang2 Krabi yang mesra & environment holiday yang best. InsyaAllah ada rezeki jejak kaki lagi ke sini.

~ Bye bye Krabi! ~

p/s: Next holiday destination is ............................ !~ :-p

4 comments:

cheq eem said...

hi, boleh tak share awak ambik package nie dkt mane? area aonang ataupon package yg di sediakan di hotel? tq..

www.vitamin4kesihatan.com

Libra Dolce said...

Pakej semuanya hotel yg uruskan.. boleh check di website: http://www.aonangprinceville.com/index.html

Utk pertanyaan/reservation, emel terus ke rsvn@aonangprinceville.com atau
aonangprinceville@yahoo.com

Harap membantu. :)

diena qistina said...

hi bole tau total cost bape?

Libra Dolce said...

RM 700 tak termasuk tiket flight.. :)