Tuesday, April 29, 2014

You'll never walk alone...

Bukan. Bukan. Ini bukan tentang Liverpool. Jangan salah sangka. Hahaha.. Kan dah start spekulasi? :-p Tajuk hari ni memang berkaitan dengan entri hari ni. Tentang berseorangan. ^_^

Beberapa hari lepas, saya seperti biasa chatting dengan Cik Lily tentang isu-isu normal bagi kami. Tapi topik hari tu menjurus pada isu hutang pada Allah, konsep redha & berserah dan konsep penyerahan total. :) Dalam sembang-sembang, kami sama-sama kongsi pengalaman semasa di Makkah. Cik Lily pernah mengerjakan haji. Saya pula pernah mengerjakan umrah. Pengalaman kami mungkin sedikit berbeza tapi perspektif yang kami lihat & dapat hampir sama. :)

Baru saya sedar, saya belum lagi bercerita tentang pengalaman saya saei berseorangan kepada Cik Lily. Beliau terkejut. Hahaha.. :)) Yer, buat readers.. Ini confession saya. Saya pernah saei sorang-sorang semasa umrah terakhir dahulu. Percayalah! Hehe.. Jadi hari ni, saya nak share sikit tentang pengalaman saya, mungkin sebenarnya Allah nak uji personaliti saya & Allah mahu saya jadi lebih berani dari sebelumnya. :)

Semuanya disebabkan miscommunication dan salah paham. Biasalah, Makkah tempat ujian.. Hehehe.. Menyebabkan saya menanti mama dan adik saya di Bukit Safa selama sejam. Saya tak berhenti melihat jam tangan. Akhirnya saya buat keputusan untuk saei walaupun berseorangan gara-gara solat Zohor telah hampir masuk. Masa yang biasa diambil utk melengkapkan saei 7 kali adalah lebih kurang 30 - 40 minit kalau non-stop. Bagi yang tak tahu, jarak satu hala ialah dalam 500m. Maka 500m x 7 = 3.5km keseluruhannya.

Sebelum memulakan saei, saya berdoa pada Allah agar melindungi mama & adik saya walau di mana mereka berada. Sekarang, mama & adik saya adalah di bawah jagaan Dia. ^_^ Dengan semangat baru, saya nekad saei berseorangan. Semasa inilah saya guna konsep penyerahan total dengan sepenuh-penuhnya. Habis 500m pertama, saya tiba di Bukit Marwah. Ada tangan terus memegang bahu saya dari belakang. Tangan mama rupanya. Saya bersyukur, namun ada sedikit perasaan kecil hati. Mama ingat saya dah selesai saei, tapi saya baru habis pusingan pertama. Ada 6 pusingan lagi. Jadi mama & adik saya tunggu saya selesai di Bukit Marwah manakala saya cuba habiskan baki yang ada. :)

Sepanjang saei, zikir & doa adalah peneman saya. Saya tak rasa takut, tak rasa sunyi, alhamdulillah..cuma sedikit gusar kerana waktu zohor semakin hampir. Saya sgt berharap agar saei saya selesai sebelum azan berkumandang. Di kala laluan semakin padat pada 3 pusingan terakhir, ada seorang lelaki dengan pakaian ihram di hadapan saya, kulit sedikit gelap, berambut kerinting, turut melangkah tanpa menoleh. Saya terus ikut di belakang lelaki tersebut, ikut laluan yang dilaluinya kerana saya perasan rentak langkahnya dengan saya adalah sama laju. Dan setiap kali dia lalu, orang pasti memberi laluan. Subhanallah, sangat mudah perjalanan saya hinggalah selesai saei saya. Syukur alhamdulillah.. Hingga sekarang, saya masih terbayang, cuma wajah lelaki tersebut tak pernah saya ketahui. ^_^

Allah tolong saya. Tapi sebelum itu, Dia uji personaliti saya yang memang gemar membuat sesuatu berseorangan. Bila saya kenangkan semula, mungkin simboliknya adalah saie ialah satu perjalanan dalam kehidupan. Saya mampu laluinya walaupun berseorangan secara fizikal, namun sebenarnya Allah sentiasa ada bersama, memerhati & melindungi.. Mungkin kita tak sedar. Subhanallah, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dan Allah uji kesabaran saya terhadap ahli-ahli keluarga saya. Di sini, saya guna konsep redha. Ini ketentuan dari-Nya. Biasalah dalam hidup, tak boleh lari dengan salah faham yang mungkin sebenarnya remeh-temeh.. ^_^

Ok, sedikit lagi sambungan. Sebaik habis saie, saya, mama & adik bertahallul & terus cari tempat untuk bersolat zohor. Saya doa Allah berikan saya ruang, di mana saya dapat lihat Kaabah walaupun cuma sedikit. Alhamdulillah, Dia dengar. Di tempat kami solat, ruang sangat luas, tak crowded, dapat lihat Kaabah dengan jelas. Dia Maha Penyayang. Dia Maha Mendengar.

Kesimpulan utk entri hari ini ialah, percaya pada Dia & pengurusanNya. Doa, doa, doa & teruskan berdoa. Dia Maha Besar. Sebesar manapun masalah kita, Dia tak pernah tinggalkan kita. :)


~ Gambar ini diambil sebelum saya saei berseorangan. Kenangan.. :) ~

p/s: Masih banyak hutang pada Allah... :-(

Wednesday, April 23, 2014

Salah sangka.



Manusia, fitrahnya suka bersyakwasangka & salah sangka pada orang lain. Semuanya sebab ikut 'logik' sendiri-sendiri. Jadi hari ni, saya nak cuba list contoh2 pemikiran manusia dan keadaan yang boleh sebabkan berlakunya syakwasangka & salah sangka.

1. Seseorang berbaju selekeh dan sedikit koyak masuk ke bank. Orang pandang semacam & fikir dia orang kampung, jarang ke bank. Mereka tak tahu dia sebenarnya seorang tokey ayam yang dalam begnya ada bergugus-gugus duit, jauh lagi banyak dari orang makan gaji. :-p

2. Seseorang memandu kereta kancil. Orang berkereta besar pandang sipi-sipi & fikir dia orang berpendapatan rendah. Mereka tak tahu di rumahnya ada tiga buah lagi kereta sendiri yang dibeli tanpa buat loan pun. :-p

3. Sepasang suami isteri di food court, nampak sangat loving. Si suami tolong suapkan makanan ke mulut isteri. Orang yang melihat tarik muka & rasa jelik. Dalam hati menuduh suami isteri ini saja nak show off. Mereka tak tahu sebulan yang lepas si isteri baru lepas keguguran bayi pertama sepanjang 10 tahun perkahwinan.

4. Seseorang sedang mencari-cari lebihan duit dalam purse untuk membayar jumlah pembelian di kaunter. Orang lain dalam barisan mula bosan menunggu dan merungut. Mereka tak tahu di rumahnya ada seorang anak OKU sedang menanti ibunya pulang dengan biskut kegemarannya.

5. Sebuah keluarga bergelak ketawa & kelihatan hingar-bingar di restoran. Orang keliling pandang semacam dan rasa terganggu. Mereka tak tahu keluarga itu baru kehilangan ayah tersayang dalam kemalangan 2 minggu yang lalu.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh diberikan. Rasanya semua orang mesti pernah lalui benda-benda yang sama. Ditohmah yang bukan-bukan tanpa orang mengetahui keadaan sebenar. Tiap-tiap orang ada kisah masing-masing, dan tak semuanya memilih untuk bercerita kepada orang lain. :)

Dan kena ingat, tak semua benda yang kita share orang akan fahami & berkongsi perasaan dengan anda. Sometimes, diorang lagi suka bila tahu kita ada masalah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. :)

p/s: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" [Surah Al-Hujurat : 12]

Sunday, April 6, 2014

Abang Leman.

My Abang Leman di usia 20-an pada tahun 2006...


My Abang Leman di usia 30-an pada tahun 2014...


Picture credits to the owners. ;-)

Hehehehe... Motivasi untuk jaga kecantikan & kesihatan!!

Hidup Abang Leman!! 

=))

Oh btw, in case you're wondering who Abang Leman is.. His real name is Shin Hye Sung and he's 35 years old.

But we, ShinKyes love to call him 'Abang Leman' for his moodiness.

:-p

p/s: It's not a sin for being cute. XD