Tuesday, April 9, 2013

~A Journey To The South~

Lebih kurang 2 bulan planning, akhirnya sukses jugak trip ke area selatan Semenanjung. Alhamdulillah.. ^_^ Ada history sebenarnya tempat-tempat yang saya & sahabat-sahabat plan nak pegi. Especially Melaka. Tempat naik turun saya..tempat saya belajar jadi manusia..tempat yang menjadikan siapa diri saya sekarang.. ;) Dan yang penting, tempat saya kenal sahabat-sahabat baik saya sejak 11 tahun yg lepas.. Siapa sangka ukhuwah kami utuh hingga sekarang? Alhamdulillah.. Kuasa Dia.. ^_^

Sebenarnya...saya ada fobia/trauma saya sendiri. Saya takut nak pegi jalan-jalan area selatan ni. Ada lah sebabnya.. :) Saya akan cuba mengelak selagi boleh termasuklah menjejakkan kaki ke Melaka.

Tapi...

Saya nekad kali ini untuk atasi fobia saya & decide untuk terus menjelajah sehinggalah ke Kota Singa. Hanya untuk kembalikan semangat saya yang hilang. ^_^ Takut, tapi harus atasi!! Utk cipta semula memori yang lebih indah, utk tidak sia-siakan peluang kedua yang Allah berikan pada saya.. :) It wasn't as hard as I thought it would be.. Alhamdulillah..

Ok, perjalanan saya bermula dari KB-KL melalui jalan udara pada Khamis malam & berteduh di MMU Cyberjaya utk satu malam..hehehehe.. :)) Kemudian Jumaat pagi, barulah saya & dua sahabat saya memulakan roadtrip menuju ke selatan. Pit-stop pertama adalah Melaka. Singgah kejap di MMU Melaka utk lihat perkembangan terbaru..selepas 7 tahun tinggalkan kampus..ada yg berubah & ada yg tak berubah.. ^_^ Masa kami menziarah, azan Zohor utk solat Jumaat tgh berkumandang. Serta-merta teringat kenangan dulu-dulu...hehehehe... Beautiful memories dgn kawan-kawan..

~ Rumah lama :-p ~

~ Saya pernah baring di jalan ini pd waktu mlm satu ketika dulu ~

 ~ The Historic Main Gate ~

Lepas settle lawat MMU, kami ke JJ Melaka untuk lunch. Yerp, JJ Melaka pernah jadi favourite port utk lepak2, makan2 & shopping tiap2 minggu di zaman kampus dulu..

Next, teruskan perjalanan ke Johor. Di sinilah bermulanya kekacauan perasaan saya. Tapi, saya simpan saja dalam hati. Sudah malas nak kenang apa-apa, buat serabut kepala..hehehehhe... Allah tahu apa yang saya fikirkan.. :) Saya hanya doa agar Dia berikan ketenangan jiwa.. Selepas beberapa siri silap keluar exit & u-turn & berGoogleMap, akhirnya kami check-in di Hotel Silka, JB pada pukul 6.30 ptg. Hahahahhaah! Yay! Percayalah..ni 1st time saya jejak kaki di Johor Bahru!! :)) Sangat excited ok sebab dah complete jelajah setiap ibu negeri di Malaysia. Tahniah untuk diri sendiri!!

Dinner kat hotel. Makanan sedap!! Nasi Goreng Sri Bahagia dalam ingatan..hehehehhe.. Lepas dinner, tido. Recharge tenaga untuk sepanjang hari di Universal Studios Singapore esok hari. ;-)

Pagi hari Sabtu, lepas breakfast di hotel terus kami dijemput driver bas untuk bertolak ke USS. Excited lagi sebab tak pernah sampai Singapore. :)) Hahahhaha..  First time jugak tgk bandar JB & merentasi Selat Tebrau. Tiba di USS dalam pukul 10.45 pagi, kami terus explore dengan gumbiranya..hehehhehe.. Gambar tak banyak sgt yg saya snap, sbb lebih banyak menghayati naik rides & shows.. :)) But still, to share some with you...here goes..

~ The Globe at USS entrance ~

 ~ The important map! ~

 ~ The performance at Mel's Drive-In ~

~ Sesame Street Performance at New York ~

 ~ The Hollywood Parade ~

Saya telah buat sesuatu yang tak ada dalam perancangan saya, iaitu naik roller-coaster. =)) Jadi, senang cakap once again saya telah mengatasi fear factor saya dengan jayanya. Cylon Battlestar Galactica telah beta tawan!! ^_^ Tapi saya suka ride Transformers & The Mummy. Jiwa saya telah terbang bersama-bersama & masih tertinggal di sana..hehehhe...

Dalam pukul 7 lebih, lepas selesai ronda2 USS, shopping souvenir & pukul 8 mlm balik semula ke JB. Keesokan hari, akhirnya kami pulang ke destinasi masing-masing. As a conclusion, short trip yang padat ini sgt memberi impak kepada saya. Saya rasa saya dah terjumpa semangat saya semula.. ^_^ Thank you, Allah for the blessing..

Terima kasih jugak buat sahabat saya Cik Lily & Cik Yen yang setia melayan karenah saya sepanjang trip ini.. You girls rock!! :)) InsyaAllah kita jumpa lagi this weekend..ahaks!~

p/s: Let's make it step by step.. ;-)

No comments: