Tuesday, November 12, 2013

Unforgettable Trip : West Sumatra Part II

Ok, sambung cerita tentang trip kami sekeluarga ke Bukit Tinggi & Padang. :)

Hari ketiga, selepas breakfast di hotel, kami terus check-out untuk perjalanan ke Padang & bermalam di sana untuk 1 malam. Otw ke Padang, berhenti visit beberapa tempat pelancongan yang terkenal di Bukit Tinggi. Hentian pertama adalah di Panorama Ngarai Sianok & Lobang Jepang. Cuaca hari ketiga ni mendung & hujan renyai-renyai, jadi tak berhenti lama di sini, sekadar tangkap gambar sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ngarai Sianok & Lobang Jepang ni, silalah google sendiri ya..hehehhe...

~ Ngarai Sianok ~

~ Lobang Jepang ~

Lepas selesai, kami teruskan pula perjalanan ke Tasik/Danau Maninjau di Kelok 44. Perjalanan yang sangat mencabar sebab jalan bengkang-bengkok atau orang kat sini panggil kelok-kelok.. :)) Kelok 44 tu maksudnya, ada 44 kelok yang perlu dilalui untuk ke Danau Maninjau. View sini sangat superb!! Breathtaking! Walaupun kami hanya tengok tasik dari atas bukit, sangat mempesonakan.. :) Seperti Danau Singkarak, Danau Maninjau ni terhasil daripada letusan gunung berapi satu ketika dahulu..

~ Danau Maninjau ~

Selesai tangkap gambar & minum-minum di sini, perjalanan diteruskan ke Rumah Gadang pula, atau nama sekarangnya Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Kat sini, kami belajar tentang adat-adat & sejarah kaum Minangkabau yang sebelum ni tidak difahami. Alhamdulillah, banyak ilmu dapat kat sini especially tentang asal-usul Adat Temenggung & Adat Perpatih, suku kaum Minangkabau & cara hidup orang di sini. The truth is, we managed to decode some mysteries about our family roots & heritage.. Subhanallah.. ^_^ Sesiapa yang minat sejarah, tak rugi kalau singgah di Pusat Dokumentasi ni utk dengar penerangan & baca buku-buku di sini..

~ Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau ~
 
Habis visit Rumah Gadang, kami lunch di Rumah Makan Pak Datuk & teruskan perjalanan ke kota Padang. Otw, singgah ke satu kedai sulaman & shopping telekung. Malangnya tak ingat pula nama kedai nak share kat sini.. TT_____TT

Dalam hampir 2 jam perjalanan, akhirnya tiba di kota Padang. Tour guide bawa kami jalan-jalan sekitar bandar & shopping sikit di Plaza Andalas. Sebelum Maghrib, singgah makan di Pondok Makan Palanta Minang yang terletak di tepi pantai & makan nasi dan seafood sambil bersila. Overall, best! :-)

~ Plaza Andalas ~

~ Lautan Hindi (view dari restoran) ~

Lepas makan-makan, check-in di Hotel Aliga. Maka tamatlah hari ke-3 kami di sini. Esoknya, lepas breakfast & packing-packing, terus kami check-out hotel & ke airport. Pukul 2.30 ptg waktu tempatan, kami berlepas pulang ke tanah air, jadi tamatlah kisah percutian kami di Sumatera Barat.. ^_^
 
Overall, saya bersyukur dapat jejak kaki ke tempat asal-usul datuk moyang. Honestly, saya belajar banyak benda sepanjang di Padang & Bukit Tinggi. Terutamanya tentang cara hidup yang sederhana, tapi penuh keberkatan. :) Sikap bertolak-ansur terutamanya pemandu-pemandu kat sini, sangatlaaa mengkagumkan saya! Kadang-kadang buat saya terfikir, kenapa manusia bila hidup makin maju & makin mewah, sikap kemanusiaan jadi makin menipis.. Seharusnya, makin maju maka makin bertamadun. Sekadar renungan termasuk untuk diri sendiri.. :-)

Apa yang akan paling saya rindui kat sini? Haruslah pada sawah padi bertingkat-tingkat yang dah jadi panorama biasa di Bukit Tinggi.. Sangat jatuh cinta. <3 Dulu-dulu pernah terlintas nak ke Indonesia utk tgk sawah padi sebegini, alhamdulillah dapat juga.. ^_^

~ Sawah padi ~

Bagi yang berminat ke Bukit Tinggi & Padang, anda boleh hubungi Raun Sumatra untuk maklumat lanjut. Pakej yg ditawarkan sangat berbaloi & anda boleh request untuk duduk di hotel mengikut budget anda. ^_^ Saya personally recommend!

Buat tour guide/driver kami sepanjang 4 hari, Encik Zul, terima kasih banyak-banyak...jasamu dikenang hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. :-)

p/s: Tertumbuk biduk dibelokkan, tertumbuk kata difikiri - Buya Hamka

Unforgettable Trip : West Sumatra Part I

Alhamdulillah.. Baru berpeluang mengarang tentang trip ke Sumatera Barat, atau lebih spesifik: Bukit Tinggi & Padang, Indonesia. :) Kami sekeluarga berlepas pada Isnin 4 November & pulang ke tanah air pada Khamis 7 November. So, percutian 4 hari 3 malam yang padat tapi sangat memorable! ^_^

Kami berangkat ke Padang dengan AirAsia dari LCCT pukul 2.00 petang, dan sampai di Minangkabau International Airport pukul 2.00 waktu tempatan. Flight sejam saja, lebih kurang flight KL-KB..hehe.. Sebaik tiba di airport, melalui inspection yang macam-macam (dari boarding pass utk return flight sampaila ke beg TT_____TT), dan akhirnya selesai dengan jayanya 30 minit kemudian. Keluar dari balai ketibaan, terpapar nama beta yang dipegang oleh salah seorang tour guide, Encik Zul. Disambut dengan senyuman, kami sekeluarga terus menaiki van & lunch di Rumah Makan Lamun Ombak tidak jauh dari situ.

Perjalanan kami utk hari pertama adalah terus ke Bukit Tinggi. Jadi otw ke sana, singgah beberapa tempat antaranya Air Terjun Lembah Anai, kedai kain sulaman Putri Minang dan Sulam & Bordir Oke.

 ~ Air Terjun Lembah Anai ~

 ~ Sulam & Bordir Putri Minang ~

~ Sulam & Bordir Oke ~

Ok, rasa rugi tak sapu muka dgn air terjun tu, sebab kalau ikut legend, sekali sapu boleh awet muda beberapa hari .. Ahaks!! :)) Ok, tiap kali berhenti di kedai kain sulam, diakui shopping jugak sikit-sikit, tidak secara ekstrem..hehehe.. No worries! :-p

Settle shopping, hari dah senja. So kitorang terus makan malam di Rumah Makan Gon Raya di Bukit Tinggi. From my experience, makanan-makanan sepanjang kami kat Bukit Tinggi adalah superb!! Semuanya sedap-sedap belaka.. ^_^ Ok, lepas habis dinner kami check-in di Hotel Pusako yang akan jadi tempat penginapan kami selama 2 malam di Bukit Tinggi. Maka, tamatlah sudah hari pertama kami di sini. :-)

Hari kedua, lepas breakfast di hotel, seawal pukul 8 pagi waktu tempatan, kami terus bergerak ke Tasik Singkarak. Otw, sempat singgah di kedai sulaman Annisa, Pandai Sikek & berhenti beli kuih bika di tepi jalan.

 ~ Sulam & Bordir Annisa ~

Lepas berjalan lebih satu jam, akhirnya tiba di Tasik/Danau Singkarak yang sangat menenangkan.. ^_^ Tasik Singkarak ni terhasil dari letusan Gunung Merapi satu ketika dulu. View sini yang sangat mendamaikan, sejuk jer rasa hati ni..hihihihi.. Kami sempat minum2 kejap tepi tasik sebelum teruskan perjalanan ke Batu Sangkar yang terletaknya Istana Pagaruyung.

~ Danau Singkarak ~

Ok, lepas settle melawat tasik, perjalanan diteruskan ke Batu Sangkar. Destinasi seterusnya ni buat hati saya berkobar-kobar secara jujurnya. Dari saya kecil, saya ada dengar asal-usul keluarga belah ayahanda adalah dari Pagaruyung. Maka terasa sedikit touching bila nampak istana di depan mata. Bagai sireh pulang ke gagang? Mungkin. ^_^

~ Istano Basa Pagaruyung ~

Hampir sejam kami di sini, sempat beli souvenir sikit-sikit. Teruskan pula perjalanan ke Rumah Makan Pondok Flora untuk lunch. Best sangat lunch di sini, betul-betul di tengah sawah padi & di atas kolam ikan.. ^_^ So, kalau ada lebihan makanan tak habis, leh bagi kat ikan..hehehe... Dah kenyang, kami ke pusat pembuatan kopi & kerepek di Kiniko, Tanah Datar pula. View sini gorgeous! Garden dia ada macam-macam jenis tanaman & bunga.. So, sempat minum kopi di sini & beli serbuk kopi utk dibawa balik ke tanah air.

 ~ Rumah Makan Pondok Flora ~

 ~ Lauk-pauk ~

~ Air daun mulberry di Kiniko ~

Settle semua, kami balik semula ke Bukit Tinggi. Kali ni, kami berhenti di Jam Gadang & jalan-jalan area Pasar Atas. As usual, shopping sikit..hehehhe.. :))

 ~ Jam Gadang ~

~ Pasar Atas ~

Hari makin senja. Maka terus decide untuk dinner sebelum balik ke hotel. Kali ni, kami makan di Restoran Sederhana. Makanan tak sederhana, sebab masih banyak lauk-pauk..hehehhe.. Around pukul 8 malam, kami balik ke hotel. Rehat-rehat & packing barang sebab keesokannya akan bertolak ke Padang pula. Maka tamatlah hari kedua kami di Bukit Tinggi.

For next entry, saya akan stori hari ketiga & hari terakhir kami di sini, insyaAllah. ^_^

p/s: If people always said "Love needs no reason", as for me, it's "Travel needs no reason". But yes, it still needs love. ;-)

Saturday, November 2, 2013

Kalau. Jangan. Bila.

1. Kalau pernah hidup susah, jangan perkecilkan orang bila senang.

2. Kalau pernah jatuh sakit, jangan berlebih-lebihan bila sihat.

3. Kalau pernah rasa sedih, jangan lupa diri bila gembira.

4. Kalau pernah hidup miskin, jangan bongkak bila dah kaya.

5. Kalau pernah rasa takut, jangan takbur bila berani.

6. Kalau pernah rasa lapar, jangan merungut bila kenyang.

7. Kalau pernah hilang punca, jangan berlagak bila berfokus.

8. Kalau pernah makan hati, jangan berdendam bila bahagia.

9. Kalau pernah rasa serabut, jangan menekan bila tenang.

10. Kalau pernah rasa sempit, jangan ego bila lapang.

Manusia mudah lupa. Sekadar mengingatkan.. ^_^

p/s: InsyaAllah akan 'pulang' ke sini lusa.. ^_^