Saturday, October 18, 2014

My Rambling (Version 9.0)

  • 2 bulan tak mengarang. :))
  • Kerana busy dengan macam-macam, perihal ofis, family, PhD, masa depan dll.
  • Badan sengal-sengal, tapi alhamdulillah saya  puas hati dengan usaha sendiri. ^_^
  • Ada kalanya perlu melompat untuk dapatkan sesuatu. ;-)
  • Berubah itu sukar. Sangat sukar. Tapi tak mustahil. :-)
  • Ketakutan perlu diatasi dengan usaha, tawakal & redha. InsyaAllah dipermudahkan..
  • Kerana Allah sentiasa ada, tak pernah tinggalkan kita. ;-)
  • Kadang-kadang, kegembiraan diri sendiri boleh hadir dengan kegembiraan orang sekeliling.. ^_^
  • Apakah dunia K-Pop dalam tahun 2014 ni???
  • Saya terlalu cepat touching dengan cerita Discovery of Romance. TT______TT
  • Yer, breakup mmg sangat sakit terutamanya bila berlaku secara pantas & dalam keadaan terpinga-pinga.
  • Akan tiba masanya, bila berjimba bukan lagi pilihan... ^_^
  • Sejauh mana pun kaki ini melangkah dan pergi, akan tetap ada satu bahagian kosong di dalam hati..
  • Di bahagian kosong itulah yang perlu diisi dengan keinginan, kegembiraan & jiwa yang tenang.. :-)
  • Ok, Eric. Anda sangat natural berlakon sebagai Kang Taeha!! :))
  • Playlist sekarang : I Pray 4 You - Shinhwa
  • Oh, lebih kurang sebulan lagi saya akan tinggalkan alam pekerjaan... ^_^
  • Rezeki itu datangnya dari Allah... Kadang-kadang sebagai manusia, kita lupa konsep ni..  :-)
  • Doa yang baik-baik.. InsyaAllah akan datang ilham yang baik-baik.. ;-)
  • Minggu depan insyaAllah trip lagi.. ^_^
  • Agoda ni rajin betul e-mail hari2...!! Aisyyhh!!
  • Sejarah biarkan ia berlalu dengan tenang.. 
  • Last but not least, siapa cakap grow up tu senang? =))
 ~ Coming soon insyaAllah! ;-) ~

p/s: Doakan proposal PhD saya diterima dengan baik tanpa major correction.. Amiiiin....

Friday, August 15, 2014

Lugano Coffee House Review

Baru perasan, lama tak buat review. :)) Kalau sebelum ni rajin buat review tentang holiday, filem & drama, kali ni nak buat review tentang cafe. ^_^

Maka, hari ni saya nak bercerita tentang sebuah cafe di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu yang bernama Lugano Coffee House.

Sebelum wujudnya Lugano ni, tapak asalnya dulu adalah Kopitiam Hayaki yang terawal di Kota Bharu. Lepas Hayaki bertambah maju, bertambahlah cawangannya di seberang jalan (masih di Jalan Kebun Sultan) dan cawangan-cawangan yang lain seperti di Tune Hotel KB Mall, di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Billion, di Damansara, Shah Alam dan lain-lain.

Sejak akhir tahun lepas (tak salah saya), saya perasan tapak awal Hayaki di Jalan Kebun Sultan di'renovate' untuk sesuatu yang baru. Dan beberapa bulan ni akhirnya wujudlah sebuah coffee house bernama Lugano yang merupakan "anak" kepada Kopitiam Hayaki yang sedia ada..hehehe.. Sebab tu kalau tengok di signboardnya tertulis "Lugano Coffee House by Hayaki". ^_^ Maknanya, mereka di bawah pengurusan yang sama.

Dek kerana Lugano membawa konsep coffee house, maka ianya tertutup, tak open air seperti kopitiam. Menu-menu yang sedia ada pula majoritinya berasaskan western. Jadi, totally baru dan lain daripada Kopitiam Hayaki. :)

Saya ke Lugano minggu lepas dengan adik saya, saja cuba untuk lihat sendiri apa yang menarik di Lugano. Waktu kami pergi ketika tu petang, dalam pukul 5. Sebaik masuk ke cafe, saya dapati ianya berhawa dingin & dekorasinya ala-ala rustic retro yang lain dari yang lain.  ;-) Orang ketika tu tak ramai, jadi sangat selesa.

~ Antara dekorasi di Lugano ~

Lepas belek-belek menu, saya pilih untuk makan Spageti Carbonara (kerana mengidam :-p) dan adik saya pilih Chicken Burger & macaron hazelnut. Oh lupa, sebab Lugano ni coffee house, jadi ada macam-macam jenis-jenis kopi & teh, serta kek dan lain-lain.. ^_^ Utk minuman, saya pilih Earl Grey Tea (terima kasih Cik Yan sebab ajar saya minum Earl Grey yang menenangkan sejak beberapa tahun yang dulu..!) dan adik saya order ice cream soda. Untuk pengetahuan, selain daripada makanan western, ada juga beberapa menu wajib Kelantan seperti nasi kerabu yer..hehehe...

Kalau anda tertanya-tanya tentang harga, saya hanya boleh nyatakan harganya standard untuk makanan western & minumannya standard cafe. ^_^ Maka budget untuk seorang dalam RM15-RM20 untuk makan & minum, bergantung pada apa yang kita order.

Ok, tengok jerlah gambar-gambar ni yer.. :-p

 ~ Coverpage Menu ~

~ Macaron Hazelnut ~

 ~ Cik Paten dan ice cream sodanya ~

~ Oh my yummy Earl Grey tea ~

 ~ Spageti carbonara ~

~ Chicken burger ~

Setakat lawatan yang pertama ni, saya puas hati dengan kualiti makanan & minuman di Lugano. ^_^ Spageti carbonara sedap!! Earl grey tea apatah lagi..hehehehe... Overall, saya suka. Maka Lugano Cofee House dah officially masuk ke dalam senarai favourite hangout place. Untuk yang nak escape dari kesibukan & hingar-bingar Kota Bharu, bolehlah ke sini untuk tenangkan fikiran. Oh lupa, sepanjang berada di Lugano, lagu-lagu yang dipasang adalah lagu favourite saya..hahahahah... Kebetulan pulak diorang pasang album ballads & oldies Westlife.. Maka, sambil makan-makan tu haruslah saya menyanyi dengan bahagianya... =)) Kalau ikut hati, nak makan lama2 lagi & tak nak keluar.. :)) Dan serta-merta juga boleh imagine kalau geng Cheekyes kat sini mmg kacau-bilaulah coffee house ni..ahaksss! :-p

Rasanya, itu saja review saya tentang Lugano Coffee House. Harapnya cafe ni berkekalan & mendapat sambutan warga Kota Bharu terutamanya. All the best Lugano!!

p/s: Countdown to slumber party with Cheekyes.. ;-)

Sunday, August 3, 2014

In the end, there's always a choice.. :)


Masih dalam mood raya walaupun jasad sudah berada di ofis. :)) Melaksanakan tanggungjawab yang masih berbaki sementara masih makan gaji. Yer, ini pilihan saya setakat ini. Hehehe.. Maka harus motivasi diri supaya bertahan selagi termampu..insyaAllah.. ^_^

Semenjak dua menjak ni, otak asyik ligat berfikir tentang isu-isu etika dan moral. Contohnya, kalau kita dah sedia tahu perkara yang kita selalu buat menjurus kepada keburukan lebih daripada kebaikan, mengapa perlu diteruskan? Ataupun, kalau kita dah tahu kita berada dalam situasi yang menzalimi diri sendiri dan orang lain, mengapa perlu dibiarkan sahaja?

Susah. Memang susah.

Tapi, selepas ditimbang-tara, jika kita ada pilihan yang lebih baik, harusnya memilih yang lebih baik walaupun tampak susah. ^_^

Dan itu yang insyaAllah akan saya lakukan.

Semoga Allah menetapkan pendirian saya & mempermudahkan segala urusan.. Ameeen...

p/s: Rindu nak pi KL. Sobs ~

Sunday, July 20, 2014

#PrayForAll


May Allah ease everything..

Amiiin...

"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried?" [Surah Al-'Ankabut : 2]

Sunday, July 13, 2014

Allah....


Sejak Palestin diserang minggu lepas, sejak itulah saya tak ada mood untuk semua benda. Doa saya tak putus-putus untuk mereka di sana..

Tiap kali melibatkan isu Palestin, tiap kali itulah saya teringat pada pasangan suami isteri dari Gaza yang saya pernah jumpa di Madinah 2 tahun lepas. Banyak sangat soalan bermain di fikiran.

"Macam mana keadaan mereka?"

"Rumah mereka macammana?"

"Masih adakah mereka?"

:-(

Semoga Allah melindungi sahabat-sahabat & saudara-saudara kita di sana dengan sebaik-baik perlindungan.. Amiiin...

Jangan sesekali putuskan doa anda!!

p/s: Bagi yang ingin membantu dari segi kewangan, bolehlah menderma melalui Aman Palestin seperti di gambar di atas.. Kita tolong selagi mampu! Allahuakbar..

Wednesday, July 2, 2014

4 Ramadhan



Salam Ramadhan buat muslimin & muslimat di seluruh dunia! Selamat menunaikan ibadah puasa, selamat berterawih, selamat berqiamullail, selamat selamat selamat semuanya! ^_^ Semoga segala amalan kita diterima olehNya insyaAllah..

Sekarang saya banyak habiskan masa merangka planning untuk masa depan. Sejak balik dari Kulim/Penang, saya terus dapat ilham untuk memajukan diri. Alhamdulillah...tak sangka Dia gerakkan hati saya dengan semangat yang cukup hebat sepanjang saya berada di sana walaupun sekejap. Dan saya rasa, masanya sudah hampir tiba untuk saya buat keputusan drastik dalam hidup. Kalau dulu saya rasa ianya mustahil, sekarang saya rasa ianya tak mustahil lagi. ^_^

Dan saya tahu, keputusan yang bakal saya buat akan mengejutkan sesetengah orang. Dan saya tahu juga, perjalanan yang akan saya hadapi akan dipenuhi onak duri. Tapi sebagaimana Allah pernah melindungi saya semasa saya saei berseorangan tempoh hari, saya yakin Allah akan permudahkan sesuatu yang saya rasakan sukar. Saya juga yakin, ilham ini datang dariNya..jadi saya akan usaha sebaik mungkin, insyaAllah.

Masih tak putus doa agar Allah tunjukkan jalan. Masih tak putus doa agar Allah tetapkan hati & pendirian saya. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Ameeen.

Ya, saya rindu untuk memakai robe konvokesyen tapi harapan kali ini adalah dengan tudor bonnet.

^_^

Tolong doakan untuk saya! Terima kasih.

p/s: Hibernation mode is over. It's time to fly to the sky.

Tuesday, June 10, 2014

A Self-Discovery Trip

~ Me at Park Royal Penang ~

On last weekend (6-8 June), my family and I went for a short trip to a special place in northern peninsular. A place where we learned about life in younger years. A place that is so dear to me. We went to Penang and Kulim and we had found ourselves being reminiscing about the good old days. To those who didn't know, yes I was born in Penang and been raised up in Kulim. We stayed in Kulim for 20 years before we moved to Kota Bharu in 2004.

The last time I went to Kulim was 3 years ago. There was a mission for that particular visit and it was to discuss my wedding reception at that time. However, Allah had set a better plan for me in which the wedding was called off, and I remain as who I am today. ^_^ Well, some things are better left unexplained so I won't be furthering the details and reasons on why it happened. But yes, some pieces of memories and loves were left there.

Since the incident, I tried to avoid to visit Kulim & Penang. But somehow, I really miss these two places. Alhamdulillah, by some chances and a short planning, my family and I decided to go to Penang & Kulim. And if you're wondering how I reacted to this planned trip, honestly I was quite nervous but I knew I would overcome the fear by Allah's will. ^_^ I have decided to create new memories with my family & friends and thus my heart would be more content. ^_^ Once again, Allah gave me a second chance to reorganize everything even though I had to pick up the pieces right from the start. The loves of Allah, my family and friends are far greater than any fears that had been lingering in my mind. He knows me the best. Subhanallah.. Thank you Allah. ^_^

So unexpectedly, this trip has become a self-discovery trip for me. There were lots of circumstances during this trip that triggered my mind to become more positive and stronger than before. I was amazed to see that some things were changed for good and some were still the same. ^_^ And I was so touched to witness how fast the time has flown. It was a great feeling to see some familiar faces in younger years in which now they look quite different.

Yes, this is part of a growing up process. ^_^

We learn to let go the things that were beyond our control and we choose to move on.

I used to remember how my family and I spent our weekends at Park Royal Penang.

I used to remember how frequent we went to Penang to do some shopping. :))

I used to remember this, that, those bla bla... Hehehe... Cliche isn't it?

But whatever it is, I feel grateful for everything. ^_^ Memories remain. But life must goes on. Hoping Allah will decide the best for all of us, insyaAllah.. Keep on praying!

p/s: I choose to carry on. ^_^

Thursday, June 5, 2014

:: Seoul For Soul Final Part ::

Akhirnya, saya akan kongsikan pengalaman dua hari terakhir percutian saya & Abah ke Seoul untuk entri kali ini. Bagi yang belum membaca aktiviti-aktiviti kami hari pertama & kedua, boleh rujuk sini: Part I dan Part II. ^_^

Pada hari ke-3, aktiviti kami yang utama adalah ke Everland Theme Park yang terletak luar dari bandar Seoul. Jadi sejak awal pagi, buat persediaan awal dengan beli set Wild Shrimp Burger di Lotteria sebagai bekal kami di sana. Dari Sinchon, kami ke Gangnam untuk menaiki bas ke Everland.

~ Abah & saya di Gangnam ~

Bas yang kami naik bernombor 5002 & perjalanan mengambil masa hampir sejam. Ok, nak komplen sket. Pemandu-pemandu bas di Seoul adalah sangat ganas!! Ingatkan di Malaysia saja, rupanya sangkaan saya meleset. TT____TT Rasanya pemandu-pemandu bas & teksi di Seoul tak suka brek kalau di selekoh. Maka kami penumpang ni terhuyung-hayang macam lalang. :)) Apapun, pengalaman kan? Hehehe.. 

Ok, sebaik tiba di terminal berhampiran Everland, kami naik pula shuttle bus ke Everland. Shuttle bus sekejap saja, dalam 10-15 minit. Maka tibalah di Everland, yang kalau tak silap saya taman tema terbesar di Korea Selatan.

 ~ Everland Resort Guide ~

~ Selfie lepas masuk entrance Everland :-p ~

Di Everland ketika itu tengah ada Rose Festival, jadi target saya hari tu adalah untuk bergambar dengan ros sebanyak yang boleh.. Hehe.. Bulan April lepas pula Tulip Festival. Jadi mungkin lepas-lepas ni, akan ada festival yang lain pula. ^_^

Since Everland adalah taman tema, jadi ada banyak rides yang boleh dicuba. Tapi kerana saya bersama Abah saya, maka saya ambil keputusan untuk ronda-ronda saja, tgk performance & naik rides yang biasa-biasa macam cable car. ^_^ Sambil-sambil tu tangkap gambar dengan sepuas hatinya. Hehehe...

 ~ Abah & saya naik human sky ~

Bagi yang ingin tahu, untuk memudahkan pengunjung Muslim, Everland ada sediakan surau/prayer room di sebelah Mystery Mansion di European Adventure. Cumanya surau ini campur lelaki & perempuan, jadi kena pandai-pandai take turn utk solat. ^_^

 ~ Surau di Everland ~

Usai solat, saya & Abah teruskan ronda-ronda di Everland yang sangat luas ni. Kami sempat naik train rides mengelilingi Miffy's Garden yang warna-warni ni.

 ~ Miffy's Garden of Delight ~

Kemudian, kami terus pula berjalan ke Rose Garden. Seperti namanya, memang penuh dengan bunga ros pelbagai spesis & warna. So, sini memang best untuk snap gambar. ^_^

~ Saya & ros kesukaan ^_^ ~

Lepas selesai rehat-rehat di Rose Garden, saya & Abah naik cable car menghampiri main entrance. Memandangkan masih ada masa, kami menonton K-Pop Hologram Big Bang. Hehehe.. Best! ^_^ 

~ K-Pop Hologram ~

Separuh hari di Everland, akhirnya pukul 4.30 petang kami berangkat pulang ke bandar Seoul. Destinasi shopping terakhir kami ialah di Dongdaemun. Di sini, boleh shopping macam-macam souvenir seperti t-shirt, keychain, bookmark etc. Tour guide kami, Zul bawa kami ke satu kedai ahjumma yang memang banyak bagi diskaun & free gift. So, memang best shopping. ^_^

 ~ Di Dongdaemun Market ~

~ Kedai ahjumma yang best! ^_^ ~

Usai shopping, kami pulang ke hostel & makan malam di restoran hari pertama dahulu. Seperti sebelum ini, nasi goreng seafood menjadi menu. Hehehe.. Lepas dinner, balik ke hostel packing barang & tidur. Keesokannya, seawal pukul 6 pagi kami bertolak ke Incheon International Airport dan tepat pukul 9.30 berangkat pulang ke tanah air.. Flight ke KB pula pukul 10.30 malam. Maka selesailah sudah percutian saya & Abah ke Seoul selama 4 hari 3 malam. ^_^

Banyak pengalaman baru saya dapati dengan percutian ini. Bersyukur kepada Allah kerana bagi saya peluang untuk bercuti dengan Ayahanda. Terima kasih buat Zul & pihak Jom Backpacker atas segala usaha & penat lelah.. Seronok juga sebab dapat kenal kawan-kawan baru.. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga bila-bila, insyaAllah..

p/s: "We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls. " - Anais Nin

Wednesday, June 4, 2014

:: Seoul For Soul Part II ::

Sambungan daripada Part I yang lepas. :)

Hari ke-2 saya & Abah di Seoul, kami bertolak ke Pulau Nami bersama rakan-rakan yang lain. Dari hostel, kami ke Yongsan Station & menaiki tren ITX ke Gapyeong selama sejam. Jadi sepanjang dalam tren, sempat tengok pemandangan luar bandar yang menyejuk hati.. Cuba sehabis baik utk tak nak terlelap dalam tren sbb nak tgk view..hehehe.. ^_^

~ View dari dalam tren ITX ~

Sebaik tiba di stesen Gapyeong, naik teksi ke jeti. Dari jeti, kami naik feri ke Pulau Nami. Buat yg tak tahu, Pulau Nami ni sebenarnya pulau yang terbentuk di tengah-tengah sungai Han dan ada sejarahnya sendiri. Silalah google utk maklumat lanjut. :)) Dan Pulau Nami ni jadi benar-benar terkenal sejak penggambaran drama Winter Sonata. ^_^

~ Feri tiba di Pulau Nami ~

View di Pulau Nami memang cantik, rasa sejuk sangat hati..hihihi.. Satu pulau ni penuh dengan pokok-pokok tinggi saujana mata memandang.. Kalau tak silap encik Google cakap pokok-pokok kat Nami Island ni terdiri daripada pokok mulberry, poplar & chestnut..hehehe.. :-p

Sampai saja di Pulau Nami, kami terus lunch di kafe. Menu hari itu adalah nasi goncang. ^_^ Apa itu nasi goncang? Ia sebenarnya nasi + telur mata + tuna yang diletakkan dalam bekas aluminium panas. Jadi sblm goncang kena pakai sarung tangan. ;-) Lepas goncang-goncang, maka sebatilah semua bahan-bahan & menjadikan nasi tu best! Hehehe... Sedap! Saya suka!

 ~ Nasi sebelum goncang ~

~ Nasi selepas goncang ^_^ ~

Lepas lunch, baru best dapat jalan-jalan. Tapi sebelum tu, kami solat di bahagian atas Book Cafe / Nami Island Library. Usai solat saya & rakan-rakan ronda-ronda di sekitar pulau & tangkap gambar dengan seronoknya..hehehe.. ^_^

 ~ Saya & pokok-pokok ~

~ Nice view ^_^ ~

Spend masa hampir 3 jam di Pulau Nami, kami kemudian bergerak pulang ke bandar Seoul. Destinasi berikutnya adalah ke Insadong yang merupakan salah satu kawasan seni & kebudayaan yang terkenal di kalangan pelancong. Di sini, kami shopping sikit & jalan-jalan menghayati keunikan Insadong.. ^_^

 ~ Lelaki ini main alat muzik yang unik ~

~ Bubble performance ~

Selepas Insadong, kami ke destinasi terakhir utk hari ke-2 kami iaitu ke Itaewon. Itaewon terkenal di kalangan pelancong luar negara sebab ada banyak kedai-kedai makan negara asing, terutamanya bagi mereka yang mencari makanan halal. Di Itaewonlah terletaknya Seoul Central Mosque yang berada betul-betul di puncak bukit. Kami sempat solat di sini selepas makan malam di restoran Pak India. ^_^

 ~ Abah di hadapan restoran Pak India ~

~ Masjid Itaewon ~

Masih teringat saat-saat sampai Itaewon station, perjalanan jalan kaki mendaki bukit utk ke restoran & masjid memang sangat mencabar!! :)) Itaewon kawasan berbukit, jadi bersedialah untuk semput (especially yang jarang exercise)..hehehhe.. Tapi apapun, semua keletihan hilang sebaik tiba di restoran sebab makan nasi briyani & selepas terlihat keindahan masjid.. ^_^ Semoga syiar Islam terus berkembang di bumi Korea, ameeen...insyaAllah..

Selesai menziarahi Itaewon, kami pulang ke hostel berehat untuk hari ke-3 di Seoul. Aktiviti hari ke-3 kami ialah ke Everland, yang insyaAllah akan saya kongsi di entri yang akan datang.. ^_^

p/s: Al-Fatihah buat arwah ayah Azimah Saad yang meninggalkan kita pada 5.20 pagi (4 Jun) tadi. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Buat Jimah & sekeluarga, salam takziah & semoga tabah dengan ujian ini.. Dari DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali...

Monday, June 2, 2014

:: Seoul For Soul Part I ::

Alhamdulillah 26-29 Mei lepas, saya & ayahanda berkesempatan menjejakkan kaki di bumi Seoul walaupun hanya sekejap. Kalau mengikut perancangan asal, saya sepatutnya pergi bersama adik saya, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tentukan Abah sebagai teman saya sepanjang di sana.. ^_^

Kami bertolak dari KB ke KLIA2 pada malam 25hb. KLIA2 memang sgt luas! Memusing-musing jugak cari jalan ke Tune Hotel, tapi alhamdulillah jumpa jugak laluan sambungan ke hotel di Level L1M. ^_^ Saya dapat info ni daripada blog "A Traveller's Note" yang pernah juga mencari Tune Hotel KLIA2. So tq banyak-banyak! Jasamu dikenang.. ^_^

~ Bilik kami di Tune Hotel KLIA2 ~

Bilik di Tune Hotel KLIA2 ni jauh lagi selesa daripada Tune Hotel LCCT. Lebih luas & kemas. So, thumbs up! ^_^ Tak sempat pun tidur lama, sebab kami check-in hotel pukul 12 pagi, pukul 5 pagi dah perlu ke Departure Counters utk check-in luggage. Tapi apapun, dpt tidur lena di hotel ni..hehehe..

Pukul 5 pagi 26hb, bertemu dgn trip organizers daripada Jom Backpacker, Halim & Zul. Lepas settle check-in beg, terus ke Departure Hall & solat subuh di sana. Breakfast utk alas perut di Dunkin Donuts & pukul 7.30 dah masuk flight. First time saya naik Air Asia X. ^_^ Susunan seat utk penumpang biasa ialah 3-4-3. Pukul 8 lebih, flight berlepas. So, we're off to Seoul.. ^_^

Perjalanan selama 6 jam 20 minit. Sempat makan nasi lemak Pak Nasser seperti biasa utk travel jauh..hehe.. Dan alhamdulillah tiba di Incheon International Airport pukul 3.20 waktu tempatan. Beza masa dgn Malaysia adalah 1 jam. Jadi kalau ikut waktu Malaysia adalah pukul 2.20 pm. ^_^

Dari Incheon, kami naik tren AREX ke bandar Seoul dan transit train ke Sinchon. Perjalanan mengambil masa lebih sejam, dan check-in di hostel Shinchon.

~ Shin Chon Hostel ~

Hostel yang provide bilik yang selesa. Kami suka! ^_^ Tambahan pulak hostel ni ada sediakan kitchen, so boleh prepare breakfast sendiri.. 

Lepas check-in & solat, rehat2 kejap & kami jalan-jalan area ni utk cari air mineral di 7 Eleven. Orang-orang sini ramah dan boleh speaking basic English. So tak ada masalah komunikasi. ^_^ 

Dalam pukul 8.30 malam, kami berjalan ke restoran utk makan malam. Menu malam tu adalah nasi goreng seafood. Cukup utk refill energy utk malam tu..hehehe.. ^_^

~ Nasi goreng seafood ~

Settle dinner, kami bertolak dengan train ke Myeongdong - salah satu destinasi utk shopping souvenirs, alat2 kosmetik, baju etc. So spend masa di sini dalam sejam.

  
~ Laluan tren line hijau ~

~ Myeongdong ~

Lepas shopping, balik ke hostel & tido utk recharge energy utk esok. Hari ke-2 kami ke Pulau Nami yang famous kerana Winter Sonata. InsyaAllah next entry saya akan cerita tentang hari ke-2 kami di Seoul. ^_^

p/s: "Wherever you go, go with all your heart." - Confucius

Monday, May 12, 2014

.:: Sesi Belajar Bersama ShinKyes ::.





Kami tak pernah fokus.

Sekian.

XD

p/s: We live for thisssss....... LOVE ! <3

Tuesday, May 6, 2014

Dunia ini bulat. :)

Kawan saya selalu sebut ayat ni. Dunia ini bulat. Maksudnya, kita takkan selalu gembira dan berada di atas.. Sampai masanya perlu berada di bawah dan rasa rendah diri dengan serendah-rendahnya.

Apa yang menimpa kita sekarang MUNGKIN disebabkan kesalahan atau perbuatan kita satu ketika dahulu. Mungkin masa kita berada di atas dahulu, kita pernah sakitkan hati seseorang sehingga seseorang itu jatuh ke bawah. :) Mungkin kita tak sedar impak jangkamasa pendek atau panjang akibat perbuatan kita itu terhadap hidup orang tersebut. Kenapa? Kerana kita sedang berada di atas. :) Terlalu tinggi, sehingga tak nampak kelibat yang di bawah.

Jadi, jika kita sekarang sedang bersedih hati atau diuji olehNya, mungkin dah tiba masanya untuk muhasabah diri, mengenang semula kesalahan-kesalahan kita terhadap orang lain. :) MUNGKIN masanya telah tiba untuk kita pula rasa apa yang dia rasa.

Tapi perlu juga difahami bahawa ujian Allah bukan hanya berlaku pada mereka yang membuat dosa sahaja. Ujian boleh diturunkan oleh Allah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.. :) Kesimpulannya, Allah lebih tahu siapa yang berhak menerima ujianNya dan siapa yang tidak.

Apapun ujian yang menimpa kita sekarang, banyakkanlah muhasabah diri. MUNGKIN Allah mahu kita perbetulkan kesilapan kita yang lampau. Bersyukurlah kerana Dia masih memberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan.. Dia Maha Penyayang.. ^_^

Bagi yang sedang menanggung kesedihan & keperitan dugaanNya, bersabarlah. Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." [Surah Al-Baqarah : 286]

Ujian mematangkan diri. Ujian mendekatkan diri kita denganNya. Ujian mengajar kita konsep 'hamba Allah atau kuli Allah' dengan sedalam-dalamnya. :)

~ The choice is yours... ;-) ~

p/s: 20 days to go for another memorable adventure, insyaAllah... ^_^

Tuesday, April 29, 2014

You'll never walk alone...

Bukan. Bukan. Ini bukan tentang Liverpool. Jangan salah sangka. Hahaha.. Kan dah start spekulasi? :-p Tajuk hari ni memang berkaitan dengan entri hari ni. Tentang berseorangan. ^_^

Beberapa hari lepas, saya seperti biasa chatting dengan Cik Lily tentang isu-isu normal bagi kami. Tapi topik hari tu menjurus pada isu hutang pada Allah, konsep redha & berserah dan konsep penyerahan total. :) Dalam sembang-sembang, kami sama-sama kongsi pengalaman semasa di Makkah. Cik Lily pernah mengerjakan haji. Saya pula pernah mengerjakan umrah. Pengalaman kami mungkin sedikit berbeza tapi perspektif yang kami lihat & dapat hampir sama. :)

Baru saya sedar, saya belum lagi bercerita tentang pengalaman saya saei berseorangan kepada Cik Lily. Beliau terkejut. Hahaha.. :)) Yer, buat readers.. Ini confession saya. Saya pernah saei sorang-sorang semasa umrah terakhir dahulu. Percayalah! Hehe.. Jadi hari ni, saya nak share sikit tentang pengalaman saya, mungkin sebenarnya Allah nak uji personaliti saya & Allah mahu saya jadi lebih berani dari sebelumnya. :)

Semuanya disebabkan miscommunication dan salah paham. Biasalah, Makkah tempat ujian.. Hehehe.. Menyebabkan saya menanti mama dan adik saya di Bukit Safa selama sejam. Saya tak berhenti melihat jam tangan. Akhirnya saya buat keputusan untuk saei walaupun berseorangan gara-gara solat Zohor telah hampir masuk. Masa yang biasa diambil utk melengkapkan saei 7 kali adalah lebih kurang 30 - 40 minit kalau non-stop. Bagi yang tak tahu, jarak satu hala ialah dalam 500m. Maka 500m x 7 = 3.5km keseluruhannya.

Sebelum memulakan saei, saya berdoa pada Allah agar melindungi mama & adik saya walau di mana mereka berada. Sekarang, mama & adik saya adalah di bawah jagaan Dia. ^_^ Dengan semangat baru, saya nekad saei berseorangan. Semasa inilah saya guna konsep penyerahan total dengan sepenuh-penuhnya. Habis 500m pertama, saya tiba di Bukit Marwah. Ada tangan terus memegang bahu saya dari belakang. Tangan mama rupanya. Saya bersyukur, namun ada sedikit perasaan kecil hati. Mama ingat saya dah selesai saei, tapi saya baru habis pusingan pertama. Ada 6 pusingan lagi. Jadi mama & adik saya tunggu saya selesai di Bukit Marwah manakala saya cuba habiskan baki yang ada. :)

Sepanjang saei, zikir & doa adalah peneman saya. Saya tak rasa takut, tak rasa sunyi, alhamdulillah..cuma sedikit gusar kerana waktu zohor semakin hampir. Saya sgt berharap agar saei saya selesai sebelum azan berkumandang. Di kala laluan semakin padat pada 3 pusingan terakhir, ada seorang lelaki dengan pakaian ihram di hadapan saya, kulit sedikit gelap, berambut kerinting, turut melangkah tanpa menoleh. Saya terus ikut di belakang lelaki tersebut, ikut laluan yang dilaluinya kerana saya perasan rentak langkahnya dengan saya adalah sama laju. Dan setiap kali dia lalu, orang pasti memberi laluan. Subhanallah, sangat mudah perjalanan saya hinggalah selesai saei saya. Syukur alhamdulillah.. Hingga sekarang, saya masih terbayang, cuma wajah lelaki tersebut tak pernah saya ketahui. ^_^

Allah tolong saya. Tapi sebelum itu, Dia uji personaliti saya yang memang gemar membuat sesuatu berseorangan. Bila saya kenangkan semula, mungkin simboliknya adalah saie ialah satu perjalanan dalam kehidupan. Saya mampu laluinya walaupun berseorangan secara fizikal, namun sebenarnya Allah sentiasa ada bersama, memerhati & melindungi.. Mungkin kita tak sedar. Subhanallah, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dan Allah uji kesabaran saya terhadap ahli-ahli keluarga saya. Di sini, saya guna konsep redha. Ini ketentuan dari-Nya. Biasalah dalam hidup, tak boleh lari dengan salah faham yang mungkin sebenarnya remeh-temeh.. ^_^

Ok, sedikit lagi sambungan. Sebaik habis saie, saya, mama & adik bertahallul & terus cari tempat untuk bersolat zohor. Saya doa Allah berikan saya ruang, di mana saya dapat lihat Kaabah walaupun cuma sedikit. Alhamdulillah, Dia dengar. Di tempat kami solat, ruang sangat luas, tak crowded, dapat lihat Kaabah dengan jelas. Dia Maha Penyayang. Dia Maha Mendengar.

Kesimpulan utk entri hari ini ialah, percaya pada Dia & pengurusanNya. Doa, doa, doa & teruskan berdoa. Dia Maha Besar. Sebesar manapun masalah kita, Dia tak pernah tinggalkan kita. :)


~ Gambar ini diambil sebelum saya saei berseorangan. Kenangan.. :) ~

p/s: Masih banyak hutang pada Allah... :-(

Wednesday, April 23, 2014

Salah sangka.



Manusia, fitrahnya suka bersyakwasangka & salah sangka pada orang lain. Semuanya sebab ikut 'logik' sendiri-sendiri. Jadi hari ni, saya nak cuba list contoh2 pemikiran manusia dan keadaan yang boleh sebabkan berlakunya syakwasangka & salah sangka.

1. Seseorang berbaju selekeh dan sedikit koyak masuk ke bank. Orang pandang semacam & fikir dia orang kampung, jarang ke bank. Mereka tak tahu dia sebenarnya seorang tokey ayam yang dalam begnya ada bergugus-gugus duit, jauh lagi banyak dari orang makan gaji. :-p

2. Seseorang memandu kereta kancil. Orang berkereta besar pandang sipi-sipi & fikir dia orang berpendapatan rendah. Mereka tak tahu di rumahnya ada tiga buah lagi kereta sendiri yang dibeli tanpa buat loan pun. :-p

3. Sepasang suami isteri di food court, nampak sangat loving. Si suami tolong suapkan makanan ke mulut isteri. Orang yang melihat tarik muka & rasa jelik. Dalam hati menuduh suami isteri ini saja nak show off. Mereka tak tahu sebulan yang lepas si isteri baru lepas keguguran bayi pertama sepanjang 10 tahun perkahwinan.

4. Seseorang sedang mencari-cari lebihan duit dalam purse untuk membayar jumlah pembelian di kaunter. Orang lain dalam barisan mula bosan menunggu dan merungut. Mereka tak tahu di rumahnya ada seorang anak OKU sedang menanti ibunya pulang dengan biskut kegemarannya.

5. Sebuah keluarga bergelak ketawa & kelihatan hingar-bingar di restoran. Orang keliling pandang semacam dan rasa terganggu. Mereka tak tahu keluarga itu baru kehilangan ayah tersayang dalam kemalangan 2 minggu yang lalu.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh diberikan. Rasanya semua orang mesti pernah lalui benda-benda yang sama. Ditohmah yang bukan-bukan tanpa orang mengetahui keadaan sebenar. Tiap-tiap orang ada kisah masing-masing, dan tak semuanya memilih untuk bercerita kepada orang lain. :)

Dan kena ingat, tak semua benda yang kita share orang akan fahami & berkongsi perasaan dengan anda. Sometimes, diorang lagi suka bila tahu kita ada masalah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. :)

p/s: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" [Surah Al-Hujurat : 12]

Sunday, April 6, 2014

Abang Leman.

My Abang Leman di usia 20-an pada tahun 2006...


My Abang Leman di usia 30-an pada tahun 2014...


Picture credits to the owners. ;-)

Hehehehe... Motivasi untuk jaga kecantikan & kesihatan!!

Hidup Abang Leman!! 

=))

Oh btw, in case you're wondering who Abang Leman is.. His real name is Shin Hye Sung and he's 35 years old.

But we, ShinKyes love to call him 'Abang Leman' for his moodiness.

:-p

p/s: It's not a sin for being cute. XD

Friday, March 28, 2014

True friends.

Bermula dengan gambar ini di FB Berita Harian Online kelmarin...


Saya tertarik dgn belon panas Darth Vader. Teringin sangat nak tgk! Tapi tak mampu nak jejak kaki ke Putrajaya sekarang ini.. Sobs ~ Maka tulis luahan hati terus ke group chat.. :))


Dengan harapan sahabat saya, seorang kakitangan kat Putrajaya tolong tangkap gambar kalau berkesempatan.. Hehehe...

Tak sampai sejam... Saya di'tag' gambar ini...


Hahahaha!! Terus touching. Walaupun tarikh gambar adalah 19 March 2010. =))

Janji ada okehh!! XD

Itulah kawan-kawan baik saya. 

Membantu merealisasikan harapan selagi termampu...

Hehehehe...

Thank you, Cheekye!

You rock my life ~ *peace*

p/s: I'm blessed... Alhamdulillah... :-)