Thursday, April 28, 2016

The new chapter ~

Alhamdulillah ada kesempatan sikit untuk menulis. Kalau ikutkan, banyak sangat benda nak stori tapi tak mampu sebab masa terhad. Yup, saya sudah bergelar seorang ibu. Rasa tak percaya jer dah harungi hampir 2 bulan membesarkan anak sendiri, tapi itulah kenyataannya..hehehe... Allah permudahkan, alhamdulillah..

Hari ini pergi ke kampus untuk berjumpa dgn supervisor, setelah 2 bulan tak jejakkan kaki. Diskusi tentang thesis & grant. Nampaknya agak mencabar untuk diri ini memikul tanggungjawab sebagai research assistant dan dlm masa yang sama membuat Ph.D & menjadi seorang ibu. Tapi insyaAllah saya akan cuba yang termampu dengan amanah yang telah diberikan & rezeki yang Allah sudah kurniakan.. ^_^ Kentallah, Wan Safra!

Tak mudah bila dah jadi ibu. Tak mampu nak stori banyak sebab rasanya masing2 sedia tahu kan susah-payah seorang ibu membesarkan anak-anak. Alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah dah bagi saya rasa, buat saya insaf, buat saya terkenang dosa2 terhadap ibu & ayah sendiri.. TT___TT Semoga perasaan ini terus kekal di sanubari supaya saya tidak lalai dengan tanggungjawab yang Dia kurniakan..

Masa berpantang sangat mencabar fizikal, mental & spiritual. Saya akhirnya paham kenapa wujudnya istilah meroyan. Dan saya akhirnya paham kenapa sokongan moral dari semua pihak adalah WAJIB sebab jiwa orang berpantang SANGAT mudah terusik.. Tambahan pula dengan keadaan yang berhadas besar, banyak sangat gangguan.. Alhamdulillah Allah bantu saya harungi proses ini walaupun saya mengalami mood swing yang agak dahsyat sepanjang berpantang.. TT____TT

Ok, mulai hari ini perlu bahagikan masa dengan sebijak-bijaknya sebagai ibu, Ph.D candidate & research assistant. Semuanya rezeki dari Allah. Dan semuanya adalah amanah. Doakan saya berjaya! Terima kasih.. ^_^

p/s: The road is long, but we carry on!

No comments: