Monday, May 12, 2014

.:: Sesi Belajar Bersama ShinKyes ::.





Kami tak pernah fokus.

Sekian.

XD

p/s: We live for thisssss....... LOVE ! <3

Tuesday, May 6, 2014

Dunia ini bulat. :)

Kawan saya selalu sebut ayat ni. Dunia ini bulat. Maksudnya, kita takkan selalu gembira dan berada di atas.. Sampai masanya perlu berada di bawah dan rasa rendah diri dengan serendah-rendahnya.

Apa yang menimpa kita sekarang MUNGKIN disebabkan kesalahan atau perbuatan kita satu ketika dahulu. Mungkin masa kita berada di atas dahulu, kita pernah sakitkan hati seseorang sehingga seseorang itu jatuh ke bawah. :) Mungkin kita tak sedar impak jangkamasa pendek atau panjang akibat perbuatan kita itu terhadap hidup orang tersebut. Kenapa? Kerana kita sedang berada di atas. :) Terlalu tinggi, sehingga tak nampak kelibat yang di bawah.

Jadi, jika kita sekarang sedang bersedih hati atau diuji olehNya, mungkin dah tiba masanya untuk muhasabah diri, mengenang semula kesalahan-kesalahan kita terhadap orang lain. :) MUNGKIN masanya telah tiba untuk kita pula rasa apa yang dia rasa.

Tapi perlu juga difahami bahawa ujian Allah bukan hanya berlaku pada mereka yang membuat dosa sahaja. Ujian boleh diturunkan oleh Allah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.. :) Kesimpulannya, Allah lebih tahu siapa yang berhak menerima ujianNya dan siapa yang tidak.

Apapun ujian yang menimpa kita sekarang, banyakkanlah muhasabah diri. MUNGKIN Allah mahu kita perbetulkan kesilapan kita yang lampau. Bersyukurlah kerana Dia masih memberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan.. Dia Maha Penyayang.. ^_^

Bagi yang sedang menanggung kesedihan & keperitan dugaanNya, bersabarlah. Ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." [Surah Al-Baqarah : 286]

Ujian mematangkan diri. Ujian mendekatkan diri kita denganNya. Ujian mengajar kita konsep 'hamba Allah atau kuli Allah' dengan sedalam-dalamnya. :)

~ The choice is yours... ;-) ~

p/s: 20 days to go for another memorable adventure, insyaAllah... ^_^