Tuesday, November 12, 2013

Unforgettable Trip : West Sumatra Part II

Ok, sambung cerita tentang trip kami sekeluarga ke Bukit Tinggi & Padang. :)

Hari ketiga, selepas breakfast di hotel, kami terus check-out untuk perjalanan ke Padang & bermalam di sana untuk 1 malam. Otw ke Padang, berhenti visit beberapa tempat pelancongan yang terkenal di Bukit Tinggi. Hentian pertama adalah di Panorama Ngarai Sianok & Lobang Jepang. Cuaca hari ketiga ni mendung & hujan renyai-renyai, jadi tak berhenti lama di sini, sekadar tangkap gambar sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ngarai Sianok & Lobang Jepang ni, silalah google sendiri ya..hehehhe...

~ Ngarai Sianok ~

~ Lobang Jepang ~

Lepas selesai, kami teruskan pula perjalanan ke Tasik/Danau Maninjau di Kelok 44. Perjalanan yang sangat mencabar sebab jalan bengkang-bengkok atau orang kat sini panggil kelok-kelok.. :)) Kelok 44 tu maksudnya, ada 44 kelok yang perlu dilalui untuk ke Danau Maninjau. View sini sangat superb!! Breathtaking! Walaupun kami hanya tengok tasik dari atas bukit, sangat mempesonakan.. :) Seperti Danau Singkarak, Danau Maninjau ni terhasil daripada letusan gunung berapi satu ketika dahulu..

~ Danau Maninjau ~

Selesai tangkap gambar & minum-minum di sini, perjalanan diteruskan ke Rumah Gadang pula, atau nama sekarangnya Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Kat sini, kami belajar tentang adat-adat & sejarah kaum Minangkabau yang sebelum ni tidak difahami. Alhamdulillah, banyak ilmu dapat kat sini especially tentang asal-usul Adat Temenggung & Adat Perpatih, suku kaum Minangkabau & cara hidup orang di sini. The truth is, we managed to decode some mysteries about our family roots & heritage.. Subhanallah.. ^_^ Sesiapa yang minat sejarah, tak rugi kalau singgah di Pusat Dokumentasi ni utk dengar penerangan & baca buku-buku di sini..

~ Pusat Dokumentasi & Informasi Kebudayaan Minangkabau ~
 
Habis visit Rumah Gadang, kami lunch di Rumah Makan Pak Datuk & teruskan perjalanan ke kota Padang. Otw, singgah ke satu kedai sulaman & shopping telekung. Malangnya tak ingat pula nama kedai nak share kat sini.. TT_____TT

Dalam hampir 2 jam perjalanan, akhirnya tiba di kota Padang. Tour guide bawa kami jalan-jalan sekitar bandar & shopping sikit di Plaza Andalas. Sebelum Maghrib, singgah makan di Pondok Makan Palanta Minang yang terletak di tepi pantai & makan nasi dan seafood sambil bersila. Overall, best! :-)

~ Plaza Andalas ~

~ Lautan Hindi (view dari restoran) ~

Lepas makan-makan, check-in di Hotel Aliga. Maka tamatlah hari ke-3 kami di sini. Esoknya, lepas breakfast & packing-packing, terus kami check-out hotel & ke airport. Pukul 2.30 ptg waktu tempatan, kami berlepas pulang ke tanah air, jadi tamatlah kisah percutian kami di Sumatera Barat.. ^_^
 
Overall, saya bersyukur dapat jejak kaki ke tempat asal-usul datuk moyang. Honestly, saya belajar banyak benda sepanjang di Padang & Bukit Tinggi. Terutamanya tentang cara hidup yang sederhana, tapi penuh keberkatan. :) Sikap bertolak-ansur terutamanya pemandu-pemandu kat sini, sangatlaaa mengkagumkan saya! Kadang-kadang buat saya terfikir, kenapa manusia bila hidup makin maju & makin mewah, sikap kemanusiaan jadi makin menipis.. Seharusnya, makin maju maka makin bertamadun. Sekadar renungan termasuk untuk diri sendiri.. :-)

Apa yang akan paling saya rindui kat sini? Haruslah pada sawah padi bertingkat-tingkat yang dah jadi panorama biasa di Bukit Tinggi.. Sangat jatuh cinta. <3 Dulu-dulu pernah terlintas nak ke Indonesia utk tgk sawah padi sebegini, alhamdulillah dapat juga.. ^_^

~ Sawah padi ~

Bagi yang berminat ke Bukit Tinggi & Padang, anda boleh hubungi Raun Sumatra untuk maklumat lanjut. Pakej yg ditawarkan sangat berbaloi & anda boleh request untuk duduk di hotel mengikut budget anda. ^_^ Saya personally recommend!

Buat tour guide/driver kami sepanjang 4 hari, Encik Zul, terima kasih banyak-banyak...jasamu dikenang hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. :-)

p/s: Tertumbuk biduk dibelokkan, tertumbuk kata difikiri - Buya Hamka

1 comment:

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.