Tuesday, August 27, 2013

From ordinary to extraordinary~


~ Wajah lesu kesayangan hamba :-p ~

Hari ni nak cerita tentang encik ni semata-mata. :)) Oh ini blog saya, maka suka hati betalah. Kalau tak suka, jangan baca! :)) Saya dah tepu dgn kerja. Serius. Jadi perlukan diversion. Dan selalunya arena ini yang berjaya. Yer, saya salah sorang peminat K-Pop, tapi saya bukan peringkat obses dengan segala-galanya. Hanya selected group, personalities & rancangan yang saya suka. Generasi saya yang minat K-Pop tak sama dengan generasi sekarang. Ramai generasi sekarang cepat sangat absorb semuanya & segala-galanya tentang K-Pop, tapi saya bukan org yg cepat minat something/someone. *Ok, statement ni kena highlight!! :-p* Saya minat yang extraordinary sahaja..hahahahha!

Kyuhyun salah seorang personaliti yang saya suka dari dulu. Tipu kalau looks don't attract at first sight! :)) Sangat menipu kalau tak tengok penampilan dulu..hehehhe.. Jadi saya akui, it starts with looks. Then it comes to his personality. Yerp, masa ni sudah mula capture minat saya..heheheh.. Ada certain traits encik ini yang buat saya suka, tapi mungkin orang lain tak suka. :) Normal lah kan? Kyuhyun ni kalau cakap bab nyanyi semua orang tahu suara dia mmg mantap.. Kalau dari segi personaliti, dia dulu sangat pendiam/pemalu. Suka bersendiri. Tapi bila compare dgn sekarang, dah sangat lain. Confidence level dia sekarang dah naik menggunung, yang saya memang sangat impress.. ;) Dari tak pandai menari, sekarang dah pandai menari.. Dari berlakon teater, sampailah jadi DJ & MC.. He keeps on growing. Hihihi..suka tgk perubahan positif ni. Just hoping dia masih down to earth & tak lupa diri. He works hard, itu for sure. Yer, saya suka yang hardworking. :-p *Highlight lagi*

Bukan senang ok nak jadi idol. Bukan senang-senang boleh jadi senang. Oh lupa, satu lagi saya suka encik ni sbb dia mmg budak pandai! =)) Ok, mungkin perkara biasa untuk orang lain, tapi saya suka orang yang bijak matematik..hahahahha! Dia dah nak sambung Masters, so good luck yer encik! ^_^

Ramai yang tak minat Kyuhyun sebab rasa dia evil. Tapi sebab dia evil lah saya suka..hahahah! :)) Bukan jahat sampai bunuh orang, tapi dia lebih pada kategori mulut laser & honest, which is susah diterima oleh segelintir orang. Naughty? Of course...apakah gunanya jadi lelaki kalau tak naughty kan? :-p Ahaks!~ 

Apa yang saya cerita ni tak bermaksud encik Kyu ni perfect yer. ;-) Dan tak bermaksud saya suka segala-galanya tentang dia..hehehe.. Jangan salah faham.. Dia adalah salah seorang personaliti yang saya admire dari mula2 saya kenal dunia K-Pop tahun 2009 lagi. And that's it. Tak der unsur-unsur pemujaan pun..Hahaha.. :))

Jadi sesiapa yang rasa-rasa ada kriteria seperti encik Kyuhyun di atas, bolehlah contact saya yer..hahahahha!! =))

p/s: Quick getaway this weekend, insyaAllah~ ^_^

Saturday, August 17, 2013

Puding Roti Butterscotch - Safra's Style ;-)

~ Puding roti butterscotch & custard sauce ~

Kelmarin tergerak hati nak buat puding roti dengan roti butterscotch sempena tetamu datang rumah. So ni 1st attempt saya. Cuba upload gambar di FB & ramai yang mintak resipi. Jadi hari ni saya ceritakan serba-sedikit apa yang perlu. Totally Safra's style!! Hehehe.. So, selamat mencuba! ^_^

Puding Roti Butterscotch

Bahan-bahan:
5 atau 6 keping roti butterscotch
1 tin susu cair
1/2 cawan gula halus (boleh letak lebih kalau nak manis)
2 biji telur gred B
Sedikit mentega (utk disapu pada roti & dulang)
1/2 camca esen vanila
Sedikit kismis atau chocolate chip

Caranya:
1. Sapu mentega pada roti & carik-carikkan.. (Boleh juga dipotong petak atau ikut kesukaan).
2. Susun roti di dalam loyang yang telah disapu mentega & selang-selikan dengan taburan kismis/chocolate chip. Ketepikan.
3. Campurkan adunan susu cair, gula, telur & esen vanila & kacau hingga sebati.
4. Masukkan bancuhan dalam loyang roti & biarkan selama 15 minit untuk biarkan roti kembang.
5. Panaskan microwave/oven 180c & bakar selama 25 minit.
6. Sejukkan & hidang. ^_^


Custard sauce

Bahan-bahan:
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 sudu besar gula halus (boleh letak lebih kalau nak manis)
1 sudu besar tepung kastad
1 camca esen vanila

Caranya:
1. Kacau air dengan tepung kastad hingga sebati.
2. Masukkan susu segar, gula dan esen vanila & kacau sebati.
3. Panaskan bancuhan dengan api sederhana & sentiasa kacau hingga pekat.
4. Tuangkan atas puding roti semasa dihidangkan

**Nota: Custard sauce ni jadi cepat pekat masa sejuk, jadi elok disediakan beberapa minit sebelum hidang. ^_^

p/s: Next target : Bingka cream crackers~^^

Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri~^^


Saya masih dalam mood raya. Jadi Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir batin.. ^_^ Gambar di atas adalah gambar tahun lepas.. Gambar yang tahun ni, tahun depan nanti saya upload. Hahaha! :)) [Ok stalker, sila tatap puas-puas :-p]

Dari raya pertama sampai kelmarin raya ke-7, rumah saya meriah dengan visitors.. Alhamdulillah.. ^_^ Saya dah kembali ke ofis, membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki yang halal..hehehhe... Final exam next week, jadi good luck utk semua students yg terlibat.. Chaiyo! :-)

Erm..macam-macam sgt isu semasa semenjak dua menjak ni.. Dari kes tembak-menembak sampailaa poligami. Ouch! :)) Ada orang pernah tanya pendapat saya tentang poligami. Honestly saying, saya penyokong poligami yang dilakukan dengan cara terhormat. Means that, poligami dengan keizinan / redha semua pihak & bukannya dgn cara sembunyi. Konsepnya mudah saja, segala dalam dunia ni adalah pinjaman dari Dia. Jadi tak wujud tentang hak mutlak / hakiki, sooner or later kita semua akan kembali pada Dia jugak. Dia Maha Penilai, so tak perlu nak anti-anti sgt ker apa.. ;-)

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab bersama. Bukannya tanggungjawab satu pihak saja. Sangat kecewa dengan mereka yang lepas tangan selepas berkahwin. Erm.. Kahwin kerana Allah atau benda lain? :-( Apapun, doakan yang baik-baik sahaja..

Saya tertarik dengan perihal rezeki. Ada orang anggap rezeki tu kemewahan duniawi semata-mata. Pangkat besar, gaji besar, kereta besar, rumah besar etc. Mungkin perlu belajar lebih mendalam konsep rezeki.. ;-) Manusia suka pada perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar..dengan mata hati selalu terlepas pandang.. Terlupa tentang kesihatan Allah beri, kebahagiaan rumah tangga, anak-anak soleh/solehah, ketenangan jiwa etc. Semoga kita sama-sama muhasabah diri.. :-)

Ok, dah start musim kenduri-kendara. Jadi selamat pengantin baru utk yang berkahwin ~^^

Sem baru akan bermula. Jadi berusahalah!!

p/s: Eczema oh eczema...aisyhhh!! TT______TT