Monday, June 2, 2014

:: Seoul For Soul Part I ::

Alhamdulillah 26-29 Mei lepas, saya & ayahanda berkesempatan menjejakkan kaki di bumi Seoul walaupun hanya sekejap. Kalau mengikut perancangan asal, saya sepatutnya pergi bersama adik saya, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tentukan Abah sebagai teman saya sepanjang di sana.. ^_^

Kami bertolak dari KB ke KLIA2 pada malam 25hb. KLIA2 memang sgt luas! Memusing-musing jugak cari jalan ke Tune Hotel, tapi alhamdulillah jumpa jugak laluan sambungan ke hotel di Level L1M. ^_^ Saya dapat info ni daripada blog "A Traveller's Note" yang pernah juga mencari Tune Hotel KLIA2. So tq banyak-banyak! Jasamu dikenang.. ^_^

~ Bilik kami di Tune Hotel KLIA2 ~

Bilik di Tune Hotel KLIA2 ni jauh lagi selesa daripada Tune Hotel LCCT. Lebih luas & kemas. So, thumbs up! ^_^ Tak sempat pun tidur lama, sebab kami check-in hotel pukul 12 pagi, pukul 5 pagi dah perlu ke Departure Counters utk check-in luggage. Tapi apapun, dpt tidur lena di hotel ni..hehehe..

Pukul 5 pagi 26hb, bertemu dgn trip organizers daripada Jom Backpacker, Halim & Zul. Lepas settle check-in beg, terus ke Departure Hall & solat subuh di sana. Breakfast utk alas perut di Dunkin Donuts & pukul 7.30 dah masuk flight. First time saya naik Air Asia X. ^_^ Susunan seat utk penumpang biasa ialah 3-4-3. Pukul 8 lebih, flight berlepas. So, we're off to Seoul.. ^_^

Perjalanan selama 6 jam 20 minit. Sempat makan nasi lemak Pak Nasser seperti biasa utk travel jauh..hehe.. Dan alhamdulillah tiba di Incheon International Airport pukul 3.20 waktu tempatan. Beza masa dgn Malaysia adalah 1 jam. Jadi kalau ikut waktu Malaysia adalah pukul 2.20 pm. ^_^

Dari Incheon, kami naik tren AREX ke bandar Seoul dan transit train ke Sinchon. Perjalanan mengambil masa lebih sejam, dan check-in di hostel Shinchon.

~ Shin Chon Hostel ~

Hostel yang provide bilik yang selesa. Kami suka! ^_^ Tambahan pulak hostel ni ada sediakan kitchen, so boleh prepare breakfast sendiri.. 

Lepas check-in & solat, rehat2 kejap & kami jalan-jalan area ni utk cari air mineral di 7 Eleven. Orang-orang sini ramah dan boleh speaking basic English. So tak ada masalah komunikasi. ^_^ 

Dalam pukul 8.30 malam, kami berjalan ke restoran utk makan malam. Menu malam tu adalah nasi goreng seafood. Cukup utk refill energy utk malam tu..hehehe.. ^_^

~ Nasi goreng seafood ~

Settle dinner, kami bertolak dengan train ke Myeongdong - salah satu destinasi utk shopping souvenirs, alat2 kosmetik, baju etc. So spend masa di sini dalam sejam.

  
~ Laluan tren line hijau ~

~ Myeongdong ~

Lepas shopping, balik ke hostel & tido utk recharge energy utk esok. Hari ke-2 kami ke Pulau Nami yang famous kerana Winter Sonata. InsyaAllah next entry saya akan cerita tentang hari ke-2 kami di Seoul. ^_^

p/s: "Wherever you go, go with all your heart." - Confucius

No comments: