Friday, August 15, 2014

Lugano Coffee House Review

Baru perasan, lama tak buat review. :)) Kalau sebelum ni rajin buat review tentang holiday, filem & drama, kali ni nak buat review tentang cafe. ^_^

Maka, hari ni saya nak bercerita tentang sebuah cafe di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu yang bernama Lugano Coffee House.

Sebelum wujudnya Lugano ni, tapak asalnya dulu adalah Kopitiam Hayaki yang terawal di Kota Bharu. Lepas Hayaki bertambah maju, bertambahlah cawangannya di seberang jalan (masih di Jalan Kebun Sultan) dan cawangan-cawangan yang lain seperti di Tune Hotel KB Mall, di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Billion, di Damansara, Shah Alam dan lain-lain.

Sejak akhir tahun lepas (tak salah saya), saya perasan tapak awal Hayaki di Jalan Kebun Sultan di'renovate' untuk sesuatu yang baru. Dan beberapa bulan ni akhirnya wujudlah sebuah coffee house bernama Lugano yang merupakan "anak" kepada Kopitiam Hayaki yang sedia ada..hehehe.. Sebab tu kalau tengok di signboardnya tertulis "Lugano Coffee House by Hayaki". ^_^ Maknanya, mereka di bawah pengurusan yang sama.

Dek kerana Lugano membawa konsep coffee house, maka ianya tertutup, tak open air seperti kopitiam. Menu-menu yang sedia ada pula majoritinya berasaskan western. Jadi, totally baru dan lain daripada Kopitiam Hayaki. :)

Saya ke Lugano minggu lepas dengan adik saya, saja cuba untuk lihat sendiri apa yang menarik di Lugano. Waktu kami pergi ketika tu petang, dalam pukul 5. Sebaik masuk ke cafe, saya dapati ianya berhawa dingin & dekorasinya ala-ala rustic retro yang lain dari yang lain.  ;-) Orang ketika tu tak ramai, jadi sangat selesa.

~ Antara dekorasi di Lugano ~

Lepas belek-belek menu, saya pilih untuk makan Spageti Carbonara (kerana mengidam :-p) dan adik saya pilih Chicken Burger & macaron hazelnut. Oh lupa, sebab Lugano ni coffee house, jadi ada macam-macam jenis-jenis kopi & teh, serta kek dan lain-lain.. ^_^ Utk minuman, saya pilih Earl Grey Tea (terima kasih Cik Yan sebab ajar saya minum Earl Grey yang menenangkan sejak beberapa tahun yang dulu..!) dan adik saya order ice cream soda. Untuk pengetahuan, selain daripada makanan western, ada juga beberapa menu wajib Kelantan seperti nasi kerabu yer..hehehe...

Kalau anda tertanya-tanya tentang harga, saya hanya boleh nyatakan harganya standard untuk makanan western & minumannya standard cafe. ^_^ Maka budget untuk seorang dalam RM15-RM20 untuk makan & minum, bergantung pada apa yang kita order.

Ok, tengok jerlah gambar-gambar ni yer.. :-p

 ~ Coverpage Menu ~

~ Macaron Hazelnut ~

 ~ Cik Paten dan ice cream sodanya ~

~ Oh my yummy Earl Grey tea ~

 ~ Spageti carbonara ~

~ Chicken burger ~

Setakat lawatan yang pertama ni, saya puas hati dengan kualiti makanan & minuman di Lugano. ^_^ Spageti carbonara sedap!! Earl grey tea apatah lagi..hehehehe... Overall, saya suka. Maka Lugano Cofee House dah officially masuk ke dalam senarai favourite hangout place. Untuk yang nak escape dari kesibukan & hingar-bingar Kota Bharu, bolehlah ke sini untuk tenangkan fikiran. Oh lupa, sepanjang berada di Lugano, lagu-lagu yang dipasang adalah lagu favourite saya..hahahahah... Kebetulan pulak diorang pasang album ballads & oldies Westlife.. Maka, sambil makan-makan tu haruslah saya menyanyi dengan bahagianya... =)) Kalau ikut hati, nak makan lama2 lagi & tak nak keluar.. :)) Dan serta-merta juga boleh imagine kalau geng Cheekyes kat sini mmg kacau-bilaulah coffee house ni..ahaksss! :-p

Rasanya, itu saja review saya tentang Lugano Coffee House. Harapnya cafe ni berkekalan & mendapat sambutan warga Kota Bharu terutamanya. All the best Lugano!!

p/s: Countdown to slumber party with Cheekyes.. ;-)

Sunday, August 3, 2014

In the end, there's always a choice.. :)


Masih dalam mood raya walaupun jasad sudah berada di ofis. :)) Melaksanakan tanggungjawab yang masih berbaki sementara masih makan gaji. Yer, ini pilihan saya setakat ini. Hehehe.. Maka harus motivasi diri supaya bertahan selagi termampu..insyaAllah.. ^_^

Semenjak dua menjak ni, otak asyik ligat berfikir tentang isu-isu etika dan moral. Contohnya, kalau kita dah sedia tahu perkara yang kita selalu buat menjurus kepada keburukan lebih daripada kebaikan, mengapa perlu diteruskan? Ataupun, kalau kita dah tahu kita berada dalam situasi yang menzalimi diri sendiri dan orang lain, mengapa perlu dibiarkan sahaja?

Susah. Memang susah.

Tapi, selepas ditimbang-tara, jika kita ada pilihan yang lebih baik, harusnya memilih yang lebih baik walaupun tampak susah. ^_^

Dan itu yang insyaAllah akan saya lakukan.

Semoga Allah menetapkan pendirian saya & mempermudahkan segala urusan.. Ameeen...

p/s: Rindu nak pi KL. Sobs ~