Tuesday, February 26, 2013

Tujuan/Objektif~

Kalau dalam apa-apa projek atau proposal projek yang saya ajar tiap2 sem, saya akan tekankan bahagian objektif atau tujuan projek itu dijalankan pada students saya. Semua tindakan kita kena ada tujuan. Baru kita semangat nak buat something. ^_^

So, dalam hidup ni kena ada tujuan. Apa tujuan anda sebenarnya datang kerja hari ni? Apa tujuan anda berniaga? Apa tujuan anda beli Samsung Note II? Apa tujuan anda membeli t-shirt muslimah tiap-tiap bulan? =)) Tujuan...yang penting kena tahu tujuan!! #notetoself

Yang jadi masalah ialah kita hilang tujuan. Tak ada fokus, tak faham konsep dan akibat daripada tindakan kita. Buat dulu, fikir kemudian.. Erkk...harap-harapnya saya tak tergolong dalam kelompok sebegitu. Doa-doakan.. Aminn... :-)

Tujuan bersahabat, tujuan berkahwin, tujuan bekerja, tujuan apa-apa sekalipun kenalah kerana untuk mendapat redha Allah. Ramai yang tersesat sebab tujuan hanya bertumpu pada hal-hal duniawi semata-mata. Yerp, manusia memang dilahirkan dengan kekhilafan. Tapi perjalanan dan pengalaman hidup banyak membantu seseorang untuk membetulkan kekhilafan. Tak salah berubah ke arah kebaikan, betul tak? ^_^ #notetoselfagain

Kuncinya adalah, tujuan itu haruslah berbentuk objektif. :)) Kalau tujuannya adalah samar-samar, baik lupakan saja..oh dear~ Macam contoh, kalau anda tak pasti kenapa anda perlu beli baju atau sandal bulan ni, adakah semata-mata nak menambah koleksi atau suka-suka & memang tak ada kepentingan lain..maka lupakanlahhh saja cik Safra!!!~ TT____________TT  #notetoselfagainandagain

Ok, let's breathe. Tujuan saya berjimat-cermat adalah untuk memastikan kebahagiaan & kekayaan saya di masa depan..hahahahh!! Yes, yes! Dah ada tujuan. ^_^

Sekian, terima kasih.

 ~ Good vs. Bad ~

p/s: Tujuan saya mengarang adalah ????? =))

Wednesday, February 20, 2013

7-year itch syndrome? :))

Masuk ofis hari ni, bukak laptop. Saya bukan jenis yang suka sgt baca gosip artis etc. tapi tetiba hari ni kecoh pasal artis yang tetiba putus tunang lepas seminggu majlis. Pelik jugak bila baca, sebab alasan-alasan berbaur pelik. Tapi mungkin betul, mungkin jugak tak. Ok, mari doakan yang baik-baik saja untuk mereka yang terlibat.. Saya pun memang tak minat nak ulas panjang-panjang.. ^_^

Yang saya nak share ialah pendapat saya tentang 7-year itch. Kalau yang tak tahu maksudnya, silalah google sendiri. :)) Kalau translate 7-year itch ni ke BM, maksudnya "Kegatalan tahun ke-7". Ahaks~ Senang cakap 7-year itch ni adalah satu fasa untuk pasangan sama ada belum berkahwin atau dah berkahwin, yg mana akan timbul satu perasaan merepek untuk audit semula hubungan di tahun ke-7. Dan selalunya "audit" dengan cara yang salah iaitu berlaku curang pada pasangan. :)) No no, saya tak reka pasal benda ni, sebab ini adalah kajian orang pasal relationship. Yes, dan ramai couple break-up atau bercerai pada masa ni. Silalah google sendiri. :-p

Bukan senang nak pertahankan hubungan sesama manusia, tambah2 bila iman ni ada masa naik, ada masa turun. :-) Ada ramai jugak yang terkandas walaupun tak sampai lagi tahun ke-7 hubungan. Tambah2 zaman sekarang kan, dengan FBnya, Twitter, tak ada apa lagi yang pelik.. Bagi yang telah melayari rumah tangga, jangan susah hati sebab Allah ada. Doakan yang baik-baik sahaja.. ^_^

Of course, kena jaga hubungan kita dengan Ar-Rahman di atas sana dulu, insyaAllah Dia akan jaga hubungan kita dengan orang-orang lain.. ^_^ Sebabnya, tak ada yang kekal pun di dunia ni..

Ok, sempena entri ini, saya share lagu feberet saya dari encik kesayangan. :)) Tajuknya ialah 7 Years of Love. Yes, lagu pasal ni pun ada..ahaks! Happy listening!!


p/s: Terkenang. Tapi saya memilih untuk let go.. ;-)

Friday, February 15, 2013

Mother-Daughters Conversation

While watching TV just now...

Mama : Eh, tu wife Adiputra ker? Cantiknyaaa... (merujuk pada sudutan Primadona next week)

Fatin : Ha ah. 

Mama : Adiputra hensem. Bila ntah nak dapat menantu macam dia ni... (start dahhhh.... -_- )


Fatin : Kena pi cari kat Singapore laa kalau nak!! =))

Me : Hahahhah!! Bulan April ni memang Along nak pegi Singapore pun!~ =)) =))

Ahaks!~ Maka dengan ini, misi ke Singapore telah bertukar kepada bercuti sambil cari husband handsome macam Adiputra.. OMG!! Anyway, cabaran diterima! =))

~ I'm blessed to have Super Mom & Super Dad! ^_^ ~

p/s: Ada yg nak join??? =))

Tuesday, February 12, 2013

Tepu.

Siang tadi saya berbual dari hati ke hati bersama kawan baik saya. Senang cakap, confession dari lubuk hati yang terpendam. Nasib kami lebih kurang sama. Pernah kecewa hingga hampir tak dapat bangun lagi. Tapi kami memilih untuk tidak meroyan, mahupun menyanyi atau mewujudkan video klip :)) Kami memilih untuk menjadi lebih matang walaupun hakikatnya, kami taklah matang sangat kann..ahaks~ Mungkin kerana kami anak sulung.. ;-)

We choose to be strong. Or at least...pretend to be strong for the sake of our loved ones. Saya rasa tak ada orang yg sanggup tengok orang-orang sekeliling kesayangan kita sedih dengan apa yang berlaku pada kita. Kami tak pernah pun mintak jadi begini. Cuma kami mintak orang sekeliling boleh fahami keadaan kami & mendoakan yang terbaik.. ^_^

Ada satu ketikanya, saya rasa dah tepu. Malas dah nak ambik tahu apa-apa , malas dah nak fikir apa-apa. Apa yang penting, let it flows the way it should be. Allah kan ada? Dia Maha Pentadbir segala urusan.. ^_^

Bohonglah kalau saya kata saya tak pernah rasa putus asa. Tapi tiap kali nak rasa putus asa, saya refresh balik minda saya dengan pengalaman saya di Makkah. Hanya saya dan Dia saja yang tahu apa yang telah Dia tunjukkan pada saya.. :) Subhanallah, Dia Maha Agung. Rahmat Dia sangat-sangat meluas & tak pernah putus..

Diversion. Yerp, untuk tampung semula semua kekosongan, kena ada diversion. Untuk bahagiakan diri sendiri. ^_^

Time will heal everything. But Allah will decide the best. :)

~ I'll just stop. :) ~

p/s: Tak ada yang kekal di dunia... Segalanya adalah pinjaman.. Bersyukurlah dengan pinjaman dari-Nya walaupun hanya sementara.. :)

Sunday, February 10, 2013

My Rambling (Version 2.0)

1. Benang surgery di telinga saya telah dicabut, alhamdulillah.. Sekarang tengah tunggu full recovery. ^_^

2. Selasa ni dah start ke ofis semula lepas 11 hari cuti.. Ahaks~

3. Saya masih makan berpantang (iyer ker??) -_-

4. Dah 9 hari tak tidur mengiring belah kanan!! TT____TT

5. Saya cepat lapar sekarang. Mungkin...kemaruk??? :-p

6. Tengah planning ke Kota Singa bersama rakan2 tersayang.. *wink wink* ;-)

7. Dark chocolate Toblerone manis!!! -_-

8. Saya sangat rindu Makkah & Madinah. Baitullah terutamanya... :-(

9. Baru lepas re-design webpage Iwans Berkat Enterprise. ^_^

10. Ok, dah 3 bulan kot tak makan McD! :-)

11. Seminggu lebih tak keluar rumah! Saya rasa semakin putih..wkakakakakka!! =))

12. Sekarang banyak terkenang zaman kampus dulu... Di MMU, di UiTM.. Yang pahit2 dah jadi manis.. ;-)

13. Masih menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai single lady. Oh yeahh~ ^_^

14. Sem ni mengajar Moral Studies!! Masih fikir projek terbaik utk students... Erm..any ideas? ;-)

15. Rindu nak turun KL & hangout with besties.. Uhuks~

16. Terbaca kisah cinta dua selebriti yang terhalang oleh keluarga. Adik-adik, bf/gf boleh dicari atau diganti, mak ayah tak boleh tau.. ;-)

17. Cinta memang merepek. Sila jangan terjebak kalau betul2 tak bersedia.. :))

18. Ikut hati, banyak benda nak beli. In the end, saya tak beli apa-apa pun..hahahahha!! :-p

19. OMG! Saya perlukan mouse baru!! :((

20. I wish I do not know you... Sobs~ :'(

p/s: Must. Be. Less. Clumsy. -_-

Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulillah.. All is well~ :)

Seperti yang anda sedia maklum, hari Sabtu lepas saya menjalani surgery untuk preauricular sinus. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan bantuan doktor, nurse & staff Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. ^_^ Saya malas nak stori panjang pasal apa preauricular sinus ni, jadi bagi yang berminat bolehlah ke link bawah ni yer untuk bacaan lanjut.. :)

ENT Doctor Online - Preauricular Pit or Sinus

Ok, nak stori pengalaman 1st time surgery dalam hidup. Secara kronologinya, saya check-in di hospital pada pukul 8.30 pagi & dapat bilik double-bedded. Sepatutnya saya dpt bilik single standard, tapi disebabkan penuh, saya ditempatkan di double-bedded room. Tapi tak kisah pun sebenarnya, janji ada katil untuk saya.. :))

Sementara menunggu, seperti biasa untuk prosedur ada nurse yang akan datang ambil darah. Antara soalan-soalan yang ditanya adalah saya puasa tak hari tu, bila last meal, ingat tak berat badan, ada tak x-ray sblm ni etc. :)) Yer, saya puasa hari tu dari pukul 12 pagi sblmnya lagi. Normal procedure utk surgery, patient kena puasa dlm 6 jam sblm operate. Masa kena cucuk tu, serius rasa nak nangis..huwarghh!~ Kenapa rasa sengal2 & sakit? Sblm ni tak la rasa pedih begitu.. :(( Teringat tahun 2005 dulu masa saya masuk wad, doktor yang cucuk saya siap cakap dia guna jarum yg utk baby punya.. Agaknya sbb tu saya tak rasa sakit.. Oh lupa skrang saya sudah tua, kena guna yg dewasa..no wonder sakit..ahakss!~ *mode mengada-ngada* =))

Ok, lepas settle ambik darah..saya rehat-rehat sampailah dapat sut baju untuk surgery. Maknanya, masa dah hampir tiba. So, tukarlah baju dengan berhemahnya. Yang best elok dah pakai, nurse tegur saya pakai terbalik..hahahahha!! Telah ku agak! Nurse tu pun tak inform pakai camana, manalah beta tahu mana depan mana belakang.. =)) Lawak sebelum surgery. Tak per, pengajaran..next time dah tau camana nak pakai baju hospital. :-p

Nurse masuk bilik, cakap dah ready nak bawak ke operation room. Elok dah ready, rupa-rupanya false call. Katil patient sebelah yang dipanggil, bukannya saya..hahahahha.. Ok, teruskan bersabar. Siap terlena sekejap. Then around pukul 12 lebih, lepas patient katil sebelah settle operation, barulah confirm saya yang akan menyusul. Yerp, the time has come. :) Zikir & doa saja yang menemani saya sepanjang katil saya ditolak dari bilik hingga ke operation room. Seriously, nervous!! -_-

Parents saya tunggu di waiting room. Saya pulak terus ke operation room. Lepas sesi interview sikit2 dengan nurse, saya tukar ke stretcher yang disediakan & baring tunggu hingga semuanya ready. Dalam 15 minit menunggu, baru saya ditolak masuk ke operation room. Sekali lagi saya tukar naik ke katil bedah dari stretcher. Semua nurse & doktor dah ready. Rasa ngeri jugak bila tengok lampu besar betul-betul atas kepala saya (sebelum ni selalu tgk kat tv jerkk.. :-p). Sebelum dibius & diberi gas anaesthetic utk tidur, doktor suruh saya baca bismillah & antara ayat-ayat last yg saya dengar ialah "ok sedut dalam-dalam...lepas..ok nampak dah mengantuk...sedut lagi......." Jadi begitulah setakat yg saya ingat.. :-p

Honestly, saya rasa macam saya mimpi pasal facebook, pasal nurse etc. sepanjang saya tak sedar tu..hahahahhah!! Saya tak sure saya mimpi ataupun conversation tu betul2 berlaku sepanjang surgery.. Ok, saya anggap itu imaginasi saya saja semata-mata.. :-p Overthinking walaupun dlm keadaan tak sedar.. Typical me.. Terima kasih kerana memahami.. Ahaks!~ :))

After a while, akhirnya saya sedar. Sebaik saya buka mata saya, nurse panggil 'Diyana...' dan secara spontan saya menyahut 'Ya.." Alhamdulillah dah settle semuanya ^_^ Terasa pedih sikit2 kat telinga, so confirmlah dah settle..hehehehe... Syukur pada Dia.. Saya dibawa balik ke bilik & saya tengok jam dah pukul 3 tepat. So maknanya, surgery saya mengambil masa dalam 2 jam. Saya ambik masa dekat sejam jugak nak stabilkan diri..rasa mamai, mengantuk & berat satu badan sbb kesan bius yg tak habis lagi..heheheh..

Sebagai bukti, specimen dari surgery iaitu sinus tract saya ditunjukkan pada saya & family. Inilah sinus tract atau saluran yang berjaya dibuang oleh doktor dari telinga saya. Yer, benda inilah yang menyebabkan berlakunya infection & pengeluaran nanah di lubang kecil luar telinga saya. Sekarang sinus tract ini dah dibuang & lubang kecil itu juga telah ditutup utk selama-lamanya..alhamdulillah... Dia telah memudahkan segalanya.. ^_^ (Bagi yang takut-takut, tak payahlah tgk gambar ni.. :-p)

~ My sinus tract ~

Jadi sebagai conclusion, saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua terutamanya doktor, nurse & staff hospital. Terima kasih juga buat semua yang mendoakan terutamanya parents saya, family members, kawan-kawan di mana jua anda berada.. Allah saja yang mampu membalas jasa kalian.. ^_^ Jadi selepas ini, bermulalah episod kehidupan saya yang baru tanpa preauricular sinus.. Yeeehaa!! 9hb ni, benang saya akan dibuka insyaAllah.. :)

p/s: "Semoga menjalani hari2 bahagia tanpa mendalah tu.." - kata seorang sahabat..hehehehe.. Amin.. InsyaAllah! ;-)