Thursday, June 5, 2014

:: Seoul For Soul Final Part ::

Akhirnya, saya akan kongsikan pengalaman dua hari terakhir percutian saya & Abah ke Seoul untuk entri kali ini. Bagi yang belum membaca aktiviti-aktiviti kami hari pertama & kedua, boleh rujuk sini: Part I dan Part II. ^_^

Pada hari ke-3, aktiviti kami yang utama adalah ke Everland Theme Park yang terletak luar dari bandar Seoul. Jadi sejak awal pagi, buat persediaan awal dengan beli set Wild Shrimp Burger di Lotteria sebagai bekal kami di sana. Dari Sinchon, kami ke Gangnam untuk menaiki bas ke Everland.

~ Abah & saya di Gangnam ~

Bas yang kami naik bernombor 5002 & perjalanan mengambil masa hampir sejam. Ok, nak komplen sket. Pemandu-pemandu bas di Seoul adalah sangat ganas!! Ingatkan di Malaysia saja, rupanya sangkaan saya meleset. TT____TT Rasanya pemandu-pemandu bas & teksi di Seoul tak suka brek kalau di selekoh. Maka kami penumpang ni terhuyung-hayang macam lalang. :)) Apapun, pengalaman kan? Hehehe.. 

Ok, sebaik tiba di terminal berhampiran Everland, kami naik pula shuttle bus ke Everland. Shuttle bus sekejap saja, dalam 10-15 minit. Maka tibalah di Everland, yang kalau tak silap saya taman tema terbesar di Korea Selatan.

 ~ Everland Resort Guide ~

~ Selfie lepas masuk entrance Everland :-p ~

Di Everland ketika itu tengah ada Rose Festival, jadi target saya hari tu adalah untuk bergambar dengan ros sebanyak yang boleh.. Hehe.. Bulan April lepas pula Tulip Festival. Jadi mungkin lepas-lepas ni, akan ada festival yang lain pula. ^_^

Since Everland adalah taman tema, jadi ada banyak rides yang boleh dicuba. Tapi kerana saya bersama Abah saya, maka saya ambil keputusan untuk ronda-ronda saja, tgk performance & naik rides yang biasa-biasa macam cable car. ^_^ Sambil-sambil tu tangkap gambar dengan sepuas hatinya. Hehehe...

 ~ Abah & saya naik human sky ~

Bagi yang ingin tahu, untuk memudahkan pengunjung Muslim, Everland ada sediakan surau/prayer room di sebelah Mystery Mansion di European Adventure. Cumanya surau ini campur lelaki & perempuan, jadi kena pandai-pandai take turn utk solat. ^_^

 ~ Surau di Everland ~

Usai solat, saya & Abah teruskan ronda-ronda di Everland yang sangat luas ni. Kami sempat naik train rides mengelilingi Miffy's Garden yang warna-warni ni.

 ~ Miffy's Garden of Delight ~

Kemudian, kami terus pula berjalan ke Rose Garden. Seperti namanya, memang penuh dengan bunga ros pelbagai spesis & warna. So, sini memang best untuk snap gambar. ^_^

~ Saya & ros kesukaan ^_^ ~

Lepas selesai rehat-rehat di Rose Garden, saya & Abah naik cable car menghampiri main entrance. Memandangkan masih ada masa, kami menonton K-Pop Hologram Big Bang. Hehehe.. Best! ^_^ 

~ K-Pop Hologram ~

Separuh hari di Everland, akhirnya pukul 4.30 petang kami berangkat pulang ke bandar Seoul. Destinasi shopping terakhir kami ialah di Dongdaemun. Di sini, boleh shopping macam-macam souvenir seperti t-shirt, keychain, bookmark etc. Tour guide kami, Zul bawa kami ke satu kedai ahjumma yang memang banyak bagi diskaun & free gift. So, memang best shopping. ^_^

 ~ Di Dongdaemun Market ~

~ Kedai ahjumma yang best! ^_^ ~

Usai shopping, kami pulang ke hostel & makan malam di restoran hari pertama dahulu. Seperti sebelum ini, nasi goreng seafood menjadi menu. Hehehe.. Lepas dinner, balik ke hostel packing barang & tidur. Keesokannya, seawal pukul 6 pagi kami bertolak ke Incheon International Airport dan tepat pukul 9.30 berangkat pulang ke tanah air.. Flight ke KB pula pukul 10.30 malam. Maka selesailah sudah percutian saya & Abah ke Seoul selama 4 hari 3 malam. ^_^

Banyak pengalaman baru saya dapati dengan percutian ini. Bersyukur kepada Allah kerana bagi saya peluang untuk bercuti dengan Ayahanda. Terima kasih buat Zul & pihak Jom Backpacker atas segala usaha & penat lelah.. Seronok juga sebab dapat kenal kawan-kawan baru.. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga bila-bila, insyaAllah..

p/s: "We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls. " - Anais Nin

No comments: