Tuesday, April 30, 2013

Ada apa dalam handbag? :))

Terpanggil untuk reply entri Cik Lily tentang isi kandungan handbag. :)) Saya rasa ramai orang lelaki nak tahu kan, kenapa orang perempuan prefer handbag besar sampai boleh bawak masuk sayur/ikan bagai dalam tu..hahahah.. Tp kalau saya, bagi orang yang betul2 kenal saya laa kan... Pernah ker anda nampak saya bawak handbag besar? =)) Kalau bagpack besar tu logik..sbb kalau travel saya suka menggalas daripada memegang mahupun membimbit.. Tapi untuk handbag ni memang saya suka yang saiz sederhana. Sederhana yang padat! :-p

Ok, mari menjawab soalan. Berikut adalah item yang ada dalam handbag saya:
  • Purse - of course, yang ni wajib. Tak ada yang ni, apakah gunanya nak berhandbag kan? :)) Saya dari zaman kampus, prefer long purse. Dalam purse ada macam-macam dari kad2 hinggalah kertas-kertas resit etc.
  • Kunci - wajib laa kan..
  • Handphone - wajib jugakk! Sumber komunikasi saya.. :))
  • Compact powder - sbb ada cermin & untuk cover cela-cela di wajah..ewaahhh... =))
  • Lipbalm - super duper important untuk bibir saya!! Berganda-ganda lagi penting daripada lipstick..!~
  • Lipstick - hanya digunakan untuk masa-masa tertentu.. Sebab most of time saya hanya pakai lipbalm..
  • Tisu - dulu2 tak penting, sekarang saya rasa tisu sgt penting untuk segala-galanya! :))
  • Wet tissue - utk buang makeup sebelum solat.. ^_^ Btw, kalau anda perasan, saya hanya pakai compact powder & lipstick saja..tak wujud eyeshadow, blusher, mascara bagai :))
  • Painkiller - untuk hal-hal kecemasan..tiba-tiba sakit kepala ker, demam, period pain...penting!!
  • Menstrual pad - standby jugak utk kecemasan.. ;-)
  • Pen
  • Brooch
  • Travel perfume
  • MP4 player - bila bosan menunggu.. :-p
  • Oral aid - kerana saya sering kena ulcer...huhuhuhu...
  • Spectacles - Yer!! Percayalahh..saya pakai spek! Tapi hanya pada masa-masa tertentu, terutama masa sakit kepala.. ;-) utk betulkan fokus mata..
  • Sunglasses - hanya ada ketika travel & mengikut keadaan cuaca semasa.. :-p
Ermm...saya rasa itu jer.. Tapi yang special hari ni, ada ini dalam beg saya.. ^_^


Perangsang & motivasi dalam hidup.. Doa-doakan agar dipermudahkan-Nya..

Kesimpulannya, kenapa org perempuan suka bawak banyak benda..semuanya sebagai langkah berjaga-jaga..heheheh.. Prevention is better than cure.. ;-)

p/s: Ada apa dalam wallet anda pulak wahai encik lelaki? =))

Monday, April 29, 2013

New Obsession~ ^_^

Lama saya tak ambil tahu pasal We Got Married. Last saya tgk dulu masa ada Hyun Joong & HwangBo, tahun 2009. Lepas HJ & HB dah tak ada dlm WGM, memang terus tak ambil tahu sebab orang2 yang ada dlm tu dah tak menarik perhatian saya..ehhehehe.. :-p

Tapi, baru-baru ni disebabkan Channel One di Astro decide tayang WGM versi global, dan dapat tahu pulak ada Hongki FT Island sbg husband, terus laaaa terasa nak tgk balik..hehehehe.. Yerp! Kerana encik Hongki!! :)) Dan pasangannya ialah Fujii Mina dari Jepun. Comel sgtttt! ^_^ Macam couple HJ & HB sblm ni, diorang mewakili couple younger husband + older wife.

Dlm Global WGM ni, satu lagi pasangan Taecyeon 2PM & Emma dari Taiwan. Tapi honestly, saya lagi suka Hongki & Mina sebab nampak lagi natural. Biasalah, encik Hongki. Kecoh!! Kecoh yang comel.. Hahahaha.. :))

Ni sedutan dari episod 4. Hongki & Mina masak dinner sama-sama. Sblm dinner sempat pulak buat Gwiyomi. Hahahha.. Saya bukan peminat Gwiyomi, jadi saya hanya suka version diorang ni jer.. Yang lain-lain, I don't like!! Ahakss! :-p Episod 5 akan ditayang hari Jumaat nanti. Will be waiting for their wedding photoshoot..hihihihihi...

 

Apapun, saya still rindu original couple younger husband + older wife di bawah ni. Agak-agak diorang ni still keep in touch tak? Haishh.. WGM ni memang fantasi semata-mata.. sobs~ sobs~ :-(

~ HwangBo & Hyun Joong ~

Pic credits: RainAfterShine

Ehems..nak buat statements sket. Bila saya cerita pasal semua ni, tak bermaksud saya tak ambik tahu pasal hal politik negara yer.. :-p I might know more than you, ok! Ahaks!~

p/s: Barefoot Friends pun mungkin akan jadi obsesi saya...ermmm...we'll see...hehehhe.. :))

Wednesday, April 24, 2013

Masanya telah tiba!! :))


Masanya telah tiba!!
Masa untuk sihatkan badan & bersuka-ria! :))

Good luck buat semua yang terlibat esok!
Kita tengok siapa yg jadi juara!
;-)

p/s: Bertanding secara sihat.. ^_^

Sunday, April 21, 2013

Jiwang?

Nak jiwang biar bertempat, x boleh terlalu meluah sehingga timbulkan rasa meluat org sekeliling.. Bukan jeles, tp sekadar mengingatkan. :-) Saya juga wanita, pernah jadi remaja, pernah rasa bahagia dan kecewa kerana cinta manusia. Tapi pengalaman telah mengajar saya cinta pada manusia tak akan kekal pun jika tidak berlandaskan syariatNya. Saya bukan orang alim, memang x layak berbicara perihal agama. Tapi saya cuba membantu untuk beri perspektif baru buat gadis di luar sana yg terlalu mendambakan cinta lelaki. Jangan terlalu percaya dan bergantung harap pada seseorang yang belum lagi termaktub untuk kita. Sehebat manapun anda cuba pertahankan suatu hubungan, menangis berguling-guling pun, jika dia bukan yg tertulis oleh Allah untuk kita, maka bukanlah. :-) Ada sebab kenapa Allah x jadikan dia jodoh kita dan rahsia itu hanya Allah yang tahu. Paham adik-adik? Hehehehe..

Cintai Allah dulu sebelum yang lain-lain. Mak abah kita harap masuk 'U' untuk belajar, bukan untuk bercintan-cintun.. ^_^ Memang nampak orang kahwin tu seronok, tapi itu luaran jer dik.. 1000 juta rahsia sebenarnya yg tersirat di sebalik pasangan yg selalu tonjolkan kebahagiaan tu. Kalau x percaya, try tanya diorang betul2.. ;-) Tapi biasalah, time tgh angau semua benda nampak indah kan..yg x indah takkan ditonjolkan kat FB. Betul tak? :-P

Jaga pergaulan, jaga keperibadian, jaga kehormatan.

Semoga baik-baik semuanya, insyaAllah..

p/s: Trust Allah and He'll show you the way.. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 18, 2013

Kecoh!~


Sekarang ni letih tgk timeline FB, Twitter etc.
Tak kisahlah fanatik BN atau PR...
Sama jer bab bising-bising ni. :-p
2x5, 5x2.
Tapi kena ingat..
Bising macam mana pun anda di dunia cyber..
Kuasa terletak di tangan mereka di luar sana.
Iaitu SILENT MAJORITY.
^_^

Dan yer, saya salah seorang daripada silent majority. ;-)
Undi adalah rahsia.
Diam-diam sudahhhhh!!! Dohhh~
>_<
p/s: Finally Friday is just around the corner...alhamdulillah...

Monday, April 15, 2013

Bzzzzzztttt~ *_*


I'm terribly exhausted.
Have been working + travelling for 17 days without any breaks.

*_______________*

Please Allah, give me strength.. Ameeen...

p/s: Physically & mentally unstable. Forgive me.

Tuesday, April 9, 2013

~A Journey To The South~

Lebih kurang 2 bulan planning, akhirnya sukses jugak trip ke area selatan Semenanjung. Alhamdulillah.. ^_^ Ada history sebenarnya tempat-tempat yang saya & sahabat-sahabat plan nak pegi. Especially Melaka. Tempat naik turun saya..tempat saya belajar jadi manusia..tempat yang menjadikan siapa diri saya sekarang.. ;) Dan yang penting, tempat saya kenal sahabat-sahabat baik saya sejak 11 tahun yg lepas.. Siapa sangka ukhuwah kami utuh hingga sekarang? Alhamdulillah.. Kuasa Dia.. ^_^

Sebenarnya...saya ada fobia/trauma saya sendiri. Saya takut nak pegi jalan-jalan area selatan ni. Ada lah sebabnya.. :) Saya akan cuba mengelak selagi boleh termasuklah menjejakkan kaki ke Melaka.

Tapi...

Saya nekad kali ini untuk atasi fobia saya & decide untuk terus menjelajah sehinggalah ke Kota Singa. Hanya untuk kembalikan semangat saya yang hilang. ^_^ Takut, tapi harus atasi!! Utk cipta semula memori yang lebih indah, utk tidak sia-siakan peluang kedua yang Allah berikan pada saya.. :) It wasn't as hard as I thought it would be.. Alhamdulillah..

Ok, perjalanan saya bermula dari KB-KL melalui jalan udara pada Khamis malam & berteduh di MMU Cyberjaya utk satu malam..hehehehe.. :)) Kemudian Jumaat pagi, barulah saya & dua sahabat saya memulakan roadtrip menuju ke selatan. Pit-stop pertama adalah Melaka. Singgah kejap di MMU Melaka utk lihat perkembangan terbaru..selepas 7 tahun tinggalkan kampus..ada yg berubah & ada yg tak berubah.. ^_^ Masa kami menziarah, azan Zohor utk solat Jumaat tgh berkumandang. Serta-merta teringat kenangan dulu-dulu...hehehehe... Beautiful memories dgn kawan-kawan..

~ Rumah lama :-p ~

~ Saya pernah baring di jalan ini pd waktu mlm satu ketika dulu ~

 ~ The Historic Main Gate ~

Lepas settle lawat MMU, kami ke JJ Melaka untuk lunch. Yerp, JJ Melaka pernah jadi favourite port utk lepak2, makan2 & shopping tiap2 minggu di zaman kampus dulu..

Next, teruskan perjalanan ke Johor. Di sinilah bermulanya kekacauan perasaan saya. Tapi, saya simpan saja dalam hati. Sudah malas nak kenang apa-apa, buat serabut kepala..hehehehhe... Allah tahu apa yang saya fikirkan.. :) Saya hanya doa agar Dia berikan ketenangan jiwa.. Selepas beberapa siri silap keluar exit & u-turn & berGoogleMap, akhirnya kami check-in di Hotel Silka, JB pada pukul 6.30 ptg. Hahahahhaah! Yay! Percayalah..ni 1st time saya jejak kaki di Johor Bahru!! :)) Sangat excited ok sebab dah complete jelajah setiap ibu negeri di Malaysia. Tahniah untuk diri sendiri!!

Dinner kat hotel. Makanan sedap!! Nasi Goreng Sri Bahagia dalam ingatan..hehehehhe.. Lepas dinner, tido. Recharge tenaga untuk sepanjang hari di Universal Studios Singapore esok hari. ;-)

Pagi hari Sabtu, lepas breakfast di hotel terus kami dijemput driver bas untuk bertolak ke USS. Excited lagi sebab tak pernah sampai Singapore. :)) Hahahhaha..  First time jugak tgk bandar JB & merentasi Selat Tebrau. Tiba di USS dalam pukul 10.45 pagi, kami terus explore dengan gumbiranya..hehehhehe.. Gambar tak banyak sgt yg saya snap, sbb lebih banyak menghayati naik rides & shows.. :)) But still, to share some with you...here goes..

~ The Globe at USS entrance ~

 ~ The important map! ~

 ~ The performance at Mel's Drive-In ~

~ Sesame Street Performance at New York ~

 ~ The Hollywood Parade ~

Saya telah buat sesuatu yang tak ada dalam perancangan saya, iaitu naik roller-coaster. =)) Jadi, senang cakap once again saya telah mengatasi fear factor saya dengan jayanya. Cylon Battlestar Galactica telah beta tawan!! ^_^ Tapi saya suka ride Transformers & The Mummy. Jiwa saya telah terbang bersama-bersama & masih tertinggal di sana..hehehhe...

Dalam pukul 7 lebih, lepas selesai ronda2 USS, shopping souvenir & pukul 8 mlm balik semula ke JB. Keesokan hari, akhirnya kami pulang ke destinasi masing-masing. As a conclusion, short trip yang padat ini sgt memberi impak kepada saya. Saya rasa saya dah terjumpa semangat saya semula.. ^_^ Thank you, Allah for the blessing..

Terima kasih jugak buat sahabat saya Cik Lily & Cik Yen yang setia melayan karenah saya sepanjang trip ini.. You girls rock!! :)) InsyaAllah kita jumpa lagi this weekend..ahaks!~

p/s: Let's make it step by step.. ;-)

Wednesday, April 3, 2013

Countdown~

1. Semua orang obses countdown sekarang ni. :))

2. Countdownlah selagi boleh..hahahahha...

3. Saya prefer countdown untuk esok hari... ;-)

4. Will be going South with besties..

5. Semoga selamat-selamat semuanya... Amin... ^_^

p/s: Demi Agama, Negara & Bangsa.. Malaysia tetap di hati.. :-)