Tuesday, November 24, 2015

Almost there ~

Hampir setahun saya telah berhenti kerja daripada menjadi seorang pensyarah kolej. Kini bergelar pelajar sepenuh masa tanpa rasa sesalan.. ^_^ Ramai yang terkejut dgn tindakan saya sebelum ini, mungkin mereka risau jika saya tak mempunyai pendapatan tetap seperti sebelumnya. Namun, saya nekad kerana saya yakin Allah itu ada, rezeki Allah itu sangat luas. Alhamdulillah, Dia permudahkan segalanya.. Tahap kepuasan hati dulu dan sekarang sangat berbeza. Jangan pandang rendah dgn seseorang pelajar kerana mungkin incomenya jauh lagi tinggi berbanding yang sedang bekerja.. :-p

Sem ni belajar Advanced Statistic. First time belajar guna SPSS. Then, belajar balik cara-cara nak manipulate data & buat analysis berdasarkan pelbagai kaedah statistik yang pernah belajar sebelum2 ni. So, teringat masa belajar statistik zaman degree dulu hanya belajar semata2 nak pass paper, sekarang baru paham cara penggunaannya dengan betul..huhuhu...indahnya percaturan yang Allah dah tetapkan.. InsyaAllah akan lipatgandakan usaha dengan jayanya..hehehe.. ^_^

Minggu lepas ambil masa beberapa hari menziarah tanah kelahiran & tempat membesar. Saja bawa encik husband kenal Penang dan Kulim kerana beliau belum pernah sampai ke sana. Tempat penuh nostalgia, mana boleh dipadam dari minda & jiwa ini.. :) Seronok tgk macam2 perubahan sepanjang perjalanan. Mungkin satu hari nanti boleh bawa junior pula ke sana, insyaAllah.. ^_^

Kerana sekarang sudah hampir masuk bulan Disember, maka warga negeri pantai timur dah mula bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan. Kalau tahun lepas kami dilanda banjir kuning, harapnya tahun ni banjir besar tidak lagi berlaku... Aminnn... Doakan untuk kami, ok?

30 November ni perlu submit 4 hardcopy proposal. InsyaAllah proposal defence akan berlangsung 12/13 Disember nanti. Doakan kejayaan saya & rakan-rakan.. Semoga Allah permudahkan semuanya.. Aminn...

p/s: Teruskan melangkah. Jangan lagi pandang belakang ! ^_^

No comments: