Friday, December 25, 2015

Al-Fatihah...

~ Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah Mek Selamah di kalangan orang-orang beriman ~

Tahun 2015 adalah tahun kehilangan dalam keluarga..
Seorang demi seorang ahli keluarga kami dipanggil menghadap Ilahi..
Tanggal 24 Disember 2015 / 12 Rabiulawal 1437 ini, satu-satunya nenek saya yang tinggal telah dijemput olehNya..
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah..
Semoga segala urusan dipermudahkan...
Semoga Allahyarhamah tenang di sana..

Amin ya rabbal 'alamin...

Terima kasih atas doa semua..
InsyaAllah kami tabah menghadapi ketentuanNya..
Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada..

Sunday, December 20, 2015

Tak semua...

Ada ketikanya, tak semua benda yang kita harapkan kita boleh dapat.. Dalam proses pembelajaran dalam hidup ni, ada ketikanya kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.. Dan tak semua benda yang telah kita rangka dalam hidup dapat berjalan lancar sentiasa.. Sebab apa? Sebab hidup di dunia ni dikawal oleh Allah.. Kita hanya mampu berusaha.. :)

Tak semestinya bekerja keras akan selalu mendatangkan hasil. Tapi kalau kita redha dengan apa jua yang Allah dah tetapkan terjadi pada kita, insyaAllah kita akan dapat lihat hikmahnya dari perspektif yang tak terlintas pun di fikiran sebelum ini. Ya, kita hambaNya yang sangat lemah. Selalu kita lihat dunia berdasarkan perspektif kita saja. Sampai masanya, kita akan dapat rasa & lihat dari perspektif lain pula. Hidup ni macam roda. Tak semestinya sentiasa di atas.. Cliche, tapi itulah realitinya..

Ada baiknya kita diuji di kala kita tidak bersedia. Sekurang-kurangnya dapat membuatkan diri menjadi lebih fleksibel & open to other opportunities.. Kadang-kadang kita rasa dah cukup bersedia, tapi sebenarnya tidak. Jadi, bagus untuk mematangkan diri. InsyaAllah.. ^_^

Teruskan berusaha walaupun kita masih tidak tahu bagaimana pengakhirannya. Allah lebih tahu apa yang telah kita usahakan & insyaAllah Dia akan tunjukkan jalan untuk mempermudahkan segala urusan.. ^_^

Oh lupa, saya pernah cakap dahulu. Kadang-kadang, kita perlu melompat untuk mendapatkan sesuatu walaupun kita tahu akan risikonya.. ;-)

Maka, marilah kita melompat!! :))

p/s: Kentalkan semangat!!


Tuesday, November 24, 2015

Almost there ~

Hampir setahun saya telah berhenti kerja daripada menjadi seorang pensyarah kolej. Kini bergelar pelajar sepenuh masa tanpa rasa sesalan.. ^_^ Ramai yang terkejut dgn tindakan saya sebelum ini, mungkin mereka risau jika saya tak mempunyai pendapatan tetap seperti sebelumnya. Namun, saya nekad kerana saya yakin Allah itu ada, rezeki Allah itu sangat luas. Alhamdulillah, Dia permudahkan segalanya.. Tahap kepuasan hati dulu dan sekarang sangat berbeza. Jangan pandang rendah dgn seseorang pelajar kerana mungkin incomenya jauh lagi tinggi berbanding yang sedang bekerja.. :-p

Sem ni belajar Advanced Statistic. First time belajar guna SPSS. Then, belajar balik cara-cara nak manipulate data & buat analysis berdasarkan pelbagai kaedah statistik yang pernah belajar sebelum2 ni. So, teringat masa belajar statistik zaman degree dulu hanya belajar semata2 nak pass paper, sekarang baru paham cara penggunaannya dengan betul..huhuhu...indahnya percaturan yang Allah dah tetapkan.. InsyaAllah akan lipatgandakan usaha dengan jayanya..hehehe.. ^_^

Minggu lepas ambil masa beberapa hari menziarah tanah kelahiran & tempat membesar. Saja bawa encik husband kenal Penang dan Kulim kerana beliau belum pernah sampai ke sana. Tempat penuh nostalgia, mana boleh dipadam dari minda & jiwa ini.. :) Seronok tgk macam2 perubahan sepanjang perjalanan. Mungkin satu hari nanti boleh bawa junior pula ke sana, insyaAllah.. ^_^

Kerana sekarang sudah hampir masuk bulan Disember, maka warga negeri pantai timur dah mula bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan. Kalau tahun lepas kami dilanda banjir kuning, harapnya tahun ni banjir besar tidak lagi berlaku... Aminnn... Doakan untuk kami, ok?

30 November ni perlu submit 4 hardcopy proposal. InsyaAllah proposal defence akan berlangsung 12/13 Disember nanti. Doakan kejayaan saya & rakan-rakan.. Semoga Allah permudahkan semuanya.. Aminn...

p/s: Teruskan melangkah. Jangan lagi pandang belakang ! ^_^

Monday, October 19, 2015

Setahun.

Ya, setahun saya tak mengarang. Harapnya masih ingat lagi cara-cara nak berblogging. =))

Dalam masa setahun, macam-macam ceriteranya. Tapi tak mampu tulis semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk 'meninjau' blog ini dan melalui kehidupan sehari-hari yang ada suka & dukanya.

Perkembangan diri? Alhamdulillah sedang mendaki ke tahap yang diimpikan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan..

Bagi yang tidak tahu, saya sudah bergelar seorang isteri dan insyaAllah seorang ibu pada tahun hadapan. Juga sekarang kembali menjadi pelajar full-time yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan proposal dengan target utk proposal defence pada sem ini. Allah banyak bantu saya sepanjang perjalanan ini.. Terima kasih, ya Allah.. Tak terhitung nikmat yang Dia berikan.. :(

Apa lagi nak update? Mungkin perlu berhenti di sini. InsyaAllah jumpa lagi.. ;-)

p/s: Teruskan berjalan.. :)