Wednesday, January 20, 2016

Tips Persediaan Banjir

Walaupun sekarang ni sudah hampir penghujung bulan Januari, saya still rasa nak share tips persediaan menghadapi banjir yang boleh berlaku bila2 masa ni. Zaman sekarang, tak semestinya kena tunggu musim tengkujuh baru bersedia untuk banjir. Kadang2, banjir kilat pun boleh jadi masa musim panas etc. So kali ni nak share tips mengikut pengalaman saya & keluarga yg pernah dilanda bah kuning tahun 2014 lepas. Apa yang saya ingin share ni khas utk mereka yang tidak bercadang untuk ke pusat pemindahan banjir tapi memilih utk duduk di rumah (selagi rumah masih boleh didiami).

1. Pastikan ada bekalan makanan yang cukup - beras, sardin, telur, makanan2 kering, minyak masak etc. Kalau ikut pengalaman saya dulu, sepanjang hampir seminggu kami dilanda banjir & menunggu banjir surut, tiap kali waktu makan, menu wajib adalah nasi + sardin + telur dadar/mata. Dimasak guna dapur gas dgn apa jua kaedah yang ada sbb elektrik dipotong sepanjang banjir. Jadi 4/5 hari juga tak ada bekalan elektrik, kena pandai manage utk survive. Kalau ada ikan/ayam/makanan basah dlm peti ais, gunalah & masaklah dgn sebaiknya utk elakkan makanan rosak/busuk.

2. Bawa kenderaan ke tempat tinggi & selamat. Kami sekeluarga dulu sebaik dpt tahu bandar KB dah mula naik air, terus letak kenderaan di kawasan yang tinggi & berpotensi untuk selamat daripada banjir. Alhamdulillah semua kenderaan selamat. Yang penting, bertindak pantas!! Sbb air banjir ni cepat naik. Jangan tunggu last minute baru pindahkan kenderaan, takut on the way banyak jalan dah tak boleh lalu.. So, selamatkan kereta-kereta anda dahulu! InsyaAllah tak menyesal kemudian hari sbb kos baikpulih setiap kereta boleh mencapai ribuan ringgit.

3. Sediakan & cas power bank/bateri dengan secukupnya. Sepanjang banjir, bekalan elektrik akan dipotong sehinggalah banjir surut di kawasan anda. Jadi, memandangkan handphone adalah medium komunikasi yang paling penting utk berhubung dgn ahli2 keluarga, pastikan ada power supply yang boleh gantikan bekalan elektrik utk cas alat2 komunikasi anda. Satu lagi, guna handphone apabila perlu sahaja! Masa banjir bukan masanya utk main FB etc. Satu lagi, coverage network anda tidak akan sekuat hari2 biasa kerana pusat syarikat telekomunikasi anda juga terkesan akibat banjir, jadi coverage menjadi terhad.

4. Pastikan ada berkotak-kotak lilin. Ini kerana bekalan elektrik dipotong sepanjang banjir. Sekurang-kurangnya anda tak bergelap sepenuhnya ketika waktu malam. Dan bersabarlah banyak-banyak bila nak masuk waktu malam kerana nyamuk pun mula bertebaran mengganggu anda.

5. Buat catuan air. Bekalan air juga sangat-sangat penting sepanjang musim banjir. Lebih menyedihkan bila bekalan air turut dipotong. Jadi bagi mereka yang ada tangki air di rumah, gunalah air tersebut dengan sebijaknya. Alhamdulillah kami sekeluarga ada backup air telaga di rumah, jadi bekalan air tak ada masalah. Kalau yang tak ada telaga, mungkin boleh minta bantuan jiran atau cuba dapatkan maklumat untuk cari air yang bersih contohnya dari tangki air kawasan perumahan anda atau bantuan dari sukarelawan etc. Mandi mungkin perlu sekali sehari sahaja tapi solat jangan lupa. Belajarlah untuk berjimat.

6. Selamatkan alatan elektrik atau perabot penting ke kawasan tinggi dalam rumah. Contohnya dahulu, kami sekeluarga angkat mesin basuh & peti sejuk dari dapur yang rendah naik ke kawasan dalam rumah yang lebih tinggi. Jadi, kalau dirasakan peralatan tersebut penting, selamatkanlah awal-awal supaya tak menyesal kemudian hari.

7. Bantu-membantu sesama ahli keluarga & jiran tetangga. Semasa banjir, anda tidak akan dpt hidup dgn membuat hal bersendirian. Ketika inilah perlu saling tolong-menolong & memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kalau ada jiran anda yang tak ada bekalan makanan, berilah bantuan kepada mereka sekadar yang termampu. InsyaAllah dengan perbuatan baik kita pada hari ini dapat menjadi pelaburan kita di akhirat nanti..

8. Banyakkan bersabar. Ini tips yang paling penting. Dalam keadaan terdesak, kita akan mula berfikir macam-macam terutamanya perkara yang negatif. Elakkan sikap sedemikian dan banyakkan muhasabah diri. Kalau anda rasa anda susah, ada lagi orang yang lebih susah. Sekurang-kurangnya anda masih boleh mendiami rumah anda berbanding mereka yang terus kehilangan rumah dibawa arus banjir. Jadi, fikirlah positif & doa banyak2 agar urusan dipermudahkan..

p/s: Bagi mereka yang ada haiwan peliharaan, selamatkanlah juga mereka! Bawa mereka ke kawasan selamat kerana mereka juga adalah ahli keluarga anda.. :)

No comments: