Tuesday, February 2, 2016

Jodoh - Cepat atau lambat Allah dah tentukan..

Kelmarin bersembang dengan seorang sahabat tentang kehidupan masing-masing. Di usia awal 30-an ni, macam-macam boleh dibincangkan dan salah satunya adalah tentang jodoh. Jadi alang-alang bersembang dengan beliau, saya share satu kisah yang saya dapat dari seseorang yang saya temui semasa saya hadiri conference di Kuching tahun lepas. Mungkin ada baiknya jika saya kongsikan di blog ini juga untuk direnungkan & difikirkan.. :) Satu kisah yang sangat positif, jangan risau..hehehe...

Saya namakan seseorang yang menceritakan ini kepada saya sebagai Kak Fid.

Kak Fid berusia 40-an, mungkin hampir 50-an. Semasa saya makan-makan ketika waktu rehat di conference yang kami hadiri, dia kongsikan kepada saya kisah hidupnya. Dia beritahu saya yang dia lewat berkahwin, jodohnya lambat tiba. Dan sebenarnya sebelum itu, dia langsung tak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Salah satu sebabnya adalah dia takut jika dengan berkahwin hanya akan menjauhkan dirinya dengan Tuhan. Mungkin disebabkan dia sering disogok dengan kisah-kisah negatif dari rakan-rakannya yang telah berkahwin, maka dia tak terbuka hati langsung untuk berkahwin. Dia tak mahu bersuamikan seseorang yang hanya akan menjadi beban pada dirinya. Tambahan pulak usianya dah menginjak umur 40-an ketika itu. Jadi, berkahwin bukan sesuatu yang difikirkannya lagi. Dia lebih suka fokus pada career & self-development. Kerana dia seorang yang independent, jadi dia rasakan tanpa lelaki pun dia boleh hidup tanpa masalah.

Sehinggalah tiba waktu dia dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Suci..

Di Mekah, sepanjang berada di sana, dia dapat rasa yang Allah sedang mengujinya. Ke mana-mana saja dia pergi, contohnya jika berbual-bual dengan rakan sekumpulan, topik jodoh & kahwin tetap menjadi bahan utama. Kemudian bila mendengar ceramah, topik jodoh & kahwin juga yang akan dibincangkan. Semua ni buat dia tertanya-tanya apa yang Allah cuba sampaikan kepadanya.

Selepas penat berfikir, akhirnya semasa tawaf & solat dia dapat rasakan pintu hatinya tiba-tiba terbuka untuk berdoa pada Allah. Sesuatu yang tak pernah dia lakukan, iaitu berdoa agar dipertemukan dengan jodohnya. Sambil menangis, dia berdoa agar Allah pertemukan dia dengan jodohnya jika jodohnya ada di dunia ini & berharap Allah kurniakan dia seorang suami yang akan membuatkan dia lebih mendekatkan diri dengan Allah, bukan menjauhkan sebagaimana yang difikirkan sebelum itu. Selesai berdoa, hatinya terasa lapang & dia berserah sepenuhnya pada Allah..

Pulang dari Mekah, dia kembali ke pejabat untuk bekerja. Tak ada ribut tak ada angin, salah seorang ofismetnya beritahu padanya untuk perkenalkan dirinya dengan seseorang. Mulanya Kak Fid menolak, tapi selepas dipujuk & cuba positifkan diri, dia bersetuju untuk berjumpa. Dia berkenalan dengan seorang ustaz yang merupakan seorang duda kematian isteri & ada beberapa orang anak. Selepas berkenalan untuk seketika, barulah Kak Fid sedar ustaz tersebut pernah mengajar anak saudaranya & tinggal pun tak jauh mana dengan kawasan perumahannya. Selepas proses berkenalan, ustaz tersebut sangat berkenan pada Kak Fid untuk disunting menjadi isteri. Akhirnya setelah istiqarah & berfikir panjang, Kak Fid bersetuju untuk dinikahkan. Saat yang paling Kak Fid takkan lupa ialah keluarga arwah isteri ustaz tersebut turut hadir semasa majlis akad nikah untuk memberi restu. Alhamdulillah...

Selepas berkahwin, rezeki Kak Fid bertambah lagi dengan kehadiran zuriat yang langsung tak pernah difikirkan olehnya terutama di usia 40-an. Walaupun banyak cabaran dan ujian semasa mengandung & melahirkan, namun Allah tetap berikan rezeki anak kepadanya.

Kak Fid menutup ceritanya dengan beritahu saya satu perkara penting yang dia telah pelajari ialah jangan pernah berputus asa tentang jodoh & rezeki. Berdoa dengan bersungguh-sungguh & buat penyerahan total kepada Allah kerana Allah Maha Penyayang. Yup, part ni buat saya tersenyum kerana membuatkan saya teringat dengan kisah hidup saya sendiri.. Walaupun jalan ceritanya berbeza, tapi konteks & kesimpulannya masih sama.. ^_^

Semoga kisah ini dapat dijadikan pedoman. Saya doakan Kak Fid dan keluarga berada dalam rahmat & kasih sayangNya.. Amin...

p/s: Al-Fatihah untuk arwah datuk yang telah genap 12 tahun dijemput Ilahi pada tarikh hari ini..

No comments: