Saturday, September 21, 2013

Bila banyak sangat pilihan... *_*

Kepala pening...

Tapi hati berkobar-kobar!! :))

Penyakit orang kemaruk...

Ahaks!!

Senarai bertambah...

Tapi tak tahu yang mana satu akan dipilih...

Ermmm..... Ke manakah???

  • Padang, Indonesia
  • Bali, Indonesia
  • Krabi, Thailand (once again???)
  • Guangzhou, China
  • Guilin, China
  • Tokyo, Japan (next year kah?? ;-)
  • Seoul, Korea (mungkin next year jugak??)

Mari memilih secara berhemah! ^_^

p/s: Pilihan lebih menjurus kepada petempatan nenek moyang...heheheh...

~ Hoping to be here one day, insyaAllah ^_^ ~

Sunday, September 15, 2013

Ombak Rindu Versi Non-Fiction

 

Al-kisah sang jejaka memendam perasaan terhadap rakan sejawatannya hingga jatuh cinta. Walaupun telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang dikenalinya berbelas-belas tahun, namun perasaannya tidak dapat dikawal lagi. Tali pertunangan diputuskan hingga menyebabkan kemarahan keluarganya.

Sering berulang-alik & bersama-sama dengan rakan sejawatannya, menyulam bibit-bibit cinta sehari-hari. Akhirnya keluarga si wanita mula mendesak untuk dinikahkan segera. Maka bernikahlah sang jejaka dengan wanita pujaannya itu tanpa pengetahuan keluarganya, dan seorang temannya sebagai saksi.

Beberapa lama kemudian, sang jejaka jatuh cinta pula dengan seorang gadis di negeri tengah Semenanjung. Hubungan cinta mereka diketahui oleh ahli keluarga sang jejaka, lalu mereka mahu pernikahan yang halal dilaksanakan. Namun malangnya mereka tidak mengetahui bahawa anak lelaki mereka sebenarnya telah mempunyai isteri di negeri tempatnya bekerja.

Perkahwinan berlangsung. Pandai sungguh sang jejaka mensorokkan hal sebenar dari pengetahuan isteri keduanya & ahli keluarga kedua-dua pihak.

Isteri pertama mungkin tahu kedudukannya, sebab dia memang rela bermadu.

Hanya isteri kedua tak tahu kedudukannya yang sebenar. Mungkin menyangka dialah satu-satunya sang isteri bagi sang jejaka.

Kini isteri pertama telah pun melahirkan zuriat pertama hasil perkahwinan mereka.

Sang jejaka masih berkeputusan untuk mendiamkan diri walaupun dinasihatkan berkali-kali oleh temannya yang menjadi saksi pernikahannya dahulu.

Tak insaf-insaf lagi rupanya sang jejaka... Yang pasti, dia memang pengecut & tak berani berhadapan dengan keluarganya.

Apa agaknya yang akan berlaku?


Doakan yang terbaik. :)

p/s: Life is funny.

Thursday, September 12, 2013

Autumn.

Dah autumn. Kan?

Biarkan semua berguguran..

Dan terus reput & luput dari ingatan..

^_^

Dia ada.

Dia ada.


p/s: Beauty is someone with pride & strength to climb up after falling. :-)