Wednesday, June 4, 2014

:: Seoul For Soul Part II ::

Sambungan daripada Part I yang lepas. :)

Hari ke-2 saya & Abah di Seoul, kami bertolak ke Pulau Nami bersama rakan-rakan yang lain. Dari hostel, kami ke Yongsan Station & menaiki tren ITX ke Gapyeong selama sejam. Jadi sepanjang dalam tren, sempat tengok pemandangan luar bandar yang menyejuk hati.. Cuba sehabis baik utk tak nak terlelap dalam tren sbb nak tgk view..hehehe.. ^_^

~ View dari dalam tren ITX ~

Sebaik tiba di stesen Gapyeong, naik teksi ke jeti. Dari jeti, kami naik feri ke Pulau Nami. Buat yg tak tahu, Pulau Nami ni sebenarnya pulau yang terbentuk di tengah-tengah sungai Han dan ada sejarahnya sendiri. Silalah google utk maklumat lanjut. :)) Dan Pulau Nami ni jadi benar-benar terkenal sejak penggambaran drama Winter Sonata. ^_^

~ Feri tiba di Pulau Nami ~

View di Pulau Nami memang cantik, rasa sejuk sangat hati..hihihi.. Satu pulau ni penuh dengan pokok-pokok tinggi saujana mata memandang.. Kalau tak silap encik Google cakap pokok-pokok kat Nami Island ni terdiri daripada pokok mulberry, poplar & chestnut..hehehe.. :-p

Sampai saja di Pulau Nami, kami terus lunch di kafe. Menu hari itu adalah nasi goncang. ^_^ Apa itu nasi goncang? Ia sebenarnya nasi + telur mata + tuna yang diletakkan dalam bekas aluminium panas. Jadi sblm goncang kena pakai sarung tangan. ;-) Lepas goncang-goncang, maka sebatilah semua bahan-bahan & menjadikan nasi tu best! Hehehe... Sedap! Saya suka!

 ~ Nasi sebelum goncang ~

~ Nasi selepas goncang ^_^ ~

Lepas lunch, baru best dapat jalan-jalan. Tapi sebelum tu, kami solat di bahagian atas Book Cafe / Nami Island Library. Usai solat saya & rakan-rakan ronda-ronda di sekitar pulau & tangkap gambar dengan seronoknya..hehehe.. ^_^

 ~ Saya & pokok-pokok ~

~ Nice view ^_^ ~

Spend masa hampir 3 jam di Pulau Nami, kami kemudian bergerak pulang ke bandar Seoul. Destinasi berikutnya adalah ke Insadong yang merupakan salah satu kawasan seni & kebudayaan yang terkenal di kalangan pelancong. Di sini, kami shopping sikit & jalan-jalan menghayati keunikan Insadong.. ^_^

 ~ Lelaki ini main alat muzik yang unik ~

~ Bubble performance ~

Selepas Insadong, kami ke destinasi terakhir utk hari ke-2 kami iaitu ke Itaewon. Itaewon terkenal di kalangan pelancong luar negara sebab ada banyak kedai-kedai makan negara asing, terutamanya bagi mereka yang mencari makanan halal. Di Itaewonlah terletaknya Seoul Central Mosque yang berada betul-betul di puncak bukit. Kami sempat solat di sini selepas makan malam di restoran Pak India. ^_^

 ~ Abah di hadapan restoran Pak India ~

~ Masjid Itaewon ~

Masih teringat saat-saat sampai Itaewon station, perjalanan jalan kaki mendaki bukit utk ke restoran & masjid memang sangat mencabar!! :)) Itaewon kawasan berbukit, jadi bersedialah untuk semput (especially yang jarang exercise)..hehehhe.. Tapi apapun, semua keletihan hilang sebaik tiba di restoran sebab makan nasi briyani & selepas terlihat keindahan masjid.. ^_^ Semoga syiar Islam terus berkembang di bumi Korea, ameeen...insyaAllah..

Selesai menziarahi Itaewon, kami pulang ke hostel berehat untuk hari ke-3 di Seoul. Aktiviti hari ke-3 kami ialah ke Everland, yang insyaAllah akan saya kongsi di entri yang akan datang.. ^_^

p/s: Al-Fatihah buat arwah ayah Azimah Saad yang meninggalkan kita pada 5.20 pagi (4 Jun) tadi. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Buat Jimah & sekeluarga, salam takziah & semoga tabah dengan ujian ini.. Dari DIA kita datang, kepadaNYA kita kembali...

No comments: