Tuesday, January 26, 2016

Kahwin bajet? Bajet kahwin?

Saya masih dalam mood 1st anniversary. Hehehe.. Jadi bila diimbas balik kenangan setahun yg lepas, masih segar lagi persiapan-persiapan yang saya buat dulu menjelang hari kahwin. Nak kata majlis saya grand, saya tak rasa grand pun..tapi cukup untuk buat kami sekeluarga berpuas hati dapat raikan tetamu. Tambah2 lepas postpone majlis kahwin yang asalnya patut berlangsung bulan Disember 2014, tapi disebabkan banjir ketika tu majlis ditunda ke bulan Januari 2015. Macam-macam kenangan boleh cerita, ada suka duka. Hehehe..yer, nak kahwin ni kena tempuh macam-macam ujian.. Janji, kita nekad! :))

Ada yang pernah tanya saya tentang perihal pelamin, baju, hantaran etc. Katanya berminat nak tahu ambik pakej dengan siapa, beli bunga telur kat mana & macam-macam. Tapi saya tak sempat nak bercerita panjang. Jadi hari ni sementara saya masih ingat lagi persiapan yang pernah saya buat, saya akan cuba cerita pengalaman dan tips setakat yang termampu..harapnya dpt bagi idea sedikit sebanyak utk anda yang tengah plan utk kahwin tahun ni..hehehe...

1. Bincang dahulu dengan keluarga tentang belanja yang akan dikeluarkan. Sangat penting untuk dapatkan pencerahan dari keluarga tentang bajet yang akan dibelanjakan supaya masing-masing tahu peranan untuk menjayakan majlis. Sekiranya keluarga anda ingin sponsor makanan & khemah contohnya, anda boleh fokus untuk perbelanjaan2 lain seperti pakej pelamin, souvenir etc. Yang penting, berbincang! Bila dah tahu apa yang perlu difokuskan, bolehlah start buat bajet & berangan-angan mengikut kemampuan..hehehe.. Janji angan-angan anda realistik & boleh dicapai dengan bajet yang ada. Lebih baik kalau anda buat plan bertulis & catat setiap aliran duit yang keluar masuk untuk rujukan.. Sangat berguna!

2. Dengar pendapat orang lain, tapi anda yang berhak buat keputusan akhir. Kadang-kadang seronok dengar pendapat dari saudara-mara, kawan-kawan etc. Tapi perlu ingat, yang nak kahwinnya adalah anda. Jadi makin banyak pendapat, selalunya makin jadi pening. Contohnya, ada orang cadangkan lebih baik beli baju pengantin sendiri daripada sewa. Ada juga yang cadang sebaliknya. Dalam hal macam ni, buat pros and cons. Kemudian nilai sendiri mengikut bajet anda & buat keputusan dengan bijak. ;-) Dari segi pakaian, mengikut pengalaman saya dulu, untuk baju akad nikah saya beli jubah yang dah ready-made dari butik. Harga tak mencecah RM 150 pun.. :)) Yang penting, kena pandai pilih & nilai adakah berbaloi untuk tempah atau beli baju yang mahal2 kalau hanya pakai sekali seumur hidup? So, kena check balik bajet sendiri. Kalau rasa sewa lebih berbaloi, maka sewalah. Kenapa saya pilih jubah? Salah satu sebabnya senang untuk dibawa solat terus di masjid sebab tak fit. :) Untuk pakaian hari majlis sanding, 2 persalinan dah disediakan dlm pakej yang saya pilih.. Alhamdulillah puas hati.. ^_^ Untuk majlis bertandang, barulah beli kain sendiri & tempah untuk dijahit sebab baju tersebut saya & suami pakai semula untuk hari raya atau ke majlis2. Memang menelan sedikit kos, tapi puas hati sebab boleh dipakai berulang kali.

~ Baju akad nikah ~

3. Pilih bridal yang sedang meningkat naik. Yup, saya tak cari butik bridal yang dah established sebab dah tahu harga pakej yang ditawarkan confirm mahal & tak berbaloi dengan bajet yang saya dah rangka. Selagi boleh berjimat, saya memilih untuk berjimat. Yang penting, survey dulu pakej2 yang disediakan & gambar2/portfolio pelamin yang pernah dipasang oleh bridal tersebut. Kalau kena dengan taste anda, bolehlah book pakej yang bersesuaian. Kalau nak pelamin yang grand, maka sedialah perbelanjaan yang grand jugak. Kalau nak yang simple, maka simple lah perbelanjaan anda. So dalam hal ni kena bincang dengan pemilik bridal yang anda pilih. Selalunya, makin banyak bunga anda request, makin mahal lah harga pelamin. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak. Untuk pelamin saya dulu, saya request yang simple sahaja & saya sertakan contoh gambar pelamin yang saya berkenan dari internet. Bukan untuk ditiru 100%, tapi sekadar beri bayangan kepada bridal tentang keinginan saya & bajet yang dah saya set. Alhamdulillah kerjasama berjalan lancar. Kalau nak tahu, pakej yang saya tempah tak sampai pun RM 2200 (pada masa tu) yang termasuk pelamin, makan beradab, pintu gerbang, makeup + 2 persalinan baju sanding. Ramai yang terkejut, tapi itulah realitinya..hehehe.. Macam saya cakap tadi, kena pandai cari bridal & pilih yang sedang meningkat naik. Kalau kena gayanya, insyaAllah boleh berjimat.. :)

~ Pelamin ~

4. Jangan cuba-cuba gubah hantaran kalau tak pandai. Hehehe.. Ini memang kelemahan saya sebab saya bukan orang yang kreatif bab gubah-menggubah. Jadi penyelesaiannya ialah saya hantar jer barang-barang hantaran ke kedai gubahan & beritahu bajet saya. Contohnya, bajet untuk setiap dulang hantaran ialah RM70, bila didarab dengan 7 dulang, maka jadilah RM490. Kalau anda orang yang kreatif, maka gubahlah sendiri & jangan ragu-ragu lagi..hehehe... Selalunya gubah sendiri memang lebih jimat, tapi ada kalanya bila excited membeli barang2 gubahan, perbelanjaan pun boleh jadi lari dari bajet asal. Jadi kena berhati-hati memilih, especially bunga-bunga yang mungkin sebenarnya berharga mahal tapi kita tak sedar. Satu lagi, jangan tertipu bila tgk gambar2 hantaran di FB yang mengatakan simple itu lebih murah. Ketahuilah, selalunya gubahan yang simple tu laaa yang mahal! Contohnya, setiap kotak kayu kalau beli sendiri mungkin dah boleh telan kos RM50 atau RM60 setiap satu (tak termasuk bunga & riben lagi). Melainkan anda ingin sewa saja kotak2 macam tu, insyaAllah boleh dapat murah & within bajet. ;-) Jadi, pilihlah dengan bijak!

 ~ Salah satu hantaran ~

5. Pilih kad kahwin 2 dalam 1. Kalau nak berjimat, lebih baik pilih kad kahwin yang boleh digunakan untuk kedua-dua majlis pihak perempuan dan lelaki. Makin banyak dicetak, insyaAllah makin boleh dapat dengan harga murah. Sekurang-kurangnya dapat share dengan bakal suami/isteri & bajet dapat diselamatkan..hehehe.. Ada juga syarikat printing yang sediakan pakej kad kahwin bersama-sama goodies bag/banner/bunting/tag yang lebih jimat, jadi kalau berkenan dengan design yang ditawarkan, tunggu apa lagi..book saja pakej tu & berbincanglah dengan designer tentang details etc. Satu lagi yang penting, double triple check maklumat dalam kad kahwin terutamanya peta lokasi & wordings yang digunakan! Kalau terlepas pandang, menyesal bila kad dah siap dicetak sbb tak boleh edit selepas tu..

6.  DIY sendiri apa yang anda yakin untuk buat. Contohnya, saya reka sendiri guestbook, print & tampal ikut kehendak sendiri. Puas hati & insyaAllah lebih jimat kos. ^_^ Jadi kalau ada idea & keyakinan untuk gubah sesuatu contohnya souvenir etc., bolehlah cuba buat sendiri. Mesti rasa lebih bermakna & dapat jadi kenangan satu hari nanti..

~ DIY guestbook ~

7. Sediakan bajet/backup extra untuk hal last minute. Kadang-kadang, tak semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Jadi perlu standby juga backup untuk uruskan hal-hal yang mungkin terlepas pandang.. Dan satu lagi yang lebih penting, disiplinkan diri anda untuk kekalkan dengan bajet yang ada. Jangan gelojoh, jangan tamak, jangan over excited. Walaupun kahwin hanya sekali, fikirkan semula impaknya untuk masa depan. Ukur baju di badan sendiri, ok? ;-)

8. Jangan terikut-ikut dengan trend & gaya orang lain. Contohnya, kalau anda tak mampu nak cari bridesmaid & sediakan pakaian-pakaian sedondon untuk mereka, maka janganlah rumitkan keadaan. Pada pendapat saya, tak perlu pun mengikut trend terkini sampai menyusahkan diri sendiri. Buat cara sendiri. Kalau ikut pengalaman saya, saya & keluarga buat keputusan untuk bagi bunga telur sbg souvenir kepada tetamu walaupun mungkin dikatakan ketinggalan zaman. Ya, saya minat cara tradisional dulu-dulu.. Hehehe.. Tak perlu pun bagi banyak2 benda dalam goodies bag kalau hanya untuk impress tetamu. Yang penting, niat bagi souvenir kena ikhlas.

~ Bekas telur & bunga telur ~

Ok, harap apa yang saya share mengikut pengalaman saya ni dpt membantu sedikit sebanyak. Rancanglah dengan bijak & semoga persiapan berjalan lancar.. ^_^

p/s: Berjimat jangan sampai terlalu kedekut yer..! :-p

No comments: